Fenomena obses kepada bintang Korea atau Kpop memang cukup tular di sana sini. Kemunculan mereka bagaikan penyeri kepada kehidupan sebahagian peminat yang terlalu meminati bakat lakonan ataupun nyanyian artis dari Korea ini. Bukan sahaja di negara asal mereka, tetapi juga merebak di seluruh dunia. Jadi tidak hairanlah jika kehadiran ketika membuat persembahan atau sesi bertemu peminat memang di nanti. Baru-baru ini selebriti Korea yang cantik dan menjadi idola ramai Suzy Bae dilihat begitu sporting melayan seorang peminat Muslim yang menyarung hijab di kepalanya.
Dalam pertemuan bersama peminatnya, Suzy Bae tampil menawan dengan hijab yang disarung oleh seorang peminat dari Indonesia. Reaksinya yang cukup sporting melayan itu menjadi bualan hangat di media sosial.
Peminat berkenaan tampak gembira dapat bertemu selebriti idolanya dan dia terus memberikan hadiah dan turut meminta untuk mengenakan selendang berkenaan pada Suzy.
Selebriti ini tiada masalah dan membiarkan sahaja hijab warna biru motif bunga sakura itu di sarung pada kepalannya. Malah kedua-duanya dilihat bergambar bersama.
Ads
Malah sepanjang sesi bertemu peminatnya, Suzy dilihat terus mengenakan selendang itu. Dia nampak cantik dan jelita kala berhijab yang begitu sesuai dengan penampilannya waktu itu. Keadaan ini menyebabkan ramai peminatnya yang mahu bergambar dengan Suzy.
Suzy memang memiliki ramai peminat dan disebut-sebut sebagai ‘Nation’s First Love’ di Korea. Popularitinya sedang meningkat naik di Indonesia kerana drama Koreanya ‘While You Were Sleeping’ bergandingan dengan Main Lee Jong Suk ditayangkan di sana.
Hijabi muda yang bertuah menyarungkan selendang jenis pashmina itu bernama Rizky Yuliani atau Ryu. Momen ini dikongsi bersama di laman sosial @suzyforever dan mendapat perhatian netizen. Ramai memuji kecantikan Suzy dan menganggap dirinya bagai bidadari syurga.
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Begitu juga darah seni yang mengalir dalam diri anak perempuan kesayangan pelakon Ali Setan, Allahyarham Azmil Mustapha, Alya Iman. Pemilik nama yang sangat cantik ini bukan sahaja diaanugerahkan seraut wajah yang jelita tetapi juga bakat lakonan yang sangat bagus.
Memulakan kerjaya dalam bidang seni sebagai model untuk majalah dan juga untuk ruang digital bagi label jenama hijab/pakaian popular sebelum melangkah kaki sebagai seorang pelakon.
Dia kini muncul sebagai pelakon untuk watak Syakifa dalam drama Senafas Rindu di saluran Astro Ria HD lakonan bersama beberapa selebriti popular dan hebat seperti Liza Abdullah, Syafiq Kyle, Elizaberth Tan, Azizah Mahzan dan Wan Sharmila memberikan bakat yang juga sehebat arwah bapanya.
Selepas kehilangan arwah Babah yang sangat disayanginya, Alya meneruskan kehidupannya seperti biasa. Masih lagi menerima tawaran sebagai model dan juga membuat kerja berkaitan dalam bidang seni.
Bercerita bagaimana boleh terjun ke dunia lakonan, Alya memberitahu dia menerima panggilan secara mengejut dari pihak Astro.
“Pada mulanya memang was-was nk ambik tawaran berkenaan, tetapi apabila fikir balik mungkin ini rezeki Alya, takkan nak tolak begitu sahaja. Jadi Alya tetap terima tawaran berkenaan walaupun ketika shooting berkenaan tengah ambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
“Alhamdulillah drama lakonan pertama Alya Senafas Rindu tengah trending No 1. Insya-Allah bulan depan Alya akan masuk set baru, tetapi buat masa ini banyak ambil jobphotoshoot sahaja,” ungkap Alya ketika dihubungi memberitahu perkembangan terkininya.
“Memang tekad Alya untuk meneruskan perjuagan dalam industri ini dan insya-Allah akan berusaha menjadi pelakon yang lebih baik,” ujarnya yang turut menjadikan arwah Babah sebagai idola dalam dunia lakonan.
Dalam salah satu posting di laman Instagramnya Alya juga ada memberitahu sudah setahun pemergian Babahnya itu (pada 14/2) dan dia masih mengingat setiap momen terakhir mereka berdua.
Sewaktu mahu mengejutkan Babahnya itu dari tidur, rupanya arwah sudah pergi meninggalkan dia buat selama-lamanya.
Pemergian Babahnya itu Alya anggap sebagai kehilangan terbesar dalam hidupnya selama ini. Walaupun kini tanpa kehadiran Babah di sisi tetapi dia tahu Babahnya akan sentiasa ‘melihat’ dirinya dan berharap akan dapat banggakan arwah satu hari nanti.
Dia akan sentiasa merindui Babah kesayangannya itu dan berdoa semoga dapat bertemu nanti di syurga Firdausi.
Pembabitan Alya yang cantik berhijab sebagai seorang pelakon ini turut mendapat pujian netizen. Masing-masing memuji lakonannya yang sangat natural dan mengesankan.
Sebenarnya sebelum ini Alya juga pernah beberapa kali menjadi model untuk Hijabista. Masih ingat setiap kali ada sesi fotografi, Alya akan datang ditemani arwah bapanya.
Sebelum ini personaliti media sosial yang dahulunya merupakan pelakon cilik Malaysia, Mia Sara Nasuha tular akibat pemakaiannya yang mencolok mata sehingga menampakkan susuk tubuh termasuk ‘aset’ dada apabila menari terkinja-kinja di laman Tik Tok telah mengakibatkan beliau dikritik dan dikecam orang ramai.
Namun, kini Mia yang sudah menginjak remaja tampil mempersona dengan penampilan yang lebih bersesuiaian dengan gadis seusianya. Walaupun berhijab, mia tidak tidak terikat untuk berfesyen, malah beliau semakin bijak menatarias gaya sehingga berjaya menarik perhatian netizen.
Menerusi hantaran video di laman Tik Tok miliknya, Mia memaparkan dirinya sedang menggayakan baju dengan corak warna warni yang begitu meriah, sekaligus membuatkan dia terlihat persis anak patung Barbie dalam solekan minimalis namun menyerlahkan persona wajah remajanya.
Video berkenaan dirakam Mia sewaktu bersama seorang rakan baiknya yang juga merupakan influencer media sosial, Liya Maisarah ketika mereka sedang menjalani sebuah photoshoot bersama.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan dan penampilan Mia, kebanyakan netizen bersetuju bahawa penampilan Mia kini lebih menarik dan menyerlah berbanding sebelumnya. Malah ada juga yang menyatakan hasrat untuk memiliki baju yang diperagakan oleh Mia.
Walaupun meraih banyak pujian, namun terdapat juga segelintir netizen yang masih ‘sakit mata’ dan bertindak mengecam penampilan Mia akibat pemakaian tudung pendek dan tidak menutupi aset berharga miliknya.
Oleh itu, marilah kita mendoakan semoga Mia Sara mendapat hidayah menjadi seorang muslimah yang mengikut tuntutan syariah, berhijab dan menutup aura dengan sempurna, sebagaimana yang telah disrankan oleh agama Islam, agar tidak terus menerus mengundang kecaman dari warga maya.
Lumrah bagi setiap ibu bapa yang pasti akan merasa teruja dan gembira apabila anak-anak mereka memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
Walau apa pun latar belakang mereka, perasaan itu tetap sama.
Begitulah yang dirasai oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek yang menzahirkan rasa teruja dan bangga apabila anak kedua beliau memperoleh keputusan cemerlang 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.
“Saya pun gembira, anak saya dapat keputusan hari ini, Alhamdulillah… 8A,” kongsi YB Fadhlina.
YB Fadhlina turut berkongsi berita gembira itu dengan para pengikutnya di Facebook.
“Untuk Sarah, tetima kasih atas keputusan cemerlang ini. Mama dan Baba pulangkan kepada Sarah untuk pilihan langkah selanjutnya.
“Nampak gaya, jika tidak pengajian Islam atau syariah pastilah undang-undang.
“Macam Mama dan Baba juga!”
Terdahulu, YB Fadhlina meluangkan masa lebih satu jam di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang untuk menemani anaknya, Sarah mengambil keputusan, sebelum melakukan tinjauan penyerahan keputusan SPM 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Kajang.
Tahun lalu, anak sulung beliau yang belajar di Sekolah Menengah Agama (SMA) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) turut memperoleh keputusan cemerlang dengan 9A 2B dalam SPM.
Ketika mengumumkan analisis keputusan, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Azman Adnan berkata SPM 2024 merekodkan pencapaian terbaik sejak 2013, dengan mencatat Gred Purata Kebangsaan (GPK) 4.49 berbanding 4.60 pada 2023.
Menurut YB Fadhlina, bilangan calon mendapat sekurang-kurang kepujian atau Gred C dalam semua mata pelajaran pada 2024 turut meningkat kepada 86,040 orang berbanding 83,112 pada 2023.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Selendang atas kepala di majlis kahwin jadi perbincangan hangat apabila gaya tetamu dikatakan boleh menenggelamkan seri pengantin. Ini adab yang wajar dijaga.