Perasaan sombong dalam diri boleh menjadi satu titik hitam dalam hati yang boleh membuat jiwa kita lupa pada Tuhan dan memandang rendah terhadap orang lain.
Mungkin orang lain kelihatan lebih jahil namun siapa tahu di sisi Tuhan dia lebih mulia daripada kita?
Berkongsi di laman sosial, Fauziah Nawi menekankan betapa pentingnya kita bersangka baik dengan semua orang dan tidak mudah menjatuhkan hukuman terhadap orang lain.
Ads
Cantik susunan bahasanya… Kita diberi rezeki bangun berqiyamulail, maka bersyukurlah, tapi jangan dipandang rendah orang yang tidur, kerana dia mungkin tidur dengan air mata taubat dan penyesalan.
Kita diberi rezeki gagah berpuasa sunat, maka bersyukurlah, tapi jangan pandang rendah insan yang belum mampu istiqomah berpuasa sunat, siapa tahu pahala sedekah secara sembunyinya diangkat ke langit.
Kita diberi rezeki mampu khatam Al-Quran sebulan sekali, maka bersyukurlah, namun jangan diejek- ejek, disindir insan yang masih merangkak- rangkak dengan muqaddamnya. Siapa tahu Allah lebih mencintainya yang istiqomah belajar mengaji dengan segala kepayahannya.
Ads
Kita diberi rezeki dengan harta dunia dan mampu bersedekah jariah, maka bersyukurlah, namun jangan dihina si miskin yang tidak mampu memberi kerana kekurangannya. Mana tahu mulutnya tidak berhenti berzikir menjadi pahala sedekahnya.
Kita direzekikan lahir dari keluarga yang alim. Kecil- kecil sudah mantap imannya, sudah sempurna menutup auratnya, sudah sempurna solat, bacaan Al-Quran dan hadisnya.
Maka bersyukurlah, tetapi jangan dihina anak- anak yang lahir dalam keluarga yang porak- peranda. Kita tidak tahu pahala yang diberi Allah atas payah jerihnya mereka mencari agama.
Bersyukurlah andai kita diberi rezeki beramal ibadah, namun ibadah itu hancur sama sekali saat kita berasa aman dengannya dan meremehkan orang lain. Ingatlah sejarah Iblis Laknatullah yang hebat ibadahnya namun terhumban keluar kerana satu titik…… *SOMBONG*
“Cumi.. Cumi.. Cumi.. Cumi..Cumi.. Cumi..” Siapa tidak kenal dengan pelantun suara lagu Pematah Hati, Nabila Razali atau lebih mesra disapa Bella, yang pernah tular dan menggemparkan Malaysia satu ketika dahulu.
Terbaharu, tindakan penyanyi anak jati kelahiran Petaling Jaya itu yang memadam semua posting di laman Instagram telah mencetuskan tanda tanya dan perdebatan dikalangan para peminat.
Lebih memeranjatkan lagi apabila Bella kemudian memuatnaik, hantaran seolah-olah memberi gambaran bahawa dirinya kini sudah dimiliki.
Melihat laman Instagram Bella, terdapat beberapa keping gambar yang membentuk kolaj memaparkan Bella bersama seorang lelaki berbusana serba putih, seperti sedang meraikan hari bahagia mereka (perkahwinan).
Selain itu, menerusi muat naik di InstaStory hantaran beberapa keping foto
memaparkan suasana ‘majlis resepsi pernikahan’ yang berlangsung di tepi pantai sambil Bella memegang jambangan bunga tangan persis pengantin.
Malah, diruangan bio profil Instagram Bella, terdapat status dengan emoji berbentuk cincin, pengantin perempuan serta nama seorang lelaki ‘Aisy Mateen’ yang disertakan bersama simbol hati.
Bagaimanapun, pelantun Peluang Kedua itu, tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara ini, Bella juga menutup ruangan komen pada setiap posting di laman Isntagram miliknya.
Untuk rekod, pada Mac lalu, Nabila atau nama lengkapnya Nur Nabila Mohd Razali, 29, mendedahkan dirinya masih sakit akibat ‘terluka’ apabila ditinggalkan kekasih, lima tahun lalu.
Menurut Bella, pengalaman putus cinta tersebut berpunca dari kehadiran orang ketiga.
Jika benar Bella sudah mendirikan rumahtangga dan bukan gimik semata-mata Hijabista mendoakan agar masjid yang dibina kekal hingga syurga.
Sejak melahirkan anak keduanya, kelibat pelakon Nora Danish jarang dilihat aktif di media massa. Kesibukan menguruskan anak menyebabkan dia hanya aktif di media sosial. Walaupun usia perkahwinan Nora Danish dan Nedim baru menjangkau dua tahun, namun pelbagai rintangan dihadapi oleh pasangan ini.
Menurut Nora ketika kehamilan anak keduanya dia diberitahu doktor dirinya disahkan menghidap fibroid sebesar 10 sm. Ketika mengandungkan Neney di saat kandungan 8 bulan memang doktor memberitahu akan ada komplikasi sehingga boleh menyebabkan rahim dibuang jika perkara ini menjadi serius.
Namun segalanya adalah ketentuan Illahi apabila Nora selamat melahirkan Neney. Akan tetapi buat masa sekarang Nora belum berkesempatan untuk membuang ketumbuhan fibroid dalam perutnya.
Dek kerana jadual berlakon yang padat Nora berdoa terus dalam keadaan yang sihat dan insya-Allah dia akan membuang ketumbuhan ini.
Walaupun berhasrat untuk memiliki puteri dalam rumahtangga memang ada tetapi keadaan Nora ketika ini tidak mengizinkan untuk mengandung lagi. Justeru Nora meminta netizen mendoakan agar dirinya dalam keadaan yang sihat.
Dia dan suami yang akal menyambut ulang tahun kedua perkahwinannya tidak lama lagi, Nora akui mahligai yang dibina kali ini memberi sedikit ketenangan. Ini kerana dia dikurniakan suami yang cukup memahami dirinya. Nora turut merasakan diri sangat beruntung kerana pernah melalui episod duka dalam rumahtangga sebelum ini.
Pernah tular sebelum ini isu ramai yang mengatakan Neney anak kecil pasangan ini tidak comel. Akan tetapi situasi itu tidak pernah membantutkan Nora dan Nedim untuk muat naik gambar cahaya mata mereka Neyqal di laman sosial Instagram.
Bagi Nora dan suami biarlah apa pun pendapat netizen, janji mereka sekeluarga bahagia. Memang pada mulanya Nora agak terkesan dengan komen netizen, namun beruntung kerana suami sering menenangkan Nora.
Melihat entri di Instagram ramai pengikut Nora akui Neney lebih rapat dengan suaminya Bosned berbanding Nora.
“Salah tanggapan itu ya! gurau Nora. Ya memang betul Neney bila bersama Ned dia tampak lebih happy, lagipun Ned rajin muat turun momen bersama Neney di Instagram berbanding Nora. Tetapi kami sama-sama menghabiskan masa bersama Neney, kecuali Nora ada kerja, Ned suami yang bertanggungjawab menjaga Neney, Alhamdulilah!”
Perjalanan dua tahun bersama Bosned, Nora bersyukur temui pasangan yang betul-betul memahami. Nora berlajar dari pengalaman dalam dua tahun ini memang banyak dugaan dengan suami yang sentiasa memahami dan memberi semangat selalu. Ned banyak buat kejutan yang manis dan tidak di jangka.
Pelakon kecil molek ini ditemui ketika majlis pelancaran HIjab Jovian x Oh Most Wanted pada 23 Mac baru-baru ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hidayah Allah itu datang tanpa diduga dan tidak mengenal sesiapa. Jika Dia telah perkenan untuk memberi hidayahNya, tidak mustahil sesiapa sahaja berhak menerima. Bagi selebriti Eyra Hazali, 23 tahun, keputusannya untuk berhijab memang cukup drastik. Sebaik usai solat Subuh, pelakon drama Puteri Yang Terbuang ini terus sahaja ambil keputusan untuk berhijab.
Namun sebenarnya niat untuk berhijab itu sebenarnya sudah lama, cuma dipendamkan sahaja keinginan. Ini kerana dia tidak begitu yakin dengan diri sendiri apabila berhijab nanti. Walaupun tahu memang wajib bagi setiap wanita itu menutup aurat, tetapi isteri kepada penjaga gol JDT iaitu Haziq Nadzli ini telah membuat persiapan selama setahun sebelum benar-benar ikhlas untuk berhijab.
“Niatnya memang dah lama untuk berhijab tetapi iman kita ini turun naik. Masa itu banyak fikir pasal duniawi. Saya ambil masa setahun buat persiapan sebelum ambil keputusan berhijab. Dalam masa setahun itu saya perbaiki solat, belajar mengaji dan pastikan diri betul-betul bersedia barulah terus berhijab.
“Hidayah itu betul-betul datang pada Eyra pada tahun 2018 bila Eyra tengah shooting drama Mr Grey. Sebelum itu bertangguh dan lama-lama dibiarkan rasa bersalah pula menguasai diri. Waktu itu baru Eyra rasa itu adalah petanda untuk Eyra ‘move’ kepada satu fasa yang lebih baik,” ungkap Eyra memulakan perbualan tengah hari itu.
Menurut Eyra sebaik mengambil keputusan untuk berhijab itu, dia amat beruntung kerana keluarga turut memberi sokongan penuh.
“Pada mulanya mereka memang macam susah nak terima, tetapi lama kelamaan bila lihat Eyra serius berhijab, barulah mereka yakin dengan keputusan yang diambil. Dalam hal ini abang Eyra paling gembira. Keluarga bukan tak suka tetapi mereka tahu Eyra macam mana.
“Ditambah dengan trend kini di mana ada artis yang buka hijab dan pakai hijab semula. Mereka takut Eyra jadi macam tu. Tapi lama kelamaan bila mereka lihat Eyra serius berhijab, barulah mereka rasa yakin dengan keputusan yang Eyra ambil,” tambahnya yang tidak kisah apa orang kata mengenai dirinya.
“Eyra tahu kalau ada selebriti berhijab pasti kita akan dengar caka-cakap netizen yang akan kata nanti akan kelua produk tudung baru, telekung atau apa-apa sahaja produk yang berkaitan soal membabitkan agama. Tapi bagi Eyra kalau orang lain cerita buruk pasal Eyra memang Eyra tak akan ambil tahu. Mereka tak tahu apa Eyra lalui dan Eyra juga tak tahu apa yang mereka lalui. Apa yang penting keputusan berhijab itu memang dari hati sendiri,” ceritanya yang tidak pernah terfikir untuk malas berhijab.
“Alhamdulillah rasa malas itu tidak ada, tapi kalau malas bersyampu rambut itu memang ada. Ini kerana hari-hari Eyra berhijab sampai ada satu hari Eyra cakap dah lama tak tengok diri sendiri tak pakai tudung. Biasanya lepas balik ke rumah, terus cuci muka kemudian masuk tidur.
“Bagi Eyra untuk yang pertama kali berhijab memang rasa susah sedikit. Seperti yang Eyra cakap, Eyra ambil masa setahun untuk persiapkan diri berhijab. Eyra pastikan diri Eyra ada persediaan secukupnya (bab jaga solat dan mengaji) sebelum ambil keputusan untuk berhijab.
“Cuma keputusan itu agak drastik. Kalau orang lain tunggu minggu depan, tetapi Eyra lepas solat Subuh terus sahaja nak pakai tudung,” jelas Eyra yang memberitahu caranya untuk kekal istiqamah adalah percaya pada diri sendiri, percaya pada Allah dan insya-Allah hidayah itu akan terus kekal dalam diri.
Sebagai insan yang baru berhijab, Eura juga turut menjadikan Mizz Nina, Heliza Helmi dan Aisyah Hijanah sebagai ikon. Menurutnya kerana pendekatan cara dakwah mereka apa berbeza. Sangat cool, tidak memaksa dan sentiasa memberi motivasi yang baik dan berguna kepada follower mereka di laman sosial.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di