Selintas yoga dan pilates memang terlihat seperti sama gerakannya memiliki persamaan yang begitu ketara hingga sukar untuk dibezakan. Banyak wanita yang mengambil kelas pilates kerana menganggap latihan tersebut sama seperti dengan yoga. Walhal, kedua senaman tersebut memiliki perbezaan.
Menurut Tracy Anderson, pakar kesuburan berasal dari Amerika Syarikat, jika anda ingin melakukan dua latihan tersebut sebenarnya tiada masalah, namun setiap latihan memiliki manfaat yang berbeza-beza.
“Anda tidak perlu menjatuhkan pilihan pada salah satu aktiviti tersebut kerana anda pun dapat menemukan manfaat yang dapat dirasakan pada tubuh dengan teratur menggabungkan yoga dan pilates,” ujarnya. Itulah sebabnya sebelum berlatih, anda perlu menentukan goal yang ingin dicapai. Tujuannya agar usaha keras latihan yang anda lakukan dapat tepat sasaran. Untuk lebih jelas mengenai perbezaan antara yoga dan pilates, mari kita semak informasi di bawah ini.
MANFAAT SPIRITUAL
Yoga biasanya memadupadankan beberapa elemen yang berfokus pada ketenangan batin dan meditasi. Sehingga, diharapkan setelah melakukan yoga, anda akan merasa lebih relaks. Pilates Tak berbeza jauh dengan yoga, pilates juga mengajak anda mendapatkan ketenangan diri. Perbezaan terletak pada elemennya saja, di mana yoga fokus pada 3 elemen – pimikiran, tubuh, dan roh – sedangkan pilates hanya menghubungkan 2 elemen saja, yakni pimikiran dan tubuh, agar anda menjadi lebih relak untuk menjalani hari-hari.
PEMBAGIAN KELAS LATIHAN
Yoga memiliki variasi yang begitu beragam, sehingga tidak hairan anda akan bertemu dengan berbagai sessi dengan jenis yoga berbeza seperti asanas yoga, bikram yoga, dan sebagainya.
Ads
Pilates Pilates biasanya memiliki kelas yang terbatas iaitu tidak terlalu bervariasi seperti yoga. Senaman ini akan fokus pada satu latihan dengan beberapa gerakan yang tidak jauh berbeza dari hari-hari sebelumnya.
Yoga Sebahagian besar kelas yoga biasanya akan mewajibkan anda membawa matras yoga setiap berlatih. Penggunaan alat bantu lainnya seperti kain, tali, dan bola mungkin saja akan digunakan, namun sangat jarang dan hanya dibawa untuk latihan yoga tertentu saja. Yoga lebih bergantung pada koordinasi gerak, beban tubuh, dan kekuatan otot saja.
Ads
Pilates terkadang juga memerlukan matras, namun hal ini bukan menjadi bahagian yang paling penting. Latihan ini biasanya lebih sering menggunakan alat bantu seperti bola, tali, atau alat khusus pilates pada setiap sesinya. Alat ini berperanan untuk membantu meningkatkan kekuatan atau memperbaiki postur tubuh.
MANFAAT UNTUK TUBUH
Yoga dan pilates sebenarnya sama-sama menawarkan manfaat fleksibilitas tubuh. Perbezaannya adalah, yoga fokus pada pelenturan otot, memperbaiki postur tubuh, dan menjaga keseimbangan seseorang.
Pilates biasanya sangat dianjurkan untuk para ibu hamil, apalagi selama masa kehamilan anda sering mengalami sakit pungung. Pilates mampu membantu memperbaiki postur tulang menjadi lebih baik.
Ads
TEKNIK PERNAFASAN
Garmin Venu dengan peranti hebat mencatat bacaan pernafasan dengan setiap aktiviti seperti yoga ataupun pillate
Keduanya memiliki sedikit perbezaan dalam teknik pernafasan. Yoga berfokus pada energi di dalam tubuh. Anda akan diajak untuk mengambil dan mengeluarkan nafas melalui hidung sambil bergerak melakukan berbagai pose yoga. Teknik ini sering disebut dengan napas ujjayi. Pilates Berzeda dengan yoga, teknik pernafasan dalam pilates biasanya menghirup nafas melalui hidung dan menghembuskannya melalui mulut. Latihan ini akan membuat anda menjadi lebih relak dibandingkan dengan yoga.
HIGHLIGHT: GARMIN VENU PERANTI HEBAT UNTUK JALANI AKTIVITI SIHAT
Garmin kini melancarkan jam tangan pintar yang di kenali sebagai Garmin Venu yang merupakan jam tangan pintar dengan fungsi GPS dan skrin AMOLED yang gempak serta dinamik. Jam tangan pintar ini memiliki fungsi all-in-one seperti memantau kesihatan, grafik senaman animasi, jangka hayat bateri lima hari dan pelbagai fungsi unik yang lain. Punya pesona yang unik di mana ia dapat menyelaraskan fungsi mengikut aktiviti serta persekitaran si pengguna dengan mudah dan bergaya.
Dengan fungsi jam tangan pintar yang menepati keperluan kehidupan masyarakat masa kini dan rekaan yang elegan menjadikan jam tangan pintar Garmin VenuTM sebagai aksesori dan dalam masa yang sama ia menjadi alat bagi memantau kesihatan diri. Jam tangan pintar
Garmin Venu ini sangat mementingkan aspek kesihatan dan kesejahteraan si pemakai dengan pelbagai fungsi kesihatan diri seperti pemantauan kesihatan 24 jam selama seminggu, pengesan pernafasan, penggera kadar jantung, jadual aktiviti senaman, masa rehat, jadual waktu tidur dan pelbagai fungsi kesihatan lain.
Siapa yang tidak mengenali dengan pelakon serta pengacara jelita, Amyra Rosli? Bukan hanya memiliki senyuman yang manis malah setiap apa yang digayakan olehnya, pasti menjadi igauan pada mata yang memandang.
Baru-baru ini, menerusi laman Instagramnya, Amyra Rosli atau nama sebenar Nur Amira Izzati Rosli, 31, memuat naik sebuah gambar dengan menggayakan busana merah rekaan pereka terkenal Rizman Ruzaini. Kejelitaannya amat terserlah dengan busana itu membuatkan netizen menyukainya!
Wanita yang hebat adalah wanita yang menjadikan ketidaksempurnaan sebagai sumber kekuatan dirinya
Kapsyen yang dimuat naik juga turut menjadi perhatian netizen kerana ramai menganggap ia amat sesuai dengan peribadi Amyra yang sentiasa disenangi ramai. Meskipun sibuk berkerja sebagai seorang pelakon juga pengacara, ia tidak menghalang Amyra untuk sentiasa tampil jelita dan berseri setiap masa!
Malah, ada juga yang bergurau dengannya menerusi ruangan komen dengan mengatakan bidadari milik pelakon Amar Baharin ini kelihatan amat cantik!
Tidak pernah hilang minat dalam dunia lakonan, Amyra Rosli sibuk menghiasi industri lakonan tempatan dengan drama-drama yang terbaru dan menarik seperti Jangan Menangis Cinta gandingan bersama Remy Ishak serta Halim Radzi.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Dah boleh merentas negeri! Maksudnya dah boleh pulang ke kampung! Wah pasti ramai yang begitu teruja dengan pengumuman oleh pihak kerajaan baru-baru ini tentang hal itu. Jadi, untuk memastikan anda cantik bergaya berjumpa keluarga atau insan tersayang yang sudah lama tidak berjumpa, wajah kenalah berseri-seri dengan solekan yang sempurna!
Tak perlu bawa semua alatan solekan anda pun untuk tampil berseri pulang ke kampung. Cukup dengan hanya bawa alatan solekan yang asas! Takdelah bagasi jadi padat dan anda pun mudah untuk bersolek nanti! Nak tahu apa alatan solekan asas tu? Jom baca!
Untuk tampil berseri berjumpa dengan yang tersayang, jangan dilupakan pemakaian ‘foundation’ ni benda paling asas yang harus disapukan pada muka. Untuk pemilihan ‘foundation’, ada tiga jenis yang anda boleh pilih samaada dalam bentuk ‘liquid’, ‘cream’ dan ‘powder’. Bagi anda yang memiliki jenis kulit berminyak, anda tidak digalakkan memakai liquid foundation kerana ia akan membuatkan kulit lebih berminyak manakala yang berkulit kering sebaiknya tidak menggunakan powder foundation. Kekemasan saat menggunakan foundation pada muka boleh dimiliki dengan menggunakan jari, berus foundation, span ataupun beauty blender. Berus akan memberikan hasil coverage yang lebih baik!
Seterusnya, jangan lupa bawa ‘concealer’ adalah untuk menutup segala cela pada muka seperti lingkaran gelap bawah mata, jerawat dan parut-parut yang ada. Petuanya, pastikan pilih yang lebih cerah daripada kulit atau warna ‘foundation’ korang.
Fungsi bedak loose dan compact adalah untuk ‘touch up’ solekan ‘foundation’ yang anda sudah pakai di muka. Tekstur ‘loose powder’ adalah lebih ringan dan lembut. Bedak ini sesuai dipakai oleh orang yang kulit berminyak. Formula di dalam bedak ini membantu untuk menyerap minyak berlebihan pada kulit anda. Untuk kesan yang menarik, anda boleh menggunakan span puff ataupun berus solekan untuk mendapatkan hasil yang natural. ‘Compact powder’ pula biasanya dibawa ke mana-mana kerana bekasnya yang kecil. Teksturnya berbeza dengan ‘loose powder’ kerana ia lebih padat dan formulanya sesuai untuk orang yang berkulit kering. Cara nak pakai ‘compact powder’ cuma lakukan teknik DAB DAB sahaja.
Penggunaan ‘blusher’ ini sebenarnya boleh bantu untuk menaikkan seri muka. Ia boleh menjadikan wajah anda tampak segar sepanjang hari. ‘Blusher’ terdapat dalam bentuk compact, stick dan juga liquid.
Untuk mata nampak seksi dan cantik, jangan lupa bawa maskara ya! Semua orang tahu fungsi maskara adalah untuk melentikkan dan menebalkan lagi bulu mata. Pilih jenis maskara yang sesuai dengan bulu mata anda! Jika mahukan kesan hitam yang kuat dan tebal, pilih produk maskara yang mampu menaikkan volum bulu mata anda!
Gincu merupakan produk asas untuk melengkapkan gaya solekan anda Jika anda suka warna soft dan nak tampak natural, pilihlah warna nude. Sebelum anda ingin mengenakan lipstik, jangan lupa untuk memakai pelembap bibir atau ‘petroleum jelly’ supaya bibir korang sentiasa lembap dan nampak fresh.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Hari Raya tidak akan sempurna tanpa balang kuih Raya yang bersusun di meja kerana tanpanya vibes-vibes Raya itu tidak sempurna.
Malah, di zaman millenials ini terdapat pelbagai pilihan kuih Raya yang boleh disajikan kepada tetamu. Tidak kira samada beli ataupun buat sendiri di rumah masing-masing.
Kebanyakkan dari kita lebih gemar membeli kerana mahu menjimatkan masa dan tenaga. Tapi sebenarnya, ada juga kuih raya amat mudah dan ringkas cara pembuatanya seperti Biskut Cornflakes Madu Biscoff oleh pempengaruh tersohor, Khairul Aming ni, jom cuba!
Khairul Aming Inovasi Resipi Cornflakes Madu Ditambah Biscoff!
Macam yang kita sedia maklum, Khairul Aming sememangya gemar berkongsikan resepi-resepi mudah dan lazat terutamanya bila menjelang bulan Ramadan yang mulia ni. Sampai terkadang kita pun terkecur air liur melihatnya.
Terbaharu, bersempena Aidilfitri yang bakal menjelang kuang lebih seminggu sahaja lagi, Khairul Aming telah berkongsikan sebuah resepi Biskut Cornflakes Madu kegemaran ramai. Tapi yang menariknya, resepi ini telah ditambah Biscoff spread sekaligus memberikan sensasi baharu!
1. Pertama, cairkan butter gunakan non stick pan, tambahkan madu dan garam. Kacau sehingga semua bahan-bahan sebati dan berbuih likat ala-ala caramelized baru tutup api.
2. Kemudian ambil 250 g emping jagung (Cornflakes) tak kisah la jenama apa pun, masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan dengan butter dan madu yang telah caramelized tadi gaulkan hingga sebati dan semua kepingan cornflakes tersalut rata dengan madu tadi.
3. Setelah sebati susunkan cornflakes tadi dalam paper cup khas untuk cornflakes yang biasa digunakan untuk kuih Raya, dan bakar pada suhu 170°C selama 5 minit. Pastikan timing tepat untuk mengelakkan biskut hangus.
4. Setelah siap di bakar keluarkan cornflakes dari oven dan setkan ketepi biarkan sejuk. Sementara itu, sediakan Biscoff Drizzled.
5. Masukkan setengah balang biscoff ke dalam periuk dan buka api untuk cairkanya. Sementara itu, ambil kepingan biskut Biscoff dan tumbuk hancur untuk dijadikan toping.
6. Kemudian ambil Biscoff drizzled tadi dan lelehkan pada bahagian atas cornflakes yang sudah sejuk tadi. Jangan lupa tambahkan toping biskut Biscoff yang telah ditumbuk tadi.
7. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidangkan!
Haa.. Mudah bukan cara nak buatnya. Tak payah nak membazir duit beli di kedai. Buat sendiri je di rumah, makan pun lebih puas! Selamat mencuba.
Bijak rebut peluang bisnes, Pengasas Leeyanarahman kini gigih jual tiramisu viral dan baju raya haji dalam satu masa.Kagumnya dengan kerajinan usahawan fesyen Muslimah, Nur...