Baru-baru ini tular video mengenai seorang gadis hijabi Melayu Islam di Korea yang muncul di dalam temubual bersama agensi berita antarabangsa, BBC. Dalam video tersebut, dia mengakui sangat menggemari aktiviti menari biarpun berhijab.
Walau bagaimanapun, video tersebut mengundang kontroversi di kalangan netizen kerana dia mengaitkan agama Islam dan soal pemakaian hijab ketika menjawab soalan yang diutarakan buatnya.
Tampil membetulkan perkara yang salah, Ustazah Asma’ Harun memberikan teguran penuh berhemah buatnya agar kita semua turut mengambil iktibar daripadanya.
INI MEMANG CARA SAYA. SELAGI SAYA RASA APA YANG SAYA BUAT NI BETUL, SAYA RASA INI BUKAN SATU MASALAH.
Astaghfirullah. Allahu Akbar.
Baru-baru ini tular sebuah video mengenai seorang individu Melayu Islam yang muncul dalam video temubual bersama agensi berita antarabangsa, BBC. Individu ini mula popular apabila aktif dalam membuat video-video tarian KPOP di YouTube dan Tik Tok.
Namun yang lebih menarik perhatian ialah tentang penampilannya yang berhijab. Apabila ditanya oleh wartawan, beliau menjawab bahawa dia suka memakai tudung, tetapi dalam masa yang sama amat gemar dengan tarian KPOP.
“Bagi saya, inilah cara saya menjalani hidup. Selagi saya saya tak lukakan sesiapa, saya rasa ia tidak menjadi masalah.”
DUHAI ADINDA YANG DIKASIHI,
Saya menuliskan ini daripada hati yang kasih akan kamu. Sebagai seorang wanita Islam, cara hidup kita di atas bumi Allah ini bukan semata-mata bersandarkan kepada logik akal atau pendapat peribadi, tetapi setiap perkara ada garis panduannya menurut al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW.
Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (30) Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.”
(Surah al-Nur 24: 30-31)
Jika kita sebut tentang tarian, pasti ia melibatkan pergerakan tangan, bahu, dada, kaki dan punggung yang berlatar belakangkan apa jua jenis muzik. Seharusnya video-video tersebut hanya disimpan untuk tatapan peribadi, tetapi hari ini ia dimuat naik secara terbuka untuk tatapan seluruh warga maya tanpa ada rasa segan dan silu.
Mungkin kita berbangga mendapat jutaan ‘followers’ dan ‘viewers’ apabila memuat naik video-video tarian, namun tidak terfikirkah andai satu hari nanti ingin bertaubat, dosa kita insyaAllah boleh terpadam dengan taubat nasuha, namun bagaimana dengan video-video tarian lama yang telah didownload oleh orang ramai?
Bagaimana pula jika tidak sempat bertaubat lalu ajal terlebih dahulu menyapa kita? Dosanya kita tanggung secara berterusan walau sudah berada di alam kubur😢
Allahu Akbar.
JARUM HALUS IDEOLOGI LIBERAL YANG MEMBAHAYAKAN.
“Saya bukan kacau orang pun, saya buat video saja, apa masalahnya…”
Sedar atau tidak, inilah antara bentuk normalisasi ideologi liberal yang perlahan-lahan mula meracuni pemikiran masyarakat kita.
Cara berfikir yang tidak mahu terikat dengan agama ini amat berbahaya. Apa jua tindakan ingin dihalalkan atas dasar pemikiran yang terbuka walaupun ia sangat jauh daripada syariat Islam.
Islam tidak melarang untuk berfikiran terbuka bahkan menggalakkan kita supaya berfikir dengan akal yang sihat, tetapi jangan sampai menjejaskan akidah atau melanggar batasan agama.
Renungilah sepotong hadis Nabi Muhammad SAW yang menggambarkan keadaan yang bakal berlaku pada akhir zaman.
Maksudnya: “Sungguh kalian akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sampai jika orang-orang yang kalian ikuti itu masuk ke lubang dhob (yang sempit sekalipun), pasti kalian pun akan mengikutinya.” Kami (para sahabat) berkata, “Wahai Rasulullah, apakah yang diikuti itu ialah Yahudi dan Nasrani?” Beliau menjawab, “Lantas siapa lagi?”
(HR Muslim, hadis sahih)
*Dhob – biawak padang pasir
Benar, Islam juga menggalakkan perkembangan seni di dalam agama itu sendiri selagi mana ia bermanfaat, namun mesti dalam lingkungan syariat yang tujuannya untuk memelihara kebaikan ummah, bukan sehingga melalaikan dan mendatangkan kesan negatif mahupun fitnah kepada ummat Islam khususnya.
Sungguh saya menuliskan ini daripada hati yang sayang akan kamu, apatah lagi usiamu masih muda remaja. Ingatlah bahawa kemasyhuran, pengaruh, bakat dan kecantikan bukanlah satu anugerah apabila digunakan untuk maksiat, sebaliknya ia adalah sebuah musibah.
Sedarkah kita, Sungguh Maha Baiknya Allah SWT, walau kita berbuat sesuatu yang dimurkai-Nya, Dia tetap memberikan segala yang kita mahu dan perlu. Maka balaslah kasih sayang Allah dengan mentaati segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Maaf saya lakukan teguran ini secara terbuka, kerana luasnya liputan video temu bual bersama pihak BBC tersebut. Saya bimbang ramai yang sudah menonton terutamanya anak muda lain yang merasakan tiada masalah lalu diambil sebagai pegangan hidup. Nauzubillah.
Saya bertanggungjawab dengan ruang yang Allah berikan kepada saya untuk melakukan nahi mungkar, iaitu mencegah kemungkaran. Jika saya hanya berbuat kebaikan (amar makruf) namun mengabaikan untuk mencegah kemungkaran, maka saya benar-benar menzalimi diri sendiri.
DUHAI PARA ‘INFLUENCER’ DI MEDIA SOSIAL
Ya, kalian diperlukan dalam pelbagai segi, namun bukan dengan cara begini. Kasihanilah diri sendiri, kita semua bakal mati, janganlah ditangguhkan lagi, hajat untuk kembali.
Adakah kalian lebih utamakan minat dan bakat? Tanpa mengambil kira soal berkat, sekalipun setiap saat ajal mendekat, maka takutlah kepada yang Maha Kuat, kerana Dialah sumber kebahagiaan, kesengsaraan, azab dan nikmat.
Atas tiket apa sekalipun, jadilah ‘INFLUENCER’ yang ada rasa tanggungjawab kepada masyarakat Islam, serta tidak menyumbang kepada kerosakan yang sedia parah ini. Usahalah untuk hentikan apa jua ‘content’ yang menjatuhkan nilai diri sebagai orang Islam lebih-lebih lagi sebagai seorang wanita Muslimah.
Masih ramai ‘influencer’ dalam bidang hiburan yang membawa imej baik, berkaliber, bermaruah, menjaga batasan, namun tetap mampu bertahan dan berjaya dengan cemerlang. Jadikanlah mereka contoh tauladan.
Maksudnya: “Siapa menjadi pelopor suatu amalan kebaikan lalu diamalkan oleh orang sesudahnya, maka akan dicatat baginya ganjaran semisal ganjaran orang yang mengikutinya dan sedikitpun tidak akan mengurangi ganjaran yang mereka peroleh. Sebaliknya, siapa menjadi pelopor suatu amalan keburukan lalu diamalkan oleh orang sesudahnya, maka akan dicatat baginya dosa semisal dosa orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi dosanya sedikit pun.”
(HR Muslim, hadis sahih)
Semoga kita semua sentiasa dalam taufiq dan hidayah-Nya serta bersegera memohon keampunan dan rahmat-Nya 🤲
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat di sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi.”
( Surah Ali Imran 3: 8 )
Semoga dengan kita memohon bersungguh-sungguh supaya diberi hidayah, Allah SWT menyelamatkan kita daripada terjatuh ke lembah dosa maksiat yang hitam dan melemaskan 🤲
Semoga bermanfaat buat semua.
SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA.
Salah satu kerinduan ketika memasuki bulan Ramadan, adalah solat tarawih berjamaah di surau atau masjid. Sayangnya, akibat pandemik yang sedang melanda, kesejukan ruang masjid dan suasana khusyuk yang menenangkan untuk sementara waktu bawalah perasaan itu di rumah dahulu.
Tapi apakah solat tarawih di rumah sesuai anjuran Islam? Menurut sejarah pelaksanaan solat tarawih di rumah ditemukan dalam kitab hadits seperti Bukhari, Muslim, Abu Dawud, An-Nasa’i, Malik dan Ahmad. Di sana terdapat cerita Siti Aisyah RA yang mengisahkan peristiwa yang terjadi pada 10 malam terakhir dalam Ramadan.
Pada itu Rasulullah melakukan solat tarawih bersama beberapa orang. Pada malam selanjutnya sebagian sahabat yang tidak ikut pada malam sebelumnya hadir sehingga solat tarawih Rasulullah di masjid diikuti oleh banyak jemaah dibanding pada malam sebelumnya. Pada malam ketiga, masjid penuh sesak dengan jemaah yang menanti Rasulullah. Tetapi Nabi Muhammad SAW tidak keluar rumah.
Lalu Rasulullah mengabarkan bahawa beliau mengetahui keinginan para sahabat untuk solat tarawih bersamanya tetapi ia kuawatir Allah menurunkan wahyu yang berisi perintah solat tarawih sehingga solat sunnah malam Ramadan itu menjadi wajib. Sikap diam diri di rumah menunjukkan rahmat, kasih sayang, dan perhatian Rasulullah SAW kepada umatnya sebagaimana Surat At-Taubah ayat 128. (Abdul Muhsin Abbad, Syarah Abu Dawud).
Ertinya, “Sungguh, seorang rasul dari kaummu sendiri telah datang kepadamu, (seorang rasul yang) merasa keberatan atas kesulitanmu, yang sangat menginginkan (keimanan) bagimu, yang sangat berbelas kasih dan penyayang terhadap orang-orang beriman,” (Surat At-Taubah ayat 128).
Menurut da’i Firanda Adirja berdasarkan syariat, diperbolehkan solat sambil membaca mushaf, atau dari medium yang boleh membantumu membaca ayat Alquran.
Jadi kamu tidak perlu kuawatir lagi, bukan? Nah, untuk mempermudah solat, berikut 9 ayat pendek selain Al-Fatihah, yang boleh kamu baca ketika solat tarawih di rumah.
Ketiga ayat pendek berikut ini, bisa kamu pakai juga pada solat witir 3 rakaat, ya.
7. Al-Falaq
Bismillahirrahmaanirrahiim
Qul A’uudzu birabbil falaq | Min syarri maa khalaq | Wa min syarri ghaasiqin idzaa waqab | Wa min syarrin naffaatsaati fiil ‘uqad | Wa min syarri haasidin idzaa hasad
Puasa ‘Asyura’ termasuk dalam puasa-puasa sunat yang digalakkan dan mengandungi ganjaran pahala yang sangat besar. Selain itu, kita juga turut disunatkan untuk berpuasa pada hari kesembilan Muharram iaitu sehari sebelumnya berdasarkan kepada isyarat yang ditunjukkan oleh Nabi SAW dalam hadith sekalipun Baginda tidak sempat melakukannya kerana telah kembali kepada Allah SWT.
Selain berpuasa sunat pada hari Asyura (10 Muharram) amalan yang digalakkan ialah meluaskan belanja kaum keluarga pada hari berkenaan. Ini berdasarkan hadis: “Barangsiapa yang meluaskan (belanja) kepada kaum keluarganya pada hari Asyura, maka Allah akan melapangkannya pada tahun tersebut keseluruhannya.”
BELANJA KELUARGA PADA HARI ASYURA
1. Majlis Fatwa Mesir (Dar al-Ifta) mengeluarkan kenyataan bahawa harus bagi seseorang itu untuk berbelanja atau melapangkan (menggembirakan) ahli keluarganya pada Hari Asyura.
Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bayhaqi yang menyebutkan:
“Barangsiapa yang meluaskan (melapangkan – menggembirakan) ahli keluarganya pada Hari Asyura, maka Allah akan melapangkan bagi ahli keluarganya sepanjang tahun. (HR al-Bayhaqi, Ibn Abi Dunya dan al-Tabrani.
Hadis ini dinilai sebagai daif (lemah) di sisi sarjana hadis)
2. Sekalipun hadis ini adalah daif, para ulama empat mazhab mengharuskan kita berlapang dan menggembirakan ahli keluarga pada hari Asyura. Al-Imam Ibn Abidin daripada Mazhab Hanafi membincangkan perkara ini lalu menukilkan kata-kata Jabir:
“Dan berkata Jabir: Aku telah melakukan perkara ini selama 40 tahun dan tidak pernah meninggalkannya (Radd al-Mhtar)
3. Manakala al-Imam al-Hattab al-Maliki dari Mazhab Maliki pula menyatakan:
يَنْبَغِي أَنْ يُوَسِّعَ عَلَى الْأَهْلِ فِيهِمَا -أي ليلة عاشوراء ويومها
“Seharusnya bagi seseorang itu melapangkan (memudahkan urusan atau menggembirakan) ahli keluarganya pada malam atau siang Hari Asyura. (Mawahib al-Jalil)
Photo by pavel-danilyuk from Pexels.
4. Manakala Sheikh Abd al-Hamid al-Shrwni dari Mazhab Syafi’i pula menjelaskan:
“Dan disunatkan untuk melapangkan ahli keluarga pada Hari Asyura mudah-mudahan Allah melapangkan ahli keluarganya sepanjang tahun seperti yang disebutkan dalam hadis. (Hasyiah ‘Ala Tuhfah al-Muhtaj)
5. Manakala al-Imam al-Bhuti dari Mazhab Hanbali pula menukilkan pandangan al-Imam Ahmad dan Sufyan Ibn ‘Uyainah yang menyebutkan:
“Kata Ibn ‘Uyainah: Kami telah melakukannya selama 50 tahun atau 60 tahun, kami tidak melihatnya melainkan kebaikan. (Kasyyaf al-Qina’ ‘An Matn al-Iqna’)
Photo by cottonbro from Pexels.
6. Begitu juga Sheikh Atiyyah Saqr yang menggalakkan agar kita melakukan sesuatu yang mengeratkan hubungan dalam kita meraikan hari yang diraikan oleh Rasulullah ini.
7. Oleh yang demikian, belanjalah ahli keluarga kita pada Hari Asyura ini. Gembirakan dan lapangkan urusan mereka. Semoga Allah membimbing kita.
Jodoh, ketentuan hidup, ajal dan maut merupakan antara perkara-perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Namun persoalan yang mungkin sentiasa bermain di minda manusia adalah bilakah jodoh itu akan tiba?
Malah, persoalan sama sering diterima oleh aktress jelita, pemilik nama penuh Zainurul Razia Mohd Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Zara Zya. Malah, seiring meningkatnya usia semakin kerap Zara dihujani persoalan tentang, bilakah dia akan menamatkan zaman bujangnya.
Namun, Zara Zya kekal tersenyum dan menjawab pertanyaan yang diajukan dengan tenang dan bersahaja. Ketika team HIJABISTA berkesempatan menemui figura yang kecil molek ini dan bertanyakan persoalan sama, ini respon yang diberikan Zara.
Zara Zya Tak Pernah Jadikan ‘Jodoh’ Isu Besar Dalam Hidup
“Umur sekarang ni 38 tahun. Jodoh? Tiada isu langsung. Alhamdulillah.. Setakat ini Zara selesa dengan diri Zara sekarang, nak takut buat apa jika jodoh lambat? Sebab ini kehidupan kita sendiri, lebih takut kalau kita tiada duit, tiada tempat tinggal, tiada makanan dan sebagainya.
“Itu lebih menakutkan, setakat ini Zara gembira dengan diri sekarang. InshaaAllah, kalau bertemu jodoh dah tentu Zara akan lebih bahagia dan tunggulah, doakan yang baik-baik untuk Zara.
Menurut Zara, jodoh bukanlah suatu yang boleh ditetapkan oleh dirinya. Bagaimanapun, dia juga sama seperti wanita lain diluar sana yang mendambakan untuk membina mahligai cinta bersama jejaka yang berjaya memiliki hatinya.
Justeru, Zara memohon agar para peminat mendoakan agar dia segera bertemu jodoh. Zara tidak menafikan bahawa kebanyakkan peminat tertunggu-tunggu untuk melihat momen di hari bahagia dan bersejarah miliknya.
Jelas Zara lagi, dia memahami mungkin faktor usianya yang semakin meningkat dan mencecah angka 40-an juga merupakan antara punca peminat sering mengaitkannya dengan mana-mana lelaki.
Rezeki Allah Bagi, Makan Banyak Tapi Berat Tak Naik
Ketika diajukan soalan, bagaimana Zara mengekalkan penampilan dan kesihatan tubuh badanya yang sentiasa kelihatan ‘maintain’, ini yang didedahkan oleh beliau.
“Macam badan Zara, masih kekal (maintain) je dari dulu. Tiada la orang kata kenapa makin kurus? Tapi orang selalu cakap maintain je Zara ni kan. Alhamdulillah.. Rezeki Allah bagi, makan banyak pun berat tak naik. Kalau naik pun sikit je, tak melampau.
“Nak kata selalu bersenam pun tak. Memang tidur je kalau tak shooting, kalau makan pun Zara majab banyak juga. Penampilan muka, wajah, badan, stamina dan sebagainya Zara amalkan supplement dan Zara suka makan ulam, banyakkan makan buah dan juga sayur-sayuran.
“Zara memang tiada lakukan sebarang senaman, kalau dekat televisyen jual barang-barang nak pergi gimnasium kan, Zara beli, tapi simpan dalam store. Tiada rasa nak bersenam pun. Sebab Zara tak suka penat.
“Lagi pun Zara ada sakit sendi, jadi bila penat Zara memang tak larat nak buat apa pun. Apa yang boleh Zara jaga ialah makan supplement dan makan makanan yang seimbang dan sihat,” ujarnya.
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...