Insomnia atau gangguan sukar untuk tidur pasti pernah dirasakan hampir setiap orang. Gangguan ini dapat dialami oleh siapapun dan disebabkan oleh pelbagai sebab. Bagi anda yang sering mengalami insomnia, anda harus segera atasi insomniamu.

Gangguan ini akan berlanjutan dan menggangu jadual kehidupan harian dan akan terjadi stres meningkat, fikiran kurang fokus, melemahkan sistem kekebalan tubuh, dan bahkan jika dibiarkan lama-kelamaan dapat mempengaruhi pada fungsi organ tubuh.

Tenang ya sis, ada banyak cara mudah yang boleh anda lakukan untuk atasi masalah insomniamu. Apa caranya? Jom, simak enam tips jitu berikut ini!

1. Senaman di pagi hari

Tangani Masalah Insomnia Dengan Tip Mudah Ini, No 6 Paling Berkesan.

Bersenam ternyata dapat mempengaruhi seberapa baik kualiti tidur anda. Namun, harus perhatikan waktu yang tepat untuk bersenam agar kualiti tidur malammu tidak terganggu. Pastikan untuk melakukan aktivitas bersenam 4-5 jam sebelum tidur sehingga dengan bersenam akan menghabiskan energi yang membantu anda merasa lebih penat dan bersedia untuk tidur di malam hari.

2. Pastikan tubuh rehat sebelum tidur

Tangani Masalah Insomnia Dengan Tip Mudah Ini, No 6 Paling Berkesan.

Banyak cara yang boleh anda lakukan agar tubuhmu rileks sebelum tidur seperti mandi dengan air hangat, minum teh/susu hangat, atau menyiapkan keadaan bilik dan tilam selesa mungkin. Pastikan juga anda sudah buang air kecil sebelum tidur supaya anda tidak berulang buang air kecil ketika anda mulai merasa mengantuk.

3. Stop main handphone ketika anda sudah di katil!

Tangani Masalah Insomnia Dengan Tip Mudah Ini, No 6 Paling Berkesan.

Buat anda yang mengalami insomnia, main handphone ketika sudah di atas katil dengan alasan agar lama-kelamaan anda boleh tertidur, hentikan ya kebiasaan itu. Cahaya terang dari layar handphone dapat menghentikan tubuh anda memproduksi melatonin. Melatonin ini adalah hormon yang penting untuk membuatmu tidur nyenyak dan secara alami diproduksi ketika hari makin lebih gelap.

4. Pastikan anda mematikan layar handphone, TV, dan laptop

Tangani Masalah Insomnia Dengan Tip Mudah Ini, No 6 Paling Berkesan.

Gelombang cahaya biru dan hijau dari layar handphone, laptop atau tablet, dan TV dapat muslihat otak yang membuat otakmu berfikir bahawa anda masih berada di siang hari sehingga mencegah pelepasan melatonin. Akibatnya tidak hanya membuat anda lebih sulit untuk tidur dan kualiti tidur semakin memburuk.

5. Lakukan teknik pernafasan struktur

Tangani Masalah Insomnia Dengan Tip Mudah Ini, No 6 Paling Berkesan.

Dalam dunia kesihatan holistik, menarik dan mengeluarkan nafas dipercayai dapat mempengaruhi kualiti tidur yang baik. Latihan pernafasan sebelum tidur ini bekerja sama pada pernafasan saat meditasi yang dapat menimbulkan rasa rehat dan tenang. Anda boleh melakukan teknik pernafasan dengan cara tarik nafas selama 4 saat, tahan selama 3 saat dan buang nafas selama 7 saat, kemudian lakukan berulang hingga tubuh anda terasa tenang.

6. Baca surah atau zikir yang membuat anda berfikir positif dan tenang

Amalkan membaca ayat-ayat al-quran dan zikir yang boleh menenangkan fikiran. Dengan membaca zikir dalam hati untuk diri sendiri dapat memusatkan difikiran. Segala zikir yang di baca sangat efektif untuk menenangkan diri saat meditasi sehingga sangat masuk akal bahawa surah-surah juga dapat efektif untuk membuat anda tenang dan tertidur.

Rileks, lepaskan semua beban fikiramu, dan istirehatlah. Anda berhak mendapatkan waktu tidur yang sempurna. Anda pasti boleh, semoga anda berhasil melawan insomniamu!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI