Jika lihat di laman media sosial hari ini, ia diibaratkan seperti sebuah ruang untuk menyuarakan pendapat serta sebuah platform untuk berkongsi cerita dan momen.
Namun, pengguna laman sosial hari ini, terutamanya mereka yang sering membuat sesi ‘live’ di laman Instagram atau TikTok contohnya, kadang-kala hilang batasan sehingga ada yang mengeluarkan kata-kata kesat yang mungkin memberi impak negatif kepada yang menonton.
Berbicara isu Sembang Bersulam Carutan, The Hijabista Show menemu bual pelakon juga pengacara popular, Zulin Aziz untuk berkongsi perspektif tentang trend hari ini yang menjadikan carutan sebagai perkara biasa dalam kehidupan harian.
Mengulas lanjut isu tersebut, Zulin menegaskan bahawa personaliti diri seseorang itu dapat dilihat dari percakapan serta apa yang dilontarkan dari mulutnya. Jika jahat kata-katanya, maka jahat jualah dirinya.
IKLAN
Tidak kira siapapun kita, percakapan itu menunjukkan siapa diri kita yang sebenar. Pakaian tidak melambangkan diri kita. Manusia ini kadang-kala apabila sudah bercakap, dia jadi terlupa tentang batasan. Akhirnya, menonjolkan diri mereka yang sebenar.
Tambah Zulin, apabila seseorang itu suka mencarut, barangkali sudah terbiasa bila di rumah dan menjadi rutin harian mereka untuk mengeluarkan kata-kata yang tidak baik. Jadi, apabila di luar rumah, dan tidak mampu mengawal diri, maka ia terus menonjolkan diri mereka yang sebenar.
IKLAN
Mengenai platform media sosial pula, menurut Zulin, netizen mempunyai hak untuk memilih apa yang ingin dilihat juga yang ingin dibaca. Namun, tambahnya lagi, masyarakat hari ini lebih suka memilih yang negatif untuk dijadikan sebagai bahan bualan mereka sehingga kadang-kala menimbukan fitnah.
Sebenarnya, untuk kita kawal mereka yang bergelar ‘infleuncer’ ini untuk tidak mengeluarkan kata-kata negatif amat susah. Namun, netizen harus bijak untuk memilih apa yang ingin dilihat, dibaca dan ditonton di media sosial. Anda boleh pilih siapa yang ingin anda ikuti. Kalau negatif tu, janganlah ikut.
IKLAN
Zulin menasihati agar menjaga diri dan pertuturan yang dilontarkan kala menggunakan media sosial. Tambahan pula, kali ini apa yang kita tunjukkan dan tayangkan boleh direkodkan. Jadi, jagalah diri selalu.
Benarlah kekuatan jalinan cinta dan ikatan dua hati antara dua manusia yang saling mengasihi mampu membuat kita menjadi apa sahaja yang tak pernah kita bayangkan sebelum ini!
Baru-baru ini tular perkongsian jemaah Malaysia yang sedang berada di tanah suci Mekah, yang tersentuh melihat pasangan suami isteri yang mencuri perhatian, apabila sang suami sanggup mengenepikan rasa malu demi keselesaan isterinya melakukan ibadah.
Sang suami sanggup ‘menadah’ bahagian belakang badannya sebagai kerusi agar isterinya dapat melakukan solat sunat tawaf dihadapan Kaabah.
Mungkin Isteri Alami Masalah Lutut, Sukar Solat Secara Berdiri
Perkara berkenaan dikongsikan oleh pengguna Facebook Fetrah Bt Abu Samah menerusi satu muatnaik foto, sejurus menyaksikan babak menyentuh hati berkenaan. Menurutnya, ia merupakan satu pemandangan yang menggambarkan ‘cinta dan kasih sayang’ yang indah.
“Pengorbanan seorang suami. Gambar ini saya ambil di depan Maqam Ibrahim, tempat jemaah melakukan solat sunat tawaf setelah selesai melaksanakan tawaf. Sangat-sangat menyentuh hati.
“Pada hemat saya isteri mungkin sakit kaki atau lutut dan tidak dapat sujud namun tiada kerusi disediakan di dataran kaabah. Atas kegigihan sang isteri melaksanakan tawaf 7 pusingan tanpa bantuan kerusi roda, akhirnya sang suami menghadiahkan belakangnya sebagai kerusi untuk isteri bersolat.
“Sungguh indah dan mengharukan pemandangan. Moga pasangan ini kekal bahagia hingga ke jannah. Juga amalan ikhlas semua jemaah (termasuk saya) diterima Allah saw,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Perkongsian berkenaan telah menerima sebanyak 10 ribu tanda suka dengan 1.3k dikongsikan di laman Facebook dengan 921 komen telah ditinggalkan oleh wargamaya setelah menyaksikan hantaran berkenaan.
Meninjau komen-komen yang ditinggalkan, Hijabista mendapati rata-rata wargamaya menzahirkan rasa kagum terhadap ketulusan ikatan cinta dan kasih sayang yang ditonjolkan oleh pasangan suami isteri ini.
Berikut merupakan beberapa komen yang ditinggalkan netizen yang berjaya menarik perhatian Hijabista.
Sebut sahaja filem Istanbul Aku Datang, pasti hijabi kenal dengan watak utamanya Dian, yang dimainkan oleh pelakon jelita, Lisa Surihani yang sekaligus melonjakkan namanya hingga mempunyai barisan peminat yang tersendiri.
Umum sedia maklum, bahawa Lisa Surihani kini sudah tampil selesa dengan imej muslimahnya, sehingga ramai yang menjadikan dirinya idola untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Tapi, siapa kata bila dah berhijrah dan mematuhi syariah Islam dalam menutup aurat, tak boleh menjadi model atau peragawati? Lisa Surihani dah buktikan bahawa tanggapan itu sememangnya salah!
Meski Jadi ‘Model’ Lisa Kekal Pendirian Gayakan Tudung Patuh Syariah!
Islam merupakan agama yang mudah dan syumul, adalah tidak menjadi satu kesalahan jika seorang wanita mahu menjadi model, asalkan apa sahaja yang diperagakan mematuhi syariah dan gambarnya tidak mendedahkan aspek kemolekan, kecantikan, kemanjaan, dan sebagainya yang bertentangan dengan hukum syarak.
Baru-baru ini, satu muatnaik foto menerusi laman Instagram milik Lisa Surihani telah berjaya menjadi sorotan serta meraih pujian netizen.
Dalam hantaran berkenaan, dapat dilihat Lisa Surihani yang sedang menjadi model bagi sebuah jenama terkemuka namun Lisa masih kelihatan anggun meskipun menggayakan busana muslimah yang serba indah dan menutup aurat.
Hijabista sempat menjengah ke ruangan komen pada hantaran berkenaan dan mendapati netizen telah membanjiri ruangan komen dengan memuji kecantikan Lisa Surihani serta cara beliau menggayakan tudung yang labuh menutupi serta menutup aurat dengan sempurna tanpa meraih pandangan tabarruj.
Pelbagai cara dibuat untuk kecutkan jerawat. Selain gunakan tomato yang dibekukan dan dibuat seperti masker, aloe vera juga mempunyai banyak khasiat dan salah satunya boleh kecutkan jerawat.
Perkongsian dari TheSisters Cookingproject di mana aloe vera ini dibuat sepetti ketulan ais dan oleskan sahaja dimuka. Hasilnya jerawat akan kecut dan kulit juga jadi lebih lembut, lembap dan cerah.
Seperti yang kita maklum, lendir lidah buaya ini boleh juga terus disapu pada wajah dan biarkan kering. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih.
Cara Membuatnya:
1. Ambil aloe vera dan buangkan duri di kiri dan kanan dan juga kulit bahagian bawah (yang melengkung ke dalam).
2. Ambil sudu dan korek isinya isi dalam mangkuk.
3. Masukkan isi tadi dalam blender dan kisar hingga hancur. Tak perlu tambah air kerana lender itu memudahkan proses kisaran.
4. Masukkan dalam acuan air batu bentuk kecil-kecil. Penuh bekas berkenaan. Kemudian masukkan dalam bahagian sejuk beku.
Cara Memakai:
1. Keluarkan kiub dan oleskan di bahagian wajah sampai kiub mencair. Biarkan kering dan jadi seperti masker.
2. Kemudian basuh dan hasilnya kulit jadi lembut, licin dan ‘flawless’.
3. Boleh dibuat 3 kali seminggu sekali. Insya-Allah cara ini akan dapat memelihara dan memperbaiki kulit anda.
SUMBER: THE SISTERS COOKING PROJECT VIA PETUA IBU
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Terdahulu, beliau juga pernah tular akibat timbulnya dakwaan bahawa dia suh menukar agama di India sedangkan, Jasmine pernah mengakui bahawa dia menghadiri kelas tahfiz anjuran rakan selebriti, Neelofa.