Sedang menghadiri pertunjukan fesyen di Paris sempena Paris Fashion Week (PFW), penyanyi bertaraf antarabangsa iaitu Yuna telah memukau semua mata yang memandang apabila hadir ke pertunjukan fesyen jenama Chanel dengan gaya yang sangat on point.
Bukan itu sahaja, Yuna buatkan semua peminatnya menjadi lebih tidak keruan apabila dia bergambar dengan ahli kumpulan Blackpink iaitu Jennie. Wow! Bukan biasa-biasa ni.
Kedua-dua selebriti ini anggun dalam busana dari Chanel apabila hadir sebagai jemputan bagi koleksi Chanel Spring Summer 2020 daripada jenama mewah tersebut.
Ads
Ads
Dua Queens dalam satu gambar?!
Ads
Ramai peminat yang mahukan mereka berdua berkolaborasi dalam industri seni. Hasilnya pasti mantap bukan!
Di acara itu juga, Yuna sempat bertemu dengan penyanyi rap popular iaitu Cardi B. Memang hebatlah!
Tentu anda mahukan blazer yang mampu memberikan ilusi langsing pada diri anda bukan?Wanita ‘plus size’ tentu anda menghadapi masalah untuk memilih jenis blazer yang sesuai.
Blazer amat membantu menyerlahkan penampilan terutama buat wanita yang bekerjaya. Namun jika tersalah pilih jenis blazer, lain pula jadinya. Maka sebab itulah dalam soal penampilan diri, perlu ada ada sedikit ilmu.
Berikut perkongsian tip berguna seperti yang dikongsikan oleh guru imej Puan Mary
SENI MEMILIH BLAZER UNTUK WANITA PLUS-SIZE
Apabila membeli blazer (atau jaket) untuk tujuan dipakai ke tempat kerja, ramai wanita plus-size menghadapi kesukaran memilih blazer yang sesuai.
Seringkali blazer yang dipilih menyebabkan wanita plus-size nampak lebih berisi walaupun warna blazer yang dipilih sudah berwarna gelap. Memilih blazer yang mampu memberikan ilusi langsing memerlukan mata yang tajam.
Dikongsikan tip ringkas tentang seni memilih blazer khas untuk wanita plus-size bekerjaya yang mahu kelihatan langsing (atau kurang berisi) ketika mengenakannya. Selamat mencuba!
IMEJ PENTING UNTUK PENAMPILAN DIRI SESEORANG INDIVIDU
Sumber kredit: Puan Mary Top image: Photo by Monstera from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sebuah jenama tudung yang tidak pernah putus-putus menghasilkan rekaan terkini yang memenuhi kehendak pengikutnya. Mempunyai lebih dari 509K pengikut jenama yang dijual atas talian sesawang Fashionvalet, rekaan terkini pasti menjadi kegilaan ramai hijabi.
ThedUCkgroup hari ini secara rasmi melancarkan Alphabet dUCk, koleksi tudung, beg, aksesori dan jumper terbaru dan terbesar yang memaparkan 26 huruf dari huruf A hingga Z. Mengilhami inspirasi oleh makna di sebalik setiap huruf, D, persona di belakang dUCk dan Alphabet dUCk mengajak hijabi untuk mencari kekuatan, merangkul, membuat nama mereka lebih dari yang terkenal dengan mesej utama ““Truly be Yourself” ” dengan koleksi terbaharu ini.
Koleksi terbesar jenama ini, dengan 26 huruf yang direka secara unik untuk setiap huruf di setiap kategori produk dari segi warna pada abjad yang diselaraskan. Alphabet dUCk memberi penghormatan kepada identiti dalam bentuk paling murni dan menyeru agar ekspresi kekacauan diri dapat didengar hari ini.
Kebiasaan pelancaran koleksi rekaan terbaharu dari ThedUCkgroup hanya didatangkan dalam bentuk selendang mahupun tudung bawal. Amat berbeza dan teristimewa kali ini setiap rekaan alphabet didatangkan dengan 5 item personaliti. Menarik bukan!
Jom kita teliti apa 5 item yang menarik buat anda hijabi yang ingin menjadi diri sendiri. Koleksi ini bukan sahaja indah untuk diri sendiri malah anda boleh kongsikan untuk yang tersayang.
Tudung – The Alphabet dUCk
The Alphabet dUCk Scarf mempunyai rekaan khas untuk setiap huruf. Setiap selendang dilengkapi dengan daya tarikan dUCk yang tergantung, bunga-bunga kecil memangkas sudut 26 abjad dengan warna-warna berani yang cantik. Dengan koleksi dUCk ini, yang letakkan huruf nama anda menjadikan diri anda yang luar biasa!
Twilly – The Alphabet dUCk
Bagi mereka yang tidak berhijab masih boleh memiliki rekaan twilly The Alphabet dUCk Anda boleh menggunakannya pada pemegang beg, sebagai ikat kepala untuk melengkapkan diri. Terdapat dalam dua puluh enam huruf, masing-masing twilly dihiasi dengan daya tarikan dUCk khas dan menawarkan fleksibiliti dalam gaya.
Bag kanvas – The Alphabet dUCk
Membeli-belah sambil mengalas beg Alphabet dUCk. Diperbuat daripada kanvas dan bahan Juco yang mesra alam, ini adalah pilihan tepat bagi menyelamatkan planet. Anda juga tidak perlu risau tentang barang lembap dengan lapisan tahan air.
Rantai kunci – The Alphabet dUCk
Dapatkan daya tarikan anda dengan rantai kunci Alphabet dUCk. Setiap abjad dibuat dari kulit palsu dengan reka bentuknya tersendiri. Dilengkapi dengan daya tarikan siluet dUCk, anda bahkan boleh menambahkan sentuhan peribadi ke rantai kunci dengan teg yang boleh disesuaikan! Ini akan menjadi sesuatu yang unik dengan gabungan nama sendiri atau dijadikan hadiah berharga untuk orang yang anda sayangi.
Jumper- The Alphabet dUCk
Jumper Alphabet dUCk adalah keindahan rekaan yang sangat femini dan selesa apabila dipakai. Fabriknya lembut membuat anda sejuk dipakai, tambahan rekaan poket sisi memudahkan menyimpan barang keperluan anda . Perincian bahu menjanjikan fleksibiliti dalam gaya dan mengubah penampilan santai menjadi lebih tajam dalam masa yang singkat. Bersama panjang asimetri untuk kesesuaian sederhana, anda akan menyalurkan keyakinan sebenar terhadap abjad anda!
Koleksi ini boleh didapati di fashionvalet.com, aplikasi FashionValet serta kedai FashionValet dan dUCk terpilih. Pembeli boleh membeli semua 5 item termasuk Scarf / Shawl, Twilly, Tote, Jumper dan Keychain dalam satu set dengan harga RM730, tersedia secara eksklusif dalam talian.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wany Hasrita antara artis baru yang begitu cepat naik dan diminati ramai. Popular dengan lagu Menahan Rindu dan kini single kedua Rintihan Rindu. Ramai yang suka dengan penampilan Wany Hasrta ini yang cukup santun dan tampil cantik biarpun menggayakan hijab ala budak ‘U’ ataupun ‘orang kampung’. Dia tidak kisah dengan kecaman itu sebaliknya selesa dengan gaya yang digayakan sekarang.
Penyanyi ini yang akan beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu buat kali pertama tidak pernah terasa hati dengan kritikan yang diterima. Malah dia sedar sebagai ‘public figure’ sudah pasti apa sahaja yang dilakukan mendapat perhatian. Dia juga selesa dengan imej yang dibawakannya sejak menceburi bidang ini.
“Sejujurnya, saya tidak menggunakan khidmat stylist untuk menggayakan tudung seperti yang dilakukan oleh selebriti lain. Saya sedar ada yang berkata gaya tudung saya seperti ‘budak U’, gaya tudung saya hanya biasa-biasa tetapi sejujurnya, saya selesa dengan imej ringkas sebegini.
“Saya tak terasa hati apabila ada yang mulut yang mengata. Semuanya baik-baik sahaja selagi apa yang saya gayakan mengikut syariat dan menutup aurat,” kata Wany pada Astro Gempak.
Dalam masa yang sama, Wany bersedia untuk keluar dari zon selesa dalam penggayaan fesyen.
“Saya akan kekal menjadi Wany yang ringkas tetapi saya mahu keluar dari zon selesa dalam berfesyen jika terdapat sebarang acara yang mempunyai tema tersendiri, seperti contoh Anugerah Juara Lagu 32.
“Apa salahnya saya bergaya dalam sesetengah majlis yang memerlukan saya bergaya, asalkan busana yang akan saya sarungkan tidak melampaui batas dan menutup aurat.
Bagi admin, tiada masalah dengan gaya graduan dari Unversiti MSU ini. Ini kerana gayanya masih dalam santun dan tidak lari dari gaya seorang Muslimah.
HIJABISTA belanja #OOTD Wany Hasrita yang dikatakan seperti budak ‘U’ dan anda nilaikan sendiri.