Siapa yang tak kenal Datin Anne Ngasri yang terkenal dengan raut wajahnya yang babyface. Kalau kata belasan tahun pun orang akan percaya, kan? Lebih-lebih lagi kalau Datin Anne bergambar bersama anak-anaknya.

Wajah rerkini Datin Anne Ngasri pada usia 39 tahun. Babyface sangat!

Selain kecil molek, sikapnya yang mudah tersenyum dan mesra antara kelebihan dimiliki Datin Anne yang juga merupakan adik kepada selebriti popular Bell Ngasri dan Darling Ngasri ini.

Adik beradik yang tak dimamah usia.

Pada 18 Disember 2023 yang lalu, genaplah usia Datin Anne atau nama penuhnya Naszriah Ngasri yang ke-39 tahun. Pada usia yang tersebut, Datin Anne telah dikurniakan enam cahaya mata.

Tenggelaam Datin Anne, dah macam sebaya dengan anak-anak, kan?

Untuk info, tiga anak hasil perkahwinan pertama Datin Anne ialah Abdul Warits Abdul Wafi, Abdul Wafri Abdul Wafi dan Nazharah Afroza Abdul Wafi.

Setelah bercerai pada tahun 2010, Datin Anne kemudiannya bertemu jodoh buat kali kedua dengan Datuk Sumali yang ketika itu duda anak satu.

Sahabat Baik Buat Kejutan Sempena Birthday
Baru-baru ini, di Instagram peribadinya Datin Anne memuat naik video sambutan harijadinya bersama sahabat-sahabat baik di sebuah restoran.

IKLAN

Ia merupakan birthday suprise buat Datin Anne daripada para sahabatnya. Datin Anne meluahkan rasa terharunya terhadap kejutan istimewa itu dan berterima kasih kepada mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anne Ngasri (@annengasri_official)

“What a surprise!!! Ingatkan ada meeting. Alhamdulillah syukur utk sahabat-sahabat yang selalu ingat pada saya.”

Dalam video itu, kelihatan sahabat baik Datin Anne iaitu Haliza Maysuri yang merupakan pengasas Bawal Exclusive, dan pereka fesyen tersohor Man Kajang meraikan harijadinya.

Jelas terpancar kegembiraan Datin Anne ketika menerima hadiah-hadiah istimewa daripada para sahabat.

Disember Juga Bulan Anniversary Perkahwinan Datin Anne & Suami
Nampaknya Disember menjadi bulan paling istimewa buat Datin Anne kerana ia bukan saja menjadi birthday month bahkan anniversary beliau dan suami.

IKLAN

22 Disember 2013 adalah tarikh paling istimewa di mana mereka disatukan sebagai suami isteri. Kini, genaplah 11 tahun usia perkahwinan mereka.

Detik istimewa ini dikongsi Datin Anne di Instagramnya menerusi satu hantaran video pendek yang memaparkan ‘throwback’ koleksi foto-fotonya bersama suami.

Di ruangan kapsyen, Datin Anne menitipkan ucapan ringkas penuh bermakna buat suami tercinta.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anne Ngasri (@annengasri_official)

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Sufi Harraz Mohd Sumali, 9, dan Nefa Naura Mohd Sumali, 4.

IKLAN

Selain aktif dalam bidang politik bersama suami, Datin Anne juga bergelar penerbit.

Baru-baru ini Datin Anne turut dilantik sebagai Timbalan Pengerusi GiatMARA.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anne Ngasri (@annengasri_official)

Semoga Datin Anne Ngasri kekal bahagia bersama keluarga dan kekal ‘awet muda’!

Kredit Foto: Instagram Datin Anne Ngasri

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI