Kulit yang cantik macam kaca yang biasa dipanggil glass skin memang menjadi impian semua. Iyelah, kulit licin kot. Siapa yang tak nak kan?
Kita boleh je dapatkan kulit sebegitu jika rajin menjaga kulit wajah dengan baik. Seperti yang dikongsikan oleh @bqishamin di twitter, dia telah mendedahkan rutin kecantikan hariannya bagi mendapatkan wajah yang sangat glowing yang penting haruslah rajin.
Lambakan `pakar’ kecantikan tidak bertauliah yang bebas menawarkan khidmat rawatan kecantikan yang dikhuatiri boleh mendedahkan pengguna kepada pelbagai komplikasi kesihatan seperti masalah tona kulit tidak sekata dan kusam disebabkan cuaca panas.
Malah lebih 20,000 ‘pakar’ kecantikan atau estetik tidak bertauliah didakwa bebas menawarkan khidmat rawatan kecantikan di negara ini yang dikhuatiri mendedahkan pengguna kepada pelbagai komplikasi kesihatan, termasuk kanser dan maut.
“Takutlah nak buat facial kat klinik estetik, nanti charge mahal..”
Stima wanita yang mendambakan wajah cantik dan sihat tetapi takut untuk melabur pada klinik estetik yang biasanya mempunyai peralatan yang canggih dan terkini menawarkan harga yang tinggi dan ada juga yang ‘gila promosi’ yang mudah terpengaruh dengan lambakan iklan yang memancing harga murah.
“Saya akui terdapat stigma bahawa untuk mendapatkan rawatan di klinik estetik agak mahal, namun ia kerana hard sell yang dilakukan oleh segelintir klinik kulit. Namun di MyClinic, kami mencadangkan rawatan khas bersesuaian dengan bajet dan masalah kulit yang dihadapi.
Menurut Dr.Choo, di MyClinic popular dengan medical facial, tiada facial seperti salun yang menawarkan harga serendah RM30. Medical facial di sini menggunakan solusi yang mempunyai paten kajian. Ia tidak akan menyebabkan kulit menjadi rengsa, komplikasi, alergik atau mengelupas.
Mengulas masalah kulit paling lazim yang dihadapi rakyat Malaysia, Dr.Choo menjelaskan penggunaan produk penjagaan kulit, rejim paling penting dalam memastikan kulit sihat dan bersih.
“Di Malaysia, masalah kulit paling lazim yang dihadapi ialah tona kulit tidak sekata dan kulit kusam disebabkan cuaca panas. Saya sarankan setiap orang lakukan rawatan muka seperti facial sekali dalam sebulan. Ia bukan lagi satu gaya hidup, sebaliknya satu keperluan. Kulit mati, bintik putih dan bintik hitam, pigmentasi antara sebab utama kenapa kita perlu lakukan rawatan muka.
Semua mahu kelihatan cantik dan yakin apabila berjumpa orang. Nak muat naik gambar di media sosial juga perlukan usaha untuk nampak cantik. Rawatan paling popular di MyClinic ialah hydra facial di mana ia sesuai dengan semua jenis kulit. Rawatan kulit menjadi antara keperluan masyarakat kita kerana faktor media sosial.
“Untuk mendapatkan oppa Korean glass skin, nombor satu yang paling penting ialah perlu gunakan skincare yang bersesuaian. Jangan malas bersihkan muka sebelum tidur. Penting untuk bersihkan solekan dan cuci muka dengan double cleanser, kemudian toner, serum, pelembab dan akhir sekali, wajib gunakan pelindung matahari, kena top up empat jam sekali,” ulasnya lagi.
Klinik estetik terkemuka, MyClinic mengembangkan sayap dengan pembukaan cawangan ke-10 di Shah Alam. Jelas Pengarah Perubatan MyClinic, Dr. Choo Kher Wooi, kesesakan trafik di cawangan sedia ada tidak mampu menampung pertambahan bilangan pengguna dan ini mendorong kepada pembukaan cawangan baharu.
“Ini merupakan cawangan ke-10 MyClinic di seluruh Malaysia. Pembukaan cawangan di Shah Alam disebabkan pertambahan trafik dan kesesakan di cawangan sedia ada,” jelasnya ketika ditemui pada majlis pembukaan MyClinic Seksyen 9, Shah Alam baru-baru ini.
Menempatkan barisan pakar bertauliah yang mendapat pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jelas Dr Choo, setiap pelanggan akan mendapat khidmat nasihat bersesuaian dengan masalah yang dihadapi, malah boleh disesuaikan dengan bajet yang ada.
“Klinik estetik berlesen perlu mempunyai doktor yang mempunyai Credentialing and Privileging (LCP) dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Selepas itu barulah kita akan mendapat kelayakan untuk membuka klinik estetik. Doktor kami mempunyai kepakaran dan profesional dalam mengendalikan masalah kulit dengan selamat.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Betapa agung dan sucinya kasih seorang ayah. Itulah yang mampu digambarkan apabila seorang ayah sanggup membantu anaknya yang rebah di padang kawad untuk berdiri tegak sempena Hari Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Maktab Penjara Kajang, Selangor, semalam.
Tindakan seorang ayah yang telah tua berlari sehingga tertanggal selipar untuk membantu anaknya yang pengsan ketika berdiri di atas padang kawad di bawah matahari yang tegak di kepala mengundang tangisan menteri, hadirin dan warga maya.
Peristiwa berkenaan dikongsi oleh Menteri KPDNHEP Datuk Alexander Nata Linggi yang menyaksikan sendiri kejadian berkenaan.
Ustazah Asma’ Harun turut terpanggil berkongsi rasa tentang kisah kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya.
Kisah tular ini pasti menitiskan air mata kita semua, sama ada yang masih ada ayah, yang telah kehilangan dengan kematian atau perpisahan, juga bagi yang tidak pernah merasai kasih sayang seorang ayah.
Ayah adalah pelindung, pendorong dan penguat buat anak-anak. Karakter seorang ayah adalah hero dalam keluarga, disegani dan dihormati.
Ayah ini telah berikan kita satu inspirasi luar biasa, biar apa orang fikir, bahkan mungkin tak sempat menimbang hal itu, terus sahaja pergi kepada anak saat perlu, bukan untuk diheret keluar barisan, tapi terus memaku supaya bertahan.
Si anak pula, jika bukan kerana terlalu berat menanggung sakit takkan sanggup berbaring di tengah kepanasan atas dan bawah. Namun dek semangat si Ayah yang tua, terus bertahan tegak berdiri kembali. Walau demam yang melarat, tetap daripada awal masuk ke perbarisan. Keduanya memberi tauladan yang hebat buat kita semua.
Terus teringat arwah ayah.. Allahu Akbar, tergambar senyuman dan gurau sendanya, perkataan dan nasihatnya, ketegasan dan kelembutannya.. semoga arwah ayah dan semua yang telah pergi dalam rahmat kasih sayang pengampunan Allah SWT dan berada di Taman Syurga Alam Barzakh.
Selamat Menyambut Hari Penguat Kuasa Ke-50 Tahun 2022 kepada semua anggota penguat kuasa KPDNHEP di seluruh negara. Anda perwira, hulubalang Malaysia.
Terima kasih kepada YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, atas perkongsian kisah benar yang membangkitkan rasa ini.
Pelakon yang sedang meningkat naik, Sharifah Rose mendedahkan bahawa dirinya masih belum berpunya. Namun, seperti gadis lain dia juga punya impian untuk mengecap bahagia bersama jejaka pilihan hatinya satu hari nanti.
Bagaimanapun, menerusi laporan BH Online, Rose memaklumkan sukar baginya untuk mencapai impian itu ketika ini, akibat kekangan masa dan perlu fokus menguruskan kerjaya hingga tidak sempat memikirkan soal cinta.
“Saya masih ‘single’ dan tak menjalinkan hubungan istimewa dengan sesiapa. Setakat kawan biasa adalah. Kalau nak kata cinta lokasi, itu pun tidak wujud. Selesai penggambaran, saya terus pulang ke rumah.
“Saya selesa berkawan dengan sesiapa sahaja, sama ada hero, rakan artis mahupun kru di lokasi penggambaran. Jika ada beranggapan saya bercinta dengan hero gandingan, ia tidak benar. Mungkin prasangka timbul disebabkan nampak keserasian antara kami,” kata Rose.
Mengulas isu sama, pelakon berusia 24 tahun itu redha sekiranya ditakdirkan bergelar isteri di usia muda, bagaimanapun lelaki tersebut perlulah menepati ciri-ciri lelaki yang dimahukan.
“Saya terima jika mempunyai jodoh di usia muda. Cuma, biarlah lelaki dalam kalangan orang baik-baik.
“Saya suka lelaki matang, budiman, kacak, mampu membimbing dan stabil daripada segala segi. Dia juga mestilah seorang yang tenang, santai dan tidak suka marah-marah. Paling penting, bukan jenis mudah angkat tangan kepada wanita,” ujarnya.
Sebagai rekod, Rose pernah menjalin hubungan istimewa bersama Aazief Khalid yang juga merupakan anak tiri kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Malangnya jodoh mereka tidak panjang, percintaan mereka putus ditengah jalan dan membawa haluan masing-masing sejak September 2020 lalu.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.