Kejelitaan artis bersuara besar dan memukau ini tidak perlu dipersoalkan. Setiap kali penampilannya di kaca TV mahupun di acara ‘red carpet’ sekalipun, wajahnya sentiasa berseri dan yang paling jelas, penyanyi Noryn Aziz ini sentiasa nampak muda!
Walaupun sudah menjengah usia awal 40-an, tetapi wajahnya sentiasa nampak muda! Apa rahsia nya?! Haa, baru-baru ini selebriti cantik ini berkongsi rahsia di laman Instagram nya untuk kekal segar dan muda hanya dengan menggunakan ais!
Menurut artis ini, ia adalah rutin hariannya setiap pagi yang wajib diamalkan untuk kekal berseri! Sesuatu yang unik & menarik! Ramai juga yang komen inginkan maklumat lebih lanjut berkaitan ‘ice facial’ ini!
Ads
Rupa-rupanya banyak juga kebaikan dan kelebihan ‘ice facial’ ni tau! Antaranya ialah:
Berikutan Perintah Kawalan Pengerakan Bersyarat, kerajaaan menyarankan semua rakyat bekerja dari rumah. Satu kebebasan untuk hijabi apabila bekerja dari rumah. Rambut tidak terperap selama 12 jam, malah tidap perlu mengosok tudung setiap pagi.
Namun apabila perintah bermula, mod kerja berjalan seperti biasa. Apa yang membuat sedikit kekalutan apabila sesetengah kumpulan bekerja memerlukan anda untuk meeting di alam maya.
Jangan kaget hijabi, anda perlu ada perancangan setiap hari bekerja dan mod stand by ketika meeting di alam maya. Paling utama maklumkan kepada grup bekerja supaya memaklumkan kepada setiap ahli terlebih dahulu. Ini penting bagi anda tetap menjaga aurat.
Ini solusi bagi hijabi yang working at home tetapi masih menjaga aurat di alam maya:
Pastikan ada lip tint di sisi cukup calitkan di bibir dan di pipi. Supaya rakan sekerja tidak nampak anda seperti mayat hidup.
Knot Denim Instant Hijab memudahkan hijabi dengan menyarungkan sahaja ketika berada dalam mod work at home tidak memerlukan jarum dan tidak perlu menggosak. Here we go!
Masih dalam rekaan instant hijab, corak mod kerja anda dari rumah dengan hijab Safa Nour dari Tudung People. Material tudung lembut dan sejuk dan yang penting ‘slim effect’ tudung tampak terletak di bahu.
Turban stail tetap on dengan Budapest square hijab dari Lilit Women yang mudah digayakan tanpa perlu gosok. Anda cuma perlukan padanan shirt inner neck tetap selesa walaupun bekerja di rumah.
Tidak mahu bosan dengan pengayaan tudung, mungkin gaya turban dari Didiyana Ehsan boleh membantu hijabi melilit turban dari dUCk scarve. Material yang lembut dan didatangi denga dua pengikat yang mebolehkan anda melilit turban dengan gaya tersendiri.
Tudung pleated yang menjadi kegilaan hijabi buat masa sekarang. Tren terkini Carmelita Adra Scarves shawl yang tidak perlu gosok. Bentuk shawl tiga segi ini mudah untuk anda menata gayakan. Jom ikuti langkah mengayakannya.
Koleksi terkini Ariani, tentulah Shawl Lasercut Pretty Pleats yang mempunyai detailing lasercut yang kemas pada hujung shawl. Bukan setakat itu saja, malah shawl pleats kali ini is a non-iron shawl dan mudah dibentuk. Best kan? Tak perlu tunggu raya sis.
Paling terlaris dari koleksi Ameera Zaini sehingga permintaan berganda. Sarah Tieback Scarf kembali di pasaran. Material Sarah yg sangat mudah terbentuk ini sangat sesuai untuk aktiviti harian. Anda juga boleh kategorikannya sebagai “lazy scarf” kerana ianya boleh dikatakan “almost ironless & pinless”. Siapa tak nak bersiap pantas & cantik kan?
Wow! kalau begini gaya anda ketika bekerja di rumah, anda memang seorang hijabi yang sering menjaga penampilan. Kenapa tidak? Jaja yang mengayakan square art dari koleksi sugarscarft. You go girl!
Tudung awning lover! anda tidak perlu resah gelisah. Tudung yang dahulunya popular di kalangan hijabi, diubahsuai dan dimodenkan dari segi material yang tidak menghadkan anda untuk mengayakannya. Koleksi Hijabs By Hanami peneraju tudung sarung, boleh la belek untuk koleksi raya juga.
Masa anda terhad untuk bersiap? Jangan risau, dengan Stella Pinless Hijab koleksi Al Humairah ini pasti akan memudahkan serta menjimatkan masa anda untuk bersiap! Pelbagai gaya anda boleh gayakan mengikut kreativiti masing-masing ya. Penggunaan pin untuk kesesuaian bentuk muka masing-masing.
Jadi apa lagi hijabi, rugi jika anda tidak miliki 10 jenama tudung di atas. Himpunan koleksi ini bukan memudahkan anda malah anda dapat menjimatkan masa tetapi masih boleh bergaya walaupun bekerja di rumah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Umum mengetahui Dato’ Sri Siti Nurhaliza sememangnya cukup akrab dengan anak-anak tirinya, lebih-lebih lagi dengan dua menantunya pelakon dari seberang isteri kepada Ashraf, Tya Arifin serta Izara Aishah, isteri kepada Adib.
Terdahulu, Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti ada berkongsikan foto bersama dengan kedua-dua menantunya di laman Instagram sewaktu keluar bersama ahli keluarga berjaya undang perhatian ramai.
Manakan tidaknya, menerusi hantaran berkenaan, difahamkan mereka berada di sebuah restoran mewah terletak di ibu negara bagi meraikan ulang tahun kelahiran anak tiri kepada Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalif. Dan, majlis berkenaan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.
Namun apa yang lebih mencuri perhatian adalah penampilan Tokti, di mana netizen tidak dapat menyembunyikan keterujaan melihat keayuan penyanyi 45 tahun itu.
Malah, raut wajah yang kelihatan awet muda dan persis sebaya apabila bergambar bersama kedua-dua menantu tirinya iaitu Tya Arifin dan Izara Aishah.
Artikel berkaitan: “Dia Dah Siap Bertelekung Sebab Tunggu Waktu Solat” Pereka Fesyen EZUWAN ISMAIL Kongsi Momen…
Team HIJABISTA, sempat meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan dan mendapati rata-rata peminat penyanyi nombor satu negara itu bersetuju bahawa penyanyi kesayangan mereka ini tak lapuk dek usia.
Mereka mengatakan ketiga-tiga wanita di dalam gambar berkenaan seakan di lingkungan umur yang sama meskipun usia TokTi jauh lebih berusia.
Di ruangan komen, ramai yang mula membanjiri komen dengan memuji keanggunan Tokti serta kedua-dua menantu tirinya.
Untuk rekod, Datuk Seri Siti Nurhaliza melangsungkan perkahwinan bersama ushaawan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa pada tanggal 21 Ogos 2006, di Masjid Wilayah Persekutuan. Hasil perkongsian hidup selama 18 tahun itu, kehidupan pasangan ini diserikan lagi dengan kehadiran dua cahaya mata, Siti Aafiyah, 6 dan Muhammad Afwa, 3 tahun.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Solat merupakan ibadah yang sangat penting dan wajib dilakukan. Solat amat penting sehinggakan ketika sedang berperang sekalipun, kita tidak boleh meninggalkan solat.
Imam Al-Baihaqi meriwayatkan bahawa nabi bersabda, “Solat itu tiang agama. Sesiapa yang meninggalkannya,dia meruntuhkan agama.”
Dalam surah Al-Mukminun ayat 1,2 dan 9, Allah menjelaskan, “Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam solat mereka… dan mereka yang memelihara solat-solat mereka.”
Melalui muat turun Ustaz Don Danial di laman sosialnya, bukan sahaja untuk isterinya tapi untuk kita jadikan peringatan. Jom amati pesanan Ustaz Don:
Jaga lah solat kerana, solat itu wajib,
Bukan pada suami untuk menegur
Tetapi wajib bagi setiap individu.
.
Wahai Isteri,
Jaga lah solat kerana, solat itu tiang agama,
Bukan pada suami sebagai ketua
Tetapi tiang bagi setiap jiwa.
.
Wahai Isteri,
Jaga lah solat kerana,
Solat itu benteng di akhirat,
Bukan pada suami
Tetapi benteng bagi setiap diri yang disoal nanti.
.
Wahai Isteri,
Jaga lah solat kerana,
Solat itu adalah kunci,
Bukan pada suami yang terkadang alpa
Tetapi kunci bagi setiap yang mengangkat syahadah
.
Wahai Isteri,
Jaga lah solat kerana, solat itu cahaya,
Bukan pada suami yang beragama
Tetapi cahaya bagi setiap yang mendirikannya.
.
Wahai Isteri,
Aku suami, aku cinta kamu kerana الله,
Kerana itu aku menulis untaian nasihat,
Bukan kerana aku suami tetapi kerana kamu isteri.
.
Wallahu a’lam
Coretan lama
Tetap segar untuk @husnazahry
.
Don Daniyal Don Biyajid
Makkah al-Mukarramah
24 Safar 1437H
6 Disember 2015
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di