Sudah tibalah waktu pelajar universiti pulang ke kampus atau asrama masing-masing untuk menghadiri kelas secara berdepan. Bila dah pulang, kenalah pandai berdikari dan berjimat cermat. Selalunya, pelajar rasa terbeban untuk mengisi perut dek kerana harga makanan yang mahal. Namun, bagi pelajar berdekatan dengan lokasi perniagaan satu ini, anda sangat berutung kerana masakan yang dijual sangatlah murah!

Mengimbas kembali satu video yang pernah tular di TikTok, mengenai ‘Warung Ibu’ yang menjual makanan dengan harga yang sangat murah. Sehingga ada yang menyatakan harga tersebut tidak masuk akal dan meminta pemiliknya menaikkan harga.

@haizumhasan Aq pun confuse, tang mana untung tak tahu..#makan #masakanpanas #murah #sedap #kelate ♬ Che La Luna – Louis Prima with Sam Butera & The Witnesses


Menurut Haizum Hasan yang telah memuat naik video berkenaan di aplikasi TikTok, warung tersebut adalah milik ibunya iaitu Noorasiah Che Yusoff berusia 52 tahun. Warung yang diberi nama ‘Warung Ibu’ itu telah diusahakan sejak empat tahun lalu. Video itu telah mendapat 25.1K kesukaan serta 533 komen daripada warganet.

Melalui video yang telah dikongsikan tersebut, warung milik ibunya itu telah menjual menu seperti mi goreng, nasi goreng, kuey teow goreng dan sup dengan berharga hanya RM3 setiap hidangan. Mustahil kan nak dapat harga serendah itu di zaman sekarang ini? Memang ‘heaven’ lah pelajar yang tinggal berdekatan situ.

@haizumhasan Kami jual murah2 jer.. #warungibubykakyah #masakanpanasmurah #makanankelantan ♬ Это любовь – Амирчик


“Warung kami terletak berdekatan dengan Maahad Amir, jadi pelajar adalah antara pelanggan tetap. Ibu kata biar berniaga dengan harga macam ni, asalkan ramai orang datang, daripada berniaga mahal dan tak ada orang datang.” ujar Haizum melalui temubualnya bersama mstar.

Artikel berkaitan: Sedekah Hampir 400 Helai Tudung Walaupun Bukan Sebangsa, Niat Hanya Untuk Membantu Mangsa Banjir.

Niat berniaga sambil beramal

Tambahan itu, Haizum juga menyatakan bahawa ibunya pernah mengalami kesukaran kerana kenaikan harga barang, namun masih memilih untuk mengekalkan harga demi meringankan beban pelanggan.

IKLAN

“Ibu pernah juga mengadu harga barang banyak naik. Tapi apabila ditanya kenapa tak mahu naikkan harga makanan di warung, ibu kata dia kesian pelanggan yang terdiri daripada orang kampung dan pelajar.”

“Pernah je pelanggan tak cukup nak bayar tapi ibu halalkan. Secara tak langsung, berniaga sambil beramal”. tambahnya lagi.

Mendapat respon positif daripada warganet

Haizum menyatakan bahawa dia sekadar ‘suka-suka’ untuk memuat naik video itu di aplikasi Tiktok, dan tidak menyangka perkongsian tersebut berjaya meraih perhatian warganet.

“Semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT”

IKLAN

“Semoga makcik nie. kaya raya. amin..”

“Harga-harga masakan panas macam tahun 2010 dulu”

“Ya Allah kak, boleh untung ke niaga mcm ni. Murah rezeki akak..”

IKLAN

“Alhamdulillah, jual sambil bersedekah..”

Artikel berkaitan: Rezeki Kekal Mencurah-curah Jika Amal 7 Konsep Sedekah Ini. Paling Mudah Baca Al-Fatihah

Murah rezeki makcik kerana ramai yang turut mendoakan. Buat anda yang tinggal berdekatan dengan Warung Ibu, anda boleh lah singgah ke warung ini. Warung Ibu by Kak Yah ini bertempat di Jalan Pondok, Kg Beris Kubur Besar, Bachok, Kelantan dan beroperasi setiap hari seawal 6.30 pagi hingga 12 malam.

Sumber info dan gambar: Mstar dan @haizumhasan

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://www.youtube.com/watch?v=YkhBdRmIqEI

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI