Gaya pemakaian hijab hari ini sangat kreatif dan kalau anda perasan, wanita berhijab bijak mengayakan hijab mereka dengan pelbagai gaya. Namun, ada wanita yang lebih selesa untuk mengayakan gaya hijab yang simple tanpa lilitan yang sukar.
Tidak kiralah hijab bawal ataupun shawl, untuk tampil dengan lebih ringkas tetapi masih nampak stailo anda boleh cuba gaya tutorial shawl tanpa menggunakan pin ini.
Pakai shawl seperti biasa. Jangan lupa pinkan pada bahagian tepi leher.
Langkah Kedua
Letakkan shawl sebelah kanan kebelakang.
Langkah Ketiga
Manakala shawl sebelah kiri, kembangkan dan letakkan bahagian hujungnya kebelakang.
Gaya 2
Ads
Langkah Pertama
Pakai shawl seperti biasa. Jangan lupa pinkan pada bahagian tepi leher.
Langkah Kedua
Ads
Letakkan shawl sebelah kanan kebelakang.
Langkah Ketiga
Tarik shawl sebelah kiri dan lilitkan diatas kepala dengan kemas (kelepetkan bahagian yang kurang kemas). Kemudian letak peniti di bahagian tepi.
Langkah Keempat
Ambil shawl yang dibawa ke belakang tadi, letakkan terus diatas kepala ( secara loose ) Letakkan peniti supaya ianya terletak. Kemaskan mengikut keselesaan kamu.
Langkah Kelima ( option )
Anda juga boleh pinkan shawl pada bahu supaya kelihatan lebih kemas dan shawl terletak. Siap !
Selamat Mencuba !
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pasti ramai di antara kita yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan kulit yang glowing? Terutamanya di era yang semakin maju sekarang ini, industri kecantikan sendiri banyak mengeluarkam pelbagai produk penjagaan kulit yang berbeza fungsinya, sehingga kadang-kadang kita sebagai pengguna rencam memilih produk yang sesuai untuk membuat kulit menjadi glowing dan berseri.
Penggunaan produk penjagaan kulit sendiri adakalnya tidak cukup berkesan untuk membuat kulit menjadi lebih sihat dan bercahaya. Ini kerana pelbagai faktor seperti genetik, hormon, dan gaya hidup individu yang berbeza-beza turut mempengaruhi kesihatan kulit anda.
Justeru, disini Hijabista senaraikan Dikutip beberapa cara untuk membuat kulit bercahaya tanpa menggunakan produk penjagaan kulit!
Tidur yang cukup boleh membantu mengurus keadaan kesihatan mental dan tubuh, hal ini turut membawa manfaat yang baik terhadap kulit.
Berdasarkan sebuah kajian pada tahun 2015, kurang tidur dikaitkan dengan penuaan kulit, berkurangnya fungsi penghadang kulit (Skin Barrier) dan ketidakpuasan terhadap penampilan kulit terutamanya di kalangan wanita berusia.
Tidur menggunakan sarung bantal yang sudah tercemar dengan air liur basi ketika tidur, dan tanpa sadar kita acapkali menggeselkan wajah ke sarung bantal yang sedang digunakan boleh mempengaruhi keadaan kulit menjadi berjerawat akibat jangkitan kuman pada sarung bantal.
Oleh itu mengatasinya, hijabi digalakkan mengganti sarung bantal secara berkala, agar kulit bebas dari jangkitan bakteria.
Tabiat gemar akan makanan atau minuman manis yang mengandungi gula sememang menyeronokkan. Namun, pengambilan gula yang berlebihan bakal menjadi punca kepada masalah kulit.
Terlalu banyak gula dalam tubuh boleh menyebabkan peningkatan kadar insulin dalam badan, hormon yang diproduksi pankreas dan mengatur jumlah gula dalam darah. Di mana hal tersebut juga boleh menyebabkan radang dan kerengsaan.
Peningkatan insulin dalam tubuh juga membuat kelenjar minyak di wajah bekerja secara berlebihan dan boleh menggalakkan pertumbuhan jerawat.
Siapa di antara hijabi yang mempunyai tabiat sering menyentuh wajah dengan tangan? Pastikan anda rajin mencuci tangan sebelum menyentuh wajah.
Ini kerana, setiap hari tangan kita digunapakai untuk memegang atau menyentuh pelbagai jenis barang seperti tombol pintu, papan kekunci komputer, telefon bimbit, kenderaan dan lain-lain. Oleh itu, terdapat banyak bakteria yang berpindah dari tangan ke wajah.
Bakteria-bakteria yang melekat pada wajah, boleh menjadi punca kerosakkan kulit seperti breakout atau pelbagau lagi masalah lainnya.
Siapalah yang tidak mahu sentiasa kelihatan awet muda. Kalau boleh mahu kulit sentiasa tegang, halus dan licin berseri. Tidak susah pun nak tampil cantik setiap hari. Perkongsian wanita ini Wani Rashid di laman sosial facebook yang memberitahu petua menggunakan empat bahan dapur.
Bahan digunakan juga amat mudah diperolehi seperti serai dan daun padan. Malah cara membuatnya juga senang dan tidak menyusahkan. Air rebusan bahan dapur ini boleh minum ketika suam atau didinginkan dalam peti sejuk semalaman.
Malah untuk elakkan rasa tidak enak, boleh masukkan sedikit madu atau gula batu. Sangat sesuai diamalkan untuk bakal pengantin yang mahu mendirikan rumahtangga agar kelihatan berseri-seri di atas pelamin nanti.
RAHSIA AWET MUDA DENGAN 4 BAHAN DAPUR
Hamboiii. Sebut awet muda jek terus terbeliak mata tuu. Ini resepi awet muda bukan awekss yang muda okey
Pagi ni Wani terasa nak share resepi SUPER DUPER POWER ni dengan korang. Resepi yang buat kulit akak-akak yang 40an tu akan cantik bersih awet muda. Rasa macam kulit zaman muda tudung senget dulu-dulu. Gituuuu.
Bahan-bahan dia korang boleh jek mintak dengan makcik jiran sebelah ke, tak pun pegi beli kejap kat pasar. Kompem ada. Sebab bahan dia bahan yang kita buat masak hari-hari jek. Jom cekidauutt.
Bahan-bahan :
8-10 helai daun pandan
8-10 batang Serai
Lebih kurang segengam setengah Halia
2.6 liter air kosong
Semua bahan-bahan ni korang basuh bersih-bersih tauu. Serai tu korang buangkan satu atau dua lapisan luar tu then ketuk-ketuk sikit. Halia pulak korang hiris tebal-tebal. Daun pandan tu suka hati korang nak hiris kecik-kecik atau nak simpul mati. Jangan kebumikan dia sudahhh
Dah siap basuh semua, satukan dalam satu periuk, rebus sampai mendidih dengan api yang kuat. Jangan lah kuat sangat karang terbakor dapur korang dah kena panggil abam bomba
Bila korang dah nampak air mengelegak tu kan, korang slowkan sikit api. Biarkan bebahan tu sebati lebih kurang 45 minit lagi.
Okey, dah cukup 45 minit,siap! Boleh la korang tuangkan air rebusan tu dalam flask panas. Bila rasa nak minum jek tuang dalam cawan, tunggu suam sikit then boleh minum! Perghhh bau dia yang wangi tu macam korang tengah landing kat taman bunga ros.
Notatepi : Kalau korang nak tambah madu atau gula batu untuk bagi rasa manis-manis sikit boleh jek.
Korang amal selalu eh. Biar muka korang berseri-seri macam pengantin baru naik pelamin. Gituuu. Kalau Cinderella tengok mesti dia jeless!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sering mengayakan hijab di bulan Ramadan dan beberapa majlis tertentu yang menuntutnya berhijab sebagai pengacara jemputan ramai terpukau dengan keayuaannya. Malah ada yang tidak perasan penampilan terbahrunya sehinggakan mengaggap selebriti ini sudah lama mengayakan hijab.
Daphne Iking berasa syukur dan secara rasminya berkongsi di media sosial pada Oktober tahun lalu yang dia benar-benar sudah berhijab sepenuhnya.
Sudah pasti rambut menjadi mahkota seorang wanita. Gagal mendapat temu janji salon rambut menjadi sebab mengapa Daphne Iking mengenakan hijab sehingga hari ini. Sebagai selebriti dan sering bertugas sebagai pengacara jemputan, dia akan pastikan penampilannya sempurna, jadi rambut perlu diwarnakan bertujuan untuk menutup helaian ubannya.
“Kalau uban putih duduk di rumah tiada event, saya ok lagi, tetapi apabila industri hiburan telah mula aktif, saya perlu menguruskan rambut dan mula menutupinya dengan skarf,” kongsinya.
Pengayaan hijab bagi Daphne Iking adalah perkara biasa dan tidak nampak kekok sama sekali kerana apabila tibanya Ramadan bulan penuh barakah, ibu kepada tiga cahaya mata ini pasti akan mengenakan hijab. Namun wujud satu perasaan yang tak dapat digambarkan apabila selepas Ramadan tahun lalu apabila dia kembali tidak berhijab. Menurut Daphne, ada satu perasaan lain yang terdetik di hatinya.
Menjadi sebahagian penderma rambut untuk pesakit kanser, Daphne Iking dinasihatkan tidak mewarnakan rambut dan harus menjagannya sihat selama 6 bulan, niat untuk mewarnakan rambut tertangguh dan ini adalah salah satu sebab perubahahannya secara perlahan-lahan.
Hidayah yang Allah beri kepada insan terpilih ini pasti menjadi inspirasi kepada hijabi di luar. Perasaan yang membawa kepada satu tujuan memenuhi tuntutan agama untuk menutup aurat, Daphne Iking sendiri merasa sangat malu dan pelik jika beliau tidak bertudung sepeti dahulu.
“Ada seketika itu saya cuba jadi diri saya yang dahulu, tetapi Allah Maha Agung. Saya sebenarnya rasa selesa bertudung, timbul perasaan segan dan rasa macam bogel jika saya menanggalkannya,” kongsinya jujur.
Lantas Daphne Iking berkongsi rasa pada suami tercintanya bahawa kali ini dia akan kekal berhijab bukan sekadar untuk menutup rambut yang beruban.
Menyambut baik niat Daphne Iking, suaminnya meminta dia berhijrah secara perlahan-lahan dan tidak tergesa-gesa. Lakukan apa yang terbantut ketika pandemik dan lihat sama ada niat ini ingin diteruskan dengan sepenuh hati.
“Setelah mendermakan rambut pada badan kebajikan berkenaan, Daphne Iking meneruskan hajatnya namun hati masih ingin kekal berhijab. Dah derna, dah warna, dah potong rambut! Tapi masih rasa tak selesa, dengan izinNya dan sokongan padu dari suami tercinta, Daphne Iking teruskan niatnya berhijab.
“Suami saya tidak pernah memaksa dan menekan saya malah, dia menzahirkan rasa syukur dan saya lebih tampak seksi mengayakan hijab di matanya” ujar Daphneiking.
Ketika pandemik covid-19, kerjaya Daphne Iking berjalan seperti biasa. Begitu juga apabila sudah memakai hijab, tiada kekangan dan halangan biarpun dia menggayakan hijab. Tawaran kerja diterima seperti biasa, tiada yang menolaknnya kerana sudah berhijab.
Ditanya mengenai pengayaan yang menjadi pilihannya sehingga hari ini, wanita cantik ini tidak menetapkannya pada satu gaya. Pengayaan tudung buat masa kini mengikut kesesuaian aktiviti semasa yang pastinya buatkan dirinya berasa lebih selesa.
Paling mengharukan, dia dihujani dengan pelbagai mesej peribadi di media sosial apabila ramai mendoakan supaya dia kekal istiqamah. Bukan mudah untuk kekal istiqamah, wanita ini berkongsi yang dia lebih menumpukan pada pengisian rohani terlebih dahulu dan menuntut orang ramai terimanya seadanya dan teruskan menyokong, bukan sahaja kepadanya malahan mereka di luar sana yang baru mula berhijab.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.