Pada masa kini, pasti kebanyakan daripada kita yang rasa tak boleh hidup tanpa telefon pintar. Bukan hanya memudahkan komunikasi, hiburan juga dapat ditemui di dalamnya. Pendek kata semua adalah!
Jika anda tercari-cari telefon pintar yang sempurna untuk anda, inilah dia.. Memperkenalkan gajet hebat terkini, Samsung A52 & A72 yang sangat sesuai untuk mereka yang awesome.
Siri terbaru Samsung Galaxy A ini membenarkan anda untuk berkomunikasi dan ekspresi diri dengan kamera yang awesome, paparan skrin jelas dan pengskrolan yang mudah, juga terdapat ciri-ciri Galaxy inovatif baharu seperti bateri hayat lama dan rintang air untuk kesenangan anda.
Sesuai untuk anda yang sukakan fotografi, ia dipenuhi dengan pelbagai ciri-ciri menarik yang tak patut anda lepaskan. Antara fungsi hebatnya ialah:-
Pengalaman Kamera Serba Guna – Rakam gambar dan video dengan mudah, menggunakan kamera kuad resolusi tinggi 64MP. Gunakan 4K Video Snap untuk mengambil imej resolusi tinggi 8MP daripada rakaman video 4K.
Scene Optimizer menggunakan AI untuk mengambil gambar dengan pengeset optimum untuk 30 kategori imej dan latar belakang seperti makanan, landskap dan haiwan peliharaan.
Pengalaman tontonan selesa – Paparan juga diiktiraf ‘Eye Care’, dan mengubah suhu warna paparan secara automatik berdasarkan corak penggunaan telefon pintar untuk mengurangkan keletihan mata dengan ‘Eye Comfort Shield’.
Ads
Reka bentuk moden – Siri Galaxy A baharu memaparkan reka bentuk yang sederhana namun sangat bermakna serta dilengkapi rangka kamera minimalis.
Nikmati muzik bersama tanpa gangguan – Sama ada sedang bersenam bersama rakan di rumah atau sedang berbual dalam talian, anda tetap boleh berhubung dan mendengar muzik kegemaran anda bersama mereka.
Music Share akan selaraskan telefon anda dengan peranti rakan untuk berkongsi muzik tanpa menggunakan gabungan pembesar suara. Anda juga boleh menghubungkan telefon dengan dua set peranti Galaxy Buds dan dengar bersama Buds Together.
Ads
Photo by mentatdgt from Pexels
Siri telefon pintar ini juga hadir dengan pilihan warna yang menarik iaitu Awesome Violet, Awesome Blue, Awesome Black, dan Awesome White. Pasti seronokkan jika kita dapat milikinya? Lagi best kalau boleh dapatkannya secara percuma!
Haaa, kalau anda nak telefon pintar Samsung A52 ini menjadi hak milik anda, jawab saja soalan-soalan mudah di bawah ini. Jangan lupa ikuti terma dan syarat penyertaannya juga tau jika mahu penyertaan anda diterima.
Syarat-syarat penyertaan:
1. Isi borang dengan lengkap
2. Follow dan like media sosial Hijabista Instagram, Twitter, facebook ( jika ada) dan tiktok)
3. Komen di posting Instagram hijabista dan tiktok “Saya nak HP RAYA” dan tag seberapa ramai rakan anda.
4. Pemenang akan dipilih secara rawak.
Ads
Selamat mencuba!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
23 Mac Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pencarum KWSP di bawah usia 55 tahun boleh mengeluarkan wang dari Akaun 2 masing-masing selama 12 bulan bagi menangani COVID-19 yang belum menunjukkan tanda-tanda akan reda.
Berita ini disambut baik oleh masyarakat yang menganggap ianya rezeki di saat sesetengah syarikat tidak membayar gaji kepada pekerja kerana cuti dua minggu sempena Perintah Kawalan Pergerakan yang dimulakan pada 18 hb lalu sehingga 31 Mac ini bagi memutuskan rantaian wabak ini.
Menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Kerajaan, kerajaan memutuskan untuk membantu rakyat dengan membolehkan mereka mengeluarkan akaun KWSP Akaun 2 sebagai salah satu inisiatif bagi mengurangkan beban rakyat dalam menangani krisis ekonomi semasa negara.
Untuk makluman, pengeluaran KWSP Akaun 2 boleh dilakukan sekiranya anda mendaftar e-Pengeluaran KWSP melalui i-Akaun. Melalui I-Akaun anda boleh melakukan pengeluaran KWSP secara online melalui laman web rasmi KWSP pada bila-bila masa. Bagi pencarum yang belum mendaftar i-Akaun, anda bolehlah membuat pendaftaran dengan segera. Ini langkah mudah untuk anda membuatkan pengeluaran KWSP Akaun 2.
Cara Mendaftar Dan Mengaktifkan i-Akaun KWSP
1. Pergi ke mana-mana Kios atau Kaunter KWSP yang berhampiran untuk mendaftar. Selepas selesai mendaftar anda akan menerima SMS yang mengandungi ID Pengguna dan Kata Laluan sementara untuk iAkaun anda.
2. Layari www.kwsp.gov.my, pergi kepada bahagian “Saya Ahli (i-Akaun)” dan tekan butang “Log Masuk”.
3. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan akaun.
*Pengaktifan perlu dilakukan dalam masa 30 hari anda menerima SMS.
4. Baca Terma Dan Syarat yang dipaparkan dan pilih “Setuju”.
5. Kemudian tukar ID Pengguna sementara kepada yang baharu (kekal), masukkan Kata Laluan baharu, pilih imej online untuk pengesahan dan masukkan Frasa Rahsia anda. *Jika ID Pengguna tidak diubah, ID Pengguna sementara akan digunakan sebagai ID Pengguna kekal.
6. Apabila pengaktifan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.
7. Log masuk dengan maklumat akaun baru untuk akses i-Akaun KWSP anda.
Pengeluaran KWSP Akaun 2 Bantuan COVID-19
Di bawah merupakan infografik rasmi pendaftaran yang dikeluarkan KWSP. Anda boleh rujuk juga infografik di bawah.
Ikuti Enam Langkah Mudah Ini:
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan bahawa ahli KWSP boleh membuat permohonan pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2 bermula 1 April 2020. Ahli dijangka menerima wang pengeluaran tersebut melalui akaun bank masing-masing pada 1 Mei 2020. Untuk sebarang pertanyaan, ahli boleh menghantar emel khas bagi i-Lestari yang telah disediakan iaitu ilestari@epf.gov.my. Segala kemaskini terkini serta senarai soalan lazim (FAQ) sedia ada yang telah dimuat naik ke laman sesawang www.kwsp.gov.my.
Orang ramai turut diminta agar tidak mempercayai sebarang berita palsu yang disebarkan terutamanya melalui WhatsApp, Facebook dan Twitter. Para ahli diingatkan bahawa KWSP hanya membuat makluman kepada ahli melalui laman sesawang dan saluran media sosial rasmi sahaja.
Bahagia melihat anaknya mendirikan rumah tangga, ibu Neelofa iaitu Datin Noor Kartini akui sukar untuk melepaskan anaknya pergi namun tetap mendoakan yang terbaik buat pasangan tersebut.
Luah pengasas Aunty Tini Kitchen itu di laman instagramnya, dia berharap anaknya yang sering disapa ‘Love’ itu dapat menjadi isteri yang taat pada suami iaitu Muhammad Haris Datuk Seri Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz.
”Mudah-mudahan Allah memberkahi engkau dalam segala hal (yang baik) dan mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan”
Allahuakbar Allah Maha Besar, Segala Puji Hanya PadaMu.
Syukur Alhamdullilah segala apa yang dirancangkan berjalan dengan baik dan dirahmati.
Ya Allah, ikatan mereka dibina atas perancangan Mu, atas rencana Mu, Aku sebagai ibu mensyukuri apa yang telah Engkau rencanakan kerana Engkau adalah sebaik baik perancang.
Wahai Anakku sayang @neelofa , taati dan sayangi lah suami Mu Haris dan serikanlah mahligai cinta mu setiap saat dan setiap waktu seperti mana Adam dan Hawa , Yusuf dan Zulaikha dan sepeti Engkau satukan Muhammad S.A.W dan Siti Khadijah . Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua kebaikan dan keberkatan di dunia akhirat kelak InsyaAllah.
Ya Allah Ya Tuhanku, berkati dan serikan mahligai cinta mereka dengan siraman cinta setiap masa dan kurniakan kepada mereka zuriat yang soleh dan juga solehah.
Doa Mama dan keluarga sentiasa mengiringi gerak langkah dan perjalanan kamu wahai sayang ku, berat tangan ini melepaskan mu sayang tetatpi ku tahu ini aturan yang baik buat mu kerana Allah kurniakan kamu pasangan yang baik untuk menyambut lepasan tanganku ke tangannya dan terus membimbing mu ke jalan Allah.
Mama sentiasa sayangkan love. Semoga berbahagia dan bercinta hingga ke Jannah. Amiin Allahumma Amiin.
Ucapan daripada Datin Kartini untuk mendapat pelbagai reaksi daripada para pengikut laman sosialnya. Ada juga yang berasa sebak kerana tersentuh membaca doa seorang ibu kepada anak tersayang.
Terdahulu, Neelofa telah selamat menjadi isteri kepada PU Riz pada hari Sabtu yang lalu di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Majlis indah yang serba putih itu telah diadakan secara tertutup dan dihadiri oleh 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapat kedua-dua mempelai.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Cipta kelainan di majlis perkahwinan, sepasang pengantin baharu di Kampung Tebing Tinggi, Kubang Krian, Kelantan mengedarkan lebih 2000 topeng muka buat tetamu yang hadir pada majlis mereka.
foto: BH online
Farkhan Mohamad yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan, Bera, Pahang bersama isteri, Nur Tasnim yang merupakan jururawat di Jabatan Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) mendapat idea untuk mengedarkan topeng muka kepada tetamu sebagai usaha bagi mengelakkan penyebaran virus tersebut.
Ujar Nur Tasnim, dia mahu majlisnya itu memberi makna buat semua di samping mahukan tetamu mengambil langkah berjaga-jaga dengan setiap virus yang menyerang negara ini.
foto: BH online
“Saya dan suami memang merancang mengedarkan topeng muka bukan sahaja memberi satu kelainan pada majlis kami, malah pada masa yang sama memberikan info berguna mengenai kepentingan untuk berhati-hati dengan sebarang virus berbahaya.
“Tambahan pula, kegunaan topeng muka ini bukan hanya mengelak daripada dijangkiti COVID-19, malah berguna untuk penyakit berjangkit yang lain,” katanya kepada Berita Harian.
Selain itu, dia juga faham dengan permintaan topeng muka yang tinggi yang membuatkan mereka mengambil keputusan untuk mengedarkannya secara percuma.
“Jika di farmasi mahupun jualan dalam talian, kebanyakan topeng mudah kehabisan stok jadi apa salahnya di majlis kami ini, ia diedarkan percuma supaya dapat menggembirakan tetamu yang datang.
foto: Harian Metro
“Kami sendiri bekerja dalam bidang kesihatan jadi ia membuatkan kami lebih berhati-hati dan bersemangat untuk menyampaikan mesej kesedaran kepada masyarakat supaya lebih berjaga-jaga terutama dengan COVID-19,” katanya.
Memiliki raut wajah persis 'barbie' bermata bundar serta pandai memasak dengan gaya bersahaja itulah keistimewaan dimiliki oleh pempengaruh dan cef viral dari Lubnan, Abir...