Laman sosial hari ini dilihat sebagai sebuah platform yang digunakan untuk pelbagai fungsi juga kepentingan setiap individu.
Antara salah satu kelemahan yang wujud apabila menggunakan laman sosial ini apabila ia mudah menyebarkan fitnah, membina minda negatif serta membentuk peribadi seseorang itu menjadi individu yang mudah menilai orang lain, tanpa sebab asbab yang kukuh.
Mengulas lanjut mengenai isu ini, HIJABISTA secara eksklusif menemu bual penyanyi bersuara lunak, Ernie Zakri berkaitan isu tampil sempurna di laman sosial.
Sempurna Di Laman Sosial Perspektif Ernie Zakri
Maka, moleklah sekiranya jika kita menggunakan laman sosial seperti Instagram, Facebook, Twitter juga Tiktok untuk kebaikan diri sendiri dan memberi kebaikan kepada orang lain.
Berbicara soal laman sosial, ramai diantara kita yang ingin tampil sempurna sehinggalah memperjudikan diri mereka sendiri.
Oleh disebabkan taksub dengan pujian serta kata-kata positif dari pengguna laman sosial, ada yang sanggup berbelanja beratusan ribu ringgit sehingga berhutang hanya untuk tampil sempurna di laman sosial. Adakah ia berbaloi?
Penyanyi yang juga ibu kepada seorang cahaya mata perempuan, Nur Khawla Soleha menyatakan bahawa menjadi sempurna di laman sosial bukanlah perkara yang mudah.
Mustahil Untuk Sempurna, Namun Tak Salah Cuba Jadi Yang Terbaik!
Malah, dia menyifatkan sebagai seorang manusia, definisi kesempurnaan itu amat mustahil untuk dicapai, namun ia bukanlah alasan untuk tidak menjadi yang lebih baik dari semalam.
“Menjadi sempurna di laman sosial ini saya kira begitu am dari sudut pengertiannya. Namun, apa yang pasti, kita sebagai manusia biasa pastinya tidak akan pernah lari dari melakukan kesilapan.
Ads
“Oleh itu, kita haruslah berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam semua perkara, di semua tempat termasuklah di laman sosial.”
Tambahnya lagi, sebagai pengguna laman sosial yang bijak, kita disarankan untuk menyebarkan nilai-nilai positif supaya dapat membentuk sebuah komuniti yang harmoni dan bertanggungjawab.
“Berbaiklah dengan yang lain dan berilah komen dan kata-kata yang positif. Usah terlalu mudah untuk menghukum di laman sosial sehingga memberi kesan buruk kepada orang sekeliling.
“Elakkan dari menghujah kata-kata kesat, negatif, memaki-hamun juga mencaci. Kita tidak mungkin bisa menjadi sempurna, namun cubalah jadi yang lebih baik.
“Sesungguhnya, memberi kebaikan kepada orang lain merupakan sebuah amalan yang mulia dan harus dipraktikkan dalam kehidupan harian kita,” tegas Ernie mengenai isu ini.
Ads
Oleh itu, ayuh kita jadikan platform laman sosial sebagai sebuah tempat yang bisa menyebarkan nilai-nilai murni dan positif yang bukan menjauhkan kita semua, malah lebih mendekatkan diri kita sebagai hamba-Nya.
Semoga penulisan artikel ini memberi pengajaran kepada diri kita untuk sentiasa bijak menggunakan laman sosial pada hari ini!
Hari Raya Aidilfitri bakal tiba kurang sebulan lagi, pastinya penampilan di pagi raya harus menarik dan selesa. Ramai akan memilih untuk mengayakan busana kurung tradisional demi merasai aura tradisi dan bersiap sedia sebelum ke masjid.
Namun bagaimana dengan penampilan usai matahari mula tegak di atas kepala? Pastinya pilihan yang lebih selesa dan praktikal menjadi pilihan bukan? H&M hadir dengan koleksi terbaharu Summer Stories yang sesuai diolah menjadi busana untuk meraikan lebaran akan datang.
Gaya Selesa
Rekaan yang dipertaruhkan menyuntik gabungan nuansa moden yang berikan elemen gaya kontemporari dan feminin, sesuai untuk semua golongan wanita. Paling penting, kebanyakan busana koleksi ini menggunakan 100 peratus kapas asli ataupun campuran kapas asli bersama linen. Semestinya memberi keselesaan secara total.
Bukan itu sahaja, bahkan koleksi ini turut sesuai digayakan oleh para hijabi. Tiru sahaja gaya Bella Dally yang merupakan wajah kempen ini disamping dua lagi selebriti lain iaitu Yaya Zahir dan Azira Shafinaz.
Ketiga-tiga wanita ini menjadi perlambangan wanita berkarakteristik positif yang menyerlahkan kepelbagaian dan kebebasan sebagai wanita. Dua ciri ini ditambah pula dengan personaliti mereka yang penuh keyakinan lantas mencerminkan kejayaan sebagai seorang wanita berkarier.
Stail Menarik
Penampilan gaya kasual ketika lebaran seharusnya diserikan dengan pilihan fesyen yang praktikal namun tetap memiliki elemen fesyen yang menarik. Koleksi H&M ini semestinya pilihan yang sangat tepat kerana ia hadir dalam rona yang cukup lembut serta rekaan yang sesuai digayakan sesiapa sahaja tidak kira sama ada anda berhijab ataupun tidak.
Oleh itu, koleksi ini sesuai untuk anda jadikan busana untuk menyambut perayaan Hari Raya nanti kala berkunjung ke rumah sanak saudara mahupun sahabat handai. Selesa, praktikal dan paling penting bergaya.
The Hijabista Show X H&M
Edisi khas lebaran The Hijabista Show menampilkan penyanyi & pelakon, Ernie Zakri dan Kilafairy bersama penata gaya selebriti Tym Fatimah ditemubual oleh hos rancangan , Qila dan Mellya. Berbincang tentang nostalgia hari raya mereka berbicara tentang isu gaya hidup sehinggalah fesyen. Menariknya, Tym Fatimah memberikan sesi ubah gaya kepada Qila dan Mellya dari busana tradisi bertukar ke busana moden menggunakan helaian keseluruhan H&M. Jangan lupa untuk menyaksikan edisi khas The Hijabista Show ini 30 April 2021 jam 8 malam di saluran media sosial YouTube, Instagram dan Facebook Hijabista.
Untuk mendapatkan koleksi ini anda boleh mengunjungi butik H&M seluruh Malaysia ataupun boleh membelinya secara atas talian menerusi laman sesawang https://www2.hm.com/en_asia4/index.html
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Ekstrak Green Coffee adalah suplemen terbaik untuk mengurangkan berat badan kerana ia sangat efektif dan selamat digunakan. Dalam beberapa tahun ini, ramai yang mula menyedari kesan akibat obesiti.
Jadi, ramai yang telah mencuba pelbagai cara untuk mengurangkan berat badan. Ekstrak Green Coffee adalah suplemen terbaik untuk mengurangkan berat badan kerana ia sangat efektif dan selamat digunakan.
Ekstrak Green Coffee Bean yang terbaik ialah daripada hasil pengeluaran biji kopi yang belum dipanggang. Kesan daripada pemanggangan biji kopi akan mengakibatkan jumlah CGA ataupun chlorogenic asid berkurang. Maka, biji kopi ini mengandungi konsentrasi CGA yang lebih tinggi berbanding dengan biji kopi biasa.
Melalui kajian dan penyelidikan yang telah dibuat, chlorogenic asid dikatakan dapat memberi banyak kebaikan dalam mengelakkan diabetes, sakit jantung dan juga dapat mengurangkan berat badan. Ekstrak Green Coffee kini menjadi bualan di rancangan temubual di beberapa televisyen apabila membincangkan isu diabetes dan kesihatan.
Kesan Keatas Penurunan Berat Badan
1. Ekstrak Green Coffee mengandungi bahan terbaik yang dikenali sebagai chlorogenic acid. Ia juga merupakan bahan yang paling berkesan dan efektif digunakan dalam suplemen ini untuk mengurangkan berat badan. Chlorogenic asid adalah fitokimia. Ia bertindak menghalang penggunaan dan penyerapan glukosa atau gula dari menyerap masuk ke dalam saluran darah. Apabila tiada kandungan gula di dalam badan, maka badan tidak dapat menukar gula menjadi lemak tersimpan.
2. Chlorogenic asid juga dapat meningkatkan kadar metabolisme badan. Kadar metabolisme menentukan kecepatan badan menghasilkan tenaga. Jika kadar metabolisme anda rendah, maka badan akan kurang mengeluarkan tenaga, dan mula menukar karbohidrat kepada lemak. Apabila kadar metabolisme meningkat, badan dapat membakar lemak dengan cepat.
3. Apa yang paling penting ialah, chlorogenic asid tidak hanya membakar lemak secara menyeluruh di dalam badan, ia juga dapat membakar lemak yang terkumpul di bahagian hati dengan cepat. Hati merupakan antara bahagian terpenting dalam tubuh badan manusia. Ia bertanggungjawab memproses semua lemak yang diambil melalui semua makanan yang kita makan.
4. Ekstrak Green Coffee tidak dijumpai di dalam plasma selepas proses penghadaman. Ia juga tidak diserap ke dalam usus badan yang kecil. Ini menyakinkan kajian bahawa Ekstrak Green Coffee tertumpu kepada kompaun yang spesifik menggalakkan penyerapan lemak dalam diet anda.
5. Kepada mereka yang mengalami masalah darah tinggi, bahan ini dapat mempengaruhi saluran darah untuk mengurangkan tekanan darah. Ini dapat membantu melegakan mereka yang mengalami penyakit lain seperti diabetes dan juga sakit jantung. Untuk mengurangkan berat badan, chlorogenic asid boleh mempengaruhi badan mengawal kandungan gula di dalam badan. Pengambilan gula yang berlebihan dalam minuman dan makanan apabila tidak dikurangkan menjadi racun dalam badan. Jadi dengan mengamalkan Ekstrak Green Coffee ini, ia dapat membantu kita mendapatkan kesihatan yang optima dan membantu mendapatkan berat badan yang ideal.
Sumber: kuruscepat
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Setiap individu beragama Islam diwajibkan menunaikan solat 5 waktu setiap hari. Yang menjadi masalah adalah mahu khusyuk ketika menunaikan solat. Sejujurnya, masih ramai lagi yang mengalami masalah ini. Ketika mahu atau sedang solat, pasti ada sahaja perkara duniawi yang bermain di fikiran.
Sepatutnya sewaktu solat fokus kita tertumpu sepenuhnya pada Allah. Solat itu akan dipanggil khusyuk apabila hati, fikiran, perasaan dan seluruh pancaindera tunduk dan patuh kepada Allah sepanjang waktu anda melakukan solat.
Tetapi bagaimana mahu khusyuk dalam solat? Tip ini telah dikongsikan sendiri oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Penulis Misteri tentang 4 perkara yang boleh anda amalkan sekiranya mahu khusyuk ketika menunaikan solat. Semoga bermanfaat untuk hijabi di luar sana.
Rugi jika tak belajar ilmu khusyuk solat. Saya ringkaskan disini caranya.
Step 1 – Buat persediaan solat
Foto: Google
Solat awal waktu, bersih diri, sugi/gosok gigi, jangan solat tika makanan dah terhidang (waktu sangat lapar) or masa tahan buang air, don’t over makan dan minum sebelum solat dan tak bazir air wuduk.
Step 2 – Bila nak solat
Foto: Google
Jawab azan dan iqamah. Cuba untuk solat berjemaah. Ni paling penting: cuba untuk hadirkan hati – maksudnya fokus yang awak solat tu bukan sebab itu suruhan tapi sebab awak nak sangat ‘bicara hati’ dengan Allah. U sendiri nak solat. Bukan sebab lain. Fikir tu your last solat. Maybe pasni mati.
Step 3 – Masa solat
Foto: Google
Cuba fahami setiap apa yang disebut dalam Arab tu dalam bahasa sendiri. Faham maknanya. Awak kena study balik buku fardu ain, cari makna tiap satu dari takbir sampai tahiyyat. Sujud proper, jangan tekan sampai hitam dahi. Bicara dalam-dalam masa tu. Mohon ampun, jangan fikir dunia jap.
Smooth and steady. Kena ada tertib dan tama’ninah (maksudnya ketenangan). Last sekali, ingat firmanNya (qs Taha:14): “dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku”.
Moga kita semua temui anugerah khusyuk dalam solat. Amin.
Pelakon, penyanyi dan usahawan jelita, Sherry Ibrahim sememangnya seorang yang menjaga kecantikan dan kesihatan.
Lihat saja penampilannya yang sentiasa cantik dan langsing. Pasti ramai yang...