Pemimpin muda berjiwa rakyat, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilihat sering menyantuni ibunya, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz dan dianggap antara anak yang paling rapat.
Terserlah ciri-ciri ‘anak ibu’ dalam diri Presiden Parti Ikatan Demokratik Rakyat Malaysia (Muda) yang juga Ahli Parlimen Muar ini.
“Ibu tetap menjadi sumber kekuatan keluarga kami. Saya masih ingat semasa negara dilanda kegawatan ekonomi, ayah tiada kerja. Tetapi ibu tidak pernah mengeluh.
“Ibu berusaha mencari jalan untuk memulihkan semula keluarga ke posisi yang lebih baik. Ibu seorang yang tidak mudah mengalah, tidak mudah untuk kibarkan bendera putih walau apa pun rintangan.”
Ads
PENGORBANAN IBU
“Kalau nak diceritakan satu persatu pengorbanan ibu memang agak panjang tetapi saya tidak akan lupa apabila saya melalui pelbagai cabaran, ibu sentiasa berada di sisi.
“Beliaulah superwoman. Kalau cakap budaya berkhidmat itu memang sudah tersemat di hatinya kerana beliau dah mengajar lebih 30 tahun sampailah saat bersara.
Ads
“Kalau ada anak-anak muridnya yang datang dari keluarga susah, ibu akan usahakan untuk ajar tuisyen secara percuma kepada mereka pada setiap minggu. Kesimpulannya, ibu akan sentiasa mencari jalan untuk berkhidmat.”
Sebut sahaja nama Amy Mastura auto terbayang raut wajahnya yang awet muda. Usia dah mencecah 50-an pun tetap tak nampak tua. Yang penting, senyuman tak pernah lekang daripada bibir.
Itulah Amy Mastura, artis legend tanahair yang bebas kontroversi dan terkenal dengan sikapnya yang kelakar.
Baru-baru ini, penampilan ibu kepada kepada dua anak perempuan ini menjadi perhatian lensa ketika menjadi menghadiri acara berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL38).
Tampil anggun dengan dress polos rona hitam lengkap dengan perincian organza dari rona senada ilham pereka fesyen terkenal Wan&Mary. Ia telah menyerlahkan sisi jelita dan awet muda pemilik nama penuh Amy Mastura Suhaimi ini.
Tudung bawal polos rona hitam melengkapkan gaya Amy Mastura yang gorgeous itu. Begitu juga dengan solekan, wajah awet mudanya itu tambah berseri dengan sentuhan hebat jurusolek profesional Ezal Ezlizan.
Kesimpulannya Amy Mastura kelihatan sangat gorgeous and stunning pada malam tersebut. Ada kelasnya yang tersendiri.
Amy Mastura turut memuat naik satu video pendek di Instagram peribadinya ketika menghadiri AJL38 yang berlangsung pada 3 Mac lalu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para pengikut dan rakan-rakan artis memuji kecantikan dan penampilan Amy Mastura.
“Tengok di TV semalam macam dia artis terpaling cantik.”
“Fuhh macam 20an la kak.”
“Kak Amy u look so gorgeous and exclusive. Muka sentiasa senyum even coming as a guest.”
“Kak Amy memang tak dimamah usia ke? Dari saya kecik sampai besar sama je cantik mudanya.”
“Cantik sangat. Cute betul… tak puas tengok.”
Ada juga yang mengimbau era kegemilangan Amy Mastura serta menjadikannya sebagai penyanyi idola.
“Love kak Amy my singing idol always!”
“First time jumpa kak amy time umur aku 17 tahun. Now dah 39 tahun umur aku tapi kenapa muka kak amy tak pernah berubah??? Semakin cantik pulak tu! Terpaling awet muda!”
“Kalau zaman ni dapat diputar kembali..Nak jer balik zaman dulu-dulu, walaupun kecanggihan teknologi tak setaraf pada hari ini, tapi kehidupan lebih aman damai…. Zaman-zaman kaset, majalah dan paling ditunggu-tungg time Hari raya… Mesti artis-artis seangkatan Kak Amy menjdi cover depan majalah.”
Untuk info, Amy Mastura dan suaminya, Alvin Tham Suffian mendirikan rumahtangga pada tahun 2000.
Mereka dikurniakan dua puteri, Adriana (23) dan Adalia (20). Semoga Amy Mastura sekeluarga kekal bahagia selamanya.
Kredit Foto: Instagram Amy Mastura
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Atlet bola tampar dari Indonesia, Megawati Hangestri Pertiwi menjadi atlet Muslim pertama dalam Liga Bola Tampar Korea selepas menyertai KGC Volley.
Ternyata menjadi minoriti bukan halangan untuk pemain bola tampar kebangsaan Indonesia ini untuk menyesuaikan diri.
Memetik perkongsian daripada laman sesawang Joong Ang, Megawati sedang menikmati pra musimnya bersama kelab Korea Selatan itu.
Bagi Megawati, tiada sebarang masalah yang timbul biarpun dirinya berhijab termasuk untuk solat dan mencari makanan halal di negara tersebut.
Kenali Megawati Hangestri Pertiwi: –
Bawa Tudung Khas Untuk Perlawanan
Megawati bukan sahaja atlet Muslim pertama bahkan juga atlet berhijab pertama dalam liga bola tampar Korea Selatan.
Sehingga kini, tidak pernah terlintas di fikiran Megawati untuk menanggalkan tudungnya. Dia turut membawa beberapa jenis tudung termasuk untuk dipakai ketika perlawanan.
“Tudung untuk perlawanan saya sediakan yang berwarna hitam. Untuk traveling saya pilih warna yang lebih menyerlah. Saya turut membawa tudung khas untuk dipakai di rumah. Total semua 16 tudung.
“Hingga ke saat ini tak pernah terlintas di fikiran saya untuk menanggalkan tudung,” kata Megawati.
Megawati mengakui bertuah kerana kelab tersebut mengambil pelajar Jabatan Bahasa Indonesia dari Universiti Hankuk, Kim Yoon-sol untuk membantu Megawati berkomunikasi.
Tiada Masalah Mencari Makanan Halal
Sebagai seorang Muslim, Megawati cukup teliti dalam soal makanan terutama ketika berada di negara asing.
Dia mengakui tidak sukar untuk mencari restoran halal di Korea Selatan. Bersama rakan sepasukannya, Yeon Hye-son, mereka bersama-sama pergi ke kafe dan restoran.
“Disebabkan terdapat banyak makanan Korea di Indonesia, saya tidak menghadapi masalah dengan makanan di sini. Saya juga tidak mempunyai masalah dengan makanan pedas,” kata Megawati.
Sering Berdoa Untuk Menang
Megawati turut mengimbau bagaimana ketika pasukan negaranya beraksi di Sukan Asia 2018, dia masih meluangkan masa untuk berdoa di tengah-tengah perlawanan.
“Semasa Sukan Asia di Indonesia, saya sempat berdoa antara perlawanan. Saya boleh melakukannya sebelum dan selepas,” kata Megawati.
Dengan kecemerlangan pencapaiannya, Megawati menggalas tanggungjawab dan harapan yang tinggi.
“Saya mahu membuktikan bahawa saya mempunyai kualiti. Saya juga mahu maju bersama rakan sepasukan dan menggenggam kejuaraan,” kata Megawati.
Kredit Foto: Instagram Megawati Hangestri Pertiwi
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wabak coronavirus yang melanda sering dikaitkan dengan masalah pernafasan. Mana tidaknya, simptom yang diuar-uarkan seperti batuk dan sesak nafas memang tertumpu kepada masalah organ paru-paru. Itu merupakan kaedah utama penyebaran virus novel korona.
Di saat orang ramai sibuk menutup mulut, mencari dan mengguna pakai topeng bagi melindungi diri dari dijangkiti, kajian terbaharu telah mengesahkan bahawa wabak coronavirus baharu boleh tersebar melalui laluan fecal-oral.
Walaupun cara penyebaran melalui sisa perkumuhan ini merupakan maklumat baharu yang telah disahkan oleh kajian sains, tapi saintis tidak terkejut. Ini berikutan virus novel korona (COVID-19) ini sering dikaitkan dengan virus korona sindrom pernafasan akut teruk (SARS-CoV).
Persamaan di antara kedua-dua virus ini dipersetujui oleh kebanyakan ahli akademik sehinggakan ia pernah digelar sebagai SARS-CoV-2.
Suatu ketika dahulu, kajian menunjukkan bahawa SARS-CoV boleh tersebar melalui sisa air kencing pesakit. Sampel virus tersebut juga jelas terzahir pada sampel najis menunjukkan SARS-CoV bukan hanya tersebar melalui batuk atau bersin.
Perkara ini, walaupun tidak mempunyai implikasi yang agak dahsyat kepada orang awam, tapi boleh membahayakan golongan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam merawat pesakit. Tanpa memakai alat perlindungan diri, mereka mudah untuk dijangkiti oleh sampel sisa perkumuhan pesakit walaupun ia jarang berlaku.
10 peratus daripada jumlah pesakit yang disoal selidik di Hospital Wuhan (14 daripada 138 orang pesakit) mengalami simptom gastrousus seperti cirit-birit, loya dan muntah sebelum menunjukkan simptom pernafasan.
Tanpa mengetahui tentang peranan virus novel korona terhadap sistem gastrousus, simptom sebegitu pastinya dirawat sebagai masalah keracunan makanan walhal daripada sejarah pesakit, ia jelas menunjukkan risiko jangkitan wabak coronavirus.
Pesakit pertama yang didiagnosis di Amerika Syarikat turut mengalami simptom cirit-birit, 2 hari sebelum demam dan sesak nafas berlaku. Ia bukanlah simptom utama namun wajar diambil kira.
Mereka yang mengalami cirit-birit dan mempunyai hubungan secara langsung dengan mereka yang positif wabak coronavirus atau baru pulang dari Wuhan perlu disiasat dengan lebih lanjut.
Kajian soal selidik di China tersebut menunjukkan cara penyebaran terbaharu virus novel korona, namun cara utama masih melalui titisan udara.
Mereka yang mengalami simptom selesema perlu memakai topeng muka bagi mengelakkan virus tersebut daripada tersebar.
Topeng tersebut hanya betul-betul berkesan bagi menghindarkan penyebaran virus. Ia tidak berapa berkesan dalam menghindarkan anda daripada dijangkiti virus. Jadi, bagaimana cara untuk anda melindungi diri daripada dijangkiti oleh wabak coronavirus?
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyarankan amalan cuci tangan dengan menggunakan sabun dan air. Ia ternyata berkesan dalam membasmi virus novel korona tersebut melalui pelbagai kajian. Pernah juga tular di Facebook berkenaan dengan eksperimen ringkas menunjukkan perbezaan di antara penggunaan air dan sabun serta hand sanitizer terhadap penjagaan roti daripada kulat.
Air dan sabun bukan sahaja berupaya untuk membasmi majoriti mikroorganisma, tapi ia juga boleh digunakan pada tangan yang kotor. Hand sanitizer cuma boleh digunakan pada situasi di mana tidak terdapat air dan sabun.
Kepekatan alkoholnya mestilah berada pada paras 60% dan ke atas, jika tangan anda kotor, basuh tangan anda menggunakan air terlebih dahulu. Melalui langkah pencegahan ini, wabak coronavirus baharu boleh dikawal dengan baik.
Individu yang kerap bersin dan batuk juga perlu mengamalkan teknik/ etika yang betul. Bagi virus yang disebarkan melalui titisan udara, berdiri pada jarak 2 meter daripada individu lain mampu menghindarkan penyebaran virus.
Tutup mulut anda menggunakan tisu dan buang tisu tersebut selepas digunakan.
Walaupun kajian yang dijalankan di Jerman menunjukkan bahawa virus korona novel boleh hidup di luar badan manusia dalam tempoh 9 hari, namun ia berbeza mengikut permukaan objek.
Kajian tersebut menggunakan tombol pintu dan barangan lain namun tidak mengambil kira sampel najis yang mempunyai kadar lembapan yang agak tinggi. Semakin tinggi kadar lembapan, semakin panjanglah jangka hayat virus tersebut di dalam sampel yang tercemar.
Buangan sisa klinikal selepas melakukan ujian makmal atau kajian perlu dilakukan dengan betul. Jika tidak, mereka yang menguruskan sisa klinikal tersebut berisiko untuk mendapat wabak coronavirus baharu kelak.
Masih tiada lagi maklumat lengkap berkenaan dengan jangka hayat COVID-19 di luar badan. Virus SARS-CoV hanya boleh bertahan selama 24 jam di luar badan manusia, namun pada sampel najis, jangka hayatnya meningkat 4 kali ganda kepada 4 hari.
Jika virus novel korona mempunyai sifat yang sama, ini bermakna, ia berupaya untuk terus menjangkiti individu lain dalam tempoh masa melebihi sebulan.
Penyebaran melalui najis merupakan cabaran baharu dalam membendung wabak coronavirus yang melanda terutamanya di kawasan hospital.
Maklumat berkenaan dengan cara penyebaran baharu virus ini menunjukkan bahawa kita perlu memberikan tumpuan kepada simptom gastrousus juga. Walau bagaimanapun simptom pernafasan seperti batuk dan sesak nafas tetap menjadi gejala utama dalam mendiagnosis pesakit.
Jika seseorang itu mengalami muntah, loya dan cirit-birit, nasihatkan mereka untuk berjumpa dengan doktor. Perkara ini terutamanya jika mereka pernah berhubung dengan pesakit wabak coronavirus.