Memulakan kerjaya sebagai anak seni seawal usia belasan tahun, rezeki pemilik nama penuh Nur Ernie Shahirah Zakri atau lebih selesa disapa sebagai Ernie Zakri dilihat semakin murah apabila bakat suara yang dikurniakan ilahi berjaya membawa namanya sebaris dengan penyanyi gah negara.
Malah, meskipun kini sudah dua tahun bergelar ibu kepada seorang cahaya mata, namun figura ini sentiasa tampil menawan setiap kali membuat persembahan. Memiliki tubuh badan genit, wajah yang jelita serta bersuara lunak menjadikan penyanyi ini antara barisan selebriti yang memiliki pakej yang lengkap.
Ernie Zakri Tetap Komited Urus Kerjaya! Meski Dah Bergelar Ibu
Ketika ditemui team HIJABISTA, Ernie Zakri mendedahkan bahawa peranan ibu sebagai bukanlah penghalang bagi dirinya untuk terus ligat berkarya dalam industri muzik tempatan, pelantun lagu Ku Bersuara ini komited untuk memberikan yang terbaik kepada peminat-peminatnya.
Bukan itu sahaja, penyanyi yang pernah menjuarai Bintang RTM 2019 ini juga pernah melayakkan diri ke Anugerah Juara Lagu ke-37 menerusi lagu Korban. Sudah terang lagi bersuluh, wanita ini tidak pernah lelah untuk mencapai impiannya.
Ads
Namun, statusnya yang kini bergelar ibu dan juga sebagai seorang selebriti yang sentiasa menjadi tumpuan lensa kamera serta bualan netizen, semestinya mahu tampil sebaik mungkin di laman sosial untuk tatapan peminat istimewanya.
Pun begitu, menurut ibu kepada Nur Khawla Soleha, untuk tampil sempurna di media sosial bukanlah perkara yang mudah. Sudah pasti istilah ‘kesempurnaan’ itu sukar untuk dicapai sebagai manusia biasa. Tetapi, ia bukanlah alasan untuk tidak menjadi yang lebih baik dari semalam.
“Manusia Tak Pernah Lari Dari Kesilapan..” – Ernie Zakri
Jujurnya, untuk menjadi sempurna di laman sosial bukanlah perkara yang mustahil. Apatah lagi, kita sebagai manusia tidak pernah lari dari kesilapan. Tetapi, harus diingat, kita sentiasa menjadi yang lebih baik dari semalam.
Ads
Bagi dirinya sebagai seorang selebriti, dan juga memiliki bilangan pengikut yang ramai di laman sosial, dia menggunakan sehabis baik untuk menyebarkan nilai-nilai positif.
Kongsinya lagi, untuk tampil sempurna di laman sosial pastinya menjadi impian semua orang. Namun, usahlah jadikan laman sosial sebagai platform yang menyebarkan nilai negatif.
“Kita tidak mungkin jadi sempurna, namun cubalah jadi yang lebih baik.
Ads
“Berbaiklah dengan yang lain dan berilah komen dan kata-kata yang positif. Usah terlalu mudah untuk menghukum di laman sosial sehingga memberi kesan buruk kepada orang sekeliling,” ujarnya.
Sekadar info, Ernie Zakri mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Syamel atau nama sebenar Syameel Aqmal Mohd Fodzly pada Mac 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Khawla Sofea.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Beruntunglah bagi sesiapa yang berjaya memanfaatkan kehadiran Ramadan dengan melakukan banyak amal kebajikan. Kedatangan hari raya menjadikan umat Islam dapat bergembira atas segala nikmat kurniaan daripada Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan iaitu kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika bertemu dengan Tuhannya.” (Hadis riwayat Muslim)
Tatkala umat Islam berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan, mereka akan berasa gembira. Kegembiraan merujuk kepada rasa syukur kerana berpeluang menunaikan perintah Allah SWT. Bukan kegembiraan itu kerana dapat lari daripada larangan makan dan minum pada siang hari. Bagi menzahirkan kesyukuran dan kegembiraan menyambut Aidilfitri nanti, umat Islam perlu meraikannya dengan mengikuti jejak langkah serta sunah yang dianjurkan Rasulullah SAW.
Itulah semangat yang perlu ada dalam diri setiap Muslim. Antara sunah Rasulullah SAW ketika hari raya ialah sentiasa mengagungkan Allah SWT dengan ungkapan takbir, tasbih dan tahmid. Apabila terbenam matahari pada hari terakhir Ramadan, perbanyakkanlah mengingati Allah SWT sebagai tanda mensyukuri nikmat kurniaan-Nya.
Telah menjadi kewajipan setiap orang Islam untuk merai dan memuliakan tetamu. Tetamu adalah amanah yang kita tidak boleh melayaninya sambil lewa. Melayani tetamu adalah sunnah Nabi SAW. Apa lagi jika tetamu itu adalah tetamu istimewa yang bukan sahaja datang bertandang malah membawa kepada kita hadiah-hadiah yang istimewa.
Kita hendaklah menyambutnya dengan penuh kegembiraan. Selamat datang wahai tetamu yang sungguh istimewa.
Syawal adalah tetamu yang ketiga yang datang kepada mereka-mereka yang telah melalui Ramadhan dengan baik. Mereka layak menerima hadiah yang istimewa Syawal iaitu mereka telah menjadi suci bersih dan kembali kepada fitrah.
Pada 1 Syawal mereka meraikannya dengan bertakbir tanda kemenangan menjadikan Aidilfitri begitu bermakna kepada mereka. Hadiah Syawal yang kedua adalah puasa sunat enam hari buat melengkapkan puasa Ramadhan.
Rasulullah SAW bersabada, “Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringi puasa enam hari bulan Syawal bererti telah berpuasa setahun penuh” ( H.R. Muslim, Abu Daud, At-Tirmizi dan Ibnu Majah)
1. Mandi sebelum menunaikan solat Hari Raya.
Imam Malik rh meriwayatkan sebuah hadis di dalam al-Muwatto’ (الموطأ)
Maksudnya: “Sesungguhnya Abdullah bin Umar akan mandi pada pagi hari Raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat hari raya.”
Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama telah bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari raya.
2. Makan sebelum menunaikan solat hari raya ‘Eid al-Fitri dan untuk ‘Eid al-Adha makan selepas solat.
Termasuk di dalam adab berhari raya al-Fitri ialah makan dahulu sebelum keluar untuk menunaikan solat hari raya. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin Malik katanya:
Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah saw tidak keluar pada pagi hari Raya al-Fitri, sehinggalah Baginda makan terlebih dahulu beberapa biji tamar… dan baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.” [HR Al-Bukhari: 953].
Sekiranya tidak ada tamar, makanlah sesuatu yang harus dimakan. Al-Imam Ibnu Hajar al-Asqalani mengulas hadis ini dengan berkata: “Ini kerana untuk mengelakkan (anggapan) adanya tambahan dalam berpuasa, ianya juga (petunjuk) bersegera mentaati arahan Allah swt (untuk tidak berpuasa pada hari tersebut).” [Fath al-Bari: 2/446].
3. Bertakbir pada hari Raya
Takbir hari raya adalah termasuk sunnah yang agung berdasarkan firman Allah swt:
Maksudnya: “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” [Al-Baqarah: 185].
Waktu bertakbir bagi Hari Raya al-Fitri ialah bermula pada malam raya iaitu setelah tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadhan sehingga masuknya imam ke tempat solat untuk solat hari raya.
4. Lafaz Takbir Hari Raya
Di dalam Musannaf Ibnu Abi Syaibah dengan sanad yang sahih daripada Ibnu Mas’ud ra. yang bertakbir pada hari Tasyrik dengan lafaz:
Maksudnya: Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Masa Besar dan bagi Allah segala puji-pujian.”
5. Ucapan Tahniah Pada Hari Raya
Termasuk dalam adab berhari raya ialah menyampaikan ucap tahniah sesama muslim dengan sebarang ucapan yang baik seperti ucapan:
1. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ – Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan anda semua).
2. عِيْدُ مُبَارَكْ – (Selamat) hari raya yang diberkati.
6. Berpakaian baru/cantik di Hari raya
Daripada Jabir ra. katanya: “Nabi saw mempunyai satu jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan hari Jumaat.” [Sahih Ibnu Khuzaimah: 1765].
Demikian juga al-Baihaqi meriwayatkan dengan sanad yang sahih, bahawa Ibnu Umar sentiasa memakai pada hari raya seindah-indah pakaiannya.
Memakai pakaian cantik pada hari raya ini adalah untuk kaum lelaki. Adapun untuk kaum wanita mereka boleh mengenakan pakaian yang biasa (disebelah luar/atasnya) seperti sabda Nabi saw:
لا تَمْنَعُوا إِمَاءَ اللَّهِ مَسَاجِدَ اللَّهِ، وَلَكِنْ لِيَخْرُجْنَ وَهُنَّ تَفِلاتٌ
Maksudnya: “Jangan kamu tegah hamba perempuan Allah dari masjid Allah, tetapi hendaklah kaum wanita keluar dalam keadaan meninggalkan wangian” [HR: Ahmad dan Abu Daud “Sahih”].
Keluar dengan berpakaian biasa diluar dan tidak bertabarruj berhias dan mengenakan wangian yang boleh dihidu baunya oleh lelaki ajnabi. Sekiranya wanita berkumpul dalam kelompok mereka sahaja tidak mengapa untuk berpakaian cantik.
7. Keluar ke tempat solat melalui jalan lain dan balik daripadanya melalui jalan yang lain.
Maksudnya: “Adalah Nabi saw, pada hari raya baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari solat hari raya).” [Al-Bukhari: 986]
8. Solat Hari Raya
Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat hari raya. Sebahagian mengatakan hukumnya sunat muakkad, sebahagian yang lain mengatakannya fardhu kifayah dan sebahagian yang lain mengatakan hukumnya adalah fardhu ain (wajib), berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya. Inilah pendapat Mazhab Imam Abu Hanifah, pendapat ini dipilih juga oleh beberapa orang ulama’semasa.
Cara-caranya (kaifiyat) Solat Hari Raya.
a. Solat hari raya tidak perlu dilaungkan azan dan iqamah. Ditunaikan sebanyak 2 rakaat. Rakaat pertama ada 7 kali takbir dan rakaat kedua ada 5 kali takbir. Hukum bilangan-bilangan takbir ini adalah sunnat bukan wajib. Jika takbir ini tertambah atau terkurang, solat hari raya tetap sah. Sunnah mengangkat tangan ketika takbir-takbir ini kerana thabit dari para sahabat Nabi saw.
b. Imam membaca pada rakaat yang pertama surah al-Ala (سبح اسم ربك الأعلى) dan pada rakaat kedua membaca al-Ghasiah (هل أتاك حديث الغاشية) berdasarkan hadis riwayat Muslim, atau membaca surah Qaf (ق) pada rakaat pertama dan membaca surah al-Qamar (القمر) pada rakaat kedua, juga berdasarkan hadis riwayat Muslim. Kedua-dua bacaan ini sahih dari Nabi saw.
c. Dilakukan solat raya terlebih dahulu diikuti khutbah. Ini berdasarkan hadis di dalam Musnad Ahmad daripada Ibnu Abbas r’anhuma:
Maksudnya: “Aku menyaksikan Rasulullah saw menunaikan solat hari raya sebelum khutbah, kemudian baginda berkhutbah.”
d. Menyegerakan solat hari raya dan tidak memanjangkannya.
Disunatkan menyegerakan solat hari raya selepas terbitnya matahari. Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam Fath al-Bari menukilkan perkataan Ibnu Battal (ابن بطال): “Telah sepakat para fuqaha’ bahawa solat hari raya tidak dilaksanakan sebelum atau ketika terbit matahari, sebaliknya ia dilakukan ketika disunatkan solat sunat.”
9. Keluar dengan berjalan kaki ke tempat solat hari raya
Daripada Ali bin Abi Tolib r.a. katanya: “Termasuk di dalam sunnah, mendatangi (solat) hari raya dengan berjalan kaki.” [Riwayat al-Tirmizi dan beliau menghasakannya]. Kata al-Tirmizi: “Beramal dengan hadis ini kebanyakan para ulama, mereka memandang sunat orang lelaki keluar (untuk solat hari raya) dengan berjalan kaki.” Kata Ibnu al-Munzir: “Orang yang berjalan kaki ke hari raya (tempat solat hari raya) adalah lebih baik dan lebih hampir kepada maksud tawadhu’, dan tidak mengapa bagi sesiapa yang berkenderaan.”
Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu Umar katanya:
Maksudnya: “Adalah Rasulullah saw keluar ke tempat solat Hari Raya dengan berjalan dan baginda pulang darinya juga dengan berjalan.” [Sahih Ibnu Majah “Hasan”]
Bagi mereka yang uzur atau rumahnya jauh dari musalla / masjid tidak mengapa naik kenderaan.
10. Wanita uzur juga keluar menyaksikan solat hari raya.
Para wanita keluar untuk menunaikan solat hari raya adalah termasuk di dalam sunnah Nabi saw. Dari Umm Atiyyah r.’anha katanya: “Kami disuruh oleh Nabi saw untuk mengeluarkan mereka (semua wanita) pada hari raya al-Fitri dan al-Adha; wanita yang baru baligh atau hampir baligh, wanita haid dan anak dara. Adapun wanita haid diasingkan daripada tempat sembahyang.”
11. Zakat Fitrah
Nabi saw menyuruh membayar zakat al-Fitr sebelum solat hari raya. Harus mengeluarkannya sehari atau dua hari lebih awal berdasarkan hadis Ibnu Umar r.’anhuma yang diriwayatkan oleh al-Bukhari
وكانوا يعطون قبل الفطر بيوم أو يومين
Maksudnya: “Adalah mereka (sahabat Nabi saw) mengeluarkan (zakat al-Fitr) sebelum hari raya sehari atau dua hari.”
Sesiapa yang menunaikan zakat fitrah selepas solat hari raya maka ia tidak dikira sebagai zakat fitrah berdasarkan hadis Nabi saw daripada Ibnu Abbas r.’anhuma:
من أداها قبل الصلاة فهي زكاة مقبولة، ومن أداها بعد الصلاة فهي صدقة من الصدقات
Maksudnya: “Sesiapa yang membayarnya (zakat fitrah) sebelum solat (hari raya), maka itulah zakat fitrah yang diterima, dan sesiapa yang membayarnya selepas solat, maka ianya hanya sekadar sedekah dari sedekah yang lain.”
Maka itu cara dan adab menyambut tetamu Allah yang istimewa lengkapi dengan berpuasa enam syawal lengkaplah puasa kita menjadi seolah-olah berpuasa setahun yang tidak ada tawaran yang begitu hebat melainkan di bulan Syawal.
Namun kebanyakan dari kita pemergian Ramadhan disambut dengan gembira dan Syawal disambut riang.Pemergian Ramadhan tidak ditangisi dan tiada lambaian perpisahan. Sebaliknya Syawal dipenuhi dengan keseronokan berpesta raya dan rumah terbuka.
Puasa enam dilupakan dan puasa ganti ditangguhkan. Satu lagi hadiah istimewa telah di abaikan kerana mengejar keseronokan dunia. Sambutlah tetamu istimewa ini dengan sepenuh hati. Marilah kita menyambut kedatangan tetamu-tetamu ini dengan hati penuh keinsafan.
Tetamu istimewa ini datang membawa hadiah-hadiah yang istimewa yang mungkin tidak akan kita perolehi lagi tahun hadapan kerana tiada siapa yang boleh menjamin kita akan hidup lagi di tahun hadapan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Untuk menangani situasi genting pada Ketika ini, kita disarankan untuk melakukan penjarakan sosial walaupun ketika meraikan perayaan besar seperti Hari Raya.
Walaupun sambutan Hari Raya Aidilfitri diraikan dalam keadaan norma baharu seperti tidak dapat pulang ke kampung, tiada kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara dan melakukan rumah terbuka, mungkin ada juga yang beraya keseorangan, rakyat Malaysia tetap meraikan Hari Raya dengan penuh keceriaan.
Selain itu, Hari Raya juga lebih bermakna dengan adanya Huawei Y6p, telefon baharu oleh Huawei yang ditawarkan pada harga RM559, harga berpatutan tetapi padat dengan ciri-ciri terbaharu dan canggih.
Terima kasih kepada Y6p yang mempunyai skrin dan bateri yang besar! Walaupun tidak dapat balik ke kampung, namun Hari Raya tetap meriah dengan adanya Y6p ini. Ia memudahkan untuk menyimpan gambar dan video daripada sanak saudara serta gambar OOTD di pagi raya.
Baterinya pun tahan lama untuk membuat panggilan telefon, video dan mesej dari keluarga dan rakan-rakan untuk bermaafan di Hari Raya. Y6p ini mempunyai tiga warna (Phantom Purple, Emerald Green dan Midnight Black) menarik yang dapat dipadankan dengan baju raya. Semestinya menjadi aksesori cantik yang mampu menyerlahkan penampilanmu.
Skrinnya bersaiz 6.3 inci (resolusi 1600×720) membuatkan panggilan video bersama yang tersayang pada pagi Hari Raya untuk bermaafan dan bertanya khabar menjadi lebih menarik.
Bagi yang meraikan Hari Raya tanpa ibu bapa di sisi dan cuba untuk masak juadah istimewa sendiri, anda bolehlah meminta bantuan mereka membuat panggilan video bersama keluarga tercinta di malam raya.
Y6p didatangkan dengan kamera belakang 13MP dan kamera hadapan 8MP, sesuai untuk merakam gambar dan video pada Hari Raya seperti video ibu sedang memasak di dapur untuk dikongsi bersama abang dan kakak yang tidak dapat pulang beraya bersama.
Y6p juga mempunyai ruang memori besar iaitu 64GB yang boleh menyimpan gambar dan video yang banyak. Sesi fotografi berpakaian sedondon di pagi raya adalah satu kemestian!
Di samping itu, pelanggan Huawei yang membeli peranti Y6p layak untuk mendapatkan 15GB cloud storage secara percuma selama 12 bulan. Jadi, anda tidak perlu risau sama ada cukup storan untuk semua video dan gambar Aidilfitri.
Dengan adanya kemudahan teknologi terkini, duit raya kini boleh diberi tanpa tunai. Setiap peranti Huawei termasuklah model baharu, Y6p, membolehkan pengguna mengakses AppGallery dimana ia menawarkan beratus aplikasi terkini untuk kemudahan pengguna.
Antara aplikasi popular yang ada di dalam AppGallery adalah Maybank2u, Touch n’ Go eWallet, dan Boost. Alhamdullilah! Masih boleh hantar dan terima duit raya!
Bukan itu sahaja, khas untuk pengguna Huawei Y6p, mereka ditawarkan Viu Premium secara percuma untuk dua bulan. Caranya mudah sahaja, pengguna hanya perlu muat turun aplikasi Member Center di AppGallery. Kod percuma boleh didapati di aplikasi Member Center ini. Jadi, anda boleh menonton filem tak kira di mana sahaja anda berada.
Dengan adanya Viu Premium, pengguna Huawei Y6p dapat menonton pelbagai filem dan drama popular tanpa iklan, serta filem eksklusif untuk pelanggan Viu Premium. Y6p kini boleh dibeli di kedai rasmi Huawei di kedai fizikal serta dalam talian.
Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh layari laman web rasmi Huawei Malaysia.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bagi anda yang sukakan makanan pedas, pasti akan rasa kekurangan atau ‘tidak puas’ makan tanpa ada sambal atau makan pedas lain. Cili juga dapat membantu melancarkan pembuangan air besar yang kadangkala sukar bagi sesetengah orang terutama ketika berpuasa.
Namun ketika makan makanan pedas adakalanya rasa pedas yang menyegat itu akan menimbulkan rasa kurang selesa. Keadaan ini tentunya membuat anda rasa kurang selesa. Berikut perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Kalau tak pedas, tak sedap, tapi kalau terlebih pedas, merana! Pijar lidah, berpeluh-peluh dahi, dan kadang-kadang tak tahu kenapa, sampai gatal kepala. Apa yang perlu dilakukan jika termakan makanan yang terlalu pedas? Minum air? Kemam air? Itu tak berapa berkesan. Ada cara lebih cepat dan efektif untuk kurangkan pijar lidah.
Rasa pedas pada cili dan cabai adalah disebabkan bahan yang dipanggil capsaicin. Ia mempunyai sifat tidak larut air, sebab itu minum air atau kemam ais tak berapa efektif kurangkan kepedasan.
Capsaicin adalah bahan yang mudah larut dalam bahan berminyak atau berlemak. Oleh itu, bahan-bahan berikut sangat efektif untuk kurangkan kepedasan di lidah.
SUSU
Susu dan keju mengandungi lemak serta casein( protein) yang boleh memisahkan capsaicin dari tunas rasa. Santan dan soya pun boleh.
COKLAT
Ini sedap! Coklat, terutamanya coklat susu mempunyai banyak minyak dan lemak, maka ia efektif larutkan capsaicin.
MENTEGA KACANG
Ini pun sedap! Kacang mengandungi minyak, ia membuatkan rasanya berlemak dan berkesan untuk basmi kepedasan.
ASID
Makanan Thai banyak gunakan cili padi, serta limau, cuka dan mangga muda. Kenapa? Sebab bahan berasid boleh mengurangkan rasa pedas.
GULA/MADU
Biasa dengar bukan, tambah gula dalam masakan untuk kurangkan kepedasan? Rasa manis boleh membantutkan pedas. Nak sihat, guna madu.
ROTI
Roti serta makanan berkanji seperti nasi boleh serap capsaicin. Mungkin sebab itu makan makanan pedas, mesti nasi bertambah.
Makanan pedas-pedas memang nikmat, tapi hendaklah berpada-pada. Makanan terlalu pedas boleh menyebabkan gastritis, cirit birit, dan masalah kesihatan yang lain. Paling molek, bersederhana itu lebih baik.
Untuk elakkan sebarang masalah kepada sistem pencernaan dan tubuh, hadkan pengambilan makanan pedas dengan sebaik-baiknya. Bukan tidak boleh makan langsung tetapi biar dalam kuantiti yang terkawal dan tidak memudharatkan.
HIJABISTA: Mungkin tidak ramai yang tahu, ada kalanya rasa sakit kepala akan berkurang jika kita makan makanan pedas. Namun perlu tahu, elakkan makan cili berlebihan atau jangan makan jika kita ada masalah pencernaan.
Masker beras daun sirih cina kemiri kini tular sebagai petua kecantikan semula jadi. Ketahui cara buat masker homemade ini, cara pakai yang betul serta tip elak iritasi kulit.