Mahu berhijrah ke arah yang lebih baik, pelakon dan penyanyi Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisa Jahangir Khan memilih untuk berhijab sejak kelmarin.
Usahanya ini telah dilakukan sejak awal tahun lagi apabila dia perlahan-lahan membuang imej seksinya dan berpakaian sopan.
Jelasnya kepada Berita Harian, tindakannya ini adalah keputusannya sendiri dan bukanlah paksaan daripada sesiapa.
“Perubahan ini seiring dengan peningkatan usia dan kematangan diri. Saya percaya dalam hidup kita tidak boleh terus berada di takuk lama, perlu ada penghijrahan.
Ads
“Saya berhasrat mahu menjadi insan lebih baik daripada sebelumnya. Sudah enam bulan saya menjaga penampilan diri, nyata saya selesa,” kata anak kepada penyanyi, Rohana Jalil ini.
Sementara itu, menerusi ruangan Instastory Neelofa, selebriti tersebut telah meluahkan rasa syukurnya apabila sahabat baiknya itu telah berhijab dan berharap tindakannya itu akan kekal sampai bila-bila.
Ads
“Semoga kau istiqomah, Allah tak bolak-balikkan hati kau. Kuatkan iman, tingkatkan iman. Semoga kau dapat ilmu yang bermanfaat dan boleh lagi menjadi wanita solehah yang boleh dicontohi dan menjadi teladan ramai orangkan. Yang bahagia, yang tenang dan disayangi ramai, insyaAllah. Love you. Kilafairy dah berhijab!”
Neelofa juga telah menghadiahkan Al-Quran terjemahan dan selendang buat temannya itu.
Ads
Beruntung sekali Kila kerana dikurniakan sahabat baik seperti Neelofa. Moga ukhwah mereka terus berkekalan dan semoga Kila terus istiqomah dalam penghijrahannya. InsyaAllah.
Niat untuk berhijrah sudah lama ada tetapi dek kerana tuntutan kerja menyebabkan personaliti ini belum bersedia untuk berhijab. Namun setelah berkahwin, akhirnya dia mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya.
Apatah lagi ketika itu Intan Liana juga turut mengambil keputusan untuk berhenti kerja demi memberi tumpuan kepada rumah tangga juga atas arahan Imamnya ketika itu.
Namun tiada siapa menduga kebahagiaan yang dikecapi hanya mampu dilalui selama 5 tahun sahaja kerana takdir Tuhan tiada siapa mampu menghalang. Walau diduga ujian maha berat, namun Intan Liana reda dan akan terus istiqamah dengan apa yang telah berlaku.
“Sebelum berkahwin saya dulu adalah seorang penari. Selama 9 tahun menjadi penari sebelum saya mengambil keputusan untuk berhenti setelah berumah tangga. Niat sebelum itu memang ada nak berhijab, tetapi kerjaya sebagai penari tidak begitu bersesuaian ketika itu.
“Setelah berkahwin, saya mengambil keputusan berhijab hinggalah sekarang ini. Tiada siapa mendorong berhijab sebaliknya hidayah datang tepat pada waktunya.
“Sepanjang lima tahun saya berhijab tidak pernah terlintas untuk membukanya. Bahkan saya rasa selesa dan selamat setelah memakainya,” ungkap Intan Liana yang gemarkan fesyen unik sejak dulu lagi. Ramai sudah maklum bahawa dia kini bekerja keras demi menyara kehidupan setelah ditinggalkan suaminya.
“Walaupun diduga saya tidak akan sesekali buka tudung. Biarpun sebelum ini saya memang ada terfikir untuk kerja balik sebagai penari kerana hanya pekerjaan itu yang saya tahu buat. Tetapi bila saya fikir-fikir balik agak susah kerana saya kini sudah berhijab.
Buat masa ini memang saya fokuskan sebagai model Muslimah secara sambilan dan juga banyak buat paid review di laman Instagram. Saya juga tidak terfikir untuk cari kerja tetap kerana fokus dengan apa yang ada ada depan mata dulu,” tambahnya yang mempunyai dua orang anak lelaki berumur 4 tahun dan 2 tahun.
Menurut Intan juga anak-anak dan keluarga jadi sumber kekuatannya dalam menghadapi kesukaran yang tidak diduga ini.
“Saya perlu kuat untuk anak-anak. Walaupun kadang-kadang hati saya jadi rapuh dan apabila teringat perkara lalu buat saya menangis. Oleh kerana sebelum ini saya adalah suri rumah tangga, jadi urusan menjaga anak memang terletak pada bahu saya.
“Jadi apabila ada sebarang shooting atau kerja, saya akan bawak anak-anak. Susah untuk tinggalkan mereka, lebih-lebih lagi kerana ketika itu anak yang masih kecil masih menyusu badan.
“Cuma kadang-kadang ayah dia akan ambil seorang terutama anak yang sulung. Dalam hal ini saya tidak hadkan hubungan antara ayah dan anak,” jelasnya yang tekad untuk bekerja dengan lebih kuat dan bersungguh-sungguh demi kelangsungan hidup.
Memiliki raut wajah persis ‘barbie’ bermata bundar serta pandai memasak dengan gaya bersahaja itulah keistimewaan dimiliki oleh pempengaruh dan Chef viral dari Lubnan, Abir El Saghir ini.
Terkenal kerana kebolehannya menyediakan pelbagai jenis masakan termasuk menu antarabangsa, Abir El Saghir menjadikan platform media sosial iaitu TikTok dan Youtube untuk berkongsi minatnya dengan orang ramai.
Sehingga kini, Abir El Saghir berjaya meraih perhatian berjuta-juta orang di seluruh dunia dengan video Tiktok yang memaparkan dirinya memasak hidangan tradisional sambil memakai pakaian desa.
Memang unik!
Meminati fesyen dan masakan, wanita berusia 25 tahun ini menggabungkan kedua-dua elemen itu di dalam setiap video pendeknya.
Menariknya, Abir El Saghir melakukan segala-galanya sendiri bermula dari membeli bahan-bahan masakan, memasak, membuat video, mengedit dan menyiarkan video.
Video Abir El Saghir sering mendapat perhatian dengan jutaan tontonan di media sosial. Pertama kali Abir El Saghir menyiarkan videonya di TikTok ialah pada awal 2021.
Ia bermula dengan kandungan fesyen kemudian beralih kepada makanan. Abir El Saghir yang mempunyai 25.7 juta pengikut di Tiktok, kini aktif menghasilkan video-video hidangan tradisional dari lebih 90 buah negara.
Untuk infio, Abir El Saghir pernah memasak 32 menu dari 32 buah negara yang mengambil bahagian dalam perlawanan Piala Dunia Qatar 2022.
PANDAI BERFESYEN
Selain memasak, Abir El Saghir juga pandai bergaya. Hijabista kongsikan beberapa contoh gaya pashmina yang sering digayakan oleh Abir El Saghir: –
Semasa di Qatar, Abir El Saghir bergambar di bawah bendera 32 negara yang mengambil bahagian dalam perlawanan Piala Dunia 2022.
Abir El Saghir menyarungkan seluar jenis hi cut berwarna krim bersama kemeja-T lengan panjang dan pashmina hitam. Kelihatan sangat kasual.
Overall jeans yang dipadankan dengan blouse dan sneaker putih ini mencipta penampilan kasual serta trendy pada penampilan Abir El Saghir.
Tampil ceria dengan gaun bercorak dan topi menjadikan penampilan si cantik ini lebih anggun.
Abir El Saghir menyarungkan pakaian sedondon sehingga ke aksesori.
Semoga gaya Abil El Saghir ini menjadi inspirasi buat para hijabi khususnya yang masih keliru untuk suai padan (mix and match) pakaian dengan pashmina atau selendang.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Perkongsian ini viral apabila rata-rata pengikut di media sosial pada 2019, membuat #10yearchallenge dengan memperlihatkan sisi diri sebelum ini. Namun yang paling menarik perhatian adalah kisah selebriti Mizz Nina yang mengakui kisah #10yearchallenge dirinya agak berbeza.
Ini kerana 10 tahun sebelum dia masih belum berhijrah, tidak mengenakan tudung, solat dan juga tidak tahu membaca Aliff Ba Ta. Jadi dia memilih untuk berkongsi kisah penghijrahannya 10 tahun sebelum 2019 dengan mendalami agama.
Ternyata foto beserta kapsyen dimuat turun begitu menyentuh ramai orang yang membacanya. Bukan kerana gambar tetapi coretan indah ditulisnya yang membuatkan orang ramai sedar betapa pentingnya perubahan dalam diri seseorang.
Saya tidak mempunyai gambar yang boleh saya kongsikan dari 10 tahun yang lalu, kerana saya masih tidak memakai hijab.
Semasa saya mengadakan sesi kelas online saya malam tadi, kami juga telah mengadakan perbincangan tentang cabaran #10yearchallenge ini tentang bagaimana jika kita memikirkan keadaan dalaman kita, iman kita dan sebanyak mana kita telah berkembang sebagai individu.
Pada tahun 2009, saya berumur 29 tahun, single dan fokus pada kerjaya solo saya. Saya telah berputus asa mencari pasangan dan semua tenaga saya dimasukkan ke dalam latihan prestasi. Sedikit yang saya tahu, saya telah bertemu dengan suami saya pada akhir tahun 2009. Alhamdulilah, dengan izin Allah kami berkahwin. Doa sudah menjadi kenyataan!
Iman saya, pada masa ini perlahan-lahan berkembang, sejak kakak saya telah berlalu 2 tahun lebih awal, saya dapat merasakan ia mempunyai kesan yang besar pada hati saya. Walaupun saya tidak sembahyang 5x sehari, saya masih tidak menutup pintu dan hubungan dengan Allah.
Nasihat saya, bagi orang-orang yang berjuang untuk sembahyang, terus melakukannya, walaupun hanya 1x sehari, teruskan dan lakukan untuk Allah, dan 1 hari, anda akan mendapati diri anda memenuhi semua kewajipan & lebih inshaAllah.
Kehidupan saya adalah tentang kerjaya saya, dunia & iman saya, walaupun ia tidak dapat dilihat, ia berada di sana. Saya tidak seperti dulu pada masa remaja saya & awal 20 tahun tetapi saya masih dalam perjalanan ke jalan lurus utama. Alhamdulilah.
Pengajaran: Jangan menghakimi orang lain & keadaan hati mereka. Anda mungkin tidak tahu bahawa saya sedang berjuang untuk menjadi orang yang lebih baik, seorang muslim yang lebih baik. Galakan adalah kunci utama.
2009: – Saya masih tidak tahu membaca Alif Ba Ta. Saya hanya menghafal Al-Fatihah & 3 Qul. Saya hanya mula belajar membaca di 33. SubanAllah!
Tidak pernah saya bayangkan, saya akan berada di ruang yang sama sekali berbeza pada hari ini. Allah menuntun saya kembali untuk mengamalkan Islam & sekarang saya sedang belajar kursus diploma Ta’leem Al-Quran, melakukan da’wah & perbincangan. SubhanAllah. Alhamdulilah untuk berkat-berkat ini!
Pengajaran: Ianya tidak pernah terlambat untuk mempelajari Al-Quran! Anda perlu tekad untuk membuat perubahan dan usaha untuk Allah.
Banyak yang telah berubah dan saya berdoa agar Allah akan terus membimbing kita pada jalan yang lurus dan meningkatkan tahap peningkatan diri untuk kehidupan di dunia & akhirah Ameen.
Walaupun perkongsian ini dibuat ketika 20119, namun sampai sekarang figura ini tetap menjadi inspirasi ramai hijabi yang berhijrah mahupun ingin berhijrah. Tetaplah berusaha walupun sekecil kuman, kerana usahan mulia mencari jalan keredhaan Allah tetap akan direstuiNya. Semoga perkongsian bermanfaat untuk semua.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.