Sebuah lagi perkongsian tentang perjalanan menurunkan berat badan yang dapat memberikan inspirasi kepada semua mata yang membaca. Sungguh, penulisan artikel ini bukanlah sebuah bahan untuk mengatakan kurus itu cantik. Tetapi, ia merupakan sebuah bingkisan yang ingin mengajak anda semua berubah ke arah gaya hidup yang lebih sihat dan berkualiti.
Siti Syahira Abdul Halim atau lebih selesa dipanggil Syera, 30, tidak kekok menceritakan tentang perjalanannya dalam menurunkan berat badan. Berjaya menghilangkan berat sebanyak 13 kg selama 4 tahun, bukanlah sebuah proses yang mudah. Ia memerlukan semangat yang kental dan prinsip diri yang teguh untuk mencapai berat badan yang diimpikan. Eksklusif bersama Majalah Hijabista, Syera berkongsikan tentang kisah saiz badannya.
Misi saiz M
Pastinya setiap perubahan itu berlaku ada sebabnya. Sama juga dengan Syera yang merupakan seorang cikgu serta instruktor zumba, misi menurunkan berat badannya bermula apabila dia dan saudara-maranya berbual mengenai berat badan mereka.
Menurutnya, pada tahun 2016, ketika itu dia dan saudara-maranya yang lain membincangkan mengenai bentuk badan mereka yang bersaiz besar. Tidak selesa dengan saiz yang dimiliki ketika itu, mereka terus berazam untuk menjayakan ‘Misi Saiz M’. Akhirnya, Syera berjaya menurunkan berat badan sebanyak 13 kg!
Langkah pertama, senaman untuk kurus!
Bertanyakan mengenai senaman yang dilakukan saat mula-mula menurunkan berat badan, senaman zumba serta aerobik menjadi pilihan dirinya. Tidak berkeseorangan, dia ditemani oleh saudara rapatnya menghadiri kelas zumba dan aerobik di Kompleks Paralimpik, Ampang. Pun begitu, oleh kerana saat itu tubuh badannya besar, senaman zumba memberi sedikit masalah kerana pergerakan senaman yang laju. Tidak menjadikan itu sebagai noktah dalam misi mencapai saiz M, dia cuba beralih fokus kepada senaman aerobik selama sebulan. Selepas berjaya menurunkan sedikit berat badan, dia kembali mencuba melakukan senaman zumba sehinggalah dirinya jatuh hati pada senaman itu.
Langkah diatur, pada tahun 2017, dia mengambil sijil untuk menjadi seorang instruktor zumba. Sehingga hari ini, rasa cintanya pada dunia zumba tidak pernah padam dan menjadi salah satu motivasi bagi dirinya untuk kekal sihat, cergas dan aktif! Malah, untuk dirinya mendapat tubuh yang fit, Syera juga turut menyertai sesi ‘personal training’ secara berkumpulan di One More Step Gymnasium, Sri Serdang.
Ads
Dari 85 kg turun sehingga 72 kg!
Berbicara mengenai senaman yang dilakukan ketika mula-mula melakukan proses menurunkan berat badan, Syera melakukan senaman zumba sebagai salah sebuah senaman jenis kardio dalam rutin hariannya. Tambahan pula, sebagai instruktor zumba, jadual hariannya tidak pernah henti dengan zumba. Untuk menjadikan rutin senamannya lebih berkualiti, dia juga melakukan ‘weight training’ bersama pelatihnya selama 4 kali seminggu.
Kini, dia meletakkan misi yang baru untuk mencapai berat sebanyak 67 kg!
Memiliki ‘shape’ yang menarik, punca inspirasi diri..
Ads
Genggam bara biar sampai menjadi arang. Memulakan sesuatu itu haruslah dilakukan sehingga tamat dan disulami dengan usaha dan semangat yang kental, supaya kejayaan boleh diraih dan membuatkan kita tersenyum di akhir nanti.
Sama seperti Syera, sepanjang proses mencapai misinya, pastinya rasa culas, malas dan kurang bermotivasi hadir dalam diri. Namun, saat dia melihat semula gambar-gambar lama dan mula merasakan dirinya sudah sedikit berisi, menjadi salah satu faktor untuk kekal berdisiplin. Malah, kadang-kala, dia rasa tidak selesa ketika memakai baju. Itu juga salah satu petanda untuk dirinya bersemangat melakukan rutin hariannya yang sihat!
Sempat juga penulis bertanyakan tentang perkara yang membuatkan dia suka apabila berjaya mencapai misinya. Jawapannya;
“Dapat memakai pakaian tanpa risau tentang saiz. Selain itu, saya gembira apabila melihat bentuk badan yang sudah memiliki ‘shape’ yang menarik dan fit! Dari aspek dalaman pula, saya tidak mudah berasa penat seperti dahulu dan boleh melakukan kerja dalam tempoh yang lebih lama.”
“Jangan paksa diri untuk jadi kurus sehingga sakit..”
Ads
Menutupi ruang penulisan ini, Syera berpesan kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan supaya sentiasa kekal berdisiplin untuk meraih berat badan yang diimpikan.
“Kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan, tidak mengapa jika ada kalanya, anda kurang bermotivasi. Namun, carilah punca inspirasi untuk bangkit kembali dan terus kekal sihat dan fit. Fikirkan untuk jangka masa yang panjang. Sesungguhnya, senaman yang kita lakukan itu untuk memberi kebaikan hingga ke hari tua. Percaya ataupun tidak, saya selalu jadikan anak murid yang menyertai kelas zumba saya sebagai contoh. Ada diantara mereka yang sudahpun mencecah usia 50 tahun dan ada juga yang hampir 60 tahun. Namun, mereka masih kelihatan muda dan bertenaga! Ia juga antara salah satu motivasi saya untuk terus melakukan senaman. Apa yang penting, jangan terlampau memaksa diri untuk jadi kurus sehingga sakit. Ada baiknya anda luangkan masa untuk kaji dan fahami kehendak tubuh badan anda. Percayalah, ia mungkin sakit di permulaan saat ingin berubah, namun manis di hujungnya apabila kita berjaya mencapai apa yang diimpikan. Oleh itu, jangan pernah berputus asa!”
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sejak dua menjak ini, anda ada terhidu sesuatu yang agak mengganggu fokus anda, di mana-mana sahaja bau yang sama. Bila anda cari punca bau tersebut, anda tidak jumpa pula, jadi mana datangnya bau busuk itu?
Anda berkemungkinan mempunyai satu masalah kesihatan yang membuatkan anda terhidu bau busuk sahaja sepanjang hari dan ianya berterusan! Fenomena ini boleh di katakan sebagai phantosmia atau halusinasi bau.
Ada bau busuk sangat tapi orang lain tak bau?
Ya, anda sudah tentu akan rasa bingung apabila terdetik seketika di mana anda terhidu bau yang sangat busuk seakan-akan bau telur busuk, tetapi orang sekeliling anda tidak bau apa-apa pun. Jadi anda sudah curiga dan risau jika anda di ‘hantui’ sesuatu yang tidak di ingini.
Jangan khuatir dengan keadaan sebegini kerana ada suatu fenomena yang di panggil sebagai phantosmia atau halusinasi bau (olfaktori). Apakah fenomena phantosmia? Ia merupakan satu penyakit yang membuatkan anda mengesan bau tertentu meski pun tidak ada bau di sekitar anda. Oleh kerana itu, kebanyakan orang sering memanggil fenomena ini sebagai ‘bau hantu’.
Bau yang anda terhidu itu bukan sekadar bau busuk semata-mata, ada kalanya seseorang itu juga boleh terhidu bau yang wangi dan harum. Aroma yang anda terhidu itu akan ‘menghantui’ mungkin buat seketika waktu atau juga boleh juga hilang serta-merta.
Menurut hellosehat, bau yang muncul secara tiba-tiba dan hanya kita sahaja yang menghidunya tidak berlaku tanpa sebab. Fenomena ini yang di panggil sebagai phantosmia berpunca dari gangguan saraf di otak yang terjadi akibat kecederaan kepala atau terdapat jangkitan pada saluran pernafasan seperti selsema.
Selain daripada itu, ada juga terdapat beberapa kondisi kesihatan yang lain juga di alami seperti berikut:
Penghidap sinus
Polip hidung
Tumor di otak
EPilepsi
Depresi atau kemurungan
Menghidap penyakit Parkinson, dan yang seangkatannya.
Tetapi susah untuk kita yang menghadapi masalah ini untuk memastikan sama ada betul atau tidak kita mengalami fenomena phantosmia ini. Bahkan, ada juga keadaan di mana bau yang kita terhidu itu memang wujud di persekitaran kita. Jadi ia akan memberikan kesukaran buat anda untuk mengenalpasti punca masalah ini.
Kadang kala bau-bau yang agak aneh ini berasal dari beberapa benda yang boleh mengeluarkan bau busuk seperti:
Penghawa dingin di rumah anda yang sudah lama tidak di cuci, ia akan membuatkan udara yang di keluarkan berbau busuk
Tempat tidur
Ruang pengudaraan rumah atau persekitaran yang tidak bagus, di mana ia akan membuatkan bau-bau yang tercampur terperangkap
Deodoran atau apa-apa produk yang berbau baru, jadi hidung anda mengambil masa untuk menyesuaikan dengan bau baru
Misalnya, anda ingin memastikan bau tersebut sebetul-betulnya bau yang tidak di hidu oleh orang lain tetapi cuma anda sahaja, anda perlu lakukan suatu catatan sendiri atau apa-apa note yang boleh anda nilai di kemudian hari. Jika bau itu sering tercium sewaktu malam hari, ia berkemungkinan terjadi akibat persekitaran anda.
Adakah terdapat solusi untuk mengubati halusinasi bau ini?
Sebenarnya, phantosmia atau halusinasi bau ini tidak di klasifikasikan sebagai satu penyakit yang teruk mahupun serius, ianya boleh hilang dengan sendiri mengikut masa, ada kalanya mengambil masa beberapa minggu atau bulan. Namun, jika ia boleh menganggu aktiviti seharian anda dan membuatkan anda tidak selesa, kami syorkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan.
Apa yang anda akan lakukan ketika berjumpa dengan doktor? Kebiasaannya doktor akan meminta anda untuk mencuci bahagian dalam hidung anda dengan air larutan saline (air garam). Cara ini di gunakan sebagai fungsi mencuci dan menghilangkan sumbatan yang berlaku pada hidung anda juga mengurangkan kondisi kesihatan yang berlaku.
Ada sesetengah perkara berlaku di mana, pesakit yang menghidap kondisi kesihatan ini masih lagi dalam keadaan yang sama, doktor akan memberikan beberapa ubat untuk di ambil, salah satunya adalah:
Anestesia, bagi membunuh sel saraf dalam hidung
Ubat yang berfungsi untuk menyempitkan saluran darah di dalam hidung
Krim hidung yang mengandungi steroid atau juga berbentuk semburan
Apa yang anda perlu tahu, keadaan kondisi kesihatan phantosmia ini akan di berikan rawatan mengikut keadaan pesakit serta puncanya. Sekiranya keadaan ini terganggu akibat gangguan saraf otak di akibatkan oleh epilepsi, doktor akan melakukan pembedahan dengan kadar yang cepat untuk merawat pesakit tersebut. Pastikan anda peka akan kesihatan tubuh badan dan pelihara sementara masih di berikan rezeki ini.
Selepas mencetus kontroversi menjadi salah seorang model yang masuk pertandingan ratu cantik di Minnesota itu, nampaknya aura Halima Aden tetap menyerlah.
Selepas menyertai pertandingan Ratu Cantik itu, dia tidak terus menoleh ke belakang, sebaliknya terus menerus mencipta nama kariernya sebagai seorang model Muslimah yang berjaya dan di disegani ramai.
Tampil dengan gaya berhijab, ternyata penampilan Halima cukup disenangi ramai. Boleh dikatakan dia antara model antarabangsa Muslimah yang paling berjaya setakat ini.
Bijak mengembangkan kariernya untuk terus mengukuhkan nama dalam bidang modeling. Matlamatnya hanya satu mahu gadis berhijab juga tetap dipandang tinggi oleh masyarakat di negara barat.
Sejajar dengan kerja kerasnya itu, dia yang kini bernaung di bawah pengurusan IMG Model Mew York wajahnya kini telah menghiasi majalah CR Fashion Book, Allure, Vogue Arabia dan juga turut membuat penampilan di New York Fashin Week serta Milan Fashion Week.
Baru-baru ini, dalam laman instagramnya yang menggunakan nama @kinglimaa mempunyai pengikut 267K, Halima Aden memuat naik satu posting di mana dia telah dijemput menjadi Guest Speaker di Florida sempena Grand Opening Masjid Al-Havy.
Halima menyatakan dirinya begitu teruja kerana diberi penghormatan untuk sama-sama meraikan pembukaan masjid berkenaan dan turut mengucapkan tahniah kepada team yang bekerja keras untuk melakukan itu semua.
Penampilan Haleema pada hari berkenaan cukup sopan dan menarik sekali dengan menggayakan dres hitam yang begitu padan sekali dengan susuk tubuhnya yang tinggi lampai. Nampaknya dia antara model Muslim pertama yang dijemput untuk sama-sama ke majlis pembukaan rumah Allah itu.
Malah netizen juga turut terpegun dengan kecantikan Halima dan melontarkan pujian kepadanya.
Hijabista ucapkan semoga Halima terus sukses dalam kerjayanya sebagai modeling dan terus membuka mata dunia dengan auranya yang cukup mempesona.
Memakai hijab itu sendiri wajib di dalam Islam tetapi tidak semestinya anda tidak boleh bergaya. Trend terkini ramai yang memakai subang tetapi sukar nak jumpa aksesori yang boleh bantu anda menutup aurat dengan sempurna. Jangan risau! ‘Pinrings’ kan ada sekarang. Cantik dan comel pula tu. Jadi, apa ‘pinrings’ ni? Jom kenali gadis kreatif ini!
Gadis berumur 24 tahun ini merupakan usahawan yang membuat subang yang direka khas buat mereka yang memakai hijab. Diberi nama Fatini Zamri membuat rekaan ‘pinrings’ di atas nama jenama ‘LushPins’. koleksi ‘Pinrings’ yang dikeluarkan ini sangat sesuai untuk wanita berhijab yang ingin bergaya dan bersederhana. Menariknya, ‘pinrings’ yang dihasilkan sama seperti subang tetapi dalam bentuk pin. Anda boleh pin sahaja di tudung dan tak perlu susah-susah nak nampak telinga ke leher.
Menurut Fatini, setelah tamat diploma, dia mengambil tempoh setahun dari belajar untuk mengenal pasti apa yang dia ingin lakukan. Dia berasa sedih apabila mendapati dia tidak dapat mencapai skor kolej MARA yang boleh menyambungkan dirinya belajar ke luar negara. Kata Fatini pada pemberita laman sesawang SAYS apabila ditanya kenapa dia ingin memulakan perniagaan sendiri.
Selain itu, Fatini turut mengatakan bahawa dia ingin memakai aksesori yang dibuat itu pada majlis graduasinya. Malah, Fatini juga pernah mempunyai koleksi barang aksesori seperti pin tudung yang berkilau dan kini Fatini mempuyai perniagaan dia membuat ‘Pinrings’.
Fatini turut rasa gembira apabila perniagaannya diterima dan disokong oleh keluarga dan rakannya. Malah, sokongan yang tidak putus. Dia bersyukur dikelilingi dengan orang yang banyak membantu dirinya. Fatini juga turut meluahkan rasa susah yang dialami apabila memulakan perniagaan sendiri oleh kerana dirinya. Menurut Fatini, walaupun Lushpins kini berkembang dengan jayanya tetapi dia bersyukur dengan segala usaha dia dapat memperkenalkan Lushpins di khalayak ramai.
Selain itu, Fatini juga mengatakan dirinya menghadapi kesukaran juga membuat perniagaan ini oleh kerana kesusahan untuk melayan pelanggan yang membeli ‘Lushpins’ dengan banyak kerenah. Terutama sekali pembeli dari media sosial dan memerlukan permerhatian yang sangat teliti untuk tidak kehilangan pembeli.
Menurut Fatini, hijabi di luar sana tidak perlu menunjukkan kulit anda pun, anda hanya perlu pinkan ‘pinrings’ di tudung anda. Sangat selesa, sesuai untuk pelbagai gaya, tak bergerak-gerak dan sangat cantik! Kelebihan ‘pinrings’ ini adalah dia tidak akan menarik atau menyakitkan seperti mana subang yang biasa kita pakai apabila tertarik atau tersangkut.
Fatini mendapat banyak sambutan daripada pengikutnya. Terutama sekali buat mereka yang suka bergaya dan ingin kekal cantik berhijab. Melalui temuduga bersama SAYS, Fatini berpendapat bahawa dia sangat mengambil perhatian pada trend yang berlaku setiap hari supaya dia dapat bantu wanita berhijab diluar sana untuk memberanikan diri bergaya menggunakan aksesori.
“Saya menggunakan pelbagai rekabentuk seperti bentuk minimalis permata, bentuk pom pom warna warni, fun tassels dan bentuk geometri elektik untuk koleksi ‘pinrings’ saya.” Kata Fatini.
Harapannya untuk masa hadapan adalah agar ‘Lushpins’ berjaya lebih berkembang dalam masa 5 tahun. Fatini juga berharap untuk dia sentiasa menambahbaik kualiti produknya. Selain itu, dia juga berharap agar dapat membuka pejabat buat Lushpins dan berkembang dengan lebih berjaya. Semoga kreativiti Fatini akan terus berkembang dan dia akan terus berjaya di dalam perniagaannya.
Pakaian Muslimah itu adalah pakaian yang ringkas dan tidak terlalu berlebihan serta banyak perhiasan.Paling penting mengikut syariat. Berikut tujuh gaya sempurna hijabi yang sederhana...