Bukan sahaja meminati K-Drama mahupun K-Idol, rupanya ramai rakyat Malaysia ni yang suka kan mekap ala Korea. mekap ala korea ni sememangnya nampak lebih natural, fresh dan lebih manis jika dilihat.

Setiap tahun pasti ada tren yang diikuti oleh wanita diluar sana. Istimewanya Korea banyak membuat mekap yang nampak Berani buat mereka diluar sana!

Sumber: myglamm.com

Demam korea tidak kira dari segi makanan, stail, mekap, drama atau film masih lagi menjadi pilihan rakyat Malaysia. Oleh kerana pengaruh yang sangat besar seperti selebriti di Korea membuatkan ramai yang menggemari tidak kira siapa pun. Jangan risau ya belum terlambat untuk mengikuti trend mekap korea untuk tahun 2022 tau.

Sumber: Beautytap

Kenapa ramai yang memilih mekap ala Korea berbanding dengan mekap barat adalah kerana mekap ala Korea lebih menampakkan seseorang itu lebih segar, mempunyai kulit yang lembab dan glowing. Manakala, mekap ala barat pulak lebih menampakkan seseorang itu memakai mekap tanpa perlu di beritahu  atau erti kata lain mekapnya tidak natural seperti mekap ala Korea. Mekap ala Korea sangat memudahkan bagi mereka yang pertama kali ingin belajar dan ia mudah kerana teknik mekapnya adalah mekap natural jadi tak perlulah bersusah payah untuk mereka yang baru belajar tentang mekap untuk mencuba.

IKLAN

Artikel Berkaitan: 5 Langkah Mudah Solekan Mata Selebriti Korea, Tutorial Dari Youtuber Ini Untuk Pemula

Trend Mekap ala Korea pada tahun 2022 memberi kelainan lebih sedikit berbanding mekap ala korea yang selalu di buat kerana tahun ini lebih menampakkan rupa yang lebih berani dan Konfiden walaupun mekap ala Korea masih tidak lari dari lumrah kelihatan semula jadi

 1. Mekap tampak segar bersama lipstik merah

Seperti yang kita tahu lipstik merah sangat jarang digunakan di dalam looks makeup. Lipstik merah seringkali diperkatakan kelihatan klasik apabila memakainya oleh kerana pada zaman dahulu hanya satu tona warna lipstik sahaja yang ada dan kini lipstik merah kini kembali. Buat tahun ini, mekap tanpa cela atau ‘flawless’ mekap dan lipstik merah sangat kena dan menjadi trend pada tahun ini. Jennie Blackpink sangat suka sangat dengan mekap lipstik merah ini!

Sumber: Instagram Jennierubyjane

Untuk rupa mekap ini, pastikan memakai pelembap muka dan primer yang sesuai untuk kulit sebelum memakai foundation. Untuk bibir pula anda disarankan untuk melukis bentuk bibir dengan tepat dan menggunakan tona warna pada bibir lebih gelap dari kulit muka anda.

2. Mekap tampak pipi seperti buah pic

Tidak dinafikan kebanyakan wanita dia Asia sangat menyukai atau obses dengan tona warna pastel seperti merah jambu cair dan ungu lembut. Buat tahun 2022 pemerah pipi menjadi sangat di gemari berbanding tahun sebelumnya. Malah, banyak yang bereksperimen untuk melakukan solekan tona lebih lembut buat pemerah pipi mereka dengan warna yang semula jadi seperti warna buah pic yang memberikan warna tersebut seolah natural dan menyerlah sekiranya dipakai.

IKLAN
Sumber: Review bukalapak.com

Tip untuk mendapatkan pipi yang nampak semula jadi adalah dengan mengambil span getah untuk menampakkan kesan lebih semula jadi dan pipi tampak lebih dewy. Apapun, buat mereka yang berkulit lebih gelap dan mempunyai tona kulit yang lebih warm anda dinasihatkan supaya mengelakkan untuk guna warna pic atau cerah tetapi disarankan untuk menggunakan warna bronze yang lebih cerah supaya menampakkan lebih semula jadi dan bergaya.

3. Bulu mata panjang persis K-idol

Lisa Blackpink merupakan salah satu idol Korea yang menjadi tumpuan dan ikutan orang ramai. Seperti yang kita tahu, mekap yang selalu dibawa oleh Lisa pasti mempunyai bulu mata panjang. Kebanyakkan selebriti Korea sekarang banyak menggunakan bulu mata panjang buat mekap mereka di dalam Musik Video dan di kehidupan sebenar.

Selalunya mekap atau teknik bulu mata panjang ini dimulakan dengan memakai maskara kemudian anda perlu menggunakan ‘tweezer’ untuk mengepit bulu mata yang digunakan. Tips yang boleh diberi adalah, pastikan anda mengepit bulu mata tersebut secepat mungkin sebelum ianya kering kerana ini akan membuatkan bulu mata anda menggelupas dan comot.

 4. Mekap Stail Y2K

Apa itu stail Y2K? Ramai yang tahu bahawa mekap stail Y2K ini membuat kemunculan semula dan ia menarik minat ramai orang diluar sana. Jika anda ingin tahu, fikirkan tentang keadaan kening yang lebat dan disikat rapi ke atas, bibir dan juga bulu yang bersinar, beserta kulit matte yang tampak pasel dan berkilau.

IKLAN

Ianya lebih kurang seperti mekap ala semulajadi tetapi wanita Korea banyak menggabungkan “glitter” di mata mereka dan warna ungu cerah di kawasan mata. Pada tahun ini juga mekap stail Y2K ini banyak mengikut “Pantone.” Mekap ini boleh di gabungkan dengan kening yang kemas sedikit nipis melengkung dan bibir berwarna merah jambu gelap sikit.

5. Mekap semula jadi bersama bibir tona ungu

Pasti ramai pelik adakah sesuai buat kita memakai lipstik tona ungu tetapi sebenarnya mekap ini tampak lebih cantik jika dan menaikkan seri di muka. Oleh kerana lipstik di bibir berwarna ungu seperti ungu anggur ianya menjadi pilihan ramai.

Teknik yang boleh digunakan adalah pastikan anda memakai alatan seperti “plumped up lips” untuk mendapatkan bibir lebih penuh dan dinasihatkan supaya fokus warna lipstik lebih di kawasan tengah bibir berbanding luar kawasan bibir anda.

Rupanya masih menjadi tren mekap ala korea negara Asia. Mungkin atas faktor selebriti itu atau sememangnya rupa mekap yang dibuat kena dengan semua jenis muka atau warna kulit. Menarik kan! Selamat mencuba.

https://www.youtube.com/watch?v=6XIzpCGUMXA

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI