Menjadi kelaziman majlis konvokesyen di sambut dengan kegembiraan dan kebanggaan. Namun, tidak buat penyanyi Datuk Nora Ariffin yang mewakili Allayarham anaknya, Muhammad Syakir Alif Johan, bagi penerimaan skrol diploma miliknya.
Meskipun berasa sedih kerana tidak dapat saksikan arwah mengambil skrol miliknya itu. Dia menzahirkan rasa bangga kerana arwah berjaya menamatkan pelajarannya dalam jurusan Diploma Perfileman di Fakulti Filem, Teater & Animasi di UiTM cawangan Puncak Perdana, Selangor.
Menjadi Semangat Buat Adik-adiknya
Sumber dari Laman Facebook Media Rasmi UiTM
Penyanyi terkenal tanah air, Wan Norafizah Wan Ariffin atau cukup dikenali sebagai Nora, 49, berkata walaupun ketiadaannya membuatkan suasana serba kekurangan namun itu menjadi titik semangat buat dua adiknya.
Datuk Nora juga berkongsi bersama orang ramai menerusi temu bual yang dimuat naik di laman Facebook Media Rasmi Universiti Teknologi Mara. Ianya cukup membuatkan ramai yang tersentuh dengan kisah dan perkongsian darinya itu.
“Ini adalah semangat untuk adik-adiknya yang lain. Tengok abang tak sempat nak berjaya, adik-adiklah ambil semangat tersebut untuk teruskan legasi saya dan Allahyarham Johan.” katanya.
Pelantun suara bagi lagu Di Persimpangan Dilema itu turut menceritakan Allayarham banyak membantunya mengambil alih dalam bahagian kreatif termasuklah dalam penghasilan video untuknya.
Kehilangan Allahyarham Alif sangat memberikan kesan buatnya dan keluarga. Antara individu yang banyak memberi semangat kepadanya adalah arwah Alif juga selepas pemergian suaminya, Allahyarham Johan Nawawi pada 24 Mac 2017.
Ads
“Setiap hari Alif pasti akan menghantar Whatsapp bertanya sama ada saya okay atau tidak. Memang pemergiannya satu kehilangan besar buat keluarga kami,
“Selepas kematian Johan, kami reda dengan pemergian Alif kerana macam mana kami sayang padanya, Allah SWT lebih menyanyanginya.” ujarnya lagi.
Arwah Alif pergi meninggalkan Nora sekeluarga pada 14 Disember 2019 selepas tiba-tiba rebah sewaktu di rumah. Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara berdekatan pusara bapanya.
Menitipkan pesanan buat mereka yang bergelar muslim, penyanyi dan pelakon iaitu Amira Othman telah berkongsi mengenai kepentingan menunaikan solat di laman instagramnya.
Kongsinya, solat itu wajib ditunaikan biarpun jahat macam mana sekalipun diri seseorang individu itu.
Tambah pelakon drama Abang Bomba I Love You itu, kita seharusnya memperbaiki solat kita kerana itulah perkara utama yang akan dihisab di akhirat kelak.
Semalam recording for Salamunalaik. Utk ramadhan nanti di Astro Oasis. Topic kesempurnaan solat. Sempurna ke solat kita? 😭 semoga kita sentiasa igt solat ni adalah tiang agama. Buat jahat mcm mana pun kena solat. Perbaiki solat. Sempurnakanlah solat sbb itulah yg akan ditanya nanti😭🥺 _______________________________________________ Beautiful Abaya – @abayalubnaa
Bersetuju dengan nasihat yang diberikan, para peminatnya mengucapkan terima kasih di atas perkongsian yang bermanfaat ini selain memuji penampilannya yang jelita berjubah yang tidak ubah seperti seorang puteri.
Sebagai informasi, Amira Othman merupakan bintang kelahiran rancangan realiti iaitu Akademi Fantasia 2013 sebaris bersama Hael Husaini, Nabila Razali dan Indah Ruhaila.
Dia juga telah bergelar Hajjah pada tahun 2019 selepas mengerjakan haji bersama rakan artis, Wany Hasrita.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Esok kita akan menyambut hari raya Aidil Adha. Sama seperti hari raya Aidilfitri, tentunya masing-masing ingin melaram dengan baju raya. Inilah masanya juga untuk kita tampil cantik dan menarik kerana akan bertemu sanak saudara yang sudah lama tidak ditemui.
Bukan sahaja busana indah digayakan, wajah juga kena lebih flawless dan glowing. Salah satu cara untuk tampil cantik adalah dengan menggunakan petua alami.
Perkongsian wanita ini Nanie Ripin di Facebook memberitahu cara membuat masker untuk merawat masalah kulit wajah. Menurutnya kena rajin membuat diy masker menggunakan tomato dengan bajet tak sampan RM5, lebih-lebih lagi menjelang Syawal tak lama lagi.
Katanya lagi kena konsisten mengamalkannya sepanjang Ramadan ini untuk pastikan wajah manis berseri waktu raya.
DIY MASKER UNTUK RAWAT MASALAH KULIT WAJAH.
Memang ramai yang dah tau kan khasiat Tomato untuk kulit wajah kita.
Tapi tak ramai dri kita yang konsisten buat tiap hari kan.
Alaaaa awak tu, kata nak kulit syantik tanpa sebarang celah. Kene la rajin kan. Nak nak lagi dekat raya nih. Mesti ada yang di jemput bakal Mertua beraya ke rumah .
Takpe. Meh try tips Diy kak N nih. Sempat lagi nak bagi kulit wajah manis berseri. Hikhik.
Mudah je. Kos pun tak mahal. Jum kita intai bahan dan cara buat.
Bahan diperlukan.
1. Tomato 2. Jus Lemon 3. Madu
Cara buat.
Hancurkan tomato. Nak kisar pun boleh. Tapi kak N suka bijik bijik tomato tu. Nanti jadi ala ala scrub kat muka. Campur kan jus lemon dan madu. Kacau sebati.
Boleh lah gosok gosok kat wajah. Biar dalam 15 minit. Baru bilas dengan air suam.
Taraaaaa. Konsisten buat tau sepanjang Ramadan nih. Haaa raya nanti wajah dah manis berseri. Auchh.
Hari Jumaat merupakan penghulu kepada segala hari. Selain itu hari Jumaat juga merupakan hari yang agung disebabkan ia mempunyai banyak kelebihan, keistimewaan dan kemuliaan berbanding hari-hari yang lain. Maka banyak-banyaklah berselawat dan berdoa pada hari Jumaat yang mulia ini.
Doa diertikan sebagai memohon dengan sepenuh hati kepada Allah SWT dengan permohonan yang mengharapkan kebaikan di sisi-Nya, memohon dengan rendah diri supaya apa yang diminta itu diperkenankan dan cita-cita termakbul.
Doa menurut Imam al-Khattabi adalah permohonan hamba kepada Tuhannya dengan mengharapkan pertolongan-Nya dan juga bantuan daripada-Nya.
Firman Allah SWT:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: ‘Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.’”
Ayat ini merupakan dalil yang menunjukkan bahawa Allah SWT menuntut para hamba-Nya untuk berdoa kepada-Nya berkaitan hajat-hajatnya serta ia menjadi dalil akan pensyariatannya dan perkara ini tiada khilaf dalam kalangan orang Islam.
Dalam agama Islam, doa bukanlah sesuatu perkara yang remeh tetapi mempunyai peranannya yang besar. Oleh sebab itu, ia sendiri dianggap sebagai ibadah. Hal ini adalah sebagaimana riwayat daripada al-Nu‘man bin Basyir bahawa beliau mendengar Nabi SAW bersabda:
الدُّعَاءُ هُوَ العِبَادَةُ
Maksudnya: “Doa itu merupakan ibadah.”
Selain itu, kita sebagai seorang yang beriman perlulah sentiasa berdoa kepada Allah SWT kerana insan ini sifatnya lemah dan sentiasa mengharapkan bimbingan sang Penciptanya dalam setiap keadaan. Tambahan lagi, banyak doa-doa yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada kita untuk digunakan dalam kehidupan seharian.
Allah SWT berfirman:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”
Menurut Imam al-Qurtubi, ayat di atas menunjukkan bahawa Allah SWT bukan sahaja memerintahkan kepada para hamba-Nya untuk beribadah bahkan Dia juga memberikan jaminan bahawa doa tersebut akan dimustajabkan.
Kata Khalid al-Rib’ie: Sangat ajaib buat umat ini, dikatakan kepada mereka: “Berdoalah kepada-Ku nescaya Aku akan mustajabkan.” Allah memerintahkan kepada mereka untuk berdoa, serta menjanjikan kepada mereka kemustajaban tanpa ada sebarang syarat antara keduanya.
Kemudian Allah SWT berfirman dalam ayat yang sama:
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”
Ibn ‘Asyur di dalam tafsirnya menyatakan bahawa ayat ini menjadi dalil bahawa Allah SWT menuntut hamba-Nya untuk berdoa kepada-Nya berkaitan hajat-hajatnya serta ia menjadi dalil akan pensyariatannya dan perkara ini tidak mempunyai khilaf dalam kalangan umat Islam sendiri
Antara kelebihan dan fadhilat hari Jumaat, terdapatnya waktu di mana doa adalah mustajab. Hal ini berdasarkan hadith, Nabi SAW menyebut tentang hari Jumaat, sabdanya:
Maksudnya: “Pada hari tersebut ada satu ketika jika bertepatan seseorang Muslim yang mendirikan solat Jumaat memohon sesuatu kepada Allah SWT, nescaya Allah SWT memperkenankannya.”
Sambil bersabda, Baginda mengisyaratkan ketika yang sedikit itu dengan tangannya.
Berdasarkan soalan di atas, terdapat sebuah hadith yang sahih berkaitan hal tersebut. Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan juga imam Muslim di dalam sahihnya dengan lafaz yang sedikit berbeza:
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Pada hari Jumaat ini ada satu masa yang sekiranya ditepati oleh seorang muslim dalam keadaan dia bersolat meminta sesuatu daripada Allah SWT, pasti Allah SWT akan memperkenankan permintaanya itu.”
Melihat kepada hadis di atas, kita memahami bahawa Allah SWT telah meletakkan satu tempoh masa yang sangat istimewa pada hari Jumaat iaitu setiap permintaan hamba-hambanya akan dikabulkan pada waktu tersebut.
Dalam masalah ini, terdapat beberapa pendapat yang dinyatakan oleh para ulama’ sebagaimana yang disebut oleh Imam al-Nawawi berdasarkan pendapat al-Qadhi ketika mensyarahkan hadis ini di dalam sahih Muslim, antaranya:
Pertama: Waktunya adalah ketika khatib duduk di atas mimbar sehingga selesai solat.Pendapat ini disokong dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy’ari.
Kedua: Waktunya adalah selepas asar sehingga terbenamnya matahari.
Ketiga: Waktunya adalah ketika solat didirikan sehingga ia selesai.
Keempat: Waktunya apabila imam keluar sehingga selesainya solat.
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.