Pada zaman masa kini, ramai ibu bapa yang mahu memberi nama unik untuk anak mereka yang bakal lahir dengan mengambil inspirasi daripada pelbagai perkara seperti makanan, warna atau lokasi kegemaran mereka.

Tidak mahu sesuatu yang biasa, Sandra Williams memutuskan untuk mendapatkan keunikan itu dengan menghasilkan nama yang ‘sangat, sangat, sangat’ panjang untuk bayi perempuannya.

Apabila gadis kecil itu dilahirkan pada 12 September 1984, ibu bapanya menulis namanya sebagai Rhoshandiatellyneshiaunneveshenk Koyaanisquatsiuth Williams pada sijil kelahirannya.

Bagaimanapun, tiga minggu kemudian mereka memutuskan bahawa ia tidak cukup panjang lalu mereka memfailkan pindaan yang menjadikannya 1,019 huruf.

Photo by Mikhail Nilov from Pexels

Selepas diubah, namanya bertukar menjadi…

Rhoshandiatellyneshiaunneveshenkescianneshaimondrischlyndasaccarnae renquellenendrasamecashaunettethalemeicoleshiwhalhinive’onchellecaundenesh eaalausondrilynnejeanetrimyranaekuesaundrilynnezekeriakenvaunetradevonneya vondalatarneskcaevontaepreonkeinesceellaviavelzadawnefriendsettajessicanneles ciajoyvaelloydietteyvettesparklenesceaundrieaquenttaekatilyaevea’shauwneorali aevaekizzieshiyjuanewandalecciannereneitheliapreciousnesceverroneccalovelia tyronevekacarrionnehenriettaescecleonpatrarutheliacharsalynnmeokcamonaeloies alynnecsiannemerciadellesciaustillaparissalondonveshadenequamonecaalexetiozetia quaniaenglaundneshiafrancethosharomeshaunnehawaineakowethauandavernellchishankcarl inaaddoneillesciachristondrafawndrealaotrelleoctavionnemiariasarahtashabnequcka gailenaxeteshiataharadaponsadeloriakoentescacraigneckadellanierstellavonnemyiat angoneshiadianacorvettinagodtawndrashirlenescekilokoneyasharrontannamyantoniaaquin ettesequioadaurilessiaquatandamerceddiamaebellecescajamesauwnneltomecapolotyoajohny aetheodoradilcyana.

Oleh itu, sijil kelahirannya menjadi sepanjang dua kaki. Menariknya, disebabkan namanya yang begitu panjang, ahli keluarga serta kenalannya hanya memanggilnya Jamie sahaja.

IKLAN

Bercakap kepada Oprah pada tahun 1997 ketika Jamie berumur 12 tahun, ibunya menjelaskan alasannya disebalik keputusannya untuk memberikan nama yang begitu panjang.

Dia memberitahu Oprah yang terkejut: “Saya terpaksa melakukan sesuatu untuk memecahkan Rekod Dunia Guinness. Saya perlu memastikan bahawa namanya akan menjadi unik.

“Saya tidak mahu namanya menjadi seperti orang lain.

IKLAN

“Namanya mesti berbeza dan saya perlu ada dalam buku Guinness.

Ekoran daripada itu, Texas telah menukar undang-undangnya supaya kanak-kanak hanya boleh diberi nama yang sesuai dalam kotak ‘nama’ pada borang sijil kelahiran.

Ujar ibu Jamie, dia mengambil masa enam tahun untuk menghasilkan idea nama, yang merupakan gabungan filem, kereta dan saudara-mara.

IKLAN

Namun, ternyata sukar untuk Jamie menghafal namanya sendiri sehingga ibunya terpaksa merakam nama itu pada pita dan memainkannya kepadanya berulang kali.

 

Walaupun menghadapi masalah logistik, Jamie menyukai namanya yang luar biasa kerana ia memberi kemasyhuran buatnya sehingga dapat melancong ke pelbagai destinasi dan tidak perlu hadir ke sekolah.

Rekod Dunia Guinness untuk nama keluarga terpanjang dalam rekod adalah pada tahun 1914.

Hubert Blaine, yang meninggal dunia pada 1997, menjalani kehidupan dengan nama 747 huruf.

Nama tersebut adalah…Wolfeschlegelsteinhausenbergerdorffwelchevoralternwarengewissenhaftschaferswessenschafewarenwohlgepflegeundsorgfaltigkeitbeschutzenvonangreifendurchihrraubgierigfeindewelchevoralternzwolftausendjahresvorandieerscheinenvanderersteerdemenschderraumschiffgebrauchlichtalsseinursprungvonkraftgestartseinlangefahrthinzwischensternartigraumaufdersuchenachdiesternwelchegehabtbewohnbarplanetenkreisedredhensichundwohinderneurassevonverstandigmenschlichkeitkonntefortpflanz.

sumber: Mirror

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI