Memakai hijab itu adalah wajib bagi setiap wanita. Bagi yang sudah lama memakainya tidak ada masalah untuk gayakan mengikut stail digemari. Tetapi bagi yang baru berjinak-jinak bertudung agak sukar memilih gaya bersesuaian, lagi-lagi bila tiba musim perayaan.
Pastinya kita mahu bergaya lain dari kebiasaan. Sesuai dengan busana indah yang tersarung di badan. Jangan tak tahu hanya dengan sehelai hijab, kita boleh menggayakannya mengikut beberapa stail tertetu.
Ayuh kita lihat gaya mudah dan ringkas idea influencer popular, Hanna Faresha dengan pilihan hijab dari Butik Najjah yang sangat mudah diikuti sempena raya nanti.
Ads
Pastinya gaya yang diberikan ini membuatkan penampilan anda lebih memukau dan sangat ‘on point’ sempena lebaran ini.
Mesin pengisar atau blender merupakan gajet penting ketika di dapur. ia bukan sahaja memudahkan urusan di dapur tetapi dalam masa yang sama mempercepatkan urusan masak memasak di dapur.
Namun tanpa kita sedari setelah lama menggunakan mesin pengisar atau blender hampir setiap hari maka akan timbul masalah jag blender yang kelihatan agak kusam kerana dek melekat dengan bermacam jenis bahan yang dikisar.
Selain itu jika terlalu kerap digunakan atau terlalu lama digunakan, pisau blender juga akan tumpul dan tidak tajam lagi.
Berikut dikongsikan tip bagaimana cara membersihkan jag blender serta menajamkan pisau blender.
TIP BLENDER
Saya ada 1 je jag blender. Inilah jag untuk blend bawang/cili/blend air buah/blend adunan kek jugak.
Dan setiap kali lepas guna, saya akan cuci dengan soda bikarbonat + garam + sabun pencuci pinggan. Blendkan semua bahan ini. Cuci bersih.
Segala bau semua hilang ye. Dan garam itu juga berfungsi untuk menajamkan lagi pisau blender tu.
Ada yang buat macam saya jugak tak?
.
Edited :
Garam tu garam kasar ye.
Soda bikarbonat, soda yang kita guna buat masak tu.
Sukatan : 2 sudu soda bikarbonat + 2 sudu garam kasar + pencuci pinggan ( ni agak2 je ) + air 2 cawan
Air blend tu nanti saya akan guna untuk cuci pinggan mangkuk dan hasilnye pinggan mangkuk akan lebih bersih.
Semoga ia memudahkan urusan kita di dapur. Selamat mencuba!
Sumber kredit: Dapur Ibu
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Memang menjadi lumrah seseorang wanita itu akan mengalami pertambahan berat badan ketika mengandung. Dan menjadi cabaran bagaimana untuk mengembalikan bentuk badan kepada saiz asal. Bagi selebriti Amyra Rosli dia juga turut mengalami kenaikan berat badan sepanjang kehamilan walaupun tidak begitu ketara perubahannya. Memandangkan penampilan menarik penting bagi mengekalkan populariti sebagai pelakon, Amyra Rosli tekad untuk mendapatkan berat badan asal.
Nama Amyra yang menjadi sebutan gara-gara watak pelacur dibawakan dalam drama bersiri Nur Ramadan lalu. Drama Nur yang bersiaran di TV3 disifatkan penonton sebuah karya Islamik yanb penuh dengan isu kontroversi.
Turut berlakon dalam drama yang cukup trending ini adalah Kyle Syafiq, Fatima Abu Bakar, Noorkhiriah, Datuk Jalaludin Hassan dan juga Azhan Rani.
Menurut Amyra untuk mendapatkan berat ideal tidak ada petua tertentu yang diamalkannya, malah dia yang selamat melahirkan anak sulungnya itu Oktober tahun lalu tidak menghadkan apa jua pengambilan pemakanan.
Sebaliknya pelakon cantik ini akan akan makan nasi seperti biasa memandangkan dia juga perlu memberi susu badan kepada anak lelakinya, Aqeef Anaqi yang baru berusia 4 bulan.
Memiliki berat 45 kg sebelum itu dan mengalami pertambahan kepada 58 kg sepanjang kehamilan hingga bersalin tempohari membuatkan dirinya sedikit risau.
Dan bagi mendapatkan berat badan asal, Amyra akui terpaksa bersungguh-sungguh dan memaksa diri untuk memastikan stamina kekal cergas dan kembali mendapat tubuh langsing.
“Kita tak boleh nak skip makan kerana Aqeef menyusu badan. Jadi apa yang Myra lakukan adalah cuba mengawal perkara lain, misalnya selepas makan tidak terus minum air. Myra tahu kena berdisiplin kerana berazam untuk membuat ‘comeback’ setelah hampir setahun berehat dalam dunia lakonan.
“Anak juga sebenarnya menjadi faktor utama Myra cepat alami susut berat badan. Maklumlah Aqeef makin lama makin berat dan menguruskan keperluan dirinya setiap hari membuatkan Myra penat tetapi seronok ,” ujar Amyra ketika ditemui memperagakan koleksi Anggun Aidilfitri Mek Kembang Cotton X Amyra Rosli di sebuah hotel di Putrajaya.
Menurut Amyra juga sejak dulu dia adalah antara selebriti yang begitu menjaga kecantikannya. Tidak mahu kulit jadi kusam dan tidak bermaya selepas melahirkan anak, Myra gunakan petua tertentu untuk kekal jelita.
Setelah mempunyai anak, perubahan paling ketara yang dia alami adalah masalah rambut gugur. Jadi untuk mengelak rambut terus gugur, Myra akan sentiasa melakukan ‘treatment’ bagi memastikan mahkotanya itu kekal sihat dan bersinar.
“Manakala untuk penjagaan badan pula, Myra gunakan cara detoks dengan minum air suam bercampur dengan lemon atau teh campur lemon setiap hari.
“Sama juga dengan masalah kulit, Myra jenis tak suka tidur dengan mekap. Jadi Myra akan kerap mencuci muka dan tidur dalam keadaan muka sudah bersih. Maksud kerap cuci ini bukanlah cuci dengan sabun tetapi lebih kepada cucian biasa.
“Bagi Myra jika tanpa penggunaan bahan ‘chemical’, kulit wajah Myra akan terasa lebih mudah untuk diurus,” jelasnya lagi sebelum mengakhiri perbualan.
Umum mengetahui, Nurul Izzah Anwar yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh baru sahaja menjalani alam rumahtangga sekali lagi selepas mendirikan perkahwinaan bersama jejaka pilihan hati iaitu seorang pengkaji daripada Khazanah Research Institute, Yin Shao Loong.
Malah, perkahwinan yang baru berusia lima bulan itu turut diserikan dengan kehadiran cahaya mata sulung mereka, apabila Nurul Izzah menerima khabar gembira bahawa dirinya sedang hamil sebaik sahaja usai berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.
Namun, disangka panas sampai ke petang rupanya hujan ditengahari, semalam anak sulung kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mengumumkan khabar duka, bahawa dia telah mengalami keguguran.
Khabar duka berkenaan dimaklumkan oleh Nurul Izzah sendiri menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya.
Dalam hantaran berkenaan Izzah memuat naik foto dirinya yang sebak sedang berada dalam dakapan kedua orang tuanya, usai memaklumkan berita sedih berkenaan berhubung kehilangan cahaya mata keempat mereka.
“Sejak 19 November 2022, mungkin inilah kali pertama kami berpelukan.
Terlalu banyak yang telah kami lalui bersama – selesai berkempen, sempat pula menjangkiti covid buat kali kedua, mendapat berita kami mengandung anak keempat, kemudian, sedang sibuk menguruskan tugasan baru, ke sana ke mari, kembali ke Pulau Pinang, kemudian ke Putrajaya – dikejutkan pula dengan berita pemergian bayi yang dikandung. The little boot is gone …
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
“Surely, we belong to Allah and verily to Him do we return,” tulis Izzah pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Menerusi hantaran sama, Izzah turut memikirkan bagaimana wanita-wanita cekal diluar sana berjaya melalui episod serta pengalaman getir yang sama sepertinya, walau mempunyai jalur kekuatan yang berbeza.
Bagaimanapun, disebalik kedukaan dan keperitan kehilangan yang dirasainya, Nurul Izzah tetap memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT diatas ujian dan dugaan yang diberikan kerana yakin proses ini akan menjadikan dirinya lebih kuat di masa akan datang.
“Ungkapan mensyukuri nikmat dan kata-kata indah untuk Yang Maha Esa, yang kita ucap kan walau mengalir air mata, kerana kita hanyalah insan kerdil. Insan yang lemah dengan perasaan, hati, memori dan pengalaman.
“Kepada anda diluar sana yang juga diuji dengan merasai kehilangan, doa dan pelukan secara maya kami tujukan khas buat anda, namun ingatlah sesukar manapun ujian yang perlu ditempuh, kehidupan perlu diteruskan.
“Penyembuhan adalah satu perjalanan.. Dan jika anda perlu mengambil sedikit masa untuk bernafas pada masa ini, lakukan sahaja. Sebelum fasa kehidupan seterusnya bermula baru, InsyaAllah,” tulisnya lagi.
Sekadar info, pada 5 Ogos 2023, Izzah sekali lagi bergelar isteri selepas mendirikan rumah tangga kali kedua dengan seorang pengkaji daripada Khazanah Research Institute, Yin Shao Loong.
Hasil perkahwinan terdahulu, Izzah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Raja Nur Safiyah, 15, dan Raja Ahmad Harith, 13. Manakala, Shao Loong juga mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan sebelumnya.
Fabrik polyester mudah berbau walaupun sudah dicuci? Ketahui punca sebenar menurut penyelidik UiTM serta cara berkesan menghilangkan bau hapak pada pakaian sukan.