Bila tiba saat kehilangan orang yang tercinta, alangkah beratnya hati ini dan tidak dapat kita bayangkan pilu rasanya. Begitulah yang di kongsikan oleh seorang lelaki ini apabila memakan masakan terakhir arwah ibunya.

Ujian besar buat seorang anak…

Tular baru-baru ini perkongsian dari seorang lelaki di TikTok yang menunjukkan dia sedang makan masakan arwah ibunya. Dengan penceritaan melalui teks, lelaki itu juga kelihatan sayu sambil menghisap daun yang ada dalam masakan itu.

Menurutnya pemilik akaun @1milion.storypemergian ibunya itu merupakan satu berita sangat mengejutkan buat dirinya. Jadi itu merupakan masakan terakhir arwah ibunya yang boleh dia nikmati.

@1million.storybukan tak redha tapi rindu, masih dalam fasa terkejut mama meninggal tiba2. Al-Fatihah untuk mama yang tercinta…♬ Rela – Shanna Shannon

Katanya lagi, arwah ibunya seolah-olah tahu dan banyak menyimpan masakan lebihan di dalam peti seju beku. Persiapan yang cukup tidak sangka buat dirinya dan masa yang terlalu singkat.

Artikel berkaitan: Terima Skrol Diploma Arwah Anak, Datuk Nora Ariffin Percaya Ini Menjadi Pembakar Semangat

“Air tangan terakhir mama sebelum dijemput Ilahi, aku hisap sisa daun ini tinggal kenangan terakhir,”

IKLAN

“Maafkan adik mama, adik tak sempat mintak ampun detik akhir sedar-sedar mama dah tak bernyawa. Sampai hari ini hati adik masih pilu.” tulisnya lagi.

Namun, setiap apa yang dia katakan itu bukanlah satu tanda dia tidak reda dengan pemergian ibunya. Cuma lelaki tersebut agak terkilan dan masih dalam fasa terkejut dan rindu dengan pemergian yang tiba-tiba.

Pergi dalam dakapan…

Pemilik akaun @1milion.story itu juga menjelaskan pemergian ibunya itu ketika 16 November 2022 yang lalu. Arwah ibunya dijemput Allah SWT saat selesai solat Dhuha dalam pangkuan ribanya.

@1million.storydah nak masuk 3 minggu sang anak belum dapat tahan air mata kerinduan. semoga kita dapat bertemu di syurga…♬ Kehilangan – Addylatif

 “Now I know why you always told me to be strong. You knew that one day I would need the strength to bear your loss.” titipnya dalam pautan video itu.

IKLAN

Ramai yang turut berkongsi nasib

Meninjau di ruangan komen, ramai juga yang senasib bersama lelaki tersebut. Ada juga yang turut menyimpan masakan terakhir arwah ibu mereka bahkan menjadi satu ubat rindu buat mereka.

“Mak saya meninggal dah 37 hari…masakan terkahir mak masak masih saya simpan dalam peti. Walau dah tak boleh makan, saya bahagia tengok makanan itu ada dalam peti ais,

IKLAN

“Arwah ibu masuk ICU masa hari raya. Tapi arwah buat ketupat awal simpan dekat peti ais. So pagi raya kami adik-beradik boleh makan, sedih,

“Betul…masakan mak jadi lagi sedap bila mereka nak pergi. 2 minggu sebelum mak aku pergi dia masak asam pedas and aku rasa itu paling sedap and last.” kongsi warganet di ruangan komen.

Artikel berkaitan: Hijabi Terkilan Tak Sempat Balas Jasa Arwah Ayah, Buat Netizen Sebak

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI