Struggle Nak Kurus Sebab Mahu Tarik Kembali Perhatian Suami Namun Wanita Ini Tetap Juga Ditinggalkan

Share

Berat badan yang ideal memudahkan wanita untuk bergaya. Malah bentuk tubuh yang indah menjadikan wanita rasa ‘selamat’ dan disayangi oleh pasangan.

Bagi Park Jee Won, seorang wanita berasal dari Korea Selatan, impian itu telah menjadi kenyataan. Bagaimanapun ada kisah sedih di sebalik kejayaannya.

Pada tahun 2014, bekas jurulatih kecergasan berkenaan telah melahirkan seorang bayi perempuan.

Susulan kemurungan selepas bersalin, Jee Won turut mengalami kenaikan berat badan mendadak.

Memburukkan lagi keadaan, suaminya langsung tidak memberi semangat malah mengejek penampilan Jee Won dengan berat badan 86 kilogram.

Dalam usaha meraih kembali perhatian suaminya, Jee Won cuba menurunkan berat badan dengan menghentikan pengambilan nasi, melakukan senaman dan mengamalkan diet sihat.

Selepas 10 bulan, Jee Won berjaya menurunkan sebanyak 40 kilogram menjadikan berat badannya kini 46 kilogram. Jee Won juga kerap berkongsi gambar bersama anak perempuannya di media sosial

Malangnya, suami Jee Won masih tidak berubah malah berasa tidak senang melihatnya.

 

Berasa patah hati dan kecewa, Jee Won akhirnya mengambil keputusan bercerai dan membesarkan sendiri anak perempuannya.

Sejak itu, Jee Won mula berkongsi tips penurunan berat badan, resipi menu sihat serta gambarnya bersama anaknya di media sosial.

Sumber kredit: Sinar Harian dan love_lean

IKLAN