Bagi semua yang mengikuti laman sosial selebriti popular iaitu Neelofa, anda pasti tahu bahawa kini dia sedang berada di Milan, Itali bagi menghadiri acara terhangat di sana buat masa kini iaitu Milan Fashion Week (MFW).
Tampil dengan pelbagai look yang outstanding, gaya Neelofa berpakaian suit putih paling mencuri tumpuan ramai apabila dia memilih untuk berhijab penuh bagi memadankan dengan busananya yang sememangnya sangat menawan itu.
Dengan suit yang sangat empowering, Neelofa bagai seorang ikon hijabi yang tidak takut pada apa jua cabaran yang mendatang.
Baru-baru ini telah tular mengenai isu seorang anak muda Malaysia menerima emel scam mengatakan dia dianugerahkan biasiswa pengajian ijazah sarjana muda daripada NASA.
Ramai rakyat Malaysia yang terkejut dengan perkhabaran itu kerana sebelum itu sudah ramai yang berbangga dan mengucapkan tahniah kepadanya kerana bukan senang untuk ditawakan sesuatu yang begitu besar daripada NASA.
Gayanya yang bersahaja sewaktu berceloteh dalam Video Dengan loghat utara mencuri perhatian ramai. Tapi aksi videonya Itu bukan sekadar omongan kosong sebaliknya dengan niat Mahu berkongsi ilmu kepada masyarakat, itulah Siti Hawa Mohd Nor, ataupun lebih dikenali sebagai Sitiawe.
Mempunyai pengikut melebihi 100,000 ribu di Instagram, ahli farmasi yang sedang bertugas di Pahang ini sering tular di media sosial. Videonya bersama ML Studios mendapat perhatian ramai tidak kiralah apabila dia berbicara mengenai isu kesihatan atau pun topik lain. Namun, dia juga tidak dapat lari dari dikecam malah ada juga yang mempersoalkan kredibilitinya sebagai ahli farmasi yang dikatakan tidak layak untuk memberi info kepada orang ramai seperti seorang doktor.
“Sebenarnya orang Malaysia ini tidak terdedah dengan fungsi pegawai kesihatan selain seorang doktor. Mereka fikir hanya doktor sahaja yang bertugas dalam bidang kesihatan. Farmasi juga antara cabang dalam bidang kesihatan yang bukan remeh.
“Realitinya, ramai yang berkelayakan untuk menjadi doktor tetapi memilih untuk menjadi ahli farmasi. Macam saya sendiri saya tidak suka darah, nanah dan saya tidak suka waktu kerja seorang doktor yang panjang. Saya mahukan kehidupan yang lebih relaks jadi itulah sebabnya saya memilih bidang ini.
“Setiap profesion ada cabaran dan pengorbanan yang tersendiri. Sebagai seorang ahli farmasi, saya mahu orang ramai sedar peranan ahli farmasi yang sebenarnya. Sebab apabila kita ke hadapan dan bercerita, kita sebenarnya membantu adik-adik sekolah untuk fikir kerjaya mereka nanti.
“Contohnya kerjaya biotech, tidak ramai orang tahu mengenainya kerana di Malaysia ianya tidak begitu membangun. Jadi, jika ada orang yang memberikan pendedahan, pelajar lepasan sekolah lebih senang untuk menentukan kerjaya pilihan mereka secara realistik dan bukan hanya apa yang sekadar didengari sahaja,”ujar gadis yang pernah melakukan terjunan udara ini.
Melihat kepetahannya berkata-kata, pasti ramai menyangkakan dia seorang yang peramah. Namun Sitiawe menafikan tanggapan tersebut.
“Saya sebenarnya seorang yang pendiam. Saya hanya banyak bercakap dengan keluarga dan teman-teman rapat sahaja dan bukanlah mulut ‘bertih jagung’ seperti yang dilihat di dalam video. Saya hanya cakap bila perlu sahaja . Ramai juga menyangkakan saya dari utara tapi sebenarnya saya memang lahir dan membesar di ibu kota, hanya ibu bapa saya yang berasal dari Kedah,”tambahnya lagi.
Ditanya adakah dia mengalami tekanan tatkala dikecam segelintir netizen, Sitiawe menjelaskan bahawa dia langsung tidak terjejas dengan perkara sebegitu.
“Sebenarnya dalam video itu hanya gimik sahaja yang menunjukkan saya stress jika orang merendahkan ahli farmasi sebab kita sendiri tahu nilai kita bagaimana. Kita hanya sekadar mahu memberi penjelasan kepada orang ramai. Sebenarnya, jumlah yang mengecam terlalu sedikit jika dibandingkan dengan mereka yang berminat dan ingin mengambil secara positif apa yang ingin saya sampaikan,’’ katanya yang gemar menonton drama Korea pada waktu lapang.
Kejayaan demi kejayaan yang dicapainya tidak datang bergolek. Sebaliknya, dia sudah melatih dirinya sejak dari dahulu lagi untuk sentiasa memberikan yang terbaik dalam setiap perkara yang dilakukannya.
“Sejak dari dahulu lagi prinsip saya ialah ‘belajar sampai muntah’. Itu bermakna kita harus buat sehabis baik dan good things will come. Kita buat yang terbaik dan kalau kita tidak dapat apa yang kita inginkan, kita pasti akan dapat balasan lain.
“Saya buat yang terbaik dan selebihnya perkara lain akan datang dengan senang. Contohnya, selepas tamat persekolahan dulu banyak tawaran penajaan pengajian tinggi yang saya terima. Jadi, kita hanya perlu berikan yang terbaik sahaja dalam setiap apa yang dilakukan,” katanya.
Industri fesyen dunia nampaknya semakin menerima kehadiran model bertudung sebagai wajah bagi memperagakan jenama mereka.
Ugbad Abdi, nama yang semakin meningkat naik dalam industri fesyen antarabangsa mula mencuri tumpuan semua disaat dia mula berjalan di minggu fesyen couture Paris.
Berasal dari Iowa, Ugbad sememangnya sudah bersedia untuk berjalan di pentas peragaan Pierpaolo Piccioli’s Valentina Spring 2019 dan tidak menyangka dapat bertemu, bertentang mata dengan idolanya iaitu Naomi Campbell.
Jelasnya, dia terlihat Naomi sewaktu dalam barisan ketika sesi latihan. Ini adalah kejutan terbesar buat dirinya kerana dia tidak pernah terfikir akan dapat peluang untuk menyertai acara sebegini sebaris dengan mereka yang terkemuka.
Walaupun sangat teruja, Ugbad yang dilahirkan di Somalia ini tetap mengekalkan sikap professionalnya di atas pentas peragaan dengan memberikan aksi yang hebat seperti seorang supermodel yang handal. Tidak try hard, faktor inilah yang menyebabkan dirinya diintai oleh jenama fesyen antarabangsa di seluruh dunia.
Tidak lama selepas itu, rezeki menyebelahinya apabila dia ditawarkan untuk terlibat dalam jenama pertunjukkan fesyen yang gah seperti Burberry, Fendi, Lanvin dan juga Simone Rocha. Penglibatannya ini menjadikan suatu permulaan yang kukuh buat kariernya yang baru bertapak dan semakin meningkat naik ini.
2. Dia dan keluarga melarikan diri dari Perang Sivil Somalia ke Kenya sewaktu usianya 9 tahun. Mereka menetap di kem pelarian selama 9 tahun sebelum ditempatkan di Iowa.
4. Baru sahaja berusia 18 tahun… Selepas tamat sahaja zaman persekolahan, dia terus terbang ke Paris selepas mendapat tawaran daripada Next Models Worldwide.
5.Sangat down to earth! Walaupun sudah berdiri sepentas dengan Naomi dan juga Hadid Sisters, Ugbad tetap mesra seperti biasa dan tidak pernah jemu melayan peminatnya!