Hasil tidak pernah mengalah, Eleeza Natasha berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 37 kilogram melalui cara diet suku-suku separuh (DSSS) selepas setahun mengamalkannya.
Masih dalam usahanya untuk menurunkan lagi 10kg, Eleeza berkongsi bahawa dia memang menolak untuk minum air manis agar matlamatnya itu tercapai.
Alhamdulillah,hari ni genap 1 tahun buat Diet DSSS. Kiranya, semalam hadiah untuk birthday tahun ni kepada diri sendiri sebab berjaya buat tanpa give upBanyak perubahan,yang dapat diri sendiri ni rasa.Tapi ada sikit lagi ni nak kena kejar target lagi,ada lagi 10kg target nak turun
Start weight : 99kg
Current weight : 62kg
Total weight lost : 37kg
Makan selewat-lewatnya jam 8 malam
Tip yang saya selalu amalkan hanya memang buat DSSS je dan jugak workout 3/4kali seminggu..Air manis memang tak ambik langsung..
Malam selalunya saye stop makan pukul 7 atau 8 malam..Sambil saya buat DSSS, sambil tu saya buat defisit kalori sekali..saya jaga kuantiti kalori makanan saya.
Selain itu, Eleeza turut menjelaskan bahawa ibadah solatnya juga terasa lebih mudah selepas berat badannya turun.
โNak sembahyang pun dah tak sakit macam dulu. Syukur sangat. Banyak lagi, nak kena buang berat ni. Moga kali sentiasa istiqomah,โ jelasnya.
โDi syurga kita kan bertemu kembaliโฆ.alfatihahโฆucapan terakhir buat isteri tercinta yang telah pergi meninggalkan dirinya buat selama-lamanya. Walaupun kisah cinta mereka terhenti di alam realiti, namun keduanya pasti akan bertemu di syurga nanti. Itulah harapan mualaf, Taufik Abdullah yang akhirnya kehilangan isteri tersayang, Nurliyana Abdul Raziff malam tadi di Hospital Kuala Lumpur.
Kisah cinta pasangan ini cukup viral baru-baru ini apabila Taufik sanggup menjaga isterinya yang disahkan penghidap Para Tiroid dua tahun lalu. Biarpun fizikal Liyana sudah berubah disebabkan penyakit dideritai, namun Taufik tetap setiap berada di sisi hingga akhir hayat mereka.
Pada 13 April lalu Liyana telah menjalani pembedahan bagi membuang kalenjer Para Tiroid di bahagian lehernya. Selepas pembedahan itu, LIyana terpaksa dibedah sekali lagi bagi membuat saluran pernafasan selepas dilaporkan mengalami masalah pernafasan disebabkan kandungan karbon dioksida dalam badannya tinggi.
Pasangan ini telah hampir sembilan tahun berumahtangga sebelum diuji dengan penyakit yang boleh membahayakan nyawa ini. Ternyata kisah cinta mereka bukan berlandaskan kesempurnaan semata-mata, bahkan apabila fizikal Liyana sudah tidak seperti sebelumnya suami tercinta tetap ada untuk menemani.
Mereka bertemu ketika sama-sama bekerja di tempat sama pada tahun 2011. Biarpun tahu isterinya itu mempunyai masalah buah pinggang sebelum berkahwin, tetapi dia tetap mahu melamarnya sebagai isteri.
Liyana disahkan penghidap Para Tiroid sejak 2016 lagi dan penderitaan yang dihidapi semakin teruk apabila tulang rahangnya semakin membesar hingga menyebabkan mulut terkeluar dan juga mempunyai masalah pendengaran.
Hijabista doakan semoga arwah di tempatkan di kalangan orang beriman dan semoga Taufik akan tabah menghadapi segala dugaan dari Tuhan.
Netizen yang turut mengikuti kisah mereka turut mengucapkan takziah masing-masing mendoakan agar arwah tergolong dalam golongan orang-orang soleh.
Mikha Tambayong atau nama penuhnya Maudy Mikha Maria Tambayong merupakan seorang pelakon kelahiran Jakarta, Indonesia. Namanya mula dikenali di Malaysia setelah berlakon dalam sinetron Nada Cinta.ย
Pelakon jelita dari seberang tersebut berkongsi khabar bahagia apabila dia sah menjadi isteri kepada Deva Mahenra, yang juga merupakan seorang pelakon. Pasangan tersebut telah melangsungkan pernikahan di Hotel The Ritz Carlton, Bali pada Sabtu lalu.ย
Difahamkan, pasangan tersebut mengejutkan rata-rata netizen di Indonesia kerana sebelum ini mereka berdua kelihatan โsantaiโ di media sosial dan tidak mengumumkan sebarang perancangan untuk berkahwin.ย
Detik bahagia tersebut dikongsikan melalui laman Instagram miliknya. Mikha terlihat begitu menawan mengenakan gaun perkahwinan sang ibu serba putih dengan sentuhan mutiara sambil memegang sejambak bunga. Suaminya, Deva juga terlihat menawan dengan kot putih dan seluar yang berwarna coklat.
ย “28.01.2023. Menikah dengan sahabat karibku dalam gaun ibuku. Bagaikan mimpi” tulis Mikha.
Dapat dilihat tema pernikahan pasangan tersebut dihiasi dengan warna putih dan hijau, serta sedikit warna kebiruan, yang merupakan warna kegemaran kedua mempelai.
Perancang perkahwinan mereka iaitu Gisela Setyawan menyatakan bahawa idea dekorasi untuk majlis tersebut diinspirasikan daripada cinta pasangan tersebut terhadap pantai dan juga warna biru.
Tiga Busana Pengantin Daripada Pereka Fesyen Terkenal
Apa yang menarik, Mikha dan Deva dilihat menyarungkan tiga busana yang berbeza daripada pereka fesyen ternama Indonesia.ย
Busana yang pertama adalah kebaya, yang direka oleh pereka Vera Angreni. Kebaya ini mempunyai warna kebiruan keperakan yang sebati dengan panorama lautan yang menjadi latar belakang tempat perkahwinan.
Busana kedua adalah gaun istimewa yang mempunyai makna sentimental bagi Mikha. Seperti yang diketahui, pakaian A-line putih klasik ini adalah milik mendiang ibunya, Deva Sheila Malaihoro, direka oleh Samuel Wattimena.
Untuk resepsi perkahwinan dan sambutan selepas parti, Mikha memakai gaun putih dan emas oleh pereka terkenal Jeffrey Tan.
Ketika ditemu bual oleh sebuah portal Indonesia, Mikha sempat meluahkan rasa syukur kerana dia dan suaminya mempunyai cita rasa yang sama, yang membuatkan proses persiapan perkawinan mereka berjalan dengan lancar.ย
“Nasib baik saya dan Deva mempunyai cita rasa yang sama, jadi kami tidak menghadapi banyak masalah semasa memilih vendor dan tema perkahwinan kami. Deva juga sangat โsupportiveโ dan mahu terlibat secara langsung dalam pelbagai keputusan persiapan kahwin, jadi ia sangat membantu,” jelas Mika.
“Proses persiapan perkahwinan kami agak ketat dari segi masa, terutamanya kerana kami sibuk dan mempunyai pelbagai projek(kerja) yang perlu dilakukan semasa proses persiapan kahwin ini,” kata Deva Mahenra.
Dibanjiri ucapan tahniah
Menjengah ke ruangan hantaran tersebut, rata-rata netizen dan rakan artis tumpang gembira serta mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.ย ย
“So beautiful! Congrats Mikha”
“Bajunya simple2 tapi sungguh cantik, anggun, so… So pretty”
“Terlalu indah my beautiful mikha.. peluk sayang, bahagia untuk kalian.”
Sekadar info, Deva Mahenra terdahulu mengakui menjalani hubungan cinta bersama Mikha Tambayong semenjak tahun 2020. Meski berbeza agama, hubungan cinta mereka semenjak dahulu sering menjadi sorotan ramai hingga akhirnya pasangan ini disatukan dalam ikatan perkahwinan.ย
Perjalanan hijrah pelakon Izara Aishah sering menjadi tumpuan orang ramai. Imejnya yang bertudung labuh dan menutup aurat itu juga menjadi inspirasi ‘outfit of the day‘ khususnya buat para wanita di luar sana.
Baru-baru ini tular perkongsian kata-kata mutiara oleh pelakon tersebut mengenai erti istiqamah buat dirinya. Ramai yang memuji cara penyampaian dan makna yang diberikan olehnya itu.
‘Rasa Kuat Itu Akan Datang..’ – Izara Aishah
Perkongsian itu dimuat naik oleh penggunaย TikTok @user637484748, Nik Izara Aishah Binti Nik Izazurin atau lebih dikenali sebagai Izara Aishah menjawab persoalan tentang tip untuk kekal istiqamah dalam menutup aurat.
“Tiada masalah tak kuat sekalipun, pakai sahaja. Nak buka, bukalah. Bila mahu pakai, pakai sahaja.
“Tapi bila dah pakai.. Pahalanya cukup dahsyat. Memang tidak diakui iman kita naik dan turun, lama-lama kita akan rasa kuat dan rasa sendiri untuk menutup aurat.
“Izara tutup sebab Izara jumpa ayat dalam al-Quran yang Allah SWT pesan untuk tutup aurat. Minta doa banyak-banyak, Allah SWTย will guide you.” katanya.
Izara juga turut menceritakan tentang latar belakang keluarganya. Katanya, melihat perubahan yang berlaku melalui keluarganya yang mulai menutup aurat membuatnya bersyukur.
Izara Membesar Dalam Keluarga MODEN, Tapi Tak Pernah Tinggal Solat!
“Izara dibesarkan dengan keluarga yang moden, tetapi masih religious. Moden tetapi memang solat tak tinggal.
“Tetapi kita bukan jenis yang pakai tudung. Selepas itu bila semua dah meningkat usia, semua family dan Izara sendiri mula untuk menutup aurat.
“Lama-lama bila umur meningkat kita akanย realize sendiri. Slow-slow tak perlu risau.” ujarnya lagi.
Sekadar info, pelakon Pilot Cafe itu mulai mengenakan tudung pada 14 Ogos 2021. Satu hantaran gambar dimuat naik pada akaun Instagram miliknya mengejutkan semua peminat sekali gus dia juga memadam gambar-gambarnya yang terdahulu.
Terdahulu, beliau juga pernah tular akibat timbulnya dakwaan bahawa dia suh menukar agama di India sedangkan, Jasmine pernah mengakui bahawa dia menghadiri kelas tahfiz anjuran rakan selebriti, Neelofa.