Selebriti tersohor iaitu Neelofa terus membanggakan negara Malaysia dan menjadi inspirasi buat semua terutamanya kaum wanita apabila dia telah menerima sebuah anugerah bertaraf antarabangsa di Monte Carlo, Monaco iaitu Influencers Award Monaco.
Telah dicalonkan sejak Jun yang lalu, anugerah anjuran keluarga diraja Monaco itu dianggap peluang terbesar Neelofa bagi mengukuhkan empayarnya.
Menulis di laman Instagramnya, Neelofa merakamkan ucapan penghargaan buat mereka yang setia menyokongnya tanpa jemu.
Terima kasih sekali lagi untuk pencalonan dan anugerah ini, @influencerawardsmonaco. Ini juga adalah untuk anda semua yang telah menyokong dan memberi inspirasi buat gadis ini sejak dari dahulu lagi. Semestinya ia merupakan antara momen paling penting dalam tahun 2019 ini.
Ads
Ribuan pengikutnya mengucapkan tahniah buat dirinya di atas kejayaan yang diraih. Hebat sungguh Neelofa!
Sebuat sahaja nama pengasas bagi portal fesyen dalam talian terkemuka FashionValet, Vivy Yusof pasti ramai mengenalinya. Beliau bukan sahaja digambarkan sebagai ikon fesyen oleh hijabi masa kini, tetapi juga menjadi idola buat wanita di luar sana yang mahu berjaya sepertinya. Jadi tidak hairanlah jika kisah kejayaannya turut dijadikan kajian kes untuk salah satu kertas bagi Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tahun ini.
Vivy yang berkongsi perkara ini di laman instagramnya dan terkejut dimaklumkan beberapa pengikutnya yang turut menduduki kertas peperiksaan bagi mata pelajaran Pengajian Perniagaan.
Pengasas bersama bagi jenama FashionValet dan pengasas jenama dUCk ini menganggap ia sebagai satu penghormatan buat dirnya dan merasakan dia sedang bermimpi apabila kisah kejayaannya diangkat menjadi kajian kes bagi pelajar yang mengambil peperiksaan penting ini.
Malah Vivy turut mendoakan kecemerlangan para pelajar yang menduduki peperikssan berkenaan.
Reaksi pengikutnya yang turut terharu dengan perkongsian ini dan rata-rata mengucapkan tahniah dan ternyata kisah kejayannya telah dijadikan contoh dalam peperiksaan kebangsaan.
nurazlin_ain puan vivy , im so proud of u. before this i dont know who is the producer of dUCk product. yesterday when i answer business management paper in stpm exam,i know how hard u make it u such an icon in entrepeneur world
yusofazure WOWW…Vivy @vivyyusof..u r sure such an impact on every single being..Bravo n Congrats Vivy.
Pemenang Ratu Inspirasi dalam pertandingan Ratu Hijabista, Fiffy Afrina merupakan seorang bakal doktor yang begitu komited dengan pengajiannya. Masih berada dalam tahun akhir pengajian, gadis ayu ini baru sahaja masuk ke set untuk penggambaran drama bersiri Angkara Cinta arahan Hadith Omar.
Berbicara soal ini, “Fiffy akan muncul di dalam episode ke-91 sebagai gadis bertudung yang dikenali sebagai Suri. Suri merupakan seorang ustazah yang mengajar mengaji di surau dan dia akan memiliki hubungan dengan watak Remy yang dilakonkan oleh Syazwan Zulkifly. Buat masa ni pengarah masih belum ada kata putus mengenai bilangan episod yang akan adanya watak Suri dan juga progression di dalam drama terbabit.”
Sebagai seorang pelajar perubatan, Fiffy yakin yang dia mampu menyeimbangkan masa di antara dua cinta ini, kerjaya dalam bidang perubatan dan juga sebagai anak seni.
“Bidang kedoktoran dan bidang seni merupakan dua perkara yang sangat berbeza. Namun sebagai mahasiswa perubatan, saya juga sangat meminati bidang seni seperti lakonan dan juga pengacaraan. Walaupun agak susah, saya cuba membahagikan masa untuk kedua-duanya. Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
“Untuk drama Angkara Cinta ini, Fiffy bersyukur kerana penggambaran diadakan di Ipoh, tidak jauh dengan lokasi universiti. Jadi ini memudahkan pergerakan dan juga pembahagian masa,” jawabnya bila ditanya soal dua dunia yang berbeza ini.
MAHU LEBIH SERIUS
Apabila ditanya, gadis berusia 24 tahun ini menyatakan yang dia sememangnya berminat dan mahu lebih serius di dalam bidang seni. “Selepas menamatkan ijazah, saya ingin mencuba nasib dalam bidang lakonan dan juga pengacaraan dengan lebih serius dengan menghadiri sesi ujibakat.
“Selain itu jika ada kesempatan, saya juga ingin belajar lebih lagi tentang lakonan dan juga pengacaraan daripada orang yang lebih berpengalaman di dalam kedua-dua bidang ini,” ucapnya menyatakan langkah yang lebih serius usai tamat pengajian nanti.
Sumber gambar: Instagram Fiffy Afrina
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah bersama keluarga baru-baru ini. Dan nampaknya pelakon serta pengacara popular Mira Filzah tidak duduk diam, sebaliknya terbang pula bercuti ke Sydney Australia.
Percutian kali ini menjadi lebih bermakna kerana Mira Filzah berpeluang melakukan aktiviti lasak iaitu terjunan udara (skydiving) di sana.
Mira telah muat turun video dia melakukan aktiviti itu di laman instagramnya dengan menunjukkan rasa gembira kerana berjaya membuat terjunan dari 15,000 kaki langit Sydney, Australia dan merasai 60 saat terjun bebas.
Dia juga memberitahu ini adalah pengalaman terbaik pernah diterokai dan akan banyak lagi penerokaan lain selepas ini. Malah pelakon comel ini juga untuk menulis tanda pagar untuk mengambil lesen menyelam pula.
Kali ini Mira tidak keseorangan melakukan terjunan berkenaan, sebaliknya turut ditemani adiknya, Aina Fadhilah yang juga melakukan aktiviti berkenaan.
Ternyata walaupun Mira dan adiknya nampak berwajah penuh kelembutan, tetapi kedua-duanya berjaya melakukan sukan ekstrem ini.
Namun yang paling mencuri tumpuan selain terjunan Mira itu adalah kecantikan adiknya, yang terserlah kelembutan di wajahnya dan manis seperti kakak tersayang.
Mira yang turut muat turut dua foto bersama adiknya itu sehingga mendapat pujian netizen.
Netizen bukan sahaja memuji hubungan mesra dan rapat yang terjalin antara dua beradik ini, tetapi juga keberanian mereka kerana berjaya melakukan aktiviti ekstrem bersama.
wadi_nasution salute…nmpak je lembut wataknya…tp aty nye berani bak gergasi…
Pelakon Pujaan Hati Kanda dan Lelaki Kiriman Tuhan ini juga turut dipuji kerana menjaga batas pergaulan apabila memilih jurulatih wanita untuk bersama mengemudi terjunannya di udara.
Hijabista ucapkan syabas buat Mira dan adiknya. So hijabi di luar sana, walaupun bertudung, tetapi anda juga boleh dan berani untuk melakukan aktiviti lasak ini.