Umat Islam perlu yakin kepada kekuatan doa. Senjata orang Islam adalah melalui doa. Oleh itu jangan jemu dan putus untuk berdoa.
Sebab itu di dalam solat, kita dituntut untuk meminta supaya dijauhkan daripada fitnah; fitnah Dajjal, fitnah hidup dan fitnah kematian, azab kubur dan azab Neraka, dan kita memohon juga perlindungan dari dosa-dosa dan hutang piutang.
Berikut perkongsian Ustazah Isfadiah.
Ads
Di antara waktu doa paling mustajab dalam solat selain sujud adalah duduk Tawaruk (Tahiyyat Akhir) sebelum beri salam. Inilah waktu yang sering Nabi Muhammad ﷺ amalkan untuk berdoa.
Ada kalangan salaf mewajibkan khusus bagi diri mereka begitu juga Tawus bin Kaisan mengarahkan pelajarnya yang tidak membaca doa sebelum salam supaya mengulangi solatnya.
Ads
Daripada Ibn Masud: “Kemudian (selepas tasyahhud akhir) hendaklah memilih daripada doa-doa yang paling dikaguminya.” [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.]
Banyak masa yang boleh diperuntukkan untuk mengamalkan zikir. Contohnya, ketika memandu dalam perjalanan pergi dan balik dari tempat kerja, kita boleh mengamalkan zikir.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab, ayat 41 yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, berzikirlah dengan menyebut nama Allah, zikir yang banyak dan bertasbihlah pada waktu pagi dan petang. Dialah yang memberi rahmat kepada kamu dan malaikat-Nya (yang memohon keampunan untukmu) agar Dia mengeluarkan kamu daripada kegelapan kepada cahaya. Dia Maha Penyayang kepada orang yang beriman.”
Hati perlu distabilkan, agar terjaga suhu dan kandungannya supaya tidak mudah rosak. Tapi, tahukah kita cara untuk menstabilkan hati? ZIKIR adalah jawapannya.
ALLAH SWT telah berfirman: “Orang-orang beriman itu, hati mereka tenteram dengan ingat(zikir) kepada ALLAH. Ingatlah, hanya dengan ingat(zikir) kepada ALLAH, maka hati akan tenteram” (Ar-Rad : 28)
Apa maksud zikir? Zikir bermaksud, kita nak ingat ALLAH setiap masa dan keadaan. Ulamak menyarankan, kita sebagai orang awam bolehlah cuba jadikan zikir sebagai amalan harian.
*Kita boleh lakukan sekurang-kurangnya dengan zikir yang paling ringkas iaitu 300 kali sepagi dan sepetang.
*100 kali untuk “Subhanallah walhamdulillah walaailahaillallah Allahuakhbar” (Tasbihat)
*100 kali untuk “Allahummasalialamuhammad wa’ala alimuhammad” (Selawat)
*100 kali untuk “Astaghfirullah hal ‘azim” (Istighfar)
*Kita juga boleh tambah dengan doa Nabi Yunus a.s iaitu “Laailahailla antasubhanakainni kuntumminaldholimiin” sebanyak 100 kali.
Kita tasbihat ini, sebagai tanda kita cinta kepada ALLAH SWT yakni tuhan kita. Raja segala alam. Kita selawat ke atas Nabi Muhammad SAW sebagai tanda kita sayang kepada Rasul kita dan kita istighfar sebagai tanda kita menyesali atas dosa-dosa kita.
KELEBIHAN ZIKIR:
Seseorang orang yang berzikir dengan banyaknya di dunia akan masuk syurga dengan tersenyum-senyum. Allah telah sediakan satu pintu khas di syurga untuk orang-orang yang kuat berzikir. Dapat menghapuskan riak yang ada dalam diri manusia serta sebagai penenang hati.
Orang bijak pandai pernah berkata: Ilmu itu adalah jalan dan zikir adalah lampu, ilmu tanpa zikir kita akan kegelapan, zikir tanpa ilmu kita akan sesat. Waktu-waktu yang tenang dan senyap daripada gangguan ialah lepas solat subuh dan asar. Berzikirlah pada waktu-waktu tersebut.
HIJABISTA: Setiap kali selesai menunaikan solat, tunggu seketika. Jika tiada urusan penting, luangkan sedikit masa untuk berzikir kerana amalan itu bakal menyelamatkan kita daripada api neraka.
Solat membimbing kita bagaimana menguruskan perjalanan waktu dengan sebaiknya.
Rasulullah SAW mengingatkan kita, “Solat pada awal waktu akan memperoleh keredaan Allah dan di akhirnya mendapat keampunan-Nya.” (Hadis riwayat Imam At-Tirmizi)
Malah, Rasulullah SAW pernah ditanya sahabatnya berkenaan masa mendirikan solat. Lantas Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Solat pada awal waktunya.” (Hadis riwayat Imam At-Tirmizi dan Abu Daud)
Ketahuilah bahawa ibadat solat mengajar kita supaya bijak menguruskan masa. Sebarang kecuaian akan memberikan kesan buruk kepada catatan amal kita. Selain itu, mendirikan solat juga memberi makna kita berusaha untuk menjadi mukmin yang berpegang kepada amanah dan menepati janji kepada Allah SWT.
TERLUPA BILANGAN RAKAAT TIME TENGAH SOLAT?
Mesti anda pernah alami terlupa rakaat ketika solat bukan? Persoalannya apakah yang perlu dilakukan jika anda berhadapan dengan situasi ini? Berikut dikongsikan perkara yang perlu dilakukan apabila berhadapan dengan situasi terlupa rakaat dalam solat.
1)Sekiranya anda terlupa bilangan rakaat, sudah 2 rakaat ke 3 rakaat. Sudah 3 rakaat ke 4 rakaat, maka, ambillah bilangan yang paling sedikit lalu tambahlah satu rakaat.
Contohnya, tidak ingat sudah rakaat 3 ke 4, maka ambil 3. Sudah rakaat 2 ke 3, maka ambil 2.
2)Kemudian, di akhir rakaat, buatlah sujud sahwi sebelum bagi salam. Kalau anda tidak faham dari video ini bagaimana hendak sujud sahwi, search sahaja di youtube. Sudah ramai orang buat tutorial.
3)Jika anda sudah habis solat, anda baru perasan yang rakaat tidak cukup, maka bangun dan tambahlah rakaat, dan sebelum salam, buat sujud sahwi juga.
HIJABISTA: Solat adalah amal ibadah yang menduduki tempat tertinggi. Seandainya seseorang Muslim itu taat mendirikan solat fardu sebanyak lima kali dalam sehari bermakna dia seolah-olah menegakkan agamanya.
Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin mengenang kembali saat pertama kali hatinya terdetik untuk mengenakan hijab lebih kurang sembilan tahun yang lalu.
Menurut Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, pada peringkat awal, niatnya untuk berhijab hanyalah sekadar untuk menutup rambutnya yang rosak.
Namun, dia sendiri tidak menyangka alasan tersebut juga yang menjadi asbab dia ingin berhijrah ke arah yang lebih baik.
“Pada 2014, saya ingat lagi waktu itu yang rambut saya rosak teruk kerana kerakusan saya sendiri. Nak buat macam-macam jenis gaya. Sekejap kerinting, lurus balik dan macam-macam lagilah. Padan muka.
“Selepas itu, terdetik di hati saya untuk bertudung. Walaupun pada mulanya bertudung itu hanya kerana nak menutup rambut yang rosak tapi saya bersyukur kerana itu menjadi asbab saya bertudung.
“Alhamdulillah, Allah tidak membolakbalikkan hati saya. Walaupun pada awalnya niat itu tidak betul, alhamdulillah Allah betulkan juga niat tu dan saya dapat bertudung serta menutup aurat.
“Nak cakap fasal tak tahu, sebenarnya memang dah tahu dah pun. Cuma buat-buat tak tahu pada waktu itu,” katanya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh juara program Akademi Fantasia musim ke-5 itu menerusi sebuah hataran video di laman Instagram miliknya.
Video tersebut dikongsikan sebagai respon ekoran ramai rakan selebriti yang kini sedang diuji hingga memutuskan untuk tidak lagi mengenakan hijab. Mila turut menitipkan doa agar hati rakan-rakanya dijentik Allah untuk kembali istiqomah.
“Moga Allah tidak membolakbalikkan hatinya, memberikan hidayah dan bimbingnya ke arah kebaikkan. Kita semua ini tidak sempurna dan banyak dosa.
“Cuma tanggungjawab kita untuk menegur, kita sudah laksanakan. Tinggal doakan yang baik-baik je InsyaAllah,” kongsinya lagi.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan