Penampilan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sentiasa menjadi tumpuan ramai. Bukan sahaja berada di kelasnya yang tersendiri, malah gayanya yang sopan dan menutup aurat membuatkan sesiapa sahaja tidak jemu melihatnya.
Mengambil inspirasi daripada gayanya, sekumpulan pelajar perempuan daripada SMK Seksyen 24(2) telah menjadikan gaya Tunku Azizah sebagai ikon buat mereka sewaktu mengadakan sesi fotografi kelas mereka.
Kesemua mereka tampil begitu jelita!
Ads
Bagai bulan jatuh ke riba, tak sangka Tunku Azizah turut memberi komen terhadap gambar itu dengan memberi pujian kepada mereka!
Seluruh warganet memuji penampilan mereka yang begitu ayu itu.
Ads
Menurut salah seorang pelajar itu iaitu Sarah, mereka pinkan selendang di bahu supaya ia terletak cantik di bahagian hadapan.
Apabila satu kelas bergambar. Memang cantik dan kacak belaka kesemua pelajar ini.
Pejam celik pejam celik hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kita bakal menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Walaupun sedih kerana tidak dapat pulang ke kampung halaman, anda tetap boleh bahagiakan diri dengan melaram sakan di pagi raya nanti. Bukan hanya cantik dipandang, malah selesa dipakai di tubuh. Busana apakah itu? Tak lain tak bukan mestilah koleksi pakaian menarik terkini daripada H&M iaitu ‘Summer Stories’.
Selepas seharian berpeluh menyarungkan baju tradisional seperti baju kurung mahupun kebaya, pastinya anda mahu mengenakan busana yang lebih selesa untuk beraya. Tak semestinya kena pakai baju kurung je, anda juga boleh mencuba kelainan dengan mengenakan busana kasual daripada koleksi H&M ‘Summer Stories’ ini.
Turut digemari selebriti terkenal iaitu Ernie Zakri dan Kilafairy, mereka telah berkongsikan sebab mengapa koleksi H&M ini menjadi pilihan mereka di Hari Raya nanti.
“Sangat selesa, our second baju. Bolehlah melawa-lawa sebab kalau dulukan orang kata nak tolong mak kat dapur kena pakai kain batik tapi sekarang ini sudah moden dan fashionable,” jelas Ernie.
Kila juga sangat menyukai koleksi ini kerana ia diperbuat 100% daripada material kapas yang pastinya membuatkan dirinya sentiasa berasa nyaman dan selesa terutama sekali di kala cuaca yang panas.
“Sejujurnya sebelum ini Kila skeptikal juga terhadap pembelian online kerana Kila lebih suka merasai material baju itu sendiri di kedai. Namun, disebabkan Kila lihat foto busana H&M ini sendiri sungguh selesa, jadi Kila yakin untuk terus beli saja,” tambah Kilafairy.
Tampil dengan rona lembut yang sesuai untuk semua, anda juga boleh menyaksikan sendiri dan mengetahui lebih lanjut bagaimana Ernie dan Kilafairy memadankan koleksi ‘Summer Stories’ ini sewaktu beraya dengan penuh bergaya.
Bukan itu sahaja, hos The Hijabista Show iaitu Qila dan Mellya juga diberi peluang untuk melaram bersama koleksi ini sambil dibantu oleh penata gaya terkenal, Tym Fatimah. Selain itu, anda pasti akan terhibur apabila melihat telatah masing-masing bercerita mengenai nostalgia raya mereka yang tersendiri. Memang menggamit memori!
Untuk mendapatkan koleksi ini anda boleh mengunjungi butik H&M seluruh Malaysia ataupun boleh membelinya secara atas talian menerusi laman sesawang https://www2.hm.com/en_asia4/index.html
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Isteri kepada pelakon terkenal Saharul Ridzwan iaitu Deena Emir memang jelita orangnya. Berkahwin pada 16 September 2016, pasangan ini telah dikurniakan tiga orang cahaya mata sebagai penyeri dalam rumahtangga.
Penampilan Deena juga sering menjadi tumpuan kerana walaupun dia berfesyen mengikut syariat agama, gayanya tetap kelihatan cantik dan elegan. Jom kita lihat!
Deena pandai menyuai padankan warna pakaiannya tanpa kelihatan serabut.
Deena juga mengusahkan jenama tudungnya sendiri iaitu Qaabila yang direka khas mengikut syariat Islam.
Sentiasa mengenakan stokin tangan, ini adalah satu perbuatan yang perlu hijabi contohi kerana kadang-kala aurat kita kelihatan tanpa disedari.
Siapa kata kita tak boleh berfesyen mengikut shariah agamakan? Lihat sahaja stail Deena ini, tetap sopan dan ayu tanpa gaya yang berlebihan.
Memang menjadi inspirasi buat semua! Kepada sister yang sedar cuba untuk merubah penampilan ke arah yang lebih baik, perlahan-lahan ya? You can do this! InsyaAllah Tuhan akan permudahkannya untuk sis.
Para peminat jenama terkemuka negara, hasil air tangan pereka duo Rizman Ruzaini pastinya tidak sabar dan teruja dengan pelancaran koleksi busana RR Raya 2023.
Menariknya pada tahun ini, sebanyak 100 koleksi busana akan diketengahkan khas buat peminat tegar jenama mereka dengan menawarkan harga yang mampu milik dari harga marhaen kepada harga kayangan!
Hijabista difahamkan bahawa pelancaran ini adalah selari dengan tema yang dibawa jenama itu bagi tahun 2023 iaitu ‘Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini’, sekaligus bertujuan memberi variasi dan kepelbagaian rekaan bagi meraikan setiap pemakainya pada Aidilfitri kelak.
“Di Rizman Ruzaini kami mewujudkan dua ‘segmentation’ yang melibatkan jenama Rizman Ruzaini iaitu untuk golongan yang memilih harga yang lebih mewah, manakala RR pula untuk mereka yang mahu membeli jenama ini tanpa perlu memikirkan soal harga.
“Tetapi untuk tahun ini kempen kami tertumpu kepada semua golongan melalui satu slogan Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini. Dari serendah-rendah harga yang kami letakkan, saya yakin semua pelanggan di luar sana yang teringin menyarungkan rekaan eksklusif Rizman Ruzaini mampu untuk berbuat demikian untuk kali ini,” ujarnya.
Rizman dan Ruzaini memaklumkan demikian ketika ditemui Hijabista pada malam pelancaran ‘RR Fall Winter 2023 Collection & Raya Collection’ yang berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di ibu kota.
Tambah Rizman lagi, rangkaian harga bagi busana yang ditawarkan bermula serendah RM149 hingga mencecah ribuan ringgit.
Jelas Rizman, selepas hampir 20 tahun berada dalam bidang ini fokusnya kini hanya satu iaitu untuk memastikan setiap golongan di negara ini berpeluang untuk menggayakan jenama kebanggaanya ini.
Rizman turut mendedahkan bahawa untuk merealisasikan majlis pelancaran mega yang gilang gemilang ini, mereka telah membelanjakan sehingga RM1 juta hanya untuk melancarkan kempen koleksi RR Raya pada tahun ini.
“Memang benar untuk perlancaran kali ini juga peruntukkannya adalah RM1 juta. Ia bukan soal duit sebenarnya tetapi ia tentang bagaimana selepas hampir 20 tahun mencabar diri, apa yang ingin kami tonjolkan adalah kematangan jenama ini,” tambahnya.
Sementara itu, apa yang mencuri tumpuan pada majlis perlancaran ini juga adalah kehadiran puluhan selebriti yang turut meraikan koleksi terbaharu ini.
Tampil memukau dengan rekaan Rizman Ruzaini antaranya Marion Caunter, Kavita Sidhu, Daiyan Trisha dan ramai lagi yang bersetuju bahawa jenama Rizman Ruzaini bukan sahaja disayangi peminatnya tetapi merupakan sahabat karib kepada golongan artis-artis ternama di Malaysia.
Malah, istimewanya pertunjukan fesyen Rizman Ruzaini Fall Winter 2023 & Raya 2023 kali ini turut mendapat sokongan rakan strategik Rizman Ruzaini daripada Usanita.
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.