Viral bebeberapa hari lepas apabila seorang pengulas fesyen menyelar mereka yang berbadan besar untuk tidak hadir ke majlis pertunjukkan fesyen. Ini kerana menurutnya daging berlebihan di kiri kanan peha akan terlepas pada kerusi bersebelahan menyebabkan orang yang duduk di situ tidak akan rasa selesa. Ramai yang mengecam kenyataan berani dari pengulas fesyen wanita ini.
Tidak salah sebenarnya mereka yang berbadan besar untuk hadir ke majlis sebegitu, asalkan tahu cara atau etika berpakaian yang sesuai. Diambil dari blog Lala Rahim yang sudah 9 tahun dalam dunia blogger, memberi tip fesyen bagaimana sesuai untuk mereka yang berbadan besar supaya nampak kurus.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada mereka bertubuh Plus Size memilih pakaian bersesuaian dan tidak akan diperlekehkan atau rendah diri dalam setiap majlis yang dihadiri.
Bagi mereka yang berbadan besar, montel aka chubby ni bolehlah ikut tips berpakaian bagi nampak kurus. Aku saja je nak kongsi macam mana cara berpakaian dengan betul supaya nampak effect slim! Plus, aku rasa orang acah-acah gemuk tapi kurus pun boleh la cuba tips ni. Actually pakaian kita sangat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian.
1) Black is sexy
I mean not just black jelah tapi baju yang berwarna gelap tu boleh bagi effect kurus tau. Ada pendapat mengatakan pakaian berwarna hitam memberi ilusi kurus. Warna gelap boleh menyembunyikan bentuk tubuh atau punggung yang besar. Ya. Tepat sekali. Namun, jangan menghadkan diri korang untuk memakai pakaian berwarna hitam sahaja. Sebaliknya cuba warna-warna gelap yang lain seperti ungu gelap, merah hati atau biru gelap.
Kredit foto: Pinterest
2) Pilih fabrik material chiffon bukan spandex
Hindari diri korang dari mengenakan fabrik yang melekat di tubuh seperti spandex. Spandex atau lycra lah material dia ketat tu. Pilih fabrik yang selesa yang boleh memberi efek flowing seperti Chiffon, kain kapas dan Crepe dan banyak lagi. Tak susah pun hendak mencari. Cuma memerlukan sedikit kerajinan dalam diri dalam usaha tampak cantik meskipun bertubuh gempal.
Idea OOTD. Kredit foto: Pinterest
3) Cetakan berjalur menegak bukan melintang
Salah satu perkara yang mungkin korang terlepas pandang adalah dengan menggayakan pakaian yang mempunyai cetakan jaluran melintang. Ia akan menampakkan tubuh badan korang lebih besar. Sekiranya korang peminat cetakan ini, pilih jaluran menegak. Namun jaluran menegak yang tebal juga tidak sesuai untuk korang yang bertubuh besar. Untuk tubuh gemuk, elakkan memakai motif atau corak yang bersaiz besar supaya tubuh tidak kelihatan semakin melebar.
Kredit foto: Pinterest
4) Aksesori Pilihan
Untuk kelihatan lebih langsing, korang boleh memakai perhiasan atau aksesori seperti rantai, gelang dan anting-anting dengan warna terang. Meskipun sebagai pelengkap penampilan, aksesori ini juga dapat membantu korang kelihatan lebih ramping. Pakai rantai yang panjang dan menjuntai ke bawah. Rantai panjang akan membuatkan tubuh korang kelihatan lebih tinggi sehingga korang akan nampak lebih ramping dan langsing.
Selain itu korang boleh juga memakai gelang tangan besar berwarna coklat kerana ia akan membuatkan pergelangan tangan korang kelihatan kecil. Begitu juga dengan anting-anting, saiz yang besar akan memberikan ilusi mata iaitu kepala korang akan nampak lebih kecil. Di samping itu juga, korang disarankan agar menghindari memakai tali pinggang yang lebar kerana ia akan membuatkan korang kelihatan semakin pendek. Elakkan juga mengikatnya terlalu kuat sehingga menampakkan timbunan lemak diperut korang itu. Sebaiknya pilih ikat pinggang bersaiz kecil.
Kredit foto: Pinterest
5) Nak pakai jeans atau skirt?
Buat penggemar jeans atau seluar denim, pilih denim potongan lurus. Ini memberikan efek lebih kecil pada kaki korang. Jangan gunakan denim seperti seluar skinny kerana ia akan membuatkan siapa yang melihat akan tertumpu pada peha dan kaki korang. Tambahan pula potongan seluar seperti ini sudah sudah tidak memberikan pengaliran udara untuk kaki korang. Keselesaan berpakaian juga diambil kira. Jangan lupa denim pun perlu berwarna gelap ya! Entah la tapi kalau ikutkan aku, bagi yang berpunggung besar seeloknya pakai lah kain barulah nampak ayu sikit haha. Kalau nak pakai skirt pun biarlah skirt berwarna gelap juga.
Bukan mudah bergelar jurusolek Diraja kerana gaya solekannya ada cara tersendiri selain terikat dengan protokol. Selalunya kita akan melihat golongan bangsawan atau kerabat tampil dengan solekan ringkas dan sederhana namun tetap terserlah serinya.
Siapa yang tidak kenal dengan jurusolek tersohor Datin Saidatulnisa Aminuddin yang juga kakak kepada ratu rock Malaysia, Ella ini.
“Saya masih berpegang teguh kepada solekan yang tidak keterlaluan, tidak makan dek zaman atau evergreen (malar segar). Lebih-lebih lagi solekan untuk perkahwinan yang akan terpahat pada gambar kenangan sampai bila-bila. Jadi, solekan yang viral ini selalunya bersifat unik dan hanyalah trend pada saat itu sahaja.
“Saya percaya masing-masing ada rezeki yang telah ditetapkan oleh-Nya, namun saya juga berpendapat pelanggan di luar sana tahu kelebihan solekan serta jurusolek yang mereka pilih.”
Katanya lagi, beiau tidak memilih, cuma mengekalkan polisi confidentiality sesama pelanggan lebih-lebih lagi selebriti, VVIP dan golongan ternama.
“Saya cukup menghormati pelanggan dan tidak akan melangkaui batas antara kami. Berpengalaman dalam protokol istana sedikit sebanyak membantu saya untuk tidak merasa kekok ketika bersama mereka.”
“Tiada sebarang rahsia mahupun pantang cuma saya masih mengekalkan tip daripada Nenda saya. Selalunya sebelum menyolek saya terlebih dahulu akan berselawat ke atas junjungan Nabi SAW sambil berpegang teguh kepada prinsip ‘Less is more’.
“Dunia solekan akan sentiasa berevolusi tetapi bagi saya kita tetap perlukan solekan yang evergreen (malar segar). Sejauh mana transformasi solekan itu berlaku pastikan ia tidak melampaui agama dan budaya kita,” kongs Datin Saidatulnisa.
Semalam berlangsungnya majlis resepsi pasangan paling hot tahun lalu, Fattah Amin dan Fazura yang dilangsungkan di sebuah hotel terkemuka ibu kota. Majlis bertemakan ‘fairytale’ ini cukup indah dengan pelamin yang tersergam mewah rekaan Reeka Temoor. Dan pastinya yang menjadi tumpuan malam itu adalah penampilan Fazura yang cukup jelita dalam dua persalinan menarik rekaan pereka duo, Rizman Ruzaini yang juga merupakan sahabat baik aktres ini. Jika diperhatikan persalinan kedua Fazura kelihatan lebih menonjol berbanding busana pertama. Rupa-rupanya Rizman Ruzaini telah mencipta kelainan dengan mereka sendiri perincian rama-rama menggunakan diamond pada busana ini.
Dan yang menjadikan busana ini cukup istimewa dan lain daripada yang lain adalah mereka berdua telah menghasilkan sendiri perincian bentuk rama-rama menggunakan diamond untuk menyerlahkan lagi tema dan konsep fairytale itu sendiri.
Dan untuk busana pertama digayakan Fazura pula bersifat lebih Inggeris, timeless dan princess dengan menggunakan fabric sekuin, lace dan Italian tulle.
Namun menurut duo ini, mereka mengadakan perbincangan bersama Fattah dan Fazura termasuk pemilihan rona, potongan dan sebagainya. Kemudian barulah membuat lakaran sebelum ia tersarung indah di tubuh Fazura.
Menjadikan Fazura sendiri sebagai inspirasi yang mahu menterjemahkan dirinya sebagai seorang princess dalam dunia fairytale. Dan malam itu memang menyerlahkan sisi anggun seorang puteri jelita dari kayangngan dengan busana cukup indah serta sentuhan mekap dari Kf Bong.
Malah keduanya juga mengakui busana pengantin inilah paling istimewa sepanjang bekerjasama dengan Fazura. Apatah lagi hubungan mereka berdua juga cukup rapat sebagai sahabat baik.
Pasangan duo ini juga turut berbesar hati dan berterima kasih kepada Fazura yang merupakan sahabat baik mereka kerana memilih Rizman Ruzaini untuk menghasilkan busana perkahwinan yang cukup menarik ini. Dan sebagai sahabat keduanya cuba memberikan yang terbaik.
Sebelum ini personaliti media sosial yang dahulunya merupakan pelakon cilik Malaysia, Mia Sara Nasuha tular akibat pemakaiannya yang mencolok mata sehingga menampakkan susuk tubuh termasuk ‘aset’ dada apabila menari terkinja-kinja di laman Tik Tok telah mengakibatkan beliau dikritik dan dikecam orang ramai.
Namun, kini Mia yang sudah menginjak remaja tampil mempersona dengan penampilan yang lebih bersesuiaian dengan gadis seusianya. Walaupun berhijab, mia tidak tidak terikat untuk berfesyen, malah beliau semakin bijak menatarias gaya sehingga berjaya menarik perhatian netizen.
Menerusi hantaran video di laman Tik Tok miliknya, Mia memaparkan dirinya sedang menggayakan baju dengan corak warna warni yang begitu meriah, sekaligus membuatkan dia terlihat persis anak patung Barbie dalam solekan minimalis namun menyerlahkan persona wajah remajanya.
Video berkenaan dirakam Mia sewaktu bersama seorang rakan baiknya yang juga merupakan influencer media sosial, Liya Maisarah ketika mereka sedang menjalani sebuah photoshoot bersama.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan dan penampilan Mia, kebanyakan netizen bersetuju bahawa penampilan Mia kini lebih menarik dan menyerlah berbanding sebelumnya. Malah ada juga yang menyatakan hasrat untuk memiliki baju yang diperagakan oleh Mia.
Walaupun meraih banyak pujian, namun terdapat juga segelintir netizen yang masih ‘sakit mata’ dan bertindak mengecam penampilan Mia akibat pemakaian tudung pendek dan tidak menutupi aset berharga miliknya.
Oleh itu, marilah kita mendoakan semoga Mia Sara mendapat hidayah menjadi seorang muslimah yang mengikut tuntutan syariah, berhijab dan menutup aura dengan sempurna, sebagaimana yang telah disrankan oleh agama Islam, agar tidak terus menerus mengundang kecaman dari warga maya.
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...