![do and dont fasting](https://cdn.hijabista.com.my/2019/05/do-and-dont-fasting-05_01_725571-696x376.jpg)
Menurut Dr. Zaharuddin Abd Rahman, 17 Kesilapan Yang Kerap Dilakukan Di Bulan Ramadan. Elakkan Ya!
Bulan Ramadan adalah bulan yang dinanti-nantikan bagi orang-orang yang beriman. Ia merupakan bulan yang mulia dan mempunyai banyak fadilat dan keistimewaannya.
Ketika berpuasa, ada perkara-perkara yang perlu dibataskan agar tidak membatalkan puasa anda. Mungkin anda rasa ia perkara biasa tetapi ia sebenarnya satu kesilapan yang sering terjadi apabila tiba bulan Ramadan. Perkara ini turut dikongsikan oleh Dr. Zaharuddin Abd Rahman menerusi akaun Facebooknya. Nak tahu apa? Jom kita baca sama-sama.
-
Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam)
-
Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.
-
Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.
-
Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.
-
Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.
-
Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.
-
Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana terawih.
-
Lelaki hadir ke masjid dengan berbau busuk, perempuan pula berwangian.
-
Berbuka dengan merokok atau selain makan minum.
-
Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.
-
Memasuki Ramadan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram.
-
Bersahur dengan hanya makan dan minum sahaja tanpa ibadah lain.
-
Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat ingin meriah.
-
Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah’ bagi sahur sehingga apabila terlambat bangun atau makan pada waktu itu dianggap telah batal puasa atau tidak boleh berpuasa.
-
Hadir berjemaah solat terawih tetapi tidak berjemaah solat 5 waktu
-
Tidur selepas sahur tanpa solat sunat dan tidak Subuh berjemaah.
-
Terlalu sibuk dengan persiapan raya terutama pada 10 hari terakhir dan mengabaikan peluang menggandakan ibadah khusus.
Sumber: Facebook Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dugaan Menimpa, Neelofa & Rico Rinaldi Antara Bakal Jemaah Haji Yang Terkandas Di Airport
![Dugaan Menimpa, Neelofa & Rico Rinaldi Antara Bakal Jemaah Haji Yang Terkandas Di Airport](https://cdn.hijabista.com.my/2019/08/rico-06_26_496708.jpg)
Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum tibanya hari kemuncak ibadah haji. Namun, sebuah dugaan telah menimpa sejumlah besar bakal jemaah haji Malaysia apabila mereka tidak dapat bertolak ke Makkah pada waktu yang ditetapkan bagi mengerjakan ibadah itu disebabkan masalah visa.
Neelofa dan juga pereka fesyen terkenal iaitu Rico Rinaldi merupakan antara jemaah yang terkandas kerana insiden mengejutkan itu.
Menerusi instastory, Neelofa telah memberikan sedikit pencerahan buat para pengikut laman sosialnya.
Mungkin ramai yang belum tahu yang saya dan rakan jemaah lain tak dapat berangkat ke Jeddah 2 malam lepas atas masalah visa. Alhamdulillah setelah hampir 2 hari, akhirnya masalah visa diselesaikan dan insyaAllah akan ke Makkah esok.
Menerusi instastory juga, Rico Rinaldi telah meluahkan rasa syukur kerana urusannya juga serba sedikit telah dipermudahkan.
Moga ada keajaiban yang datang kerana ingin menemani ayahnya yang bersendirian menunaikan haji.
Menurut laporan Astro Awani, sebahagian jemaah haji tidak dapat berangkat ke sana disebabkan kerajaan Arab Saudi yang tidak membenarkan kemasukan mereka bagi menunaikan haji. Selain itu, terdapat juga masalah teknikal pada visa haji furada yang mereka peroleh.
InsyaAllah, team Hijabista mendoakan agar segala urusan bakal jemaah haji ini dipermudahkan dan akan selesai dalam secepat mungkin. Moga mereka semua selamat bertolak ke sana dan mendapat haji yang mabrur. Amin.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Aplikasi Mudah Berkongsi Rasa ‘Home Cook’ Seperti Menikmati Makanan Ibu Sendiri. Rugi Tak Cuba!
![Aplikasi Mudah Berkongsi Rasa ‘Home Cook’ Seperti Menikmati Makanan Ibu Sendiri. Rugi Tak Cuba!](https://cdn.hijabista.com.my/2020/01/124971-20_11_063814.jpeg)
Sebagai wanita, pasti kita tidak suka membuat suatu perkara yang menyusahkan. Dan paling seronok jika dapat melakukan sesuatu yang menyenangkan hidup. Maklumlah hijabi paling tidak suka bila kena buat perkara yang melecehkan dan remeh-temeh. Memang lumrah wanita sukakan benda yang simple dan cepat.
Misalnya kalau bab makan, memang tak kuasa nak beratur atau masuk kedai yang full house. Admin nak share sikit antara perkara yang menyenangkan hidup kita. Agak-agak yang mana buat hijabi setuju atau tidak?
Perkhimatan penghantaran makanan sudah menjadi satu keperluan dalam masyarakat hari ini kerana dengan hanya beberapa sentuhan di telefon, makanan sudah tersedia di depan pintu.
Kini boleh dikatakan hampir kesemua rangkaian restoran terkenal, malah gerai jual burger di tepi jalan turut menggunakan perkhidmatan ini dalam mendapatkan lebih ramai pelanggan.
Bertitik-tolak daripada itu, dua anak muda tempatan iaitu Datuk Khairil Muzamil Abdul Rahman dan selebriti, Fikry Ibrahim tampil dengan idea serupa menerusi perkhidmatan penghantaran makanan terbaharu Go Eat.
Go Eat jenama tempatan pertama Malaysia!
Khairil memberitahu Go Eat adalah jenama pertama dari Malaysia malah keseluruhan kaki tangannya juga menggunakan kemahiran rakyat negara ini.
“Seperti kita ketahui beberapa perkhidmatan serupa adalah jenama dari luar negara jadi saya terfikir mengapa tidak kita tampil dengan sebuah jenama tempatan yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia sendiri.
“Alhamdulillah kita bangunkan aplikasi Go Eat sejak 2016 menggunakan pasukan pembangunan, peranti, aplikasi dan sebagainya semua rakyat Malaysia yang buat dan Insya Allah perkhidmatan kita akan telah secara rasmi bermula Januari ini,” katanya ketika sidang pelancaran.
Go Eat merupakan sebuah aplikasi digital keluaran sulung oleh syarikat bumiputera Malaysia, Go Eat Sdn Bhd (1326623-X). Aplikasi ini mula dibangunkan pada pertengahan tahun 2019 dan diterajui oleh Dato’ Khairil Muzamil sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Pada Sabtu, 18 Januari 2020, aplikasi ini telah siap 100% dan dilancarkan dengan penuh gilang-gemilang bersama 200 tetamu jemputan dari seluruh negara.
Penghantaran makanan ‘home cook’ bantu ibu tunggal
Bukan mudah memulakan hidup sebagai ibu tunggal, bagi mereka yang menjadi ibu tunggal semasa usia muda dan mak cik- makcik yang gemar masak tetapi tidak tahu saluran untuk menjualnya. Go Eat adalah hub sesuai untuk mereka memulakan perniagaan dan berkongsi rasa ‘home cook’ seperti menikamti makanan ibu sendiri.
![Aplikasi Mudah Berkongsi Rasa ‘Home Cook’ Seperti Menikmati Makanan Ibu Sendiri. Rugi Tak Cuba!](https://cdn.hijabista.com.my/2020/01/pari-single-20_33_449163.jpg)
Bercakap mengenai kelainan Go Eat berbanding perkhidmatan lain sedia ada, Fikry yang juga selaku pengasas bersama memberitahu pihaknya turut memperkenalkan perkhidmatan penghantaran makanan ‘home cook’.
Fikry memberitahu, idea itu dilihat mampu berjaya memandangkan di Malaysia sendiri terdapat ribuan peniaga persendirian atau kecil-kecilan yang mempunyai pelbagai produk berkualiti namun kekurangan ruang untuk mempromosikan produk keluaran mereka.
“Setiap kali saya pulang ke kampung, ada beberapa peniaga depan rumah saya masih di situ dan tidak berkembang kerana tiada platform.
![Aplikasi Mudah Berkongsi Rasa ‘Home Cook’ Seperti Menikmati Makanan Ibu Sendiri. Rugi Tak Cuba!](https://cdn.hijabista.com.my/2020/01/screen-shot-2020-01-20-at-9.29.49-am-20_57_860584-300x300.png)
“Jadi saya terfikir alangkah bagusnya jika ada satu platform yang boleh membantu peniaga-peniaga kecil ini untuk mengembangkan perniagaan mereka.
“Salah satu caranya adalah menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan dan kami tambahkan dalam perkhidmatan kami,” katanya.
8,000 peniaga ‘home cook’ sudah mendaftar
Aplikasi digital Go Eat ini merupakan aplikasi servis penghantaran makanan yang pertama dibangunkan oleh anak tempatan di Malaysia. Dibarisi oleh keseluruhan anak-anak tempatan yang menjadi tulang belakang pengurusannya, Go Eat tampil gah dengan warna tema Hitam dan Kuning melambangkan imej produk dan hasil tangan rakyat Malaysia.
Aplikasi ini juga menyediakan ribuan peluang pekerjaan dalam sektor logistik, makanan dan minuman serta perniagaan dari rumah iaitu “home-cook”. Tidak hanya terhenti di situ kata Khairil, menerusi cara itu, pihaknya dapat membuka peluang pekerjaan bukan sahaja kepada penghantar makanan tetapi peniaga-peniaga kecil ini.
“Bayangkan berapa ramai ibu tunggal atau suri rumah yang berniaga secara dalam talian atau membuka gerai boleh mendapat manfaat daripada perkhidmatan ini?
“Pada akhirnya kita berbalik kepada tujuan kami mahu menyediakan perkhidmatan ini iaitu dari rakyat Malaysia kepada rakyat Malaysia,” ujarnya.
Idea itu kata Khairil mula menampakkan hasilnya apabila sehingga kini hampir 8,000 peniaga ‘home cook’ sudah mendaftar dengan mereka ketika belum dilancarkan secara rasmi, lebih 3,400 penghantar.
![Aplikasi Mudah Berkongsi Rasa ‘Home Cook’ Seperti Menikmati Makanan Ibu Sendiri. Rugi Tak Cuba!](https://cdn.hijabista.com.my/2020/01/screen-shot-2020-01-20-at-9.29.41-am-20_07_126199-219x300.png)
Bagaimanapun kata Khairil, bagi memastikan kualiti dan keselamatan makanan terjamin, pihaknya akan membuat tapisan kepada permohonan peniaga sebelum boleh berdaftar sebagai vendor dalam Go Eat.
“Alhamdulillah walaupun belum dilancarkan secara rasmi namun sambutan luar biasa daripada peniaga dan penghantar makanan yang memohon untuk berdaftar di bawah Go Eat sangat luar biasa.
“Insya Allah perancangan kami selepas ini adalah untuk membawa jenama ini ke luar negara seperti Indonesia, Thailand, Filipina, Australia dan Vietnam.
“Jika Indonesia boleh berbangga dengan Gojek, menjadi harapan kami agar selepas ini rakyat Malaysia dapat mengagumi Go Eat,” katanya.
Aplikasi Go Eat boleh di muat-turun di kedua-dua platform iaitu Android Playstore dan IOS Appstore bermula 18 Januari 2020. Menggunakan pendekatan aplikasi mesra pengguna, Go Eat menyasarkan jumlah muat turun sehingga mencecah 1,000,000 pengguna dalam tempoh 6 bulan operasi. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Go Eat itu sendiri, terdapat beberapa plan pembangunan aplikasi digital yang lain akan dibangunkan selepas ini dan ianya berkait rapat dengan Go Eat.
Hadir ke pasaran digital bersama slogan “Lets Go Eat”, aplikasi ini dilihat mampu mencabar kedudukan aplikasi digital yang sedia ada. Terima kasih kepada pihak media khususnya dalam memberi liputan dan ruang bicara yang positif terhadap Go Eat. Produk Malaysia untuk orang Malaysia.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Doktor Ini Dedah Rahsia Kopek Limau Mandarin Untuk Elak Sakit Tekak Bagi Penggemarnya. Hijabi Wajib Tahu!
![Doktor Ini Dedah Rahsia Kopek Limau Mandarin Untuk Elak Sakit Tekak Bagi Penggemarnya. Hijabi Wajib Tahu!](https://cdn.hijabista.com.my/2020/01/125304-20_11_964203.jpeg)
Tinggal beberapa hari lagi masyarakat Cina akan makan besar sebelum menyambut hari kebesaran mereka. Dan pastinya hidangan utama selain yee sang atau kuih bakul adalah limau mandarin.
Memanglah sedap menikmati limau mandarin yang banyak air, tetapi buah ini sering dikaitkan dengan gejala sakit tekak hingga boleh mengakibatkan demam ataupun batuk. Sebenarnya buah kecil ini mengandungi vitamin C yang elok untuk kesihatan kulit. Bukanlah kata tak boleh makan tetapi ada cara tertentu. Ikuti perkongsian Doktor ini caranya mahu mengelak gejala sakit tekak.
![Doktor Ini Dedah Rahsia Kopek Limau Mandarin Untuk Elak Sakit Tekak Bagi Penggemarnya. Hijabi Wajib Tahu!](https://cdn.hijabista.com.my/2020/01/79687988-2692558554165316-4311955459318743040-n-20_33_868406.jpg)
Perkongsian menarik dari Doktor Rosli Abd Jalil ini mendapat hampir 4,000 butang share dari netizen. Dalam posting di laman sosial facebook ini turut memuatkan satu video bagaimana caranya dilakukan pekerja bagi memastikan limau ini tahan lama.
Semoga info daripada beliau ini memberi manfaat kepada penggemar limau mandarin yang hanya akan dijual dalam kuantiti banyak ketika di musim perayaan tahun baru Cina.
Kaya Dengan Vitamin C
Limau sangat kaya dengan vitamin C dan ia sepatutnya menghalang kita dari gejala sakit tekak.
Namun begitu, bilangan pesakit yang menghidap gatal dan sakit tekak serta batuk bertambah sekali ganda dalam musim perayaan dan apakah kaitannya dengan limau mandarin tersebut?
![Doktor Ini Dedah Rahsia Kopek Limau Mandarin Untuk Elak Sakit Tekak Bagi Penggemarnya. Hijabi Wajib Tahu!](https://cdn.hijabista.com.my/2020/01/buah-limau-mandarin-20_46_063334.jpg)
Pengusaha buah-buahan memang ada menggunakan sejenis bahan kimia iaitu ‘Sulphur dioxide’. Buah limau ini akan direndam terlebih dahulu kedalam cecair yang mengandungi bahan kimia tersebut sebelum ia dimasukkan ke dalam kotak untuk tujuan melindungi kulit limau dari dijangkiti bakteria, kulat dan serangga dan secara tidak langsung ia bertindak sebagai bahan pengawet supaya ianya dapat bertahan lama sebelum dipasarkan.
Kesan Bahan Kimia
Apa kesan ‘Sulphur Dioxide’ yang terdapat pada kulit limau tersebut kepada manusia?
Ia boleh menyebabkan radang dan kesakitan tekak yang teruk, demam dan gejala batuk kering yang berpanjangan. Ia juga boleh menyebabkan sakit perut dan radang usus. Terdapat juga kes alahan seperti radang kulit dan serangan penyakit lelah.
Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini?
Basuh atau rendam dahulu buah limau ini dan kemudian barulah dimakan.
Pastikan jari yang terkena kulit limau yang tidak dibasuh tidak tersentuh dengan isi limau yang hendak dimakan.
Sekiranya perlu, pakailah sarung tangan plastik ketika mengopek limau!
Semoga anda kekal sihat dimusim perayaan ini.
Pesanan ringkas ‘Tips kekal sihat dimusim perayaan’ ini ditulis oleh:
DR ROSLI ABD JALIL.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI