Bergelar instafamous atau influencer menjadi impian hijabi masa kini. Bukan sahaja terdedah dengan dunia glamour, tetapi juga menjanjikan pendapatan lumayan serta memperluaskan jaringan network. Malah pelbagai cara dilakukan oleh mereka ini ketika membuat paid review hinggakan ada yang sanggup melakukan aksi ‘gila’ dan keterlaluan semata-mata untuk mengaut untung. Hal ini turut diakui oleh influencer menggunakan nama Faralisa atau nama penuhnya Farah Anisah, 20 tahun. Namun dia tidak berminat gunakan cara itu sebaliknya lakukan dalam gaya tersendiri dalam melakukan paid review di laman instagramnhya.

Dia yang mempunyai follower 243K mula bergelar influencer sejak sekolah menengah lagi hingga mampu menjana pendapatan hingga mencecah belasan ribu ringgit. Selain membuat paid review, Faralisa juga turut bergelar model bagi produk busana dan tudung. Bukan itu sahaja, Faralisa juga turut dilantik menjadi duta untuk produk skincare.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by فاررا اليسا (@faralisamzmn) on

Mula Buat Paid Review  Sejak Sekolah Menengah

Gadis manis yang berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang ini berkata memulakan kerjaya dalam bidang ini ketika masih bersekolah menengah lagi.

“Saya terbabit dalam bidang ini ketika belasan tahun pun sekadar suka-suka dan tidak sangka dari sehari ke sehari ada peningkatan dari segi follower. Awalnya hanya lebih 100 orang kini lebih 200 ribu pengikut. Produk pertama yang saya review adalah produk tudung. Bahkan, selepas bergelar influencer, saya mula mendapat tawaran untuk menjadi model pula.

“Memang pada masa sekarang, influencer yang ramai pengikut menjadi pilihan pengasas atau pengeluar produk untuk membuat review produk mereka. Jadi, daripada situ bermula segalanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by فاررا اليسا (@faralisamzmn) on

“Keseronokan bergelumang dalam bidang tersebut bagaimana pun banyak membantunya terutama mendisiplinkan diri, berdikari, tepati masa, jaga mood dan banyak benda yang saya belajar dalam bidang ini.

“Soal kata-kata orang kononnya influencer ini mengejar glamor adalah salah semata-mata. Sebenarnya influencer tak ada bakat tapi ada follower ramai jadi secara tidak langsung mereka ini bermula dari bawah. Belajar sedikit demi sedikit, lama-kelamaan bakat itu datang secara automatik.” ungkap Farah yang tidak menolak pernah dikecam netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by فاررا اليسا (@faralisamzmn) on

Tak Ambil Pusing Pasal Kecaman

Namun dia tidak mengambil pusing hal tersebut memandangkan  dirinya tidak bersalah. Tambah Farah lagi, dia mengambil pendekatan menutup laman sosial instagramnya jika berlaku sebarang kecaman kerana tidak mahu ia terus berlarutan.

“Memang bab viral atau kecaman akan diterima oleh seseorang terutama yang mempunyai ramai pengikut. Pasti ada sahaja yang tidak kena, sebagai contohnya kapsyen yang kita letakkan itu disalah tafsir oleh netizen terutama yang suka berfikiran negatif. Jadi saya memilih untuk deactived Instagram lebih kurang seminggu untuk bagi keadaan reda kembali.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by فاررا اليسا (@faralisamzmn) on

“Tidak timbul soal hilang follower kerana saya percaya rezeki ada di mana-mana sahaja asalkan kita berusaha. Walaupun pendapatan saya bergantung speenuhnya kepada kerjaya model dan duta selain menjadi instafamous dengan ‘paid review’.

“Memang agak terseksa sebenarnya namun demi memastikan persekitaran saya jauh dari benda-benda negatif, saya reda. Biasanya follower akan bertanyakan hal saya di laman instagram kakak atau kawan baik saya. Memang jadi ‘sesak’ instagram mereka ketika itu,” ujar gadis manis yang hatinya sudah dimiliki.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by فاررا اليسا (@faralisamzmn) on

Pada Mulanya Tak Dapat Sokongan Keluarga

Jujur mengakui ahli keluarganya tidak membenarkan dia terjebak di dalam bidang ini kerana mahukan dia meneruskan pengajian, namun hati dan jiwanya sudah ke arah bidang ini membuatkan dia nekad untuk meneruskan.

“Kalau diikutkan famili memang tidak izinkan, tetapi saya sudah terjebak dan nak tak nak saya terpaksa teruskan. Sementelah minat saya memang ke arah bidang ini. Justeru, saya kena buktikan kepada keluarga bahawa bidang ini juga boleh menjamin masa depan.

“Akhirnya apabila keluarga nampak apa yang saya lakukan ini ada manfaatnya dari segi memberi pendapatan, jadi mereka mulai faham dan menyokong,” ujar Farah lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by فاررا اليسا (@faralisamzmn) on

Tiada Idola Fesyen, Mahu Jadi Diri Sendiri

Biarpun tampak lemah lembut dan sopan, namun Farah jenis yang ‘sempoi’ dan suka fesyen rockers.

“Saya bukan jenis yang ‘ayu’ atau gaya yang ‘keperempuanan’, sebaliknya lebih suka gaya yang funky dan rock. Soal pemakaian tudung ini sebenarnya saya ‘dipaksa’ ketika umur 16 tahun. Ayah antara orang kuat dalam memberikan galakan.

“Namun, apabila kita mula berhijab, secara automatik kita jadi segan dan malu untuk buka tudung di hadapan orang ramai,”Jelas Farah yang tidak mempunyai idola dalam berhijab, sebaliknya dia mahu menjadi diri sendiri.

Foto: Tuan Azman

KREDIT FOTO: INSTAGRAM FARALISA

Tinggalkan Komen