Di zaman penuh kemudahan ini semuanya hanya perlukan duit. Memandangkan anda sudah perabis duit untuk persediaan raya, cuba jimat duit dengan mengelak dari menghantar baju raya ke dobi untuk digosok.
Hijabista berikan anda sedikit know-hows dalam mengendalikan proses menggosok agar baju raya anda tidak berlubang. Elak mode raya spoil, Pastikan tiru langkah ini supaya baju letop raya anda tidak berlubang tatkala ironing.
1. Pastikan baju sudah bersih/dibasuh
Ini penting kerana jika ada kotoran atau kesan kapur, ia mungkin akan menjadi ‘corak’ tambahan apabila diseterika.
2. Lapik baju raya anda dengan kain lain
Sebaiknya guna kain batik atau pelekat apabila menggosok baju dari fabrik yang delicate seperti chiffon silk, sutera, satin silk untuk mengelakkan kerosakan parmenant.
Ads
3. Jangan sesekali menggosok atas butang
Gunakan muncung tirus seterika apabila menggosok di sekitar butang.
4. Gantikan papan gosok yang rosak
Ads
Jika tiada masa untuk ganti yang baru, pastikan anda lapik papan gosok dengan kain tebal untuk mengelak baju anda imprint papan gosok.
5. Berpada dengan spray starch (spray kanji)
Jangan spray terlalu banyak! Ia akan menyebabkan baju anda lebih cepat kedut dan keras kejung.
Ads
6. Sentiasa gerakkan seterika
Pastikan anda sentiasa gerakkan seterika every few second untuk elak baju anda terbakar.
7. Bekas spray is a must
Sebaiknya isikan dengan air paip. Namun jika anda mahukan sedikit bauan, tambah sedikit pelembut fabrik kegemaran anda.
Jika anda was-was dam risau baju raya rosak, hantar sahaja ke dobi. Ia mungkin akan memakan sedikit belanja tetapi sekurang-kurangnya anda tidak perlu bimbang. Selamat Hari Raya Aidilfitri!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pernah melalui detik mencemaskan sewaktu membuat liputan berita, bekas penyampai berita Buletin Utama yang kini merupakan seorang penyampai radio, Izwan Azir Saleh berkongsikan kisah mendebarkan apabila beliau pernah diacukan senjata oleh tentera Israel ketika sedang menjalankan tugas di sana.
Biarpun sudah 10 tahun berlalu, memori itu masih segar dalam ingatannya. Walaupun berasa sangat takut, beliau tetap komited dengan tugasnya sebagai wartawan agar dapat menyampaikan berita dan maklumat dengan sebaiknya kepada penonton.
‘Kau nak mati ke Izwan?!’ Tempik seorang pegawai tentera kepada saya yang terpinga².
Saya tidak akan lupa situasi cemas ketika konvoi TV3 yang membuat tinjauan Pasukan Pengaman Tentera Malaysia bersama PBB pada 2009, sedang menyusuri sempadan Lubnan-Israel, tiba² mengundang ‘minat’ Tentera Yahudi yang ‘mengejar’ kami kononnya setelah melihat lensa kamera saya diarahkan ke wilayah mereka.
Mahu tak cemas, apabila senjata mereka turut diarahkan ke kenderaan kami! (Walaupun terpampang jelas paparan huruf UN – United Nation pada kenderaan)
‘Tuan, saya bukan tiap² hari boleh nampak Israel, tuan lain la, tuan duduk sini’ saya menjawab selamba. Saya akui, memang saya leka mengambil gambar sempadan itu. ‘Lagipun sebagai wartawan, memang tugas saya untuk ambil gambar’, saya cuba mempertahankan diri.
Tindakan saya itu bagaimanapun ditegur pasukan tentera yang tidak mahu aspek keselamatan dikompromi dengan apa alasan sekalipun ketika melepasi kawasan berbahaya itu.
Saya diberi amaran untuk tidak lagi menghalakan lensa kamera saya di kawasan sensitif berkenaan.
Tapi, inilah hasil lensa saya ketika melalui Jalan Marjayoun-Bint Jbeil ini yang betul² digaris sempadan ‘The Blue Line’ Lubnan-Israel. Israel menakluki kawasan oasis yang subur, manakala kawasan kering kontang, dibiarkan kepada Arab.
10 tahun lalu, ketika saya membuat liputan ini, kita boleh dengan jelas melihat wilayah Palestin yang ditakluki Israel termasuk perkampungan haram mereka, dipisahkan dengan pagar dengan renjatan elektrik. Tetapi sekarang, rejim Zionis telah membina tembok setinggi 10 meter, kononnya untuk mempertahankan diri (alasan biasa Israel) daripada serangan Hezbollah.
Biarpun menakutkan, namun ia sememangnya suatu pengalaman berharga yang dilalui olehnya sebagai seorang wartawan. Pastinya kisah ini sedikit sebanyak menimbulkan keinsafan dalam diri kita semua apabila membayangkan kesengsaraan rakyat Palestin yang melalui situasi yang lebih menyedihkan. Sama-samalah kita berdoa untuk kesejahteraan mereka.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Baru-baru ini tular di laman sosial sebuah video pendedahan yang di buat oleh pelajar muslim, berhubung permasalahan yang kini membelenggu penduduk Islam di Daegu, Korea Selatan.
Terdapat sebuah masjid yang mempunyai lesen untuk dibina bagi tujuan kemudahan dan kegunaan penduduk muslim menunaikan ibadah, solat berjemaah dan melakukan aktiviti-aktiviti keagamaan Islam.
Namun, perkara ini mendapat tentangan keras daripada majoriti penduduk yang rata-ratanya adalah ‘non-muslim’ kerana beberapa sebab yang tidak masuk akal.
Terbaru, sebuah perkongsian video dari influencer Amerika Syarikat @bashore101 menyatakan bahawa terdapat penduduk di sekitar kawasan tersebut tidak menerima baik pembinaan Masjid berkenaan.
Ini demikian kerana, mereka terpedaya dengan dakyah dan pemikiran ‘Islamophobia’ sehingga bertindak melakukan sesuatu yang dahsyat, sekaligus mencetuskan kemarahan umat Islam.
Lebih teruk lagi, golongan Anti-Islam ini bertindak membina cerucuk besi di sekitar tapak pembinaan masjid secara haram, dengan niat mengganggu dan menyukarkan proses pembinaan masjid tersebut.
Selain itu, golongan ini juga bertindak menggantung kain rentang, memaklumkan terdapat parti barbeku khinzir, berhampiran kawasan pembinaan rumah Allah itu.
Malah, dengan beraninya mereka memasang khemah berhampiran, membakar babi, kemudian menggantung dan mempamerkan beberapa kepala babi di sekitar tapak pembinaan masjid.
Hijabista difahamkan, pembinaan masjid itu secara jelas, telah mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan Korea Selatan sendiri.
Bagaimanapun, berikutan perkara ini pembinaan masjid yang sepatutnya dimulakan dua tahun lepas tergendala sehingga kini.
Sekadar Info, Islamofobia merupakan sikap atau perilaku ketakutan yang berlebihan, tidak mendasar dan seringkali tidak masuk akal terhadap sesuatu atau bahkan segala hal yang berkaitan dengan Islam.
Hijabista berharap agar perkara ini, memperoleh jalan penyelesaian yang sewajarnya dan dapat diselesaikan dengan kadar segera.
Jika Thanatophobia merupakan rasa takut terhadap kematian, Phasmophobia pula adalah rasa takut pada hantu secara berlebihan. Maklumlah, sekarang ini kan ramai orang ligat pergi ke pesta ‘Night Of Fright’ di Sunway Lagoon. Buat anda yang menghidapi Phasmophobia,pergi ke pesta seram ataupun rumah hantu mungkin merupakan mimpi buruk buat anda.
Phasmophobia ini bukanlah sekadar ‘takut hantu’, malahan ianya lebih intense dan melampau. Contohnya, rasa takut dengan perkara mistik, melihat gambar, video, filem dan juga rasa takut untuk memasuki rumah hantu. Memang tiada harapan lah mereka ini mahu memasuk rumah hantu seperti ‘Night Of Fright’. Takut pulak perkara tidak diingini berlaku!
Orang yang menghidapi phasmophobia ini takut akan segala yang berkaitan dengan hantu. Sehinggakan, mendengar perkataan ‘hantu’ pun mampu mencetuskan rasa takut. Jangan ambil ringan ya, perkara kecil yang berkaitan dengan hantu atau benda lain boleh mencetuskan gangguan kecemasan kepada mereka.
Phasmophobia ini juga sangat sukar dikawal. Bukan sahaja minda seseorang boleh terganggu, malah kesihatan fizikal dan aktiviti harian juga boleh terjejas. Fobia jenis ini tidak mengenal usia, jadi sesiapa sahaja boleh mengalaminya. Kanak-kanak yang takut hantu sejak kecil juga mungkin akan mengalami phasmophobia apabila dewasa.
Menurut pakar psikologi Ikhsan Persada, punca atau penyebab sebenar phasmophobia ini masih tidak diketahui sehingga kini. Namun, terdapat beberapa faktor asas yang membuatkan seseorang itu boleh mengalami phasmophobia. Berikut merupakan beberapa faktor yang menyebabkan seseorang mengalami fobia hantu secara berlebihan:
Kanak-kanak yang pernah mengalami peristiwa mistik seperti dibuli atau melihat hantu berkemungkinan tinggi boleh mengalami phasmophobia. Tambahan itu, seseorang yang mempunyai pengalaman menakutkan yang melibatkan hantu atau rumah berhantu, juga berkemungkinan mengalami phasmophobia. Contohnya, pernah ‘terserempak’ dengan benda ghaib tersebut atau mengambil gambar lepastu ‘benda’ tersebut terselit di belakang. Pasti trauma… Kerap juga mendengar orang dulu-dulu pesan untuk tidak mengambil sebarang gambar waktu maghrib, takutlah!
Pernah tak anda merasa ‘meremang‘ apabila menonton babak-babak seram ketika menonton filem? Kadang-kadang ada filem yang mempunyai ‘unsur’ bacaan keagamaan. Seram sejuk dibuatnya! Untuk pengetahuan anda, menonton filem menakutkan dan pengaruh budaya atau agama lain yang berkaitan dengan alam ghaib juga boleh menyebabkan seseorang mengalami fobia hantu.
Didikan di rumah memainkan peranan penting dan mampu memberikan kesan terhadap kehidupan seharian anda. Bayangkan jika seorang kanak-kanak itu daripada kecil sudah biasa melihat ibu bapa mereka atau orang sekeliling takutkan hantu, sudah pasti anak-anak pun akan terikut takut sama. Ini kerana mereka lebih mudah terikut-ikut melihat perkara yang ibu bapa mereka lakukan. Kanak-kanak tersebut pasti akan berfikir, ibu bapa pun boleh takut, apatah lagi orang yang mungkin tiada kuasa untuk melawan benda-benda mistik ini. Penyelidikan juga telah mendapati bahawa orang yang mempunyai ahli keluarga rapat dengan fobia atau jenis gangguan kecemasan lain lebih cenderung untuk mengalami fobia.
Terlalu mempercayai perkara ghaib juga boleh menjadi faktor yang mendasari seseorang mengalami phasmophobia. Sebagai contoh, anda percaya bahawa pergi ke luar pada waktu matahari terbenam adalah berbahaya. Ini disebabkan matahari terbenam sebelum malam dipercayai adalah waktu makhluk ghaib sedang aktif. Tambahan itu, sesetengah orang percaya bahawa bangun pada waktu awal pagi merupakan petanda bahawa ada makhluk ghaib memerhatinya dari sudut bilik.
Ketakutan terhadap hantu secara kelebihan ini boleh muncul pada bila-bila masa dan boleh memberi kesan buruk kepada penghidap,di antara kesan buruknya ialah:
Orang yang mengalami penyakit ini kerap mendapat tidur yang tidak cukup. Ini kerana bila tiba waktu malam…mulalah fikir mengenai hantu. Ketakutan terhadap hantu mulai menyelebungi. Bila nak tutup mata je, mulalah terbayang ada hantu berdekatan. Kalau anda baru habis menonton filem seram, mulalah terbayangkan babak-babak yang seram. “Macam mana kalau ada hantu bawah katil?..” Memang tak tenang lah nak tidur. Gangguan tidur ini menyebabkan anda tidak mempunyai tenaga dan sukar untuk berfikir dengan jelas pada siang hari. Ia juga mampu membuatkan anda lesu dan boleh mengurangkan produktiviti.
Situasi ini boleh berlaku bukan sahaja ketika anda bersendirian, bahkan boleh berlaku ketika sedang berada bersama ramai orang. Antara tanda-tanda kecemasan yang berlebihan adalah apabila anda mulai rasa jatung berdetak laju, mual, peluh dingin, pening sehingga rasa nak muntah.
Jika anda sering mengalami dua kesan buruk diatas, anda berisiko untuk mengalami kemurungan. Kemurungan yang tidak dirawat boleh menyebabkan seseorang berfikir tentang bunuh diri.
Anda boleh cuba mengubati phasmopobia ini menggunakan bantuan ubat-ubatan dan juga psikoterapi. Contoh ubatan yang boleh diambil adalah ubatan yang sering digunakan untuk merawat fobia, seperti anti depresi dan ubat anti-kecemasan. Kedua-dua ubat ini boleh melegakan reaksi berlebihan emosi kerana ketakutan yang anda alami, dan membantu menghentikan atau mengurangkan tindak balas fizikal, seperti jantung berdebar atau loya. Ubat antidepresan dan anti-kecemasan berkesan dalam mengurangkan gejala fobia dengan cepat.
Selain itu, anda boleh juga melakukan rawatan psikoterapi. Pakar kesihatan mental akan membantu penghidap phasmopobia untuk memahami punca ketakutan anda. Seterusnya, dengan menjalani rawatan psikoterapi, ianya membantu membangunkan mekanisme pertahanan yang boleh digunakan apabila anda mula merasakan ketakutan.
Anda telah mengetahui punca, tanda, kesan dan juga cara untuk mengubati phasmophobia ini. Jangan pernah memperlekehkan sesiapa yang mempunyai fobia berlebihan terhadap hantu. Selepas ini, jika anda ataupun orang sekeliling mula menunjukkan tanda Phasmophobia, dapatkan bantuan dengan segera.