Video yang dimuat naik oleh ibu selebriti terkenal, Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed menarik perhatian ramai apabila dia memeluk anaknya yang tercinta itu mengenakan niqab.
Di ruangan kapsyen, Datin Noor Kartini juga meluahkan rasa syukurnya kerana telah mengurniakan hidayah buat anaknya itu dan berharap yang sama untuk dirinya, keluarga serta seluruh umat manusia.
MashaAllah mashaAllah Ya Allah aku tiada ungkapan untukku ucapkan syukur dengan karuniamu mengamanatkanku bidadari yang terindah untukku, yang banyak mengajarku, yang menjadi inspirasiku..
Ya Allah syukur atas hidayah untuknya yang kau kurniakan dan ku mohon kurniakan hidayah yang terbaik untukku , seluruh keluargaku dan seluruh umat manusia.. amiiinnn Love you bidadariku @neelofa ❤️ #anakluarbiasa
Bukan itu sahaja, Neelofa juga turut berkongsikan detik indah itu di ruangan Instastory miliknya. Tulisnya, ibunya merupakan insan teragung yang sentiasa berada di sisinya di setiap langkah.
I Love You So Much Mama
-neelofa-
Ads
Sejak dari semalam, Neelofa telah berkongsikan dua fotonya mengenakan niqab di laman Instagramnya. Foto-foto tersebut mendapat ribuan komen daripada pengikutnya yang memuji kecantikannya sekaligus mendoakan yang terbaik buat dirinya.
Sesetengah orang merasa sukar apabila mereka mempunyai ramai anak kerana ia boleh menjadi sedikit trauma lebih-lebih lagi dengan banyak kes rumahtangga yang berlaku saban hari. Tetapi Anzalna Nasir, seorang selebriti jelita, berjaya menguruskan keharmonian rumah tangganya dengan cara tersendiri.
Kita telah mendengar banyak tentang perselisihan faham antara orang dalam hubungan, terutamanya antara selebriti dengan rakan atau ahli keluarga mereka.
Anzalna Nasir mempunyai tips dalam menjaga keharmonian rumah tangga. Dia berkata bahawa kedua-dua pasangan perlu bekerjasama untuk membuat perkara berjalan lancar.
Menurut satu portal hiburan tempatan, Nur Anzalna Mohd. Nasir mengatakan bahawa kadangkala pertengkaran antara suami dan isteri boleh berlaku, dan setiap orang dalam rumah tangga mesti bersedia untuk mereka.
Jika pasangan itu boleh kembali mesra dan menyayangi antara satu sama lain semula, masalah mereka kebanyakannya akan diselesaikan.
“Kami jenis walaupun sudah berkahwin, harus mengekalkan hubungan seperti baru bercinta.
“Setiap kali bergaduh, saya dan suami tidak berlama-lama memandam rasa. Sebaliknya akan menyelesaikan masalah dengan cepat,”ujarnya.
Katanya, kedua-dua pasangan perlu berusaha bersama-sama menyelesaikan masalah mereka secepat mungkin, tanpa mementingkan ego sendiri.
“Setiap kali berbalah, tolak ego ke tepi, duduk bersama-sama dan perbaiki apa yang kekurangan,”
Isteri kepada Hanif Zaki itu berkata, dia mahu keluarganya bahagia, tetapi dia tidak mahu berasa bangga dengan hubungan mesra mereka. Dia fikir adalah lebih baik jika mereka berkongsi sedikit lagi kebahagiaan mereka dengan satu sama lain.
Ibu kepada dua cahaya mata cantik ini berpesan agar tidak bercakap masalah anda dengan orang lain di khalayak ramai, sebaliknya selesaikan secara bersemuka dengan pasangan.
“Kehidupan ini ada jatuh bangun yang kita tidak tahu apa yang akan jadi pada masa hadapan.
“Ada masalah simpan sendiri sahaja (jangan hebohkan) dan selesaikan kesulitan dengan pasangan masing-masing.
“Jangan simpan dalam hati dan sentiasa berbincang jika ada apa-apa kerana apabila terjadi sampai satu masa akan meletup,” jelasnya.
Sekadar info, Nur Anzalna ialah seorang pelakon dan model Malaysia. Beliau merupakan salah seorang finalis peraduan Dewi Remaja 2009/2010. Dia dan Hanif Zaki berkahwin pada 2016.
Sumber : Kosmo
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Solat Jumaat akan diteruskan di masjid seluruh negara meskipun terdapat penularan wabak koronavirus (Covid-19) di seluruh dunia. Situasi semasa penularan virus COVID-19 yang masih terkawal di negara ini tidak memerlukan solat Jumaat dihentikan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Beliau berkata solat yang diwajibkan kepada lelaki Muslim itu hendaklah diteruskan dengan beberapa perubahan dilakukan, antaranya memendekkan khutbah Jumaat.
“Mereka yang ada simptom COVID-19 bagaimanapun tidak perlu hadir solat Jumaat kerana termasuk dalam golongan orang yang sakit,” katanya.
Ia selaras dengan Firman ALLAH SWT dan hukum asal solat Jumaat iaitu wajib.
“Berdasarkan situasi semasa, setakat ini tiada keperluan untuk tiadakan solat Jumaat di masjid,” katanya.
Bagaimanapun katanya, setiap masjid perlu mengambil langkah bagi mengurangkan risiko penyebaran Covid-19.
“Orang ramai disarankan mengambil wuduk di rumah sebelum ke masjid dan khutbah perlu dipendekkan bagi mengurangkan jemaah terdedah dengan persekitaran,” katanya yang turut menyarankan pihak masjid menyediakan topeng muka dan cecair pembasmi kuman.
Beliau berkata, sekiranya Covid-19 merebak dan tidak terkawal, dibolehkan solat Jumaat tidak dilakukan dan digantikan solat Zuhur di rumah masing-masing.
LELAKI WAJIB SOLAT JUMAAT
Syariat Islam mewajibkan bagi umat Islam dalam kalangan lelaki, baligh, berakal, orang yang bermukim di sesuatu tempat dan tidak mempunyai keuzuran, untuk mendirikan solat Jumaat secara berjemaah. Ini berdasarkan dalil daripada al-Quran, hadith dan Ijma’. Allah SWT berfirman di dalam al-Quran:
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
(Surah al-Jumu’ah: 9)
Imam al-Sarkhasi dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa arahan untuk bersegera tersebut tidak memberi makna lain kecuali makna wajib, serta arahan untuk meninggalkan jual-beli yang pada asal hukumnya adalah harus kerana solat Jumaat menunjukkan kewajipan solat tersebut. (Rujuk al-Mabsuth lil Sarkhasi, 2:21)
Maksudnya: Solat Jumaat merupakan satu hak kewajipan ke atas setiap orang muslim untuk mendirikannya secara berjemaah, kecuali hamba yang dimiliki oleh tuannya, perempuan, kanak-kanak dan orang yang sakit. Hadith riwayat Abu Daud, (1:644)
Disamping itu, telah berlaku ijma’ dalam kalangan ulama’ berkenaan kewajipan solat Jumaat ke atas orang lelaki, muslim, baligh, yang bermukim di sesuatu tempat dan tiada keuzuran baginya yang membolehkan dia meninggalkan solat Jumaat secara berjemaah. (Rujuk Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 27:193).
Berdasarkan dalil dan hujah di atas, jelaslah kepada kita tentang kewajipan solat Jumaat yang dilaksanakan secara berjemaah.
Bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika kita mendengar orang awam di Nigeria seperti pemandu teksi, peniaga pasar malam dan pemilik kedai ditindas oleh polis di sana yang sering meminta wang atau rasuah jika mahu terus selamat.
Pasukan polis Nigeria yang mula ditubuhkan sejak tahun 1930 memang sentiasa terpalit dengan isu profesionalisme, rasuah dan juga perlakuan jenayah.
Namun, tidak semua yang bersikap begitu. Ada seorang anggota di sana yang telah berjanji untuk menggunakan hartanya bagi membangunkan Islam dengan membina masjid.
“Saya akan habiskan seluruh harta saya untuk membangunkan islam dan muslim, InsyaAllah,”
Dia kemudian membina masjid dan juga tempat untuk mengambil wudhu. Walaupun berusaha sendiri, dia tetap teguh meneruskan usahannya itu.
Di saat orang lain mengimpikan untuk membeli kereta mewah dan rumah besar, ada juga insan lain yang mengidamkan untuk mendapar darjat tertinggi di sisi Tuhan. Menghabiskan gajinya untuk kebaikan agama, pahalanya pasti mencurah-curah walaupun dia sudah menghembuskan nafas terakhir suatu hari nanti. Moga anggota polis ini mendapat keberkatan dalam setiap perkara yang dilakukan. InsyaAllah.
Makeup hijabi tahan lama tanpa breakout boleh dicapai dengan rutin penjagaan kulit yang betul. Ketahui 10 tip penting untuk memastikan kulit kekal sihat, segar dan bebas jerawat walaupun bersolek sepanjang hari.