Sekitar tahun 90an, siapa yang tak kenal lelaki bersusuk tubuh tegap, tampan dan berwajah persis orang Arab. Edika Yusof satu nama tidak asing kepada peminat seni tanah air kerana kemunculannya sebagai seorang model dan pelakon serba boleh.
Filem yang paling sinonim dengan dirinya adalah Maria Mariana berlakon di samping Erra Fazira dan Ziana Zain. Namun selepas berkahwin, kelibatnya dalam dunia lakonan tidak kelihatan.
Bukan kerana tidak mahu belakon tetapi ada sebab kenapa dia menghilangkan diri dalam dunia seni. Namun kini dia juga dilihat sudah kembali beraksi dalam dunia seni cuba tidak seaktif dulu.
Terbaru Edika Yusof dalam postingnya di laman Instagram memberitahu sempena sambutan harijadinya, bahawa dia begitu menyayangi keluarga termasuk isteri dan anak-anaknya yang sentiasa memberi sokongan serta dorongan padanya.
Dalam satu video oleh Sinar FM, Edika berkongsi pengalamannya selama 12 tahun (masuk tahun ini 14 tahun) menjaga isterinya yang jatuh sakit dan lumpuh tiga suku badan setelah dua tahun mereka berkahwin.
Akibatnya isterinya menghidap strok tidak boleh mendengar dan juga bercakap. Keadaan ini menyebabkan ia menggangggu memori iserinya hingga ada beberapa perkara tidak mampu untuk diingati.
Situasi ini benar-benar menguji diri Edika yang keliru kenapa dugaan ini yang Tuhan beri padanya. Dia terfikir untuk berkongsi masalahnya dengan seseorang. Tetapi jalan yang dipilih adalah berkongsi masalah itu dengan Tuhan sendiri.
Daripada situ beliau mendapat hidayah dan menguatkan diri menempuh segala apa yang berlaku. Walaupun dalam masa sama dia seperti sudah putus harapan, tetapi melihat kesungguhan isterinya apabila melakukan sesuatu dan tidak pernah ‘give up’ daripada situ kekuatan dirinya datang.
Walapun isterinya berada dalam serba kekurangan, tetapi lelaki ini tidak pernah menganggap isterinya seorang OKU ataupun seorang yang lumpuh. Malah dia menganggap isterinya seperti manusia biasa yang sempurna.
Ads
Daripada sikap isteri yang begitu membuatkan isterinya juga tidak sedar bahawa dirinya lumpuh dan bukan seperti insan normal lain.
Edika juga turut memberitahu dia treat isterinya sama sahaja daripada segi kasih sayang. Mereka ada masanya bergaduh dan menguruskan keperluan keluarga bersama-sama. Dia cipta benda begini supaya isterinya itu tahu bahawa dia seorang yang normal.
Biarpun ada pandangan keluarga dan teman-teman yang bertanya kenapa dia tidak berkahwin lagi satu, Edika punya jawapan tersendiri. Katanya jika berkahwin lagi satu pun tidak akan selesaikan masalah yang sedia ada.
Mungkin juga isteri kedua itu nanti akan sakit lumpuh. Jadi berapa ‘wheechair’ yang perlu dia jaga kelak.
Ads
DISURUH KAHWIN LAIN
Menurutnya juga cukuplah dengan satu ini yang dia perlu jaga dan alhamdulillah baginya ini dugaan yang Tuhan beripada dirinya. Isterinya juga ada menyuruh Edika berkahwin lain tetapi dia menolaknya.
Baginya sewaktu mengambil isterinya, dia berada dalam keadaan sempurna dan jika mahu mengembalikan pada keluarga juga mestilah boleh berdiri dan berjalan. Jadi daripada situ isterinya paham yang dia tidak pernah terfikir untuk berkahwin lain atau menambah isteri kerana padanya yang satu ini juga sudah memadai.
Di akhir perbualan, Edika juga sempat menitipkan pesanan buat kaum lelaki di luar sana agar susah senang bersama isteri. Jangan bagi beban kepada isteri saja kerana lelaki merupakan ketua keluarga.
Kita perlu sentiasa sama-sama membantu isteri dalam urusan rumahtangga. Jangan anggap isteri sebagai maid sebaliknya anggap dia adalah soulmate kita dan lakukan apa-apa biarlah bersama-sama. Bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Ketika ibu bapa atau mereka yang tersayang sudah meninggal, maka tak ada lagi yang boleh kita lakukan selain memanjatkan doa untuk mereka.
Dan memang tidak ada lagi yang boleh diharapkan oleh mereka yang telah meninggal, kecuali kalimat doa dari anda. Itu ertinya, mendoakan mereka yang sudah meninggal merupakan keharusan bagi seorang umat islam.
Mendoakan mereka yang sudah meninggal boleh dilakukan seperti berziarah ke kuburnya ataupun dilakukan di rumah seusai melaksanakan solat. Ada hadis yang mengatakan bahawa, “Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara. iaitu, sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, dan doa anak saleh.” Berikut doa yang boleh anda ucapkan supaya ibu bapamu mendapat pengampunan dan perlindungan di surga.
Hubungan ibu bapa dan anak akan terputus ketika salah satunya meninggal dunia. Namun, meskipun anda tak boleh lagi melayani mereka secara langsung, anda boleh mengirimkan doa ini pada mereka.
Allahummaghfir lahu warhamhu wa ‘aafihi wa’fu ‘anhu wa akrim nuzulahu wa wassi’ madkholahu, waghsilhu bil maa i wats-tsalji walbarodi wa naqqihii minal khothoo ya kamaa yunaqqots- tsawbul abyadhu minad danas, wa abdilhu daaron khoiron min daarihii wa ahlan khoiron min ahlihii wa zawjan khoiron min zawjihi, wa adkhilhul jannata wa a ‘idzhu min ‘adzaabil qobri wa fitnatihi wa min ‘adzaabin naar.
Ertinya : wahai Allah, ampunilah dan rahmatilah, bebaskanlah, lepaskanlah dia. Dam muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah jalan masuknya, cucilah dia dengan air yang jernih dan sejuk, dan bersihkanlah dia dari segala kesalahan seperti baju putih yang bersih dari kotoran, dan gantilah rumahnya dengan rumah yang lebih baik daripada yang ditinggalkannya, dan keluarga yang lebih baik, dari yang ditinggalkannya pula. Masukkanlah dia ke syurga, dan lindungilah dari siksanya kubur serta fitnahnya, dan siksa api neraka.
Kalau yang sudah meninggal adalah ibu (perempuan), maka lafadz ‘HU’ diganti menjadi ‘HA’ (Allahummagh fir Laha). Dan jika keduanya sudah meninggal, maka lafadz ‘HU’ diganti menjadi ‘HUMA’ (Allahummagh fi La Humma).
Meski ibu bapa anda sudah meninggal, masih ada cara bagi anak untuk tetap boleh berbakti pada mereka. Namun belum ramai orang yang mengetahuinya.
Selain mendoakan, anda boleh juga mengubati rindu anda pada ibu bapa. Rindu ini nyatanya boleh diekspresikan dengan amalan-amalan yang boleh anda lakukan untuk mereka.
Itulah doa untuk ibu bapa yang sudah meninggal yang boleh anda panjatkan setelah solat. Kalau ibu bapamu masih hidup, jangan sia-siakan kesempatan untuk selalu membahagiakan, membanggakan, dan menyayangi mereka sebelum tiada ya! Tapi kalau sudah meninggal, selalu doakan, rutin lawati kuburnya, dan teruskan apa yang telah mereka perjuangkan selama hidup.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Siapa kata tugas sebagai isteri itu hanya duduk goyang kaki di rumah. Dialah doktor, guru, chef, akauntan, ‘cleaner’, ‘driver’ dan juga ustazah kepada anak-anak.
Jika diikutkan tugas mereka tiada hentinya, sebaik buka mata hinggalah melelapkan mata. Itulah rutin harian mereka yang bergelar isteri atau ibu yang dikatakan cukup hebat.
Namun sebagai insan biasa, mereka juga tidak terlepas dari menanggung rasa penat. Malah ramai isteri setiap hari mengeluh kepenatan dek rasa stres kerana bebanan tugas yang tiada hentinya.
Lebih-lebih lagi jika mereka turut bekerja makan gaji untuk membantu pendapatan suami di zaman serba mencabar ini.
Ada pelbagai cara untuk hilangkan kepenatan ini seperti mengajak suami bercuti, atau berurut di spa. Namun begitu sebenarnya dalam Islam itu juga telah tersedia penawar mengatasi kepenatan yang tiada penghujung ini.
Caranya ialah melalui amalan Zikir atau Tasbih Fatimah yang diajarkan sendiri oleh Rasululullah S.A.W kepada puterinya Saidatina Fatimah r.a.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, satu hari puteri Rasulullah s.a.w, Saidatina Fatimah r.a mengadu kepada suaminya, Saidina Ali bin Abu Talib r.a tentang tangannya berasa sakit dan keletihan kerana terlalu banyak kerja rumah yang perlu dilakukannya.
Saidatina Fatimah kemudian datang menemui ayahandanya baginda Rasulullah S.A.W untuk meminta seorang pembantu. Akan tetapi dia tidak berjaya menemui Rasulullah S.A.W dan hanya bertemu dengan Saidatina Aisyah.
Kemudian Saidatina Fatimah meninggalkan permintaannya kepada Saidatina Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah. Apabila Rasulullah tiba di rumah, Saidatina Aisyah pun memberitahu Baginda tentang permintaan puterinya.
Lalu Baginda telah pergi menemui puteri serta menantunya yang ketika itu telah berbaring di tempat tidur. Keduanya mahu berganjak bangun ingin menghampiri baginda akan tetapi Rasulullah meminta mereka tetap di tempat perbaringan.
Lalu Baginda bersabda;
“Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akbar) 34 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali dan tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” (HR. Muslim, no: 4906)
Maka disaran kepada ibu-ibu yang berasa penat setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan Zikir/Tasbih Fatimah ini setiap malam sebelum melelapkan mata.
ZIKIR/ TASBIH FATIMAH
Allahu Akbar – 34 kali
Subhanallah – 33 kali
Alhamdulillah – 33 kali
Dalam pada itu sentiasalah didiklah hati untuk ikhlas melakukan semua tanggungjawab agar tidak merasakan ia sebagai bebanan yang memenatkan.
Ramai yang berhajat hendak menunaikan ibadah haji dalam usia yang masih muda. Namun giliran untuk pergi menunaikan haji itu bergantung kepada rezeki. Mungkin sudah rezeki seseorang itu dapat menunaikan haji lebih cepat apabila bertemu jodoh yang giliran hajinya sudah dekat.
Ikuti perkongsian Hafizul Hakim Berdoalah agar segera mendapat ‘seruan’ ke sana.
Hari ini saya nak kongsikan tips-tips pergi haji dengan cepat. Saya sendiri guna kaedah yang ke-9 tu. Tak susah pun, cuma kita nak buat ke tak nak je:
1. BUKA AKAUN TABUNG HAJI
Bagi rakyat Malaysia, kalau nak pegi haji, #MESTI buka akaun dengan Tabung Haji dahulu. Sebab yang uruskan kuota haji Malaysia adalah Tabung Haji. Bagi yang kali pertama akan dapat subsidi dan cuma bayar RM9,980 sahaja.
Di Indonesia mereka bayar kos haji sebanyak SR29,000 dan dapat subsidi SR1,500 sahaja. Jadi jangan mengomel tengok angka RM9,980 tu.
Nota: SR = Saudi Riyal
2. SIMPAN MINIMUM RM1,300 DALAM TABUNG HAJI SEBAGAI PENDAFTARAN HAJI
Lepas dah ada akaun, kita mesti simpan ada RM1300 dalam akaun kita. Genap je RM1,300 terus ke kaunter Tabung Haji untuk dapatkan nombor giliran. (#Nota: Ramai Terlepas Pandang Step Ini)
Selagi kita takde simpanan minimum RM1300 ni, kita takkan dapat nombor giliran walaupun kita dah ada akaun Tabung Haji 30 tahun yang lepas.
3. MASUKKAN DUIT SEBANYAK RM1300 DALAM AKAUN TABUNG HAJI
Untuk para ibu bapa, saya sangat sarankan anda buka akaun Tabung Haji seawal yang mungkin untuk anak anda, kalau boleh lepas anak lahir dan ada surat beranak, terus pergi buka akaun untuk mereka.
Kalau anda mampu, masukkan terus RM1300 dalam akaun anak anda supaya mereka terus dapat giliran haji. Kalau tak mampu, bila anak anda dapat duit raya nanti, daripada dia guna beli mainan, ambil lah duit tu dan masukkan dalam akaun Tabung Haji mereka.
Pada masa yang sama cukupkanlah simpanan untuk akaun anak kita secepatnya. Masa anak saya lahir 2011 dulu, antara benda pertama yang saya buat selain buat simpanan emas adalah buka akaun TH dan daftar giliran hajinya.
In sha Allah kalau ikut giliran yang diberikan, anak saya akan pergi menunaikan haji pada umur 30 nanti.
Untuk para ibu bapa, inilah antara hadiah terbaik yang kita boleh berikan pada anak kita. Bila mereka buat haji besok nanti, in sha Allah kita pun dapat bahagian pahalanya.
4. BAWA PENYATA KWSP
Kalau kita takde cash RM1,300 untuk masukkan dalam Tabung Haji, jangan risau, ada satu lagi cara. Kalau kita bekerja, print sahaja penyata KWSP yang terkini dan bawa bersama ketika mendaftar di kaunter TH.
Buka akaun TH cuma bayar RM10, manakala daftar haji pula PERCUMA (asalkan ada penyata KWSP). Tak susah pun kan?
Kalau kita sibuk dan tak sempat nak pergi Tabung Haji, zaman sekarang dah senang. Selain cawangan TH, kita boleh mendaftar giliran haji di laman web TH, cawangan Uniteller Bank Islam dan Bank Rakyat, ATM/CDM Maybank atau ATM BIMB. Yang penting ada simpanan minimum RM1,300.
Baik, sekarang saya nak cerita pula macam mana cara nak cepatkan giliran haji kita. Cara pertama yang biasa orang buat untuk cepatkan giliran adalah dengan buat #RAYUAN pada Tabung Haji.
Kenapa ye kalau buat rayuan boleh cepatkan giliran? Sebabnya, ramai orang yang dapat panggilan haji akan tidak dapat pergi atas pelbagai faktor seperti masalah kesihatan, kematian, tiada mahram, hamil, duit belum cukup dan macam-macam lagi sebab.
Jadi mereka yang buat rayuanlah yang akan dipilih untuk ganti tempat yang kosong ni.
Untuk bagi rayuan anda lebih mudah diterima di kalangan puluhan ribu rayuan yang lain, ini ada tips penting:
5. CUKUPKAN DUIT DALAM AKAUN TABUNG HAJI
Cukupkan duit dalam akaun Tabung Haji anda sekurang-kurangnya bersamaan dengan jumlah terendah bayaran haji untuk tahun tersebut. Untuk tahun ni, bayaran haji paling rendah adalah dalam RM10 ribu untuk pergi bersama Tabung Haji (Muassasah).
Dalam surat rayuan anda, sila nyatakan yang duit anda dah cukup, sertakan bukti akaun terkini dan maklumkan anda bersedia untuk pergi haji bila-bila masa. Barulah pegawai Tabung Haji senang nak bagi giliran pada anda, sebab dia tahu anda memang dah mampu pergi.
Ada ramai yang buat rayuan, duit dalam akaun tak cukup pun. Agak-agak macam mana pegawai Tabung Haji nak luluskan? Semestinya mereka lebih cenderung pilih mereka yang ada simpanan cukup kan.
6. NYATAKAN KEBAIKAN DALAM SURAT RAYUAN
Dalam surat rayuan anda, nyatakan secara baik dan sopan apa kebaikannya kepada Tabung Haji kalau mereka bagi anda pergi haji segera. Sebagai contoh:
(a) Cakaplah anda masih sihat dan tiada penyakit, jadi takkan menyusahkan Tabung Haji di sana nanti. Faktor kesihatan adalah faktor utama kenapa ramai gagal untuk pergi haji. Jadi kalau anda sihat, besarlah peluang anda nak dapat pergi haji.
(b) Beritahu apa khidmat yang anda boleh sumbangkan di tanah suci nanti. Kalau anda doktor, beritahu dalam surat rayuan yang anda adalah doktor dan boleh bantu untuk memberi khidmat kesihatan bila diperlukan di sana.
Kalau anda masih muda dan gagah, beritahu yang anda nanti boleh bantu untuk tolong jemaah lain yang tak larat. Senang cerita, letak je dalam surat rayuan tu apa sahaja yang anda boleh sumbangkan untuk bantu kerja Tabung Haji.
Sebab memang susah kerja Tabung Haji di sini, macam-macam masalah yang mereka kena uruskan. Siapa lagi nak bantu kalau bukan para jemaah.
7. HANTAR SURAT RAYUAN ANDA SECEPAT MUNGKIN BILA KAUNTER RAYUAN SUDAH DIBUKA
Biasanya kaunter rayuan akan dibuka sebulan dua selepas setiap musim haji. Rasanya untuk haji tahun hadapan, kaunter rayuan akan mula dibuka pada November ni. Nak tarikh lagi tepat, boleh call no Tabung Haji di 03-6207 1919.
Kenapa kena hantar segera? Sebab Tabung Haji akan nilai secara ‘first come first serve basis’. Jadi katakan ada mana-mana jemaah yang tolak tawaran atau tak dapat pergi atas macam-macam sebab, tawaran baru akan terus dibuat secepatnya kepada orang lain.
Kalau anda merayu dan tak dapat untuk tahun tersebut, jangan putus asa, cuba lagi hantar rayuan pada tahun berikutnya. Rayuan kena buat setiap tahun sampai dapat, jangan buat sekali je ye.
8. DALAM SURAT RAYUAN TU, JANGAN SESEKALI KRITIK ATAU MARAH TABUNG HAJI SEBAB MASIH TAK BAGI KITA GILIRAN WALAUPUN KITA DAH BANYAK KALI MERAYU.
Ingat ye, yang baca surat rayuan kita tu manusia, bukan robot. Dia pun ada hati dan perasaan. Dan ada berpuluh ribu surat rayuan yang dia perlu baca setiap tahun.
Kalau kitalah berada di tempat dia, mungkin kita dah buang dalam tong sampah mana-mana surat yang kasar dan tak beradab.
Ok, cukup bab rayuan.
Ni nak bagitau pula cara-cara lain yang jarang kita dengar untuk cepatkan giliran haji:
9. CARI JODOH YANG GILIRAN HAJINYA DAH DEKAT
Lepas ni mungkin boleh masuk dalam kriteria untuk pilih bakal suami atau isteri, selain cantik, hensem dan pandai memasak.
Sebabnya, kalau isteri pergi haji, memang automatik mahramnya akan dapat pergi haji, jadi suamilah orangnya yang akan teman.
Kalau suami pula yang dapat, walaupun tak automatik dan masih perlu buat rayuan, biasanya lebih mudah untuk dapat berbanding kes lain.
Saya dapat pergi awal sebab isteri dapat tawaran haji, masa mula-mula kenal dulu memang tak tahu pun dia dah daftar haji ke belum. Huhu.
10. PERGI MELALUI PAKEJ
Kalau pergi melalui pakej, taklah automatik dapat. Biasanya masih kena tunggu giliran daripada Tabung Haji juga. Ramai je yang kaya raya mampu guna pakej, tapi masih tak dapat-dapat pergi sebab giliran belum dapat.
Cuma kadangkala ada sedikit kuota yang diperuntukkan pada beberapa travel agency terpilih untuk bawa jemaah haji. Kadangkala kuota tu last minute baru dapat.
Jadi kalau anda memang banyak duit, boleh guna cara ni. Cubalah tanya mana-mana travel agency yang famous, mungkin ada rezeki anda. Sediakan duit dalam RM30,000 hingga RM40,000 ya.
11. KERJA DI BADAN-BADAN TERTENTU YANG ADA KOUTA HAJI KHAS
Ramai rasanya tak tahu yang ada beberapa badan di Malaysia yang mendapat kuota khas haji untuk staf mereka. Setakat yang saya tahu adalah pegawai perubatan, syarikat pengeposan, Tentera, Polis.
12. SENTIASA BERDOA PADA ALLAH DAN BERBUAT BAIK.
Ada orang yang saya kenal dapat pergi haji dan kosnya suami isteri dibayarkan oleh seorang kaya. Dia sentiasa ke masjid, jaga kebersihan masjid dan baik orangnya. Rezeki pergi haji Allah salurkan melalui orang kaya tadi.
Jadi inilah serba sedikit yang saya boleh share tips-tips untuk cepatkan giliran haji. Cuma saya nak pesan sikit kat sini:
Orang selalu kata pergi haji ni jemputan tuhan. Sama macam jodoh dan ajal maut.
Saya nak beritahu, ye, memang jemputan haji, jodoh dan maut di tangan Tuhan. Tapi ingat bukan tu sahaja takdir Tuhan, tapi semua benda yang berlaku kat dunia ni pun memang takdir Tuhan.
Kat dunia ni, Tuhan nak tengok apa usaha kita. Sebagai manusia, kita buatlah kerja kita iaitu usaha untuk dapatkan pergj haji ni. Dapat atau tidak nanti tu bukan urusan kita, tu kerja Tuhan.
Sekurang-kurangnya kalau kita mati nanti, walaupun tak sempat pergi haji, kita boleh jawab yang kita dah usaha seboleh mungkin untuk pergi, cuma tak dapat je.
Jadi tepuk dada tanyalah iman ye.
Apapun saya doakan untuk mereka yang memang ikhlas berusaha untuk pergi menunaikan haji, moga Allah permudahkan usaha anda dan jemput anda ke sini sebagai tetamu-Nya nanti. Begitulah.
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.