Trio adik beradik iaitu Omar Mukhtar, Fatimah dan Ali pasti tidak asing lagi di minda anda jika anda merupakan pengikut setia akaun @thefamily.uk di instagram dan facebook. Walaupun masih kecil, mereka telah mengecap populariti luar biasa setelah video mereka viral di laman sosial. Selain bijak berhadapan dengan kamera, mereka juga terkenal kerana kepetahan berbicara bahasa melayu lebih-lebih lagi dalam dialek Kelantan walaupun membesar di United Kingdom (UK).
Baru-baru ini, abang sulung mereka, Omar Mukhtar yang baru berusia 11 tahun telah berjaya memasuki sekolah King Edward’s School (KES) yang merupakan antara sekolah terbaik di UK. Ini merupakan pencapaian yang sangat membanggakan kerana bukan calang-calang orang yang boleh masuk ke situ!
Hari yang dinantikan telah tiba . Secara rasminya saya adalah pelajar King Edward. Saya berasa begitu teruja dan gembira! Terima kasih Tuhan kerana menjadikan mimpi ini satu kenyataan! Terima kasih ayah,ibu dan seluruh ahli keluarga yang ada di sisi pada hari yang sangat istimewa ini! Saya harap saya boleh terus membuat kamu semua bangga!
Terima kasih semua untuk doa dan segala ucapan. Tiada perkataan yang mampu menggambarkan betapa saya menghargai sokongan anda! Moga Tuhan merahmati anda dan keluarga.
Nampak budak dalam gambar ini ? Itulah saya pada pada tahun 2017- 18 Mac untuk lebih spesifik! Saya hanya berusia 10 tahun pada masa itu. Saya masih ingat lagi perasaan pertama kali saya menjejakkan kaki ke King Edward’s School (KES) untuk Hari Terbuka mereka. Saya rasa seperti Harry Potter yang sedang menjejakkan kaki ke Hogwarts! Saya rasa seperti ada satu pertalian di antara saya dan sekolah itu. Saya boleh membayangkan diri saya menjadi pelajar sekolah itu, meneruskan pengajian di Universiti Oxford dan seterusnya. Dulu segalanya rasa hanya seperti sebuah mimpi kerana sangat susah untuk memasuki KES, hampir mustahil! Tapi dengan pertolongan Tuhan, kerja keras dan sokongan semua, saya mampu lulus peperiksaan dengan jayanya. Bukan itu sahaja, saya juga bersyukur diberikan biasiswa penuh daripada 125 pelajar! Saya sangat bersyukur kepada Tuhan atas peluang yang telah Dia kurniakan ini untuk saya gembirakan ibu bapa saya.
Jadi, mengapa KES ? Kerana ia merupakan antara sekolah terbaik di UK! Ia sebenarnya telah ditubuhkan pada tahun 1552 oleh King Edward VI dan sekarang hampir berusia 500 tahun. JRR Tolkien, penulis terkenal siri ‘The Lord of The Rings’ & ‘The Hobbit’, dan banyak lagi orang terkenal merupakan alumni sekolah itu atau lebih biasa dipanggil, ‘Old Edwardians’. Sesetengah daripada mereka merupakan pemenang Anugerah Nobel! Banyak pelajarnya menyambung di Oxford dan Cambridge-begitu menginspirasikan!
Ads
Moga terus menjadi contoh dan inspirasi buat adik-adiknya!
Terima kasih kerana menunjukkan contoh terbaik buat adik-adik kamu! Kamu adalah ikon terbaik untuk mereka, bukan hanya dalam penulisan tapi dalam keseluruhan karakter. Kami bergitu bersyukur dikurniakan kamu sebagai anak lelaki sulung. Teruskan bersinar dan pimpin Fatimah dan Ali untuk terus menggapai bintang!
Ads
Kepada Fatimah & Ali,
Teruskan percaya kepada diri sendiri, sentiasa rendah diri dan teruskan memberi inspirasi!
Kepada Tuhan,
Terima kasih kerana kurniakan kami dengan 3 orang anak yang sangat hebat! Mereka tak pernah gagal membuatkan kami bangga dan memberikan senyuman di wajah kami setiap hari. Teruskanlah membimbing kami supaya kami dapat memimpin mereka menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat. Amin.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Memiliki cahaya mata sememangnya menjadi impian setiap pasangan yang sudah berkahwin. Bagi pasangan suami isteri, cahaya mata adalah anugerah terindah yang diberikan Allah SWT sebagai penyeri dalam menjalani kehidupan berkeluarga.
Baru-baru ini, penyanyi; Syura Badron telah berkongsi berita gembira melalui satu hantaran video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya. Melalui hantaran itu, Syura berkongsi bahawa dia sedang hamil selepas 11 bulan mendirikan rumah tangga dengan Muhd Farizat Ismail.
Penyanyi tersebut turut berkongsi bahawa dia dijangka bersalin pada Mac 2023. Hantaran tersebut dimuat naik beserta kapsyen “Soon, Mohon doakan yang baik-baik. Abie, you are going to be a daddy soon. InsyaAllah…”
Menerusi video yang dimuat naik, Syura atau Zuraidah Badron,36, dilihat sedang memberikan kejutan buat suami tercinta, Muhd Farizat Ismail.
Pelantun lagu ‘Nazam Berkasih’ itu telah memberi sebuah kotak hitam kepada suaminya untuk dibuka. Rupa-rupanya, isi kotak tersebut ialah sehelai baju bayi yang mempunyai perkataan ‘You Are Going To Be A Daddy Soon‘.
Bukan hanya suaminya, malah ketiga-tiga anaknya terlihat teruja dan tidak sabar menanti kelahiran cahaya matanya. Syura juga sempat membuat video kompilasi momen bersama keluarga sepanjang kehamilannya itu. Video tersebut turut dilengkapkan dengan lagu Buah Hati oleh Armada.
Menurut Syura, dia berasa kekok apabila disahkan hamil kerana kali terakhir penyanyi tersebut hamil adalah sekitar 11 tahun yang lalu, namun dia bersyukur diberikan rezeki oleh Allah SWT.
“Kalau ikutkan perkahwinan kami belum sampai setahun, syukur dapat rezeki anak awal. Kali terakhir hamil adalah 11 tahun lalu, jadi perasaan itu agak kekok seperti sedang hamil anak pertama.
“Saya bersyukur kerana kehamilan keempat ini tidak mengalami sebarang alahan teruk. Cuma kadangkala saya sakit tekak dan demam,” ujarnya melalui Harian Metro.
Rakan artis dan para peminat membanjiri ruangan komen hantaran tersebut dengan ucapan tahniah dan mendoakan agar Syura serta bayinya sentiasa sihat.
“Tahniah akak dan ijat…..semoga dipermudahkan sehingga bersalin.,mummy & baby sihat²….1day nk jgk merasa mcm niii 😢😢”
“Alhamdulillah…tahniah kak syura dan suami…😍😍semoga akak sihat selalu dan selamat melahirkan”
“Congrats Syura & Farizat. May Allah ease everything for both of you. ❤️”
“Alhamdulillah, semoga baik-baik sahaja. Tahniah jangan masuk air sangat lepas ni ya. Nanti menurun kat baby 😍😂”
Sekadar info, ini merupakan perkahwinan kedua Syura selepas bercerai dengan bekas suami pada Ogos 2015 yang lalu. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdani, 15, Nurul Qaisara Sofia, 13 dan Muhammad Irfan Aryan, 11 tahun.
Sebagai wanita kecantikan adalah satu tropi membina keyakinan diri untuk berdepan dengan masyarakat. Di Malaysia cuaca tropical, pertumbuhan melanin akibat paparan sinar matahari merupakan perkara yang sukar dihindari.
Untuk itu, ramai hijabi beruasaha mengurangkan pembentukan melanin dengan menggunakan whitening serum atau serum wajah yang mampu memutihkan kulit tetapi kurang pasti serum mana yang sesuai. Sebelum itu jom semak cara memilih serum terdahulu.
Walaupun serum pemutih dilabel “whitening” alias “pemutih kulit“, sebenarnya produk ini tidak memberikan efek mencerahkan kesan hitam atau memutihkan kulit. Bahan pemutih yang terkandung di dalamnya memiliki fungsi utama iaitu menghambat produksi melanin.
Dengan kata lain, serum pemutih adalah produk perawatan dan pencegahan. Sia-sia saja jika Anda berharap serum pemutih kulit mampu menghilangkan kesan atau noda kehitaman di wajah. Seharusnya, rawatlah kulit wajah anda dengan serum pemutih kulit untuk mencegah pembentukan melanin pada masa akan datang.
Serum pemutih mengandung komponen yang dapat memudarkan melanin sekaligus mencegahnya datang kembali. Untuk itu, gunakanlah serum pemutih sejak dari sekarang. Di samping itu, Anda juga perlu menggunakan tabir suria pada siang hari. Selain menggunakan serum pemutih, perlu melakukan mencegah untuk menghindari efek buruk sinar matahari dan faktor lain.
Tiga poin penting ini perlu anda teliti dengan baik sebelum membeli serum pemutih.
Ketika memilih serum pemutih, periksalah kandungan bahan pemutihnya. Sebahagian besar serum pemutih tergolong sebagai ubat kosmetikdan tidak semua bahan kandungan tertulis di pembukusannya. Sukar bukan, untuk kenalilah serum pemutih dengan terlebih dahulu meneliti apa sahaja kandungan bahan yang memiliki efek whitening.
Pada umumnya, terdapat dua jenis kandungan bahan pemutih yang dikenal memiliki efek whitening yang mampu mencegah oksidasi melanin, sedangkan satunya lagi efektif menghambat enzim tirosinase (tyrosinase) yang merupakan penyebab utama kesan hitam.
Kandungan bahan pemutih yang mampu mencegah oksidasi melanin adalah sebagai berikut ini:
Bahan aktif berikut ini dikenal mampu mencegah pembentukan enzim tirosinase:
Selain beberapa contoh di atas, masih ada banyak bahan pemutih lain seperti bahan anti-inflamasi dipotassium glycyrrhizinate acid,potassium 4-methoxysalicylate, tranexamic acid, dan lain-lain. Bahkan, ada banyak pengilang yang menggunakan ramuan pemutihnya sendiri. Sebelum membeli serum pemutih, ada baiknya anda mencari informasi tentang bahannya secara lebih teliti.
Selain efek memutih, tentunya anda juga menginginkan efek melembapkan dari penggunaan serum wajah. Jika kulit kering, perbagai jenis masalah kulit akan muncul akibat dari penggunaan bahan-bahan pemutih. Kedutan, bintik hitam dan masalah kulit lainnya yang disebabkan kulit kering.
Bukan semua serum pemutih memberikan label komposisi bahan yang lengkap. Namun, sebaiknya anda memilih serum yang mengandung bahan pelembap. Temukan serum yang ideal mempunyai dual fungsi memutihkan dan melembapkan.
Pada umumnya, serum pemutih diletak dengan harga yang lebih tinggi dibandingkan produk perawatan kulit lain. Untuk itu, pastikan anda memilih serum dengan kemasan, tekstur, aroma, dan keunggulan lainnya yang sesuai keinginan.
Aroma serum yang wangi akan mampu memberikan efek ketenangan. Jadi, pilihlah aroma yang paling anda sukai. Selain itu, jika Anda tidak menyukai serum bertekstur meleket, pastikan memilih yang bertekstur lembut. Untuk lebih meyakinkan, baca ulasan pengguna lainnya sebelum membeli.
Perhatikan kondisi kulit wajah anda sebelum membeli agar dapat hasil yang maksima. Ini 10 cadangan serum pemutih terbaik di pasaran ini
Niacinamide, juga dikenali sebagai Vitamin B3, berfungsi mengurangkan kesan cela pada kulit, sambil mengimbangi kadar sebum semulajadi untuk mendapat kesan kulit tidak berminyak. Ianya juga berfungsi untuk membaiki penghadang kulit supaya tidak kehilangan kelembapan dan hidrasi sambil menenangkan keradangan pada kulit. Zink pula ialah bahan yang dapat merawat parut, kesan gelap dan juga jeragat dengan berkesan. Bukan itu sahaja, zinc juga dapat menggalakkan pengeluaran kolagen dalam kulit untuk mengurangkan penampilan kedut dan garis halus. Manakala kandungan alpha arbutin mempercepatkan proses pemutihan kulit.
Produk serum dari jenama Skin Inc ini yang menggabungkan Vitamin C dan E serta Vitamin B6 yang terkandung dalam kapsul halus rumpai laut, efektif hanya selepas disapukan pada Zon-T kulit anda. Dirumus khas untuk membantu mengurangkan kewujudan liang dan penghasilan sebum. Dengan fungsi yang mampu mengawal sebum, ternyata ianya sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kombinasi.
Serum dari Klairs ini menggunakan teknologi penstabilan hibrid yang mampu menyerap dengan mengandungi bahan aktif 5% asid L-Ascorbic ke dalam lapisan kulit dan merupakan bahan antioksidan yang telah diuji dan terbukti secara saintifik. Asid dari serum Vitamin C ini mampu melindungi kulit dari kerosakan UV, pencemaran, merangsang pengeluaran kolagen dan memperbaiki tona serta tekstur kulit. Disyorkan untuk mereka yang kulit sensitif dan kulit kasar dengan liang pori terbuka.
Salah satu serum pemutih wajah yang diformulasikan khusus untuk kulit wanita Asia. Ekstrak tanaman acerola yang merupakan ramuan pemutih dari serum ini mampu memperlambat pertumbuhan dan penyebaran melanin di lapisan epidermis.
Serum dari Clarins ini menggunakan teknologi Triple Brightening Action sehingga proses sekatakan dan pencerahan kulit tiga kali ganda lebih efektif. Serum ini sesuai untuk anda yang menginginkan hasil yang cepat dan. Dengan penggunaan selama empat minggu, anda akan lihat hasil warna kulit lebih sekata dan sihat.
Penggunaan bahan-bahan alami dan vitamin C yang diformulasikan khusus untuk L’Occitane Reine Blanche Whitening Serum ini mampu meningkatkan kualiti kulit wajah anda. Ekstrak bunga reine des prés yang secara alami mengandung salicylic acid berkhasiat mencerahkan warna kulit dan memperbaiki lapisan epidermis kulit.
Serum pemutih wajah ini memiliki tekstur yang ringan yang menyegarkan dan secara efektif terserap ke dalam lapisan inti epidermis dengan lebih cepat. Kulit bercahaya dari dalam, produk ini layak anda pertimbangkan.
Produk ini kaya dengan kandungan paten Viniferine yang merupakan ekstrak semulajadi getah pokok anggur. Bahan tersebut dituntut 62 kali lebih baik dibandingkan vitamin C dalam mengurangkan bintik hitam sekaligus menyamarkan bekas luka. Mengandung 98% kandungan bahan semulajadi dan bebas dari bahan merengsakan, serum ini sesuai untuk pemilik kulit sensitif.
Serum unik ini walaupun mengandungi tahap Vitamin C yang tinggi, ianya tidak akan teroksida dan memedih seperti serum Vitamin C yang lainnya. Khasiat Vitamin C ialah untuk membantu menambah regulasi kolagen dalam kulit, mempercepatkan penumbuhan kulit baru yang akan mengantikan kulit bermasalah, menghakis sel kulit mati dan menggandakan kesan hidrasi supaya anda akan kelihatan gebu, cerah dan berseri. Kandungan anti-oksidan yang tinggi dalam serum ini juga membuatkan ianya sesuai untuk dijadikan produk mencegah tanda penuaan awal supaya kulit kekal awet muda!
Produk daripada Bio-Essence ini menggabungkan bahan pencerah dan pelembap dalam satu botol seperti ekstrak daripada Tanaka Tree Bark, bunga Camellia, Arbutin dan White Plus Complex. Bahan-bahan ini berkesan dalam menghapus bintik gelap dan jeragat pada kulit sambil membekal hidrasi pada kulit wajah kering dan kusam.
Ianya dapat menghalang pembentukan bintik gelap, jeragat, parut yang degil, mengurangkan pembentukan ekstra melanin, melembap dan memberi sensasi dingin buat kulit. Serum ini dapat kekalkan keanjalan kulit serta mengembalikan seri wajah yang kusam dan kering.
Produk keluaran Laneige ini mengandung bahan pemutih utama ekstrak saururus chinensis dan Phyto Sugar Water untuk melembutkan kulit wajah. Dengan menerapkan teknologi Mela-vita Crusher, serum ini lulus untuk anda yang bermasalah dengan bintik-bintik hitam di wajah dan ingin fokus menghilangkannya.
Penggunaan teratur serum ini mampu memperbaiki enam perkara yang menghalangi kulit putih, terutama dengan menekan pertumbuhan melanin, meratakan warna kulit, meningkatkan kelembapan, meningkatkan tingkat kecerahan, dan membuat kulit lebih berkilau. Tentunya, kulit Anda akan terlihat lebih sehat dan cerah!
Untuk memperoleh kulit putih bersinar memang perawatan perawatan ekstra, jika anda sering terdedah dengan paparan sinar matahari. Kini impikan memiliki wajah yang putih dan bebas noda hitam lebih mudah dirawat.
Perkara yang perlu anda lakukan hanyalah memilih serum pemutih wajah yang paling tepat dengan kondisi dan jenis kulit. Temukanlah produk yang paling sesuai untuk anda dan milikilah wajah sihat dan cerah!
Selain penjagaan mencuci wajah dengan tiga langkah (pembersih, penyegar dan pelembap) pemakaian masker juga penting untuk membuat rawatan kecantikan sendiri di rumah. Tidak payah mengeluarkan belanja besar untuk membeli masker kerana anda boleh lakukannya sendiri di rumah.
Perkongsian dari Puan Nor Noriah di laman sosial facebook ini juga memberikan cara bagaimana mahu membuat masker sendiri dari tomato dan juga tepung beras.
Masker ini sangat bagus untuk mengecilkan liang pori wajah, menghaluskan kulit dan mencerahkan kulit wajah.
Ayuh kita lihat bahan-bahan dan cara membuatnya:
Sedikit tepung beras dalam 2/3 sudu besar, anggaran supaya bancuhan menjadi pes.
2. Bagus untuk jenis kulit kering kerana tepung beras dapat memberikan kelembapan pada kulit wajah.
3. Mencerahkan dan menghaluskan kulit wajah.
4. Membuang kulit mati/memudarkan bintik hitam.
Tomato dipotong halus @ diblend bersama sedikit air untuk dijadikan pes.
Pes tomato + tepung beras tadi boleh di buat Masker @ di bekukan untuk dijadikan cube ais dan di sapu pada muka juga. bagus untuk kecilkan liang pori wajah, menghaluskan kulit dan mencerahkan kulit wajah.
1. Menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata (mata panda/eyebag).
Hiris tomato secara nipis, kemudian celup ke dalam yogurt asli. Lekapkan pada bahagian mata. Cara ini membantu mengurangkan kesan gelap dan membuatkan kulit tampak segar dan semakin cerah. Amalkan petua ini seminggu dua kali.
2. Kecutkan jerawat.
Lenyek atau kisar tomato sehingga hancur, jangan campurkan dengan air. Kemudian sapukan pada wajah. Biar ia kering, bilas dengan air suam. Tomato dapat menyejukkan kulit dan menyerap lebihan minyak pada wajah. Jerawat akan beransur kecut dan hilang secara perlahan-lahan tanpa meninggalkan parut.
3. Jeragat jadi pudar.
Potong buah ini kepada dua bahagian, kemudian gosokkan secara perlahan-lahan pada bahagian yang mempunyai pigmentasi. Lakukan setiap hari, pigmentasi akan semakin pudar dan kulit semakin cerah.
4. Kecilkan liang Pori wajah.
Bagi membantu wanita mengecilkan pori kulit, campurkan air perahan tomato dengan putih telur. Jadikan masker, sapukan pada wajah. Biarkan sehingga kering, bilas wajah dengan air perahan lemon diikuti dengan air suam.
5. Kulit wajah lebih lembap.
Campurkan air perahan tomato dengan yogurt asli. Sapu pada seluruh wajah dan leher, biarkan kering kemudian bilas dengan air suam. Kulit jelas kelihatan semakin lembap dan berseri.
6. Tona kulit sekata.
Campurkan jus tomato bersama madu asli, kombinasi ramuan ini dikatakan sangat efektif untuk mengatasi masalah tona kulit tidak sekata. Jadikan sebagai masker, biarkan kering pada wajah. Kemudian bilas dengan air suam yang dicampurkan dengan perahan limau nipis. Amalkan seminggu tiga kali, kulit akan menjadi cerah sekata.
7. Rambut lebih sihat.
Caranya mudah, lumur rambut dengan jus tomato, balut dengan tuala selama 15-20 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Ini membuatkan rambut sihat dan bersinar.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.