Ahamdulillah semalam terlerai segala teka-teki apabila penyanyi No 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza disahkan hamil anak sulungnya. Beliau yang mengucapkan syukur atas anugerah ‘agung’ ini setelah hampir 11 tahun menanti. Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan membenarkan apa yang dihebohkan di media sosial baru-baru ini.
Heboh sebelum ini di laman sosial di mana sekeping gambar Datuk Siti yang mencemar duli menerima kunjunganKebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah di kediamannya seperti menampakkan ‘baby bump’.
Rata-rata netizen mengucapkan tahniah pada beliau dan ada yang membuat andaian, kandungan Siti kini sudah masuk 2 bulan.
Peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan Siti turut mendoakan kesejahteraannya yang ketika ini ditinggalkan suami tercinta, Datuk K yang mengerjakan ibadah haji di Mekah.
Biarpun pelbagai komen dan ucapan tahniah diberikan, namun tiada kenyataan balas dari Siti dan hanya membiarkan peminatnya bermain teka teki.
Walau apa pun, memang Siti nampak sedikit berisi tetapi beliau masih lagi cantik dan comel. Kalau betul penyanyi no 1 kini hamil, memang inilah dikatakan seri ibu mengandung.
Sebelum ini, Siti pernah hamil tetapi keguguran apabila usia kandungannya 2 bulan. Diharap kandungan kali ini akan membesar sihat dan Siti melalui frasa kehamilan hamil dengan penuh keseronokan.
Mendirikan rumah tangga pada 2006, mungkin inilah hadiah terindah sempena sambutan ulang tahun ke 11 mereka Ogos lalu.
Kalau Betul Foto-foto Inilah Bukti Dikatakan Seri Ibu Mengandung
Jika anda baru-baru ini memutuskan untuk mula berpakaian lebih sopan, anda mungkin berasa sedikit hilang arah tentang cara melakukannya sambil tetap kelihatan bergaya. Namun, bertentangan dengan kepercayaan popular, “sederhana” dan “bergaya” bukanlah musuh!
Tentukan piawaian kesopanan anda dan cari bahagian bergaya yang sesuai dengan piawaian tersebut. Sebaik sahaja anda telah menetapkan garis panduan peribadi, anda akan dapat mula membina almari pakaian yang luar biasa yang sesuai untuk anda!
Jadikan pakaian anda lebih comel dengan kardigan. Kardigan bagus untuk sebarang jenis musim dan tetapan dan anda boleh memakainya di atas pakaian, skirt dan seluar atau apa sahaja yang sesuai dengan anda! Ia juga datang dalam pelbagai warna, panjang dan bahan, menjadikannya sangat mudah untuk disesuaikan untuk pakaian anda.
Kardigan chunky separas paha atau lutut boleh memanaskan anda ketika cuaca sejuk. Anda boleh meletakkan kardigan hitam di atas pakaian untuk acara rasmi, atau memilih kardigan bercorak berwarna-warni yang menyeronokkan untuk dipakai bersama seluar jeans kegemaran anda. Pakaian luar secara amnya serba boleh untuk melapis, menutup dan menjadikan pakaian anda lebih bergaya.
Skirt dan gaun maxi sangat bergaya dan elegan. Jika anda tidak mahu terlalu menonjolkan kaki, beli-belah mengikut labuh dan memilih gaya yang lebih panjang ialah cara terbaik untuk mencapai rupa yang anda inginkan dan bergaya pada masa yang sama. Sebagai contoh, anda boleh memakai skirt anda dengan memakai t grafik sebagai bahagian atas.
Potongan A-line menyanjung secara universal. Ia membawa pinggang anda keluar dan kemudian melebar, memberikan anda bentuk feminin. Ia tidak terlalu sukar untuk dicari, jadi anda boleh menyesuaikan dan mengekalkannya dengan mudah sambil tetap kelihatan hebat dan elegan dalam siluet ini. Sebagai contoh, anda boleh memilih pakaian A-line dengan corak bunga dan lengan panjang. Boleh mencengkam pinggang anda dengan tali pinggang yang bergaya.
Legging membantu anda menutup dan menambah gaya tambahan pada pakaian. Jika anda tidak mahu menampakkan kulit semasa memakai skirt, legging menyediakan cara terbaik untuk kekal sambil memberi anda laluan lain untuk menonjolkan gaya peribadi anda dengan warna dan corak. Elakkan memakai legging sahaja, kerana ini boleh dilihat sebagai terlalu ketat dan tidak sopan. Seluar ketat atau pantyhose pastinya berfungsi untuk perlindungan kaki juga, tetapi ia boleh menjadi tidak selesa atau diperbuat daripada bahan semata-mata.
Turtleneck adalah rangsangan gaya segera. Turtleneck yang elegan dan serba boleh menjadikan anda hangat dan diliputi dalam cuaca yang lebih sejuk, dan juga sangat selesa. Anda tidak perlu mencipta pakaian yang rumit dengan hanya padankan dengan seluar jeans atau skirt atau malah pakaian untuk mencipta ensembel yang ringkas tetapi bergaya.
Jadikan bahagian atas lebih sederhana dengan melapisi kamisol atau tank top di bawah! Tidak perlu takut dengan leher V atau garis leher potongan rendah lain jika anda benar-benar menyukai helaian, kerana menambah lapisan dalam baju boleh membantu menutup belahan dan menyembunyikan bahagian lain yang terdedah.
Tudung boleh menambah gaya tambahan. Ia datang dalam pelbagai warna, corak dan rupa, bermakna anda boleh menyesuaikan rupa mengikut kehendak anda. Jika anda mempunyai payudara yang lebih besar, selendang boleh menutupi kawasan yang mendedahkan dan membolehkan anda memakai lebih banyak helaian.
Dalam menuruti musim percutian hujung tahun ini, SHEIN membentangkan Koleksi Holiday 2022 yang menampilkan suntingan persalinan bergaya buat pelanggan setia jenamanya agar tampil lebih berseri Disember ini. Buat anda yang masih tercari-carikan ceraian pakaian untuk digayakan sepanjang musim percutian di hujung tahun ini, SHEIN sedia membantu dalam menemukan gaya idaman.
Setelah beberapa tahun terkurung meraikan Hari Natal bersendirian di rumah, pasti ramai yang kembali teruja untuk menyarungkan persalinan baharu lagi menawan buat tahun ini. Bagi pihaknya, SHEIN berbesar hati untuk mempersembahkan pelbagai gaya untuk anda termasuk persalinan kilauan labuci berwarna-warni, blazer bulu tiruan, cetakan mod nan sofistikated. Juga tampil sama ceraian pakaian anggun dari kulit yang sesuai untuk dipadankan buat sebarang majlis sosial.
Sama ada digayakan secara sendirian atau dipadankan bersama gabungan ceraian pakaian lainnya, Koleksi Holiday SHEIN 2022 tampil memberikan pelbagai gaya yang sempurna buat anda mengembaradi hujung tahun ini.
Tambahan, tepat pada masanya untuk pelancaran Koleksi Holiday SHEIN, SHEIN turut melancarkan beberapa promosi untuk Jualan Mega 12.12 Akhir Tahun dengandiskaun sehingga 90%. Pelbagai variasi top dan aksesori, termasuk rekaan pereka tanah air; dipaparkan menerusi kedua-dua laman web juga aplikasi mudah alih SHEIN.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Majlis ilmu jika diadakan boleh diibaratkan sebagai taman-taman syurga di dunia, sehinggakan sesiapa yang sering menghadirinya bakal menerima ganjaran yang besar dari Allah SWT.
Terdahulu, aktres jelita Izara Aishah dan suaminya Adib Khalid telah mengambil kesempatan mengadakan satu majlis ilmu keagamaan dengan menjemput penceramah terkemuka, Ustaz Wadi Annuar.
Perkara berkenaan dimaklumkan Izara menerusi laman Instagram story (IGs) miliknya.
Dalam hantaran berkenaan dapat dilihat ramai rakan artis turut hadir sama memeriahkan majlis berkenaan. Antara yang hadir adlaah Janna Nick, Linda Rafar, Diana Rafar, Kilafairy, Heliza Helmi, Lisdawati termasuklah Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan suami.
Selain itu, perkongsian di laman Instagram Linda Rafar yang memuatnaik foto berzama Izara telah menarik perhatian Hijabista, kerana Izara telah meninggalkan komen yang berbaur lucu.
“Ya allah kak Linda muka Icha tu macam rumah tak siap”, tulis Izara.
“Macam tu tak siap? Allahuakbar kalau siap tak tau la nak cakap macam mana.. Love u Icha makan sedap dan majlis sangat sempurna.. InsyaAllah kita jumpa next usra dengan izin allah swt k”, komen balas Linda.
Menurut Izara wajahnya seperti tidak bersiap untuk mengambil gambar bersama Linda.
Namun, itu hanyalah sekadar gurauan semata yang bertujuan mengeratkan lagi silaturrahim bersama Linda Rafar.
Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati bahawa, rata-rata wargamaya memberikan respon positif dengan kehadiran para artis memeriahkan majlis ilmu seperti ini. Berikut merupakan antara komen yang ditinggalkan warganet.
“Seronoknya dapat sahabat-sahabat yang macam nie,” tulis wargamaya.
“Alhamdulillah, kak Linda ni comel la, suka tengok masa kak minta doa kt Ustaz Wadi. Semoga sentiasa dalam rahmat dan peliharaan Allah selalu kak,” kata warganet.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Pelbagai cara dibuat untuk kecutkan jerawat. Selain gunakan tomato yang dibekukan dan dibuat seperti masker, aloe vera juga mempunyai banyak khasiat dan salah satunya boleh kecutkan jerawat.
Perkongsian dari TheSisters Cookingproject di mana aloe vera ini dibuat sepetti ketulan ais dan oleskan sahaja dimuka. Hasilnya jerawat akan kecut dan kulit juga jadi lebih lembut, lembap dan cerah.
Seperti yang kita maklum, lendir lidah buaya ini boleh juga terus disapu pada wajah dan biarkan kering. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih.
1. Ambil aloe vera dan buangkan duri di kiri dan kanan dan juga kulit bahagian bawah (yang melengkung ke dalam).
2. Ambil sudu dan korek isinya isi dalam mangkuk.
3. Masukkan isi tadi dalam blender dan kisar hingga hancur. Tak perlu tambah air kerana lender itu memudahkan proses kisaran.
4. Masukkan dalam acuan air batu bentuk kecil-kecil. Penuh bekas berkenaan. Kemudian masukkan dalam bahagian sejuk beku.
1. Keluarkan kiub dan oleskan di bahagian wajah sampai kiub mencair. Biarkan kering dan jadi seperti masker.
2. Kemudian basuh dan hasilnya kulit jadi lembut, licin dan ‘flawless’.
3. Boleh dibuat 3 kali seminggu sekali. Insya-Allah cara ini akan dapat memelihara dan memperbaiki kulit anda.
SUMBER: THE SISTERS COOKING PROJECT VIA PETUA IBU
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.