Pernah tular wanita yang kudung kedua belah tangan sejak lahir, Norfarrah Syahirah Shaari kini selamat melangsungkan majlis pertunangan bersama seorang jejaka di kediamannya di Bagan Datuk, Perak.

Perkongsian itu di buat pada laman Instagram wanita itu sebagai makluman orang ramai mengenai status perkahwinannya. Malah, dia juga meluahkan rasa syukur atas kelancaran majlis itu dan bakal menyusul ke alam perkahwinan.

Syukur atas segala pemberianNya

 Wanita berusia 34 tahun itu juga memuat naik beberapa keping foto berlangsungnya majlis pertunangannya bersama pasangan, Zul Roy. Dia yang kelihatan manis di pelamin bak seorang puteri dengan busana pengantin yang berwarna hijau muda.

“Alhamdulillah…selesai majlis pertunangan.” itulah kapsyen yang di tulis pada posting di Instagram memanjat rasa kesyukuran.

Artikel penuh: Kini Memegang Kad OKU, Zaiton Sameon Syukur Masalah Di Dengari

Foto yang dikongsi juga menunjukkan seorang wanita yang dipercayai bakal ibu mentuanya sedang memaikan gelang kaki padanya sebagai simbolik mengikat talian pertunangan.

IKLAN

 Ada juga beberapa foto yang memperlihatkan Norfarrah Syahirah duduk bersama pasangannya di atas pelamin dan kelihatan manis bersama. Pemilihan warna busana hijau muda juga sangat kena bagi dua pasangan ini.

Ruangan komen penuh dengan doa dan kata-kata positif

Sudah tentu bagi siapa yang mengikuti perkembangan wanita ini, ramai yang akan memberikan sokongan padanya. Tambahan lagi, ini merupakan berita yang baik buat Norfarrah dan ramai yang mendoakan supaya dia peroleh kebahagiaan.

IKLAN

“Cantiknya sis…tahniah sis…doakan saya insan yang bergelar OKU bertemu jodoh jua…tahniah sis…selamat bertunang,

“Alhamdulillah. Tahniah sis dan semua pihak keluarga. Semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga bagagia di dunia dan akhirat. InsyaAllah, Aamiiin Ya Rabbal A’lamiiin. MasyaAllah, cantik sis.” berikut antara komen yang diberikan oleh pengikutnya.

Terdahulu, dia pernah tular di mana ramai yang ingin tahu cara bagaimana wanita tersebut membawa kereta meski ada serba kekurangan. Namun, dia tampil memberikan sebuah video khas untuk menjelaskan caranya.

IKLAN

Artikel berkaitan: Realiti Tak Seindah Dongeng, Gadis OKU Ini Berusaha Keras Tamatkan Pengajian

Sumber: Ohmymedia

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI