Setiap hari kita pasti ingin melihat dan bersiap di hadapan cermin untuk memeriksa diri agar kelihatan cantik. Takut pula bila keluar tetapi baju tersenget sebelah, malu sahaja bila ada yang tegur.

Artikel berkaitan: Elak Penampilan Wajah Hodoh, Ini Cara Bentuk Kening Yang Sesuai Dengan Bentuk Wajah Anda

Ada juga sesetengah individu yang sering memeriksa diri mereka berulang kali. Bahkan, tidak lekang untuk melihat cermin dan perhati setiap sudut muka, adakah kita hadapi satu sakit mental?

Berjam-jam tengok cermin…tak penat ke?

Sumber dari Canva

Dalam kita tak duga, kadang-kadang dalam sehari kita boleh tenung diri sendiri melalui cermin dengan tempoh yang sangat lama. Ada yang buat solekan tidak apa kerana perlu fokus, tetapi ada yang tiada sebab untuk melihat dan periksa diri berkali-kali.

Perasaan tidak puas hati melihat diri sendiri itu yang menjadikan kita rasa seperti ada sesuatu yang kurang dengan penampilan. Tiba pula ada hari yang tidak ‘bernasib baik’ kerana ada yang menegur serba kekurangan gaya hari itu.

IKLAN

Terdapat penyakit yang berkaitan dengan kelakuan ini yang dipanggil sebagai gangguan dismorfik tubuh atau Dysmorphia. Ia keadaan yang dimana seseorang mampu melihat dan obses pada diri sehingga anda boleh timbul rasa malu dan segan jika seseorang melihat diri anda.

Terdapat beberapa simptom bagi seseorang yang mengalami masalah dismorfik tubuh di senaraikan oleh hellodoktor, ciri-cirnya seperti di bawah:

IKLAN
  • Cemas apabila melihat terdapat cela di muka meskiun terlalu kecil
  • Percaya kecacatan membuatkan diri tampak lebih hodoh dari orang biasa
  • Sering sangka orang lebih tertarik dengan penampilan dan akan mengeji jika tidak cantik
  • Suka mencuri masa untuk sembunyikan kekurangan dengan berdandan secara berlebihan
  • Cuba bersembunyi di sebalik solekan, pakaian, dan sebagainya
  • Tidak henti membandingkan diri dengan orang lain
  • Kerap meminta pendapat dan jaminan orang lain tentang rupa sendiri
  • Cenderung dalam kesempurnaan diri
  • Cuba elak penampilan sosial, hubungan sosial dan situasi

Artikel berkaitan: 6 Produk Ini Mampu Menghilangkan Garisan Halus Malah Lemak Bawah Mata Yang Hodoh

Jadi apakah punca seseorang hadapi dismorfik tubuh?

Hakikatnya, susah untuk diklasifikasikan apakah puncunya seseorang itu alami masalah ini. Banyak faktor yang boleh mempengaruhi seperti:

IKLAN
  • Terdapat kajian yang menunjukkan gangguan dismorfik tubuh ini lebih biasa pada individu yang mempunyai orang terdekat yang sering kongsi masalah yang sama.
  • Berbeza orak dan pemikiran. Ketidaknormalan dalam struktur otak atau juga neurokimia boleh menyumbang kepada gangguan dismorfik tubuh.
  • Persekitaran hidup, pengalaman, atau budaya juga turut mempengaruhi seseorang itu cenderung kepada gangguan mental ini.

Bila perlu mendapatkan rawatan dari doktor?

Jika anda rasa banyak persamaan diri dan kelakuan dengan simptom yang di senaraikan, mungkin boleh rujuk kepada psikatrik. Anda tidak boleh melulu sahaja untuk mendiagnos diri sebagai pesakit mental kerana khuatir diagnos anda itu salah. Maka, perlu dapatkan nasihat pakar supaya fakta itu tepat.

Sumber: Liputan6, Hellodoktor dan Twitter KKMalaysia

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI