Perjalanan hijrah pelakon Izara Aishah sering menjadi tumpuan orang ramai. Imejnya yang bertudung labuh dan menutup aurat itu juga menjadi inspirasi ‘outfit of the day‘ khususnya buat para wanita di luar sana.
Baru-baru ini tular perkongsian kata-kata mutiara oleh pelakon tersebut mengenai erti istiqamah buat dirinya. Ramai yang memuji cara penyampaian dan makna yang diberikan olehnya itu.
‘Rasa Kuat Itu Akan Datang..’ – Izara Aishah
Perkongsian itu dimuat naik oleh pengguna TikTok @user637484748, Nik Izara Aishah Binti Nik Izazurin atau lebih dikenali sebagai Izara Aishah menjawab persoalan tentang tip untuk kekal istiqamah dalam menutup aurat.
“Tiada masalah tak kuat sekalipun, pakai sahaja. Nak buka, bukalah. Bila mahu pakai, pakai sahaja.
“Tapi bila dah pakai.. Pahalanya cukup dahsyat. Memang tidak diakui iman kita naik dan turun, lama-lama kita akan rasa kuat dan rasa sendiri untuk menutup aurat.
“Izara tutup sebab Izara jumpa ayat dalam al-Quran yang Allah SWT pesan untuk tutup aurat. Minta doa banyak-banyak, Allah SWT will guide you.” katanya.
Izara juga turut menceritakan tentang latar belakang keluarganya. Katanya, melihat perubahan yang berlaku melalui keluarganya yang mulai menutup aurat membuatnya bersyukur.
Izara Membesar Dalam Keluarga MODEN, Tapi Tak Pernah Tinggal Solat!
Ads
“Izara dibesarkan dengan keluarga yang moden, tetapi masih religious. Moden tetapi memang solat tak tinggal.
“Tetapi kita bukan jenis yang pakai tudung. Selepas itu bila semua dah meningkat usia, semua family dan Izara sendiri mula untuk menutup aurat.
“Lama-lama bila umur meningkat kita akan realize sendiri. Slow-slow tak perlu risau.” ujarnya lagi.
Ads
Sekadar info, pelakon Pilot Cafe itu mulai mengenakan tudung pada 14 Ogos 2021. Satu hantaran gambar dimuat naik pada akaun Instagram miliknya mengejutkan semua peminat sekali gus dia juga memadam gambar-gambarnya yang terdahulu.
Membantu orang yang berada di dalam kesusahan amat digalakkan dalam ajaran Islam. Sebenarnya tidak rugi pun anda membantu kerana pastinya kebaikan dan pahala akan pergi kepada anda semula.
Inilah yang terjadi kepada seorang lelaki bernama Sharul Hafidz yang telah membantu seorang pakcik dengan memberi selipar kepunyaannya kerana pakcik tersebut didapati berkaki ayam ketika menaiki komuter.
Lebih membuatkan lelaki ini kecewa apabila beberapa orang gadis yang turut berada di dalam komuter itu telah mentertawakan pakcik tersebut serta membuat instastory yang menunjukkan pakcik itu berkaki ayam.
Ketika pakcik itu duduk di sebelah Sharul Hafidz, barulah dia berani untuk bertanya tentang keadaan pakcik yang berkaki ayam itu. Rupa-rupanya selipar pakcik itu telah dihanyutkan arus air longkang ketika sedang menunaikan solat Maghrib. Alahai, kesiannya…
Dek rasa kasihan terharap situasi yang dialami pakcik itu, Sharul Hafidz telah memberi selipar kepunyaannya. Perbuatannya itu bagaimanapun telah mengundang reaksi seorang makcik sehingga dia menerima rezeki yang tidak dijangka.
Ikuti perkongsian Sharul Hafidz tentang situasi ini. Benar, rezeki Allah tidak pernah salah alamat.
Saw this pakcik earlier menggigil dalam train sejuk sebab hujan. Berkaki ayam je. Ada satu group perempuan ni dorang buat story superzoom (tak perlahankan pun audio), fokus kat kaki pakcik tu sambil ketawa sesama dorang.
Saw this pakcik earlier menggigil dalam train sejuk sebab hujan. Berkaki ayam je.
Ada satu group perempuan ni dorang buat story superzoom (tak perlahankan pun audio), fokus kat kaki pakcik tu sambil ketawa sesama dorang.? pic.twitter.com/cyF3uDzCg0
Aku kesiankan pakcik ni tapi nak tanya dia takut jugak sebab aku pun mulanya fikir dia niada problem ke apa kan.
Tapi lepas sampai satu stesen tu, seat sebelah tempat aku diri ni kosong, so pakcik tu duduk kat situ, betul-betul sebelah aku. Waktu tu aku fikir banyak kali jugak. Nak tanya ke tak? Nak tanya ke tak?
So lepas dekat 2 minit fikir aku tanya jelah. Aku memang jenis lambat buat keputusan bab nak tegur orang tak kenal ni.
“Aaa pakcik. Mana selipar pakcik?” Pakcik tu terus angkat muka dia pandang aku.
“Selipar kena hanyut arus longkang waktu solat Maghrib tadi.”
Okay first aku terkejut sebab pakcik tu normal, bukan tak betul macam yang aku fikirkan. Negatif betul. Then terkejut rupanya selipar hilang sebab solat Maghrib.
Kali ni aku tak fikir lama-lama, terus aku keluarkan selipar dari dalam beg and bagi kat pakcik tu. Tapi time nak bagi tu aku fikir balik. Kalau aku bagi selipar aku, habislah kasut aku basah nanti nak redah hujan naik motor. Ahh basah pun basah la. Dah ada niat nak tolong dia.
Pakcik tu bila dia ambil je selipar tu, muka dia macam bahagia ke apa ntah. Tapi dia tak tundukkan kepala dia dah. Maybe tadi segan orang duk gelak-gelakkan dia sambil rakam video. You look good and handsome now pakcik, hahaha.
Pakcik tu bila dia ambil je selipar tu, muka dia macam bahagia ke apa ntah. Tapi dia tak tundukkan kepala dia dah. Maybe tadi segan orang duk gelak-gelakkan dia sambil rakam video.
Then tiba-tiba datang sorang makcik ni pulak, dia datang ke sebelah aku and tegur aku.
“Dik nah akak bagi ‘gula-gula’ kat adik sebab tolong pakcik ni. Kesian pakcik tu sejuk takda selipar, yang lain semua ketawakan dia.”
Time tu budak-budak perempuan yg buat story tu diam je.
And guess what. Ni ‘gula-gula’ yang makcik tu maksudkan. Dia bagi duit weh bapak banyak. Nak tolak, dia tak bagi. Pakcik yang dapat selipar tadi pun syorkan aku ambil je duit tu. So aku terima lah. Weh bapak segan. Orang sekeliling tengok je apa yang terjadi.
And guess what. Ni ‘gula-gula’ yang makcik tu maksudkan. Dia bagi duit weh bapak banyak. Nak tolak, dia tak bagi. Pakcik yang dapat selipar tadi pun syorkan aku ambil je duit tu. So aku terima lah.
Makcik tu siap kata, ambil la duit tu buat beli selipar baru ganti yang tadi. So aku pun berterima kasihlah kat makcik tu. So perjalanan diteruskan macam biasa sampailah aku tiba di stesen yang aku nak berhenti.
Sampai je kat stesen ni, ada kedai MyNews.com. Aku ternampak ada jual selipar murah. So dengan duit dapat tadi aku boleh la beli selipar baru, ganti balik selipar aku yang bagi pakcik tu tadi. Oh ya siap boleh beli air fevret, hewhew.
So nak redah hujan time tu, hujan lebat gila and bahaya kalau redah sekarang. Aku ambil masa kejap untuk muhasabah balik apa yang terjadi tadi sambil minum Hershey’s.
Allah bagi ganjaran bila aku tolong pakcik tu. Dia gantikan selipar aku yang dah lama tu dengan selipar yang baru. Bersyukur sangat bila dapat ganjaran cash dari Allah macam ni.
Aku harap pakcik tu gembira, macam mana aku gembira tolong dia dan ditolong semula oleh makcik pemurah tadi. And harapnya makcik yang pemurah tu Allah akan hantarkan orang lain pulak untuk bagi satu kebaikan pada makcik tu.
And bukan kami bertiga je. Even budak-budak perempuan yang ketawakan pakcik tu pun harapnya dapat la bukti bila kita buat baik ni, kita akan dibalas dengan kebaikan jugak. Orang yang ada dalam gerabak tu yang tengok kejadian tadi pun dapat belajar something jugak. InsyaAllah.
Aku punya berangan ni, aku terfikir something. Kalau dalam gerabak ni kami ditunjukkan dengan kebaikan macam ni, gerabak-gerabak yang lain ada tak orang buat kebaikan utk penumpang-penumpang lain kat situ?
Cuba bayangkan kalau setiap gerabak kita saksikan kebaikan even satu kebaikan je contohnya give seats to those yang memerlukan, bukan orang yang buat tu je yang dapat manfaat, tp orang lain dlm tu pun dapat tengok indahnya buat baik. Dan train ni pun dikepung dengan kebaikan.
And bila train ni telah dikepung dengan kebaikan, keluar je train masing-masing sebarkan kebaikan tu kepada orang lain dan orang lain tu teruskan beri kebaikan kepada orang yang lain. Aku jadi paling excited bila bayangkan end up kita kepung dunia ni dengan kebaikan hahahaha.
Semoga Allah terus letakkan kita dalam persekitaran yang baik, supaya kita dapat terus buat baik dan jadi superhero untuk orang lain. Thanks for today! Alhamdulillah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Peminat Channel Youtube ‘Durian Kimchi’ pastinya tidak asing lagi dengan figura pasangan suami isteri Ryzal Ibrahim dan Maryam Younarae yang juga selebriti dan pempengaruh media sosial.
Penampilan Maryam yang begitu manis dan terlihat suci dalam busana jubah putih dan beryudung litup telah membuatkan netizen terpesona dengan kejelitaan dan keayuan gadis berketurunan Korea itu.
Perkara berkenaan tular apabila Maryam memuat naik sebuah video di laman Instagram miliknya baru-baru ini dengan mengakui bahawa dirinya sememangnya seorang bidadari dan memaklumkan bahawa orang ramai telah membuatnya ‘kantoi’.
“Ramai orang cakap ‘Maryam nampak macam bidadari’.
Lai Illaha Illallah, sudah kantoi laa. Macam mana.” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran video berkenaan.
Malah, lebih menghiburkan lagi dapat dilihat dalam video berkenaan sifat comel Maryam yang gigih untuk terbang persis bidadari itu telah membutkan netizen tak kering gusi melihat telatahnya yang berbahasa melayu pasar itu.
Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati rata-rata peminat dan rakan selebriti meluahkan rasa terhibur melihat gelagat Maryam dan tidak kurang juga yang memuji kesipanan dan keanggunan Maryam ketika mengenakan busana patuh syariah itu.
“Bidadari Rizal je 😂😂😂😂. Yang lain semua perhati je.”
“Cantik sangat kak Maryam 🤍🤍🤍🤍🤍.”
“😍😍😍adoiii dikkkk.”
“Ahahahaha Maryam I miss you! ❤❤❤.”
“Hahahha comel terbangnya 🤣.”
“Tapi Maryam cantik pakai macam ni,” tulis wargamaya dan beberapa rakan artis.
Untuk rekod, Maryam dan suami Rizal Ibrahim telah diijabkabulkan pada tanggal 15 Ogos 2019. Hasil perkongsian hidup selama empat tahun itu, kehidupan pasangan ini diserikan dengan kehadiran cahaya mata perempuan, yang diberi nama Rina Ryzal dilahirkan pada Oktober 2021.
Terdahulu, Maryam pernah dikritik hebat oleh netizen kerana tidak mengikuti cara pantang seperti orang Melayu.
Walaubagaimanapun, suaminya, Ryzal tampil mempertahankan Maryam dengan menegaskan bahawa Maryam hanya bertukar agama dan tidak mengubah budaya.
Selain itu, Ryzal turut menitipkan harapan agar tidak ada individu yang akan memaksa isterinya untuk menerima budaya yang bukan miliknya.
Face oil adalah minyak kosmetik yang biasanya berasal dari sumber tumbuhan yang berfungsi untuk tujuan kulit tertentu, kata ahli dermatologi. Minyak ini mempunyai konsistensi yang lebih tebal daripada serum dan bertindak sebagai penghalang pada permukaan kulit, bukannya menyerap ke dalam kulit.
“Untuk menghasilkan minyak, bahan-bahan yang baik seperti buah-buahan, marula, daun seperti pokok teh, atau biji untuk jojoba – menjalani proses pengekstrakan, sebab itu mereka adalah produk yang paling semula jadi di pasaran. Serum sebaliknya, adalah resipi yang dibuat secara kimia yang direka untuk ringan dan memberikan bahan aktif dalam kepekatan yang kuat.
Jawapan ringkasnya? Tidak. Minyak di permukaan kulit tidak menyebabkan pecah – minyak yang dihasilkan oleh kelenjar anda di bawah permukaan kulit. Kulit tidak ada pilihan selain bertindak balas dengan membuat minyak tambahan untuk mengimbang, sehingga menyumbat pori-pori dan membuat jerawat.
Face oil yang disapu pada kulit tidak akan menyebabkan jerawat. Contohnya, jika kulit anda berminyak, dan berjerawat gunakannya dengan mudah yang bertujuan untuk membersihkan jerawat.
Selalunya, face oil disapukan pada waktu malam, sehingga mereka dapat melakukan pekerjaan mereka semasa tidur, ketika kulit anda melakukan sebahagian besar kerja pembaikannya.
Minyak membentuk penghalang, boleh juga digunakan di atas pelembap anda. Mencampurkan beberapa titis minyak dengan pelembap anda dan menggunakannya bersama-sama adalah salah satu cara terbaik. Sekiranya anda benar-benar prihatin dengan jerawat, anda juga boleh menggunakan face oil sebagai pengganti pelembap, asalkan ia mempunyai sifat menghidratkan.
Sebilangan besar minyak melembapkan dan menghidratkan lapisan permukaan atas kulit kerana lipofilik, memerangkap kelembapan, sambil menyimpan racun dan barang-barang buruk lain dari kulit dan liang. Face oil mempubnyai berlainan fungsi untuk tujuan yang berbeza-beza dan beberapa minyak tidak sesuai untuk tujuan kosmetik. (Sesiapa yang prihatin mengenai minyak kelapa sawit akan bersetuju dengan kenyataan ini.) Berikut adalah beberapa cadangan untuk face oil terbaik:
Bercakap tentang jerawat, ahli dermatologi yang berpusat di Connecticut, Deanne Mraz Robinson, MD, mengesyorkan minyak pokok teh untuk sifat antibakteria semula jadi, menjadikannya ubat semula jadi yang hebat untuk jerawat aktif dan alat untuk mencegah jerawat baru.
PRODUK CADANGAN:
Koktel minyak pokok teh, ekstrak squalane, dan rosemary yang kuat namun menenangkan, Biossance’s Squalane + Tea Tree Balancing Oil berfungsi dengan membersihkan dan menenangkan kulit, sambil mengunci kelembapan dan memberikan khasiat pada masa yang sama.
Face oil Sunday Rile mengklarifikasi langsung dengan ramuannya yang kuat dan mudah melawan. Anda mungkin pernah menggunakan rawatan spot dengan asid salisilik, salah satu senjata kecantikan yang terbaik untuk melawan jerawat, dan face oil ini memberi seluruh wajah anda dos sebanyak 1.5 peratus. Sekiranya reaksi segera anda adalah: “Ya Tuhan, jadi keringkan!” – jangan risau, Sunday Riley membuat anda dilindungi. Untuk mengatasi masalah itu, thistle milk dan biji timun berfungsi untuk menghidrat kulit, sementara minyak pati chamomile dan neroli menenangkan. Akhirnya, minyak pokok teh dan biji jintan hitam membantu salisilik membersihkan kulit, memecah serpihan pori-pori yang tersumbat.
The Body Shop’s Tea Tree Oil (ramuan utama untuk menghilangkan cela) menjadikan keajaiban sebagai rawatan semula jadi. Tambahan, ia bersumber secara lestari dari kaki bukit Mt. Kenya, jadi anda boleh merasa tenang dengan pembelian yang berbaloi.
Pilihan lain yang baik untuk kulit yang rawan jerawat, Dr. Howe mengesyorkan jojoba kerana kemampuannya menenangkan dan melembapkan, sekaligus membunuh bakteria penyebab jerawat.
PRODUK CADANGAN:
Sumber rahsia dalam minyak wajah Lapis Herbivore dan penjelasan di sebalik rona yang terserlah adalah tansy biru, ekstrak tumbuhan Maghribi. Tumbuhan ini mengandungi azulene, yang merupakan bahan antibakteria dan anti-radang yang kuat – seperti yang diperlukan oleh kulit yang meradang dan berjerawat. Minyak Jojoba adalah kunci minyak ini, ia mudah menyerap ke dalam kulit tanpa menyumbat liang, sementara squalene yang berasal dari sayuran membantu memperkuat kekuatan penghalang.
Burt’s Bees Complete Nourishment Facial Oil adalah berpatutan, boleh dikitar semula, dan mengandungi minyak biji rosehip yang berkhasiat dan menyeimbangkan ramuan berulang di sini, kerana ia sangat baik untuk kulit yang berjerawat. Minyak Jojoba adalah pelembap, tetapi cepat menyerap, sehingga tidak terasa berminyak. Minyak primrose malam memberikan formula peningkatan antioksidan, dan lavender, ros, dan neroli menambah sentuhan aromaterapi yang menenangkan.
Botol kecil indigo ini secara konsisten mendahului senarai terlaris. Kiehl’s Midnight Recovery Concentrate mengandungi campuran minyak yang sangat banyak (lavender, night primrose, dan jojoba, antara lain) dan memberikan penghidratan serius pada waktu malam. Sapukan beberapa titis sebelum memukul bantal, anda akan kelihatan muka tampak bersinar usai bangun tidur.
Kaya dengan asid lemak dan vitamin C yang penting, Dr. Robinson mengesyorkan minyak ini untuk kulit yang lebih kencang, lebih cerah dan licin. “Vitamin C adalah antioksidan kuat yang melindungi kulit dari kerosakan radikal bebas dan membantu memperbaikinya,” katanya.
PRODUK CADANGAN:
Penjagaan kulit vegan dan multitasking dari biji maracuja flowerpowered yang memebuatkan kulit lebih tegang, lebih cerah & licin. Minyak wajah flowerpowered ini adalah multitasker utama, dan pada dasarnya ajaib dalam sebotol! Cuba masukkannya ke mana sahaja rutin kecantikan anda yang memerlukan sedikit kelembapan. Membantu menyeimbangkan & menyuburkan semua jenis kulit – walaupun berminyak & berjerawat.
“Pip” buah marula, Virgin Facial Luxury Facial Oil tidak campur dengan sebarang bahan kimia atau wangian, semula jadi atau sintetik dan kekal dalam bentuk paling tulen. Drunk Elephant menggunakan proses pengekstrakan dan penapisan tekan mentah proprietari, yang menghasilkan bentuk minyak yang paling tulen dan pekat, sangat mudah diserap, dengan antioksidan polifenol halus dan sebatian asid lemak yang diawetkan. Minyak Marula inii mengandungi kepekatan polifenol yang lebih besar daripada dark cholate, green tea atau black tea, yang bermaksud pertahanan antioksidan yang kuat terhadap pencemaran plus merosakkan radikal bebas persekitaran.
Dr. Shamban memuji yang ini kerana kemampuannya membantu menyembuhkan parut dan mengurangkan garis-garis halus dan kedutan.
Rawatan minyak yang kaya, kuat namun lembut yang direka untuk wajah dan leher. Minyak pelembap ini dibuat dengan ekstrak noni organik yang disahkan, minyak rosehip, minyak delima dan minyak buckthorn laut, yang bergabung untuk menghasilkan sumber antioksidan dan asid lemak penting yang kaya. Formula ini dirancang untuk menyerap dengan cepat ke kulit yang kering untuk menghaluskan, menyuburkan, dan mencerahkan sambil memberikan cahaya semula jadi. Kulit terasa lebih lembut, licin, terhidrasi dengan baik, dan plumper, dan kesan kerosakan dan parut akibat sinar matahari kelihatan semakin berkurang. Minyak ini juga membantu meningkatkan cahaya semula jadi dan mewujudkan nada yang lebih sekata.
Rosehip dan campuran minyak kuat yang dipenuhi dengan antioksidan, vitamin dan kepekatan tinggi asid lemak omega berfungsi untuk menghidrat dan menambah semula kulit menjadikan kulit bercahaya dan licin. Minyak rosehip membantu mempercepat pertumbuhan semula kulit dan meningkatkan pengeluaran kolagen dan elastin, menjadikan kulit anda kelihatan lebih muda.
Minyak antiseptik yang memberikan kulit kembali warna sekata dan cerah. Minyak ini mengandungi tekstur ringan dan berfungsi dengan lembut, walaupun pada kulit sensitif. Ia menenangkan kulit kering dan mengelupas dengan campuran botani dan vitamin untuk melambatkan proses penuaan kulit.
Pakar menyukai minyak ini kerana sifat anti-radang. “Ini mengandungi kepekatan vitamin E yang tinggi dan merupakan salah satu minyak yang cepat menyerap,” kata Dr Robinson. “Ini adalah pilihan yang bagus untuk penderita rosacea, eksim dan jerawat.”
PRODUK CADANGAN:
Satu lagi minyak argan klasik tulen dari The Ordinary, jenama penjagaan kulit kultus yang terkenal kerana menawarkan bahan-bahan berkualiti dengan harga murah.
Produk multitasking dapat menjimatkan masa sambil memberikan hasil yang baik. Supergoop, minyak pelindung ini menawarkan perlindungan SPF 50 yang mengagumkan, di samping bahan-bahan berkhasiat seperti minyak biji meadowfoam, tocotrienols, dan tentu saja minyak argan. 0Minyak Argan Organik Melvita berasal dari garis pantai Maghribi berhampiran Essaouira dan Agadir. Di sini, pokok argan menghasilkan minyak yang terkenal selama berabad-abad kerana khasiat, pembaikan dan pelindungnya yang luar biasa.
Minyak tumbuhan organik ini kaya dengan asid lemak dan sterol, mendorong kohesi sel untuk kulit yang lebih tegang. Ia juga membantu menjaga kulit terhidrasi dengan baik, menjadikannya terlindung, ditenangkan dan diberi nutrisi secara intensif. Minyak Argan Organik juga terkenal dengan kemampuannya untuk memperbaharui dan menghidupkan semula, menjadikannya ideal untuk memerangi penuaan kulit.
Sekiranya anda menderita kulit kering dan sensitif, Dr. Howe mengesyorkan minyak ini untuk mengurangkan kemerahan dan tanda-tanda kerengsaan yang kelihatan.
PRODUK CADANGAN:
Minyak Marula-Infused Botanics Afrika adalah minyak penyeimbang non-komedogenik, ringan, yang merupakan sumber jenama dari Afrika. Bunga neroli yang disuntikkan adalah antiseptik dan keseimbangan kulit, menenangkan dan menyahtoksin, dan meningkatkan pertahanan kulit terhadap penyerang persekitaran. Mengurangkan kemerahan, penampilan liang, dan warna kulit keseluruhannya lebih cerah dengan penggunaan produk ini secara konsisten.
Ringan dan menghidrat, Pure Marula Facial Oil menyerap dengan cepat ke dalam kulit tanpa rasa berminyak, memberikan penghidratan segera dan tahan lama dengan peningkatan keanjalan kulit. Penghidratan segera, tahan lama dan keanjalan kulit yang lebih baik
Apabila ramuan anda memilih bahan organik yang diperakui oleh The Soil Association. Anda akan menemui minyak aprikot organik di sebilangan minyak dan balsem buatan tangan. Inilah sebabnya mengapa kami menyukai khasiat kulit minyak aprikot dan ia akan menjadi salah satu ramuan yang akan anda gemari sebagai sebahagian daripada skin care anda.
Kandungan minyak benih camelina kaya dengan omega 3 dan vitamin E sebagai sifat antioksidan dan anti-penuaan, minyak pati dari Corsica ini mensasarkan hilangnya kekencangan dan keanjalan kulit. Manakala minyak onager organic juga membantu meningkatkan keupayaan kulit untuk melawan kesan pencerobohan persekitaran, yang mempercepat penuaan kulit. Minyak muscat rose bush kaya dengan omega 3 dan 6, minyak ini menyumbang untuk membantu meningkatkan kelembutan dan kecergasan kulit.
Air tidak boleh menjadi ramuan pertama yang disenaraikan, kata pakar kecantikan. Anda tidak mahu minyak yang sangat cair, atau ia tidak akan sama kuatnya. Sekiranya air adalah ramuan yang disenaraikan pertama, secara definisi tidak akan menjadi konsistensi yang tepat untuk diserahkan ke kulit. Selain itu, pastikan tidak ada wangian, kerana akan menyebabkan kegatalan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.