Bila kita berniat untuk berkahwin, maka kita harus bersedia bahawa kehidupan kita akan berubah secara totalnya.
Maka, banyaklah persiapan yang kita harus lakukan untuk menjadi insan yang terbaik buat pasangan kita. Untuk mereka yang bakal bergelar suami, ini adalah beberapa aspek penting yang perlu dilaksanakan sebelum menjaga anak orang.
1. Solat
Kalau sekarang ini tak solat atau solat ikut kerajinan, maka mulai hari ini, jangan pernah tiggal solat dan sentiasalah solat diawal waktu…tapi kalau kita masih sama, masih bawa perangai solat ikut rajin atau tak solat langsung dalam rumahtangga yang akan didirikan, maka rumahtangga tu takkan dapat bertahan lama…sebab imamnya boleh meninggalkan Allah, apatah lagi manusia…
2. Kerja
Bila nak kawin, pastikan anda dah ada kerja yang stabil, yang mana anda selesa di situ dan bakal berkhidmat di situ untuk satu tempoh yang tertentu…nak bela anak orang, nak jaga anak orang, kerja tak boleh ikut suka, tak boleh kerja sekejap, berhenti, pastu menganggur sehingga dapat kerja yang sesuai, yang ikut citarasa anda sendiri…tak boleh macam tu sebab kita ada anak bini untuk ditanggung dan disara dengan hasil gaji yang kita dapat setiap bulan…jadi, pastikan anda mempunyai kerja yang stabil dan pendapatan bulanan yang tetap dahulu…
IKLAN
3. Perangai bujang
Perangai bujang ni banyak kalau nak disenaraikan…merempit, melepak, keluar rumah ikut suka, balik umah ikut suka dan sebagainya…maka kita perlu ubah semua ini, perlu ubah gaya hidup kita tu dengan bawa motor berhati-hati, kurangkan keluar melepak, keluar rumah pada masa-masa yang sesuai dan balik umah sebelum tengah malam…didik diri untuk selesa dengan amalan macam tu supaya bila kita dah berkahwin, kita tak cenderung utk buat perangai-perangai masa kita bujang dulu…
4. Belajar mengemas
Jangan terus letak dalam minda yang keje rumah adalah kerja isteri sahaja…kita sebagai lelaki juga perlu tahu untuk buat kerja-kerja rumah…perlu tahu cara menyapu sampah, mop lantai, kemas rumah, sidai baju, lipat baju dan sebagainya supaya bila kita dah berkahwin, kita masih boleh teruskan apa yg kita dah biasa buat, dah selalu buat tu…percayalah, ia akan mengurangkan bebanan isteri sebanyak 50% dan lelaki nampak macho jika tahu untuk buat kerja-kerja rumah…
IKLAN
5. Berhenti jadi buaya darat, jaga pergaulan
Sekarang, sebelum kahwin mungkin kita mempunyai ramai kawan perempuan…semua kita keep in touch, berhubung berjumpa dan keluar dengan mereka atas nama “kawan”…tapi bila dah berkahwin, kita dah tak boleh keluar dengan perempuan walaupun dia itu seorang KAWAN SAHAJA sebab kita dah beristeri, dan tiada keperluan untuk kita ada kawan perempuan yang kita masih rapat lagi…kawan perempuan selepas berkahwin hanyalah si isteri seorang sahaja…anda dah perlu menjarakkan diri atau kurangkan berhubung saat anda bakal menjadi suami kepada seseorang…
Perkahwinan merupakan ikatan yang suci, yang menghalalkan hubungan antara seorang lelaki dan seorang perempuan…Perkahwinan bukan sekadar untuk memuaskan nafsu semata-mata tapi ia merupakan satu tanggungjawab dan satu amanah untuk kita pikul, galas dan laksanakan sebagai seorang lelaki, suami, imam, pemimpin dan pembimbing kepada seorang perempuan yang diciptakan dari rusuk kiri kita yang bengkok, untuk diluruskan dalam kita menuju ke jalan yang diredhai Allah s.w.t…
Maka, ubah tabiat-tabiat yang dinyatakan jika kita ada niat untuk mendirikan rumahtangga…
IKLAN
kredit : Peguam Syarie Khidmat Masyarakat
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Usahawan dan juga pengasas jenama tudung terkemuka Naelofar Hijab, Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Hajah Lofa baru-baru ini menjalankan usahasama bersama orphan care (Organisasi Perlindungan Bayi Terbuang).
Allah menjanjikan kelebihan dan pahala yang amat besar kepada orang-orang yang membaca Al-Quran. Tentunya pahala lebih besar jika anda menjadikan Al-Quran sebagai bacaan utama di dalam kehidupan seharian.
Di dalam Al-Quran, terkandung surah Al-Mulk iaitu surah ke-67 di dalam Al-Quran dan mempunyai 30 ayat. Al-Mulk bererti kuasa pemerintahan. Secara umumnya, surah ini mengisahkan tentang kekuasaan Allah terhadap makhluk ciptaanNya.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
“Sebahagian daripada Al-Quran ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah “al-Mulk”.”
(Hadis Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi katanya bahawa hadis hasan)
Sumber: Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia
Surah Al-Mulk ternyata punya manfaat dan kelebihan bagi individu yang mengamalkannya. Antaranya ialah:
1. Dilindungi daripada azab kubur
Rasullullah bersabda yang bermaksud:
“Surah Al-Mulk itu memelihara dan melindungi pembacanya daripada azab kubur.”
Rasullullah bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang membaca surah Al-Mulk setiap malam, diselamatkannya daripada azab kubur.”
2. Dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga
Rasullullah bersabda yang bermaksud:
“Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al-Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari neraka dan memasukkannya ke dalam syurga.”
3. Diberi wajah yang berseri seperti nabi Yusuf
Sayyidina Ali berkata:
“Barangsiapa mengamalkan surah Al-Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.“
4. Disayangi orang sekeliling
Ulama berkata:
“Sesungguhnya surah yasin dan surah Al-Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.”
Allahuakbar, begitu banyak manfaat yang diperoleh sekiranya kita mengamalkannya. Jadi mulai hari ini, jom kita rebut pahala dengan membacanya sebelum tidur.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini kecoh di aplikasi Tik Tok apabila seorang lelaki golongan Orang Kurang Upaya (OKU) warganegara Malaysia menyatakan hasrat hatinya untuk berkunjung ke Tanah Suci Mekah Al Mukarammah dengan berjalan kaki.
Lelaki berkenaan menguar-uarkan berkenaan perjalanan solo sejauh 10,161 kilometer (km) dari Bidor ke Mekah, bermula Isnin lalu, menerusi hantaran di aplikasi Tik Tok miliknya.
Nekad Tempuh 10,161 kilometer (km) dari Bidor ke Mekah!
Pemilik nama Herry Nizam itu berjaya meraih perhatian wargamaya hingga menjadi sorotan rakyat Malaysia yang rata-ratanya menzahirkan rasa kagum dengan hasrat Herry. Meskipun, tidak sempurna sifatnya namun keazaman dan tekad menuju rumah Allah yang ingin dicapai mendapat sokongan penuh dari seluruh umat Islam di negara ini.
Dalam video yang dimuatnaik Herry menerusi akaun TikToknya, dapat disaksikan dirinya yang kudung tangan kiri begitu bersemangat memulakan perjalanan dengan menggalas sebuah beg bersama sehelai Jalur Gemilang.
Hijabista difahamkan Herry bakal menempuh perjalanan yang panjang dan perlu merentasi sebanyak 12 buah negara bermula dengan Thailand sehinggalah tiba di negara destinasi terakhir beliau iaitu Arab Saudi.
Dalam hantaran terbaharu 9 jam yang lalu, Herry memaklumkan kini dia telah tiba di Thailand, dan bakal bergerak ke negara seterusnya iaitu Myanmmar.
“Ini lah makan tengahari saya di bumi Thailand, syukur seadanya selepas Zohor sambung lagi perjalanan saya di Myanmar,” tulisnya ringkas pada hantaran tersebut.
Herry berkata, berdasarkan semakan peta perjalanan di aplikasi Google Map, dia memerlukan masa selama 84 hari dan 10 jam bagi melengkapkan perjalanan sejauh 10,161 kilometer (km) itu.
Sekadar info, terdahulu media pernah melaporkan, misi sama dilakukan oleh seorang lelaki dikenali sebagai Adam Muhammad yang menempuh perjalanan sejauh 6,500km dengan berjalan kaki dari rumahnya di Wolverhamppton, England ke Mekah.
Adam yang memulakan perjalanan pada Ogos 2021 mengambil masa selama 11 bulan dan tiba di Tanah Suci Julai 2022 bagi menunaikan haji di usia 52 tahun.
Sebut sahaja namanya, sudah pasti terbayangkan riak muka bibir mungil muncung dengan dengan dua jari diletakkan di bahagian pipi. Malah penampilan Vida yang sentiasa berani menggayakan busana-busana berat sentiasa membuatkannya Outstanding