Pasti ramai di antara kita yang mahukan sayur-sayuran atau barang dapur yang dibeli tahan lama dan tidak mudah rosak terutama di waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Bertindaklah dengan bijak sis! Ikutilah saranan yang dikongsikan oleh @anasulianna di twitter ini. Pastinya berguna untuk anda semua.
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia atas kesudian menerima kehadiran Seri Paduka berdua dan sokongan yang diberikan sepanjang tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Menerusi hantaran dalam Facebook Istana Negara, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menzahirkan penghargaan dan rasa terharu atas sokongan serta kasih rakyat kepada baginda berdua.
“Sesungguhnya, ia menjadi sumber kekuatan dan dorongan kepada Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai Ketua Utama Negara sejak 31 Januari 2019.
“Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan rasa syukur kerana amanah dan tanggungjawab yang digalas, dilaksanakan dengan sepenuh kudrat keupayaan dan keikhlasan hati baginda.”
Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong bertitah, baginda berdua menamatkan tempoh pemerintahan dengan perasaan yang sedih kerana perpisahan ini, namun dengan perasaan gembira kerana berangkat pulang untuk bersemayam di Pahang Darul Makmur bersama dengan rakyat.
Seri Paduka turut menyeru kepada rakyat agar menjaga perpaduan dan semangat hidup bermasyarakat serta kehamonian yang dinikmati di negara ini dengan sepenuh hati.
Al-Sultan Abdullah turut mengajak rakyat untuk bersama baginda berdua mendoakan agar rakyat serta negara dilimpahi keberkatan, kesejahteraan, kemakmuran dan dilindungi daripada sebarang bencana dan musibah, serta dikurniakan keafiatan, perpaduan dan keharmonian yang berpanjangan.
Sumber: Bernama
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Dapat bersemuka dengan matanya sendiri, Farid Kamil akui keterujaan melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim secara depan-depan. Dia pula sangat berbesar hati untuk melakonkan watak DSAI dalam sebuah filem biopik yang bakal diterbitkan sebuah syarikat produksi Indonesia, Bianglala Entertainment.
Meskipun pertemuannya dengan DSAI hanyalah buat sementara waktu, namun banyak yang dapat dia pelajari darinya. Dia juga akui penderitaan yang dialami oleh beliau juga memberi kesan buat dirinya.
Pelakon Farid Kamil Zahari atau nama singkatnya Farid Kamil menjelaskan pertemuannya bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebanyak dua kali. Itu memberikan peluang keemasan buat dirinya mengenali tokoh politik disegani itu dengan lebih dekat.
Di temu bual bersama Harian Metro, Farid Kamil aku perjumpaan selama dua jam itu seangat bermakna sewaktu makan malam. Tempoh yang singkat itu juga tidak cukup untuk dia kenali figura politik yang terkenal itu.
“Beliau seorang bekas Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang pernah dianiaya suatu ketika dahulu. Pada pertemuan pertama, kami hanya sempat berjumpa selama dua jam dalam satu makan malam,
“Tempoh itu begitu singkat untuk saya mengenali figura yang cukup hebat ini. Jadi, saya pun meminta untuk bertemu sekali lagi dengan beliau sebelum terbang ke Jakarta tempoh hari,
“Selepas saya kaji, apa yang berlaku kepadanya, saya minta beliau tolong saya sebab nak tengok kesan-kesan (fizikal) yang berlaku kepadanya. Mengikut laporan perubatan, beliau ditumbuk dan dilukai tubuh badannya dengan tujuh pukulan,
“Saya minta beliau buka cermin mata nak tengok kesan tumbukan terbabit. Saya minta beliau angkat kening dan ternyata kesan itu masih lagi berbekas,” katanya.
Mengenangkan penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu di penjara menguatkan lagi semangatnya untuk lebih tekad membintangi watak itu sehabis baik.
“Apa yang berlaku terhadapnya membuatkan saya bersemangat untuk menzahirkan watak Anwar Ibrahim sekali gus mengimbas kembali penderitaannya pada 1998 demi semangat reformasi,
“Saya mula tahu mengenai beliau ketika tahun 1998. Ketika itu, timbul satu persoalan dalam benak pemikiran, kenapa tiba-tiba mata dia lebam?
“Jadi, soalan itu bermain di fikiran saya sejak 1998. Malah ketika baca skrip, saya melihat realiti di sebalik gambar berkenaan membuatkan saya fikir, tanggungjawab menjayakan watak dalam filem Anwar ini perlu diterjemahkan dengan sebaik mungkin,
“Apa yang berlaku kepadanya, berlaku juga kepada saya.”katanya yang menjalani penggambaran filem biopik Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sekitar Oktober lalu.
Filem itu juga turut dibintangi oleh barisan pelakon daripada Indonesia iaitu Acha Septriasa, Hasnul Rahmat, Firdaus Mat Joni, Piet Pagau, dan Dewi Irawan. Bakal di tayangkan pada penonton awal tahun depan.
Sumber: Harian Metro
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pernah tak anda rasa sukar untuk menelan air liur dan rasa sakit sekitar dalam tekak anda? Ada yang sampai demam dan luka di kawasan tekak mereka. Jika pernah, ini bermakna anda sudah terkena jangkitan tonsil atau radang tonsil. Jangan ambil mudah kerana ia boleh membawa maut dan perit sungguh rasanya!
Jadi apa itu tonsil? Rupanya ada juga yang tidak tahu dan hanya memikirkan ianya sakit tekak biasa sahaja. Bukan. Tonsil ini terletak di belakang lidah kita. Ia berfungsi untuk melawan jangkitan yang akan masuk ke dalam mulut anda. Jika anda mengalami keradangan ia disebut sebagai tonsilitis. Rasa diguris-guris tekak apabila kena tonsilitis. Kadang-kadang sakit tu sampai rasa nak menangis. Kerana terlampau sakit dan sukar untuk menelan air liur anda. Perit tonsilitis ini sakit sehingga boleh menyebabkan anda tidak mampu untuk melakukan aktiviti harian.
Virus merupakan punca utama tonsilitis berlaku. Banyak jenis virus yang boleh menyebabkan anda terkena tonsilitis ini, antaranya adalah:
15 peratus daripada tonsilitis adalah disebabkan oleh bakteria. Bakteria yang kerap terlibat pada tonsilitis ini adalah bakteria streptokokus kumpulan A!
Fungus dan parasit boleh menyebabkan tonsilitis tetapi ianya sangat jarang berlaku. Ini selalu terjadi kepada mereka yang mempunyai sistem imun badan yang rendah.
Tidak kira wanita atau lelaki kalau anda merokok anda akan berisiko untuk mendapat tonsilitis secara kerap. Merokok sendiri akan mengurangkan air liur anda, jadi ia akan mengurangkan imuniti yang akan dibawa oleh air liur anda. Pada masa yang sama, ia akan menjejaskan keseimbangan bakteria (tidak kira bakteria baik atau jahat) di dalam mulut anda. Jadi keadaan ini akan menyebabkan tonsilitis berlaku dengan lebih kerap.
Walaupun tonsilitis merupakan satu masalah kesihatan yang bersifat jangka masa pendek sahaja tetapi jangan ambil mudah ya. Simptom yang paling popular adalah apabila anda lihat tonsil anda pada cermin dan membuka lampu suluh anda akan melihat tonsil anda akan kelihatan merah cerah bersama bintik putih serta garis nanah yang menyebabkan kesakitan.
Tonsilitis boleh menyebabkan maut tetapi anda boleh elak dari berlaku. Walaupun jumlah maut itu tidak ramai tetapi jangan ambil mudah. Dapatkan rawatan lanjut dari doktor untuk anda merawatnya. Jangan tunggu sudah teruk berjumpa dengan doktor.
Jika tonsilitis anda bukan dalam keadaan teruk, pengambilan antibiotik boleh membunuh bakteria atau virus yang akan menyebabkan jangkitan. Jika dalam keadaan teruk, pembedahan untuk membuang tonsil perlu dilakukan untuk mencegah penyebaran jangkitan lebih teruk. Akhir kata, jangan lupa untuk berjumpa doktor anda. Sekiranya anda mengalami simptom-simptom yang telah disenaraikan di atas. Masih belum terlambat.
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.