Membantu sesama manusia adalah satu perbuatan yang mulia. Sikap bantu membantu juga merupakan sangat dianjurkan oleh agama Islam sendiri.
Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW, Baginda bersabda yang bermaksud :
“Barangsiapa melapangkan kesusahan seorang mukmin dari berbagai kesusahan dunia, nescaya Allah SWT akan melapangkan darinya daripada kesusahan pada hari kiamat.”[HR. Muslim (2699)]
Tinggalkan Keluarga Demi Bantu Saudara Sesama Islam…
Kini berangkat lagi ke Syria, pelakon Ardell Aryana pergi meninggalkan suami, Nadzmi Adhwa dan anaknya bagi berkhidmat demi Misi Bantuan Kemanusiaan, Syria Winter Mission anjuran Pertubuhan Kebajikan Aryan, bulan ini.
Ads
Sumber dari Instagram @Aryna.Care
Dia juga membuat satu hantaran di Instagram Story untuk meminta semua pengikutnya mendoakan perjalanannya bersama-sama beberapa sukarelawan yang turut sertai dipermudahkan.
“Semoga Allah SWT permudahkan perjalanan kami enam orang pergi dan pulang. MasyaAllah, semoga mereka (rakyat Syria) kuat hadapi musim sejuk melampau ketika ini, bertahanlah dalam kelaparan,
“InsyaAllah, nanti kita makan makanan yang sedap yang panas ya. Semoga murah rezeki mereka. Amin.” tulisnya.
Turut membuat satu hantaran khas buat isterinya, Nadzmi menukilkan ucapan di Instagram. Dia juga memohon agar semua orang mendoakan misi bantuan yang dilaksanakan di Syria itu.
“Moga Allah redha. Semoga dipermudahkan segala urusan awak dan team , kami tunggu awak balik ya @ardellaryana 😘 Apabila di tanah Syam doakan saya dan urwa disini ya sayang,
Ads
“Doakan perjalanan isteri saya ke Syiria untuk Misi Bantuan Kemanusiaan kali ini ya sahabat semua. Semoga selamat pergi dan pulang.” tulis Nadzmi buat isterinya.
Peningkatan kos sara hidup kini sangat mebebankan buat kebanyakan dari kita. Ada juga yang terpaksa mencatu makanan agar tidak terlebih berbelanja dan kekurangan wang untuk meneruskan kehidupan.
Tular baru-baru ini perkongsian video seorang lelaki warga Bangladesh yang hanya makan nasi dan garam. Ia telah menjadi tumpuan orang ramai dan persoalan adakah dia tidak mampu untuk membeli makanan.
Rakaman video itu dibuat oleh pemilik akaun Tiktok @pokchek906 yang telah mendapat sebanyak 2.1 milion penonton ketika ini. Lelaki itu juga tampak sangat berselera makan juadah itu meskipun ia kelihatan sangat ‘kosong’.
Apa yang terhidang di atas pinggan lelaki tersebut hanyalah nasi putih, cili, garam dan juga bawang merah. Walaupun begitu, dia hanya makan sahaja tanpa ada sebarang reaksi.
Difahamkan lagi, dia juga telah berjaya menyimpan sejumlah wang yang sebanyak RM800,000 dalam tempoh 19 tahun dia bekerja di Malaysia. Bukan setakat itu sahaja, dia juga telah memiliki rumah dan mempunyai tanah sendiri di negara asalnya.
Lelaki tersebut juga menerima wang pendapatan sebanyak RM5,500 pada setiap bulan. Tetapi dia bukanlah seorang yang boros kerana hanya menggunakan RM300 sahaja untuk keperluan diri seperti makanan.
Sudah tentu ramai yang akan memberi komen mengenai perkongsian video ini. Rata-rata ada juga yang tidak boleh bayangkan makan juadah seperti ini dalam kehidupan seharian.
“Mereka dah biasa makan macam ini. Kalau orang kita makan macam ini…sambil makan sambil kesat air mata,
“Kesiannya dia sanggup ikat perut demi keluarga semoga makin berganda rezeki tau!
“Kenapalah tak fikir macam ini dulu…masak nasi air lebih, letak garam dan Ajinomoto. Janji perut kenyang.” itulah kata-kata dari warganet mengenai perkongsian ini.
Tapi bagi anda yang ingin lakukan seperti ini, kami tidak sarankan kerana anda perlu fikir jangka masa yang panjang. Anda juga perlukan protein dan juga khasiat yang cukup untuk tenaga seharian. Berjimat dengan cara yang betul, bukan menyeksa diri ya!
Bertahun-tahun wanita ini memasang niat untuk berhijab. Walau cuma berkata-kata dalam hati tentang hasrat itu tapi pada masa yang sama perlahan-lahan dia cuba memperbaiki diri. Namun akhirnya waktu itu tiba jua tatkala dia mendapat panggilan menunaikan haji bersama suami.
Sempena Edisi Hijabersary, Hijabista mendekati isteri, ibu kepada dua cahaya mata dan juga usahawan Fouziah Gous untuk berkongsi tentang penghijarahan dirinya yang baru lima bulan.
Hati dah berkata-kata untuk berhijab since day one saya berkahwin. Dalam tempoh lima tahun ini meskipun belum berhijab saya perlahan-lahan cuba mengubah diri terutama dari segi pemakaian.
Bila sudah bergelar isteri saya tak lagi beli pakaian-pakaian seperti skirt dan sebagainya. Tapi saya sendiri sebenarnya bukanlah seorang yang seksi, cuma sukakan fesyen.
Saya sedar saya bukan seorang yang sempurna jadi saya sentiasa berusaha menjadi lebih baik dan mencari yang lebih baik dalam kehidupan. Saya cuba jaga solat saya dan cari persekitaran yang mendorong ke arah kebaikan.
Bila kita amal dan cuba buat perkara yang baik, perlahan-lahan hati kita jadi mudah untuk berubah. Dan bila dapat panggilan haji saya tahu ia adalah waktunya untuk saya berubah.
Jadi saya tekad pulang saja daripada mengerjakan rukun Islam kelima bersama dengan suami saya akan terus bertudung. Alhamdulillah hasrat itu dipermudahkan.
Sebenarnya sebelum itu lagi saya selalu terdetik dalam hati, Dia memberi rezeki yang banyak namun ada satu perasaan yang menyelinap dalam hati saya kenapa saya tidak boleh mengikut kehendak-Nya.
Saya selalu berdoa agar Allah memberi hidayah kepada saya dan berhijab mungkin salah satu daripadanya.
Saya tidak rasa kekok dengan imej baru ini kerana dari dulu saya sudah biasa berhijab terutama ketika di bulan Ramadan dan sewaktu bergelar model dulu. Jadi bila nak mengubah penampilan saya tiada masalah.
Lagi pun hijab pilihan saya ringkas saja. Saya juga akan pastikan selesa dengan hijab yang digayakan. Oleh sebab itu pada kebanyakan masa saya memilih untuk mengenakan tudung bawal atau shawl dengan lilitan mudah.
Suami saya seorang yang tegas. Dia sudah lama mahu saya bertudung, sejak mula kami bergelar suami isteri malah dia sentiasa mendoakan saya ke arah itu.
Tapi saya selalu katakan kepadanya kalau saya bertudung nanti ia bukan sebab dia tapi saya akan buat kerana Allah. Saya tak mahu melakukannya kerana paksaan dan bukan juga untuk impress orang lain.
Saya bersyukur dapat panggilan menunaikan haji pada usia yang yang muda dan tubuh masih sihat dan bertenaga kerana untuk saya mendapatkan gelaran hajjah ini adalah sesuatu yang sangat mencabar.
Ada pelbagai dugaan yang perlu saya lalui. Saya dan suami mengetahui visa haji kami diluluskan hanya dua hari sebelum tarikh berangkat.
Ia agak last minute dan nak dijadikan cerita pada masa yang sama anak saya yang berusia 10 bulan mengalami masalah kesihatan akibat usus tersekat hingga perlu dibedah.
Saya hanya dapat menemaninya seketika saja kemudian terpaksa meninggalkan anak yang baru dibedah dan masih di ICU untuk berangkat ke Makkah. Tetapi pada waktu itu tidak ada sedikit pun perasaan untuk tarik diri.
Cerita tak habis di situ ketika transit, rombongan haji saya kemudian terkandas pula di Manila selama dua hari kerana masalah teknikal hingga menyebabkan kami hanya tiba sehari sebelum wukuf.
Itu belum lagi dengan cabaran terpaksa berjalan berjam-jam lamanya, dugaan di khemah, keadaan cuaca yang berangin dan pelbagai lagi.
Bila dapat menyelesaikan rukun haji ini saya rasa sangat bersyukur hingga mengalirkan air mata kerana menjadi insan terpilih untuk melaluinya. Dan yang pasti semua itu memberi saya pengalaman yang tidak ternilai harganya. Sebab inilah saya katakan gelaran hajjah itu bukan mudah buat saya.
Pengalaman menunaikan haji bersama suami ini telah banyak mengajar saya. Saya dapat rasakan diri saya ini sekecil-kecilnya sehingga kita rasa sudah sampai ke tanah. Bila kita berada di kerajaan Allah, wang ringgit tak bererti lagi.
Dia yang mengatur semuanya. Setinggi mana pun pangkat tapi di sana kita adalah sama. Apabila mengharungi cabaran demi cabaran di sana saya rasa diri saya cukup kerdil dan kini saya tak kisah, saya boleh letak diri serendah-rendahnya.
Dalam pada itu bila dah bergelar hajah ini semangatnya rasa lain macam sikit. Semangat untuk setiap apa yang saya lakukan itu adalah kerana Allah.
Pasti dalam seminggu akan ada hari-hari yang anda menghadapi masalah seperti cepat lesu dan kurang fokus pada hari itu. Banyak kerja tergendala dan anda hanya mengeluh dan termenung sahaja.
Apakah kita sudah mulai menghadapi masalah seperti tiada hala tuju? Apakah mungkin stres di tempat kerja membuatkan lagi emosi terganggu?
Kehidupan adalah suatu medan peperangan untuk kita yang banyak pancaroba. Ada kalanya, semua berjalan dengan sangat baik, tetapi tidak setiap masa perkara akan jadi seperti yang kita inginkan.
Ramai yang terjejas dengan masalah tekanan mental yang mengganggu kehidupan mereka seharian. Ini kerana kebanyakan dari kita sering ‘menekan’ dan ‘memaksa’ diri untuk lakukan sesuatu benda yang terpaksa kita tempuhi.
Jadi sudah tentu anda ingin tahu apakah tanda-tanda mereka yang sering alami masalah penat mental ini bukan? Di sini kami senaraikan beberapa ciri yang ada pada seseorang yang menghadapi masalah ini.
Anda sering rasa perkara yang remeh-temeh itu sangat tidak bermanfaat dan membuang masa. Jadi kebiasaannya, anda akan memberikan reaksi yang negatif dan cepat mengeluh apabila anda yang menganggu.
Masa seolah-olah cepat sahaja berlalu, anda pula terpaksa berkejaran. Bahkan, anda pula tidak punyai masa untuk menenangkan diri sendiri dan lakukan hobi yang anda minat. Jadi masa itu hanya berlalu pantas sahaja tanpa anda sedari dan telah bazirkan sejumlah yang banyak.
Setiap apa yang anda lakukan pasti akan jadi masalah–itulah tanggapan anda buat diri sendiri. Tidak rasa yakin dan percaya pada diri kerana anda tahu ia akan salah dan tetap salah. Persoalan pada diri sering menikam seperti, “adakah aku baik”, “Kenapa aku selalu buat salah”, dan sebagainya yang boleh mengacau fikiran dan emosi.
Setelah penat menjalani kehidupan seharian, anda tidak pula dapat melelapkan mata dan rehat sepenuhnya. Ini semuanya kerana terlalu sangat memikirkan hal-hal yang menjadi kegusaran buat anda.
Terlalu bimbang akan perkara yang belum tentu terjadi, meski pun ia hanya sekecil-kecil perkara. Anda kerap berfikir dan terus berfikir tanpa memberi ruang untuk merehatkan diri seketika. Fikiran anda akan mulai kusut dan tidak boleh nak berfikir secara rasional sehinggakan diri tidak terurus.
Kadang kala, anda dengan secara tiba-tiba menitiskan air mata dan rasa seolah-olah kosong. Tanpa penjelasan yang kukuh, anda alami rasa sakit itu sendiri dan kepenatan yang anda harus tanggung.
Secara kesimpulannya, anda perlukan rehat, kenapa rehat? Salah satu punca utama adalah anda kurang memberikan ruang untuk diri anda rehat dari berfikir, membuat kerja, bahkan anda memaksa diri untuk lakukan perkara yang tidak diingini. Kami harap anda rehat secukupnya dan jumpa bersama pakar psikatris atau kaunseling untuk bantu dengan lebih mendalam.