Viral Di Internet, Ramai Terpukau Dengan Kecantikan Polis PBB Dari Indonesia Ini

Share

Baru-baru ini, telah viral di beberapa laman media sosial mengenai seorang wanita berhijab dari Indonesia yang menjadi tumpuan ramai kerana merupakan salah seorang anggota polis Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Bukan itu sahaja, wanita yang bernama Hikma Nursya ini juga mencuri perhatian ramai kerana memiliki wajah yang cantik lagi ayu persis seorang pelakon sinetron.

Hikma, 25, yang berasal dari Yogjakarta kini sedang bertugas sejak bulan Jun lalu di bawah PBB yang berkapalan di Bangui, Afrika.

Bukan calang-calang, Hikma juga boleh dikatakan sebagai seorang instafamous apabila memiliki pengikut seramai 65 ribu di laman Instagram. Beliau juga sering berkongsikan gambar ketika bertugas.

Penglibatan Hikma sebagai seorang anggota polis PBB jelas membuktikan sisi lain sebagai seorang wanita masa kini yang lebih berani dan tidak takut berhadapan dengan cabaran. Moga wanita lain di luar akan turut terinspirasi dengan kejayaan dirinya.

kredit: FMT

IKLAN