Pelakon dan penyanyi Lufya Omar meluahkan rasa terkilannya kerana sukar untuk menunaikan solat di pusat membeli-belah gara-gara surau masih ditutup disebabkan pandemik Covid-19.
Meluahkan rasa sedihnya di Instastory, Lufya menceritakan dia akhirnya terpaksa menunaikan solat di kawasan terpencil berhadapan lif di pusat membeli-belah itu.
Ads
“Rasa sedih sangatlah macam ni. Kita dah tak ada dalam keadaan PKP lagi tapi surau pun masih tutup!
“Pergi stesen minyak surau tutup. Pusat membeli-belah yang elit pun sama.Tiada tempat solat. Ditutup. Tanya pekerja Islam pun tak tahu di mana nak solat. Akhirnya solat tempat tercorot di depan lif.”
Ads
Di samping itu, bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam ini merasakan bahawa ini adalah masa yang sepatutnya umat Islam mendekatkan lagi diri kepada Sang Pencipta dan bukannya makin menjauh.
Ada benarnya juga apa yang dikatakan oleh Lufya ini. Susah juga apabila kita terpaksa berada di luar rumah namun tidak dapat menunaikan ibadah gara-gara pusat ibadat ditutup. Apa pendapat anda pula?
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kehilangan orang yang kita sayang memang memeritkan. Sejak Chef Adam dijemput Illahi, anak-anak buah yang rapat dengannya iaitu Omar Mukhtar, Fatimah dan Ali sering meluahkan rasa rindunya terhadap bapa saudara yang disayangi.
Berkongsi kisah di Instagram, ibu mereka yang dikenali sebagai Mrs Mom meluahkan rasa terharu apabila dia dapat belajar sesuatu yang berharga daripada anaknya, Fatimah.
Saya akhirnya pelajari makna kasih sayang sebenar daripada anak perempuan saya yang berusia 6 tahun, Fatimah.
Sebaik sahaja dia mengetahui yang pahala kita akan digandakan Allah dalam bulan Ramadhan ini, tasbih digital terus menjadi sahabat baiknya sejak bermulanya Ramadhan. Mereka tidak boleh dipisahkan.
Kami juga mendapat tahu dia tertidur dengan tasbih di tangannya beberapa kali. Sejak bermula Ramadhan hingga sekarang, Fatimah telah berzikir sebanyak 7400 kali dan nombor itu meningkat! Sangat membanggakan untuk seorang kanak-kanak yang berusia enam tahun, tetapi sebenarnya ada sebab disebalik semua kerja kerasnya ini…
Suatu hari, saya terdengar Fatimah berdoa : “Ya Allah, terimalah zikirku dan perbuatan baikku, kirimkannya sebagai hadiah kepada Mamajee (Chef Adam).” Saya tak sangka ia datang dari seorang kanak-kanak berusia enam tahun. Kemudiannya saya bertanya, “Awak dah meminta Allah untuk memberikan seluruh zikir dan perbuatan baik awak pada Mamajee, jadi bagaimana dengan kamu? Apa yang kamu minta daripada Allah untuk kamu?”
Dia kemudian menjawab, ‘TIADA’. Itu sahaja. Satu perkataan sahaja keluar dari mulutnya. Dia tidak meminta apa-apa, tak mahukan apa-apa dan tidak mengharapkan apa-apa untuk dirinya. Inilah kasih sayang. Kasih sayang sebenar.
Begitu besar makna tindakan daripada Fatimah ini. Begitu bagus sekali didikan ibu bapanya terhadap mereka adik beradik. Moga Chef Adam ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-fatihah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
‘Ke mana saja wassini, apapun jua wassini, segalanya, wassini..’ Masihkah anda ingat kepada penyanyi bersuara lunak merdu yang melantunkan lagu popular berjudul Wassini sekitar 22 tahun yang lalu?
Pasti ramai di antara hijabi hari ini yang dahulunya pernah meminati dan mengenali penyanyi bertudung litup Norwahidah Abdul Wahab atau lebih dikenali sebagai Waheeda Wasini.
Malah, penampilan julungkali Waheeda di Konsert Gema Gegar Vaganza Musim Ke-2 pada tahun 2017 telah meraih perhatian ramai, walaupun di awal kemunculannya ramai yang gagal menyedari kehadiran Waheeda. Namun, mereka berpendapat bahawa kelunakkan suara Waheeda masih sama, merdu dan tidak berubah.
Menerusi hantaran video di TikTok baru-baru ini, rakan selebriti Bienda sekali lagi membuatkan para peminat dan netizen merasa teruja, apabila beliau berkongsi perkembangan terkini Waheeda yang telah menyepi selama 15 tahun dari dunia hiburan tanah air.
Hijabista dimaklumkan bahawa kedua-dua wanita jelita itu sedang dalam perancangan untuk berkolaborasi di dalam satu projek baharu yang belum diuar-uarkan lagi kepada khalayak umum.
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran tersebut, rata-rata netizen menzahirkan rasa gembira apabila akhirnya mereka dapat mengikuti kembali perkembangan terkini penyanyi kesayangan mereka itu satu ketika dahulu.
“Bila dapat lelaki yang tepat.. Subhanallah hebat perubahan Waheeda.”
“Ya Allah, rindu Waheed tambah-tambah dulu membesar zaman dia kerap berlakon cerita kelakar-kelakar tu.”
“Cantik! Niqab dia panjang ke bawah 🥰”
Kini hantaran video berkenaan sudahpun mencecah lebih 600,000 tontonan dengan 32.6 ribu tanda suka daripada pelayar TikTok.
Terdahulu, pada 2009 Waheeda memutuskan untuk menamatkan kariernya sebagai anak seni dalam industri hiburan, sejak bergelar isteri dan suri hati kepada penyanyi serta pendakwah bebas, Akhil Hayy.
Pelawak, pelakon dan pengacara Jihan atau lebih popular dengan nama pentaz Jihan Muse merupakan seorang pelawak, pelakon dan pengacara di Malaysia. Meskipun, sudah jarang dilihat menghiasi kaca televisyen Jihan kini terlihat bahagia dan lebih menghabiskan masa berkualiti bersama suami dan anak.
Malah, suri hati kepada Ungku Hariz ini telah membuat netizen terkesima dan kagum dengan ilmu agama yang dimilikinya apabila Jihan mengajarkan anak sulungnya, Ungku Arsalan Haq mengaji lengkap berserta hukum Tajwid dan makhraj yang betul.
Perkara berkenaan dikongsikan Jihan menerusi muatnaik satu hantaran video di laman Tik Tok miliknya baru-baru ini. Menerusi hantaran berkenaan, dapat dilihat Jihan yang sedang mengajarkan anak pertamanya belajar mengaji dan membetulkan kesalahan bacaan berserta hukum Tajwid dengan betul.
Malah, video berkenaan berjaya menjadi sorotan wargamaya dan rata-ratanya kagum dengan ilmu agama yang dimiliki ibu kepada dua cahayamata itu sehingga video berkenaan mencecah jumlah tontonan sebanyak 518 ribu dan menerima 25.7 ribu tanda suka.
HIJABISTA sempat meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan untuk melihat respon yang ditinggalkan warganet, kebanyakan netizen yang menonton video tersebut menzahirkan bertapa bertuahnya Ungku Hariz.
Ini demikian kerana, memiliki Jihan dan berjodoh dengan wanita yang mempunyai ilmu agama yang mantap. Berikut merupakan beberapa komen yang ditinggalkan orang ramai pada hantaran berkenaan.
“My mom kata, jadi ibu perlu ada ilmu kena pandai didik anak-anak, kerana ibu adalah madrasah dalam rumahtangga. Anak-anak mungkin tak dengar cakap, tapi mereka akan mencontohi kedua ibu bapa.
“Untung kahwin isteri asal kampung, mengaji ni benda wajib kalau di kampung”
“Alhamdulillah tahniah! Siap hukum Tajwid. dari kecil dah diajar dengan bacaan yang betul sampai akhir hayat anak ingat,” ujar netizen.
Sekadar info, pemilik nama penuh Nur Jihan binti Musa memulakan kerjayanya dalam industri tanah air apabila menyertai pertandingan raja lawak musim ketiga dan mendapat tempat kedua. Beliau juga merupakan wanita pertama yang menyertai pertandingan itu.
Selepas itu, Jihan terus menempa nama dalam bidang blakonan dan pengacaraan terutamanya dalam rancangan Gegar Vaganza yang digandingkan bersama Nabil Ahmad.