Sebelum menonton drama pilihan kita di Netflix ataupun Kampung People, pastikan dahulu yang kita sudah melakukan rutin kecantikan yang betul pada kulit wajah kita. Iyelah, mana boleh abaikan begitu sahaja.

Tapi kadang kala keliru juga mana satu produk yang perlu digunakan dahulu. Nanti kalau salah aturan takut tak menjadi pulak.

Jangan bimbang sis! Di sini kita akan kongsikan turutan yang betul untuk melakukan rutin penjagaan wajah ini.

Langkah pertama ialah…

Semestinya mencuci muka! Di pagi hari, percikkan air suam di wajahmu atau jika kulit anda jenis berminyak, cucilah dengan menggunakan pencuci muka yang lembut yang bersesuaian dengan kulit anda.

No.2 : Toner

IKLAN

Ramai di antara kita sebenarnya yang skip pemakaian toner atau penyegar wajah ini sebab percaya ia mengeringkan kulit anda. Sebenarnya salah tau. Toner membantu memberikan anti-oksidan dan vitamin pada kulit anda selain menghilangkan kotoran yang tertinggal selepas anda mencuci wajah.

Di samping itu, toner membantu menegangkan wajah dan mengurangkan penampakan pori. Setiap jenis toner dirumus khas untuk masalah kulit yang berbeza. Jadi, amatlah penting untuk anda pilih yang bersesuaian dengan kulit anda.

No.3: Serum

Serum adalah cecair konsentrasi yang dirumus khas dengan nutrisi bagi mengatasi masalah kulit tertentu dan kebiasaannya konsistensinya lebih nipis daripada pelembap. Banyak manfaat dalamanya seperti meneutralkan kulit anda daripada bahaya sinaran UV dan pencemaran sekeliling.

IKLAN

No.4 : Krim mata

Jika sering menggunakannya, ia akan mengekalkan keanjalan lingkaran mata kita sekaligus melindunginya daripada kehilangan kolagen dan lingkaran gelap di sekelilingnya. Sesetengah krim mata juga akan membuatkan mata anda tidak sembap dan lebih segar.

No.5: Spot Treatment

Spot treatment ataupun krim jerawat ini mempunyai lain-lain cara penggunaan dan bahan di dalamnya. Oleh itu, semak dulu di labelnya atau jumpa pakar dermatologi bagi mengetahui cara penggunaannya yang betul. Ingat, ia boleh mengeringkan kulit anda jadi sebaiknya gunakanlah ia apabila perlu sahaja.

IKLAN

No. 6 : Pelembap

Pelembap adalah produk yang wajib digunakan termasuklah kepada mereka yang mempunyai kulit berminyak. Walaupun badan kita sendiri mengeluarkan minyak semula jadi, namun kebanyakan daripada kita sebenarnya memerlukan hidrasi yang lebih lagi selepas berdepan dengan cahaya matahari yang terik, pencemaran udara dan lain-lain lagi. Oleh itu, gunakanlah pelembap sementara kulit anda masih lembap selepas disapu toner agar ia mampu diserap dengan lebih lagi jauh ke dalam.

No. 7 : Sunscreen

Sunscreen atau sunblock sepatutnya menjadi langkah terakhir dalam rutin kecantikan anda sebelum anda mengaplikasikan solekan di wajah bagi melindunginya daripada sinaran UV yang berbahaya. Jika anda menggunakan mineral sunscreen, ia sepatutnya menjadi langkah terakhir tetapi jika anda menggunakan chemical sunscreen, anda harus menggunakannya sebelum pelembap supaya kesannya lebih efektif.