Mahu berhijrah ke arah yang lebih baik, pelakon dan penyanyi Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisa Jahangir Khan memilih untuk berhijab sejak kelmarin.
Usahanya ini telah dilakukan sejak awal tahun lagi apabila dia perlahan-lahan membuang imej seksinya dan berpakaian sopan.
Jelasnya kepada Berita Harian, tindakannya ini adalah keputusannya sendiri dan bukanlah paksaan daripada sesiapa.
“Perubahan ini seiring dengan peningkatan usia dan kematangan diri. Saya percaya dalam hidup kita tidak boleh terus berada di takuk lama, perlu ada penghijrahan.
Ads
“Saya berhasrat mahu menjadi insan lebih baik daripada sebelumnya. Sudah enam bulan saya menjaga penampilan diri, nyata saya selesa,” kata anak kepada penyanyi, Rohana Jalil ini.
Sementara itu, menerusi ruangan Instastory Neelofa, selebriti tersebut telah meluahkan rasa syukurnya apabila sahabat baiknya itu telah berhijab dan berharap tindakannya itu akan kekal sampai bila-bila.
Ads
“Semoga kau istiqomah, Allah tak bolak-balikkan hati kau. Kuatkan iman, tingkatkan iman. Semoga kau dapat ilmu yang bermanfaat dan boleh lagi menjadi wanita solehah yang boleh dicontohi dan menjadi teladan ramai orangkan. Yang bahagia, yang tenang dan disayangi ramai, insyaAllah. Love you. Kilafairy dah berhijab!”
Neelofa juga telah menghadiahkan Al-Quran terjemahan dan selendang buat temannya itu.
Ads
Beruntung sekali Kila kerana dikurniakan sahabat baik seperti Neelofa. Moga ukhwah mereka terus berkekalan dan semoga Kila terus istiqomah dalam penghijrahannya. InsyaAllah.
Sejak berhijab, penampilan pelakon jelita iaitu Hannah Delisha,24, semakin menjadi tumpuan ramai. Ramai yang terpukau dengan kecomelan dan keayuan wajahnya bila menyarungkan hijab.
Sedikit info mengenainya, Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch dilahirkan pada 27 Oktober 1996 di Singapura. Hannah mula dikenali di Malaysia selepas membintangi drama Mencintaimu Mr. Photographer bersama Syafiq Kyle.
Dilihat sering mengenakan selendang, Hannah juga pernah membawa watak bertudung sebelum ini dalam drama 30 Pesanan Suara yang disiarkan pada tahun lalu di slot Akasia TV3.
Di ruang komen laman instagramnya, Hannah dihujani ribuan komen daripada rakan artis dan juga peminatnya yang gemar melihat imejnya yang terkini. Memang cantik sangat! Moga Hannah terus istiqomah berhijab dan menjadi inspirasi juga buat gadis-gadis di luar sana yang ingin berubah. InsyaAllah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap orang diberikan hidayah untuk melakukan penghijarahan dalam jangka masa yang berbeza-beza. Bagi penyanyi dan pelakon yang berasal dari Johor ini, Amira Othman mengakui mula berhijab sejak usianya 17 tahun. Waktu itu dia cukup takut mendengar azab bagi mereka yang tidak memakai tudung yang disampaikan oleh seorang ustaz ketika dalam kelas Pendidikan Islam. Mendengar azab kubur akan dipenuhi ular dan kala jengking menimbulkan rasa takut dalam dirinya lantas mengambil keputusan berhijab sehinggalah sekarang. Sudah 9 tahun sejak peristiwa itu dan dia tetap kekal istiqomah.
“Saya masih ingat lagi dengan cerita ustaz itu yang memberitahu azab bagi mereka yang tidak memakai hijab. Antara azab yang saya dengar di mana kubur seseorang itu akan dipenuhi ular dan juga kala jengking. Saya jadi takut mendengar cerita ustaz dan sejak itu saya mula memakai hijab.
“Walaupun ustaz itu bercerita dengan nada yang lembut, tetapi secara tidak langsung menyebabkan kita automatik mahu berhijab. Sehingga hari ini saya memang terhutang budi pada ustaz berkenaan,” jelas Amira atau nama penuhnya Nadia Amira ketika ditemui sewaktu pelancaran Anggun Aidilfitri Mek Kembang Cotton X Amyra Rosli di Bangi baru-baru ini.
Menurutnya juga kebetulan ketika itu Johor sedang berkabung selama tujuh hari kerana kemangkatan Almarhum Sultan Johor (ketika itu) dan semua perlu memakai tudung. Daripada situ dia terus pakai dan kekal sehingga ke hari ini.
Walaupun setelah dia berkecimpung dalam dunia glamour, tetapi Amira tetap berpegang teguh dengan penghijrahannya. Tidak terlintas langsung di fikiran untuk membuka tudung yang membaluti mahkotanya.
“Alhamdulillah sudah 9 tahun saya berhijab dan terus kekal istiqomah. Setakat ini tidak ada pula perasaan nak buka atau tutup tetapi masa mula-mula berhijab dulu memang ada dengar suara sumbang yang mengatakan rugi bertudung awal-awal. Lagipun sukar nanti untuk menjadi seorang penyanyi.
“Tetapi saya percaya apa yang disampaikan oleh ustaz di mana rezeki itu tidak bergantung pada penampilan seseorang. Saya beritahu keluarga dan mereka memberi sokongan tidak berbelah bagi sewaktu saya mula-mula mahu berhijab,” tambahnya yang memakai tudung adalah disebabkan kehendak diri sendiri bukan disebabkan oleh desakan keluarga.
Melihat trend sekarang Amira memberitahu dia gembira melihat ramai wanita di luar sana yang sudah berhijab.
“Kalau dulu memang ramai beranggapan jika berhijab itu akan mengganggu banyak perkara tetapi sebenarnya berhijab juga boleh membuatkan seseorang itu berpenampilan cantik dan menarik. Apa yang penting pandai menjaga batas susila sebagai seorang wanita Muslimah.
“Sejak berhijab memang saya dapat rasai kesan positifnya di mana kita akan lebih bersikap berhati-hati dengan setiap perbuatan yang dilakukan. Sebelum lakukan sesuatu kena fikir baik dan buruknya perbuatan itu,” ceritanya lagi yang kini muncul dengan single terbaru ‘Mimpi Indah’.
Melihat pada penampilannya yang walaupun berhijab, tetapi gaya masih lagi dalam batas menjaga aurat. Misalnya Amira selesa memakai stoking tangan (jika baju pendek) dan tudung yang digayakan juga melepasi labuh bawah dada.
“Dalam hal ini saya akui ibu bapa saya memang jenis monitor anak-anaknya. Misalnya jika memakai pakaian sedikit ketat, mereka akan beritahu tidak begitu manis untuk berpenampilan begitu. Tetatpi teguran disampaikan dengan cara lembut.
“Kemudian barulah kita fikir memang ada baiknya teguran mereka dan bagi saya, mata orang tua lebih elok untuk meihat penampilan anak-anaknya tetap mentup batas aurat,” katanya lagi. Ditanya penampilan bagaimana menjadi pilihannya, Amira mengakui sukakan yang elegan, sut atau korporat.
“Saya sukakan gaya kemas dan ‘corporate look’. Tetapi bergantung juga pada majlis yang akan dihadiri. Atau jika tak sempat dan kebetulan ada di sini, saya akan try mix & match baju apa yang ada dalam almari untuk digayakan,” jelas Amira yang turut menitipkan pesanan buat hijabi yang baru berjinak-jinak memakai hijab.
“Kalau kita ada dengar suara di sekeliling yang cuba bercerita itu ini, anggaplah ia satu cabaran untuk kita melakukan kebaikan. Maklumlah untuk berbuat baik itu bukanlah satu kerja mudah. Tetapi jika kita buat ada banyak ganjaran yang akan kita peroleh.
“Jadi apabila kita lihat seseorang itu yang cantik tidak memakai tudung, itu adalah lumrah seorang perempuan. Kita akaan kata ‘cantiknya rambut dia’ . Sebenarnya kita juga boleh buat rambut cantik begitu, tetapi hanya untuk tatapan suami sahaja,” akhirinya. Selain sibuk mempromosikan ‘single’ baru, Amira juga bakal muncul dalam filem bersama penyanyi Mawi dan beberapa rakan artis lain.
Selebriti instagram yang juga bekas model Indonesia, Clara Shinta baru-baru ini meraih tumpuan ramai setelah mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam.
Bukan itu sahaja, kisah wanita berusia 27 tahun ini turut menarik perhatian kerana dia merahsiakan statusnya sebagai mualaf selama enam tahun daripada pengetahuan ibu bapanya.
“Sebenarnya, saya sudah mualaf sejak 2017. Ibu bapa dan keluarga saya tidak tahu,” kata Clara ketika berbual dengan Aurel Hermansyah dalam siaran YouTube pada Ogos lalu.
Menurut pemilik nama Islam, Amira Nurul Aulia ini dia terpaksa menyembunyikan statusnya sebagai mualaf setiap kali pulang ke kampung di Medan, Jakarta.
Malah, Clara juga turut sama-sama ikut ‘beribadat’ di gereja bersama ibu bapanya walaupun ketika itu dia telah pun memeluk Islam.
“Ibu saya bukan Islam. Kalau balik ke Medan, saya berpura-pura ‘beribadat’ di gereja,” kongsi Clara yang sangat menyayangi kedua ibu bapanya. Dia tidak mahu keputusan memeluk Islam itu menjejaskan hubungan mereka.
“Saya sangat sayangkan agama (Islam), namun saya juga sangat sayangkan ibu bapa saya. Itulah alasan mengapa saya terpaksa menyembunyikan hal sebenar,” luah Clara.
RAHSIA TERBONGKAR
Segalanya terbongkar apabila Clara mendapat panggilan untuk menunaikan umrah. Ibunya mendapat tahu hal sebenar kira-kira seminit sebelum Clara berlepas ke tanah suci Mekah. Segalanya berpunca apabila Clara memuat naik statusnya di Instagram.
“Mereka tahu sebelum satu minit saya nak berlepas ke Jeddah untuk umrah,” kata Clara yang dipetik daripada saluran YouTube.
Kisah ‘hijrahnya’ dapat dilihat menerusi hantaran video-video di Instagram Clara. Jelas terpancar kebahagiaannya sebagai seorang Muslimah yang dikelilingi circle yang baik-baik.