Baru-baru ini, heboh di media sosial tentang pemergian seorang guru, Noor Baiti Murad berusia 51 tahun yang dikatakan meninggal dunia berpunca daripada Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat (MERS-CoV). Walau bagaimanapun, suaminya menafikan fakta tersebut dan berkata isterinya meninggal dunia akibat penyakit meningitis.

Wanita Ini Meninggal Dunia Akibat Penyakit Meningitis, Bukan Sebab MERS-CoV. Ini Antara Tanda-Tanda & Gejala Yang Perlu Anda Tahu!
Sumber: Berita Harian Online

Menurutnya, arwah isterinya menunjukkan gejala penyakit tersebut seminggu selepas mereka berdua pulang dari mengerjakan umrah. Arwah isterinya juga ada mengadu sakit pada bahagian leher hingga tidak mampu gerakkan anggota badan. Dalam masa yang sama, arwah turut mengalami demam panas.

Apa pun, Hijabista ucapkan takziah kepada ahli keluarga arwah. Sama-sama kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat Allah dan semoga tergolong dalam golongan orang yang beriman, insyaAllah.

Sedikit sebanyak, Hijabista sendiri tertanya-tanya apakah itu meningitis dan apakah tanda-tanda gejala penyakit itu? Meningitis merupakan satu penyakit yang melibatkan keradangan pada selaput otak dan saraf tunjang.

Ads

Wanita Ini Meninggal Dunia Akibat Penyakit Meningitis, Bukan Sebab MERS-CoV. Ini Antara Tanda-Tanda & Gejala Yang Perlu Anda Tahu!

Penyakit ini hadir disebabkan oleh jangkitan virus, bakteria atau kulat. Kebanyakan penyakit ini terjadi dalam kalangan kanak-kanak dan remaja tetapi boleh juga melibatkan semua peringkat umur.

Ads

Cara Jangkitan

Penyakit meningitis boleh berjangkit secara terus melalui titisan rembesan salur pernafasan dari hidung dan tekak orang yang telah dijangkiti penyakit itu.

Ads

Tanda & Gejala

  • Demam
  • Sakit kepala yang teruk
  • Muntah
  • Loya-loya
  • Mata terasa sensitif apabila melihat cahaya
  • Tegang atau sakit tengkuk
  • Sawan
  • Ruam pada badan
  • Pening dan kebingungan
  • Tidak sedarkan diri

Wanita Ini Meninggal Dunia Akibat Penyakit Meningitis, Bukan Sebab MERS-CoV. Ini Antara Tanda-Tanda & Gejala Yang Perlu Anda Tahu!
Foto: Sumber Google

Komplikasi

Pesakit perlu mendapatkan rawatan yang sempurna kerana jika tidak, anda mungkin mengalami masalam sistem saraf seperti lumpuh dan pekak atau berdepan dengan kematian.

Rawatan

Jika anda mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit ini, segera jalani pemeriksaan di klinik atau hospital berdekatan. Penyakit Meningococcal Meningitis boleh dirawat menggunakan antibiotik dan penyakit ini boleh dicegah melalui suntikan pelalian.

Sumber: Berita Harian Online & MyHEALTH

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI