Pelbagai usaha dilakukan untuk kita menurunkan berat badan. Kata orang selagi ada usaha pasti ada jalan keluar untuk mengatasi masalah yang boleh membuatkan kita jadi serba tak kena.
Berikut dikongsikan 14 petua semula jadi untuk mengurangkan masalah berat badan berlebihan. Caranya cukup mudah, tetapi perlu ada kesungguhan dan disiplin yang bersungguh-sungguh.
Jangan berhenti separuh jalan dan rasa putus asa kerana hasilnya kelak pasti menggembirakan anda.
1.Elakkan mengambil gula atau sebarang manisan. Kalau boleh minum air putih secukupnya sebagai gantian pada air manis.
2.Tidak mengambil minuman sejuk dan berais. Kawal kemahuan walaupun tekak begitu dahaga menyedut minuman berais lebih-lebih lagi ketika sedang makan.
3. Jauhi pengambilan karbohidrat termasuk roti, biskut, kek, donat dan nasi. Untuk tempoh tertentu cuba elakkan pengambil makanan sebegini.
Ads
4. Amalkan pengambil air kosong 2 liter setiap hari. Perlu ada disiplin untuk meneguk minuman kosong sebagai rutin harian.
5. Tidak ambil makanan berat selepas jam 7 malam. Kalau boleh cuba amalkan. Jika perut lapar, makan sahaja yang kismis atau kurma.
Bahagikan porsi makanan kepada 4 bahagian. Guna pinggan kecil, ¼ nasi, ¼ protein (ayam dan ikan). Elakkan makanan laut dan daging. Ambil lauk sahaja tanpa kuahnya selain lebihkan sayur dalam pinggan hidangan.
7. Minum air minuman 30 minit sebelum dan selepas makan. Jangan terus minum. Ini bagi membiarkan makanan dapat turun sepenuhnya terlebih dahulu. Jika makan makanan pedas, sebaiknya tahan dulu dari minum sebarang ais.
Ads
8. Makan buah sebelum makan tetapi pastikan hadkan pengambilannya kerana buah juga mengandungi gula dan karbohiodrat.
9. Sekali sekala makan apa sahaja yang diingini tetapi pada hujung minggu sahaja.
10. Pastikan minum air detox atau teh hijau kerana ia membantu melawaskan sistem penghadaman dan pencernaan.
Ads
11. Amalkan bangun awal pagi dan mandi sebelum subuh. Amalan ini sangat elok dalam membantu menurunkan berat badan.
12. Satu lagi elakkan terus mandi selepas makan. Ini kerana mengelakkan masalah perut buncit.
13. Jaga waktu tidur anda. Pastikan dapat tidur yang mencukupi. Seeloknya masuk tidur jam 10 malam dan bangun awal pagi keesokan harinya. Akan terasa lebih segar dan bertenaga.
14. Ambil berat pada diet makanan yang diambil. Boleh juga cuba cara berdiet ala diet Atkins.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kematian kucing popular yang juga penghuni tetap Hagia Sophia,Gli, memang mengejutkan dan menyedihkan seluruh pencinta kucing yang mengikuti perkembangannya.
Gli mati pada usia 16 tahun akibat sakit tua pada hari Sabtu yang lalu. Kecomelannya dan sifatnya yang mudah mesra menarik perhatian sesiapa sahaja yang berkunjung ke Hagia Sophia itu sehinggakan dia turut mempunyai akaun Instagram sendiri dengan ribuan pengikut.
Ramai netizen yang meluahkan rasa sedih namun bersyukur kerana pernah merakam kenangan bersamanya sewaktu berkunjung ke negara Turki itu.
) Gli dilahirkan pada 2004. Ibunya, Sofi, juga penghuni Hagia Sophia.
2) Gli dilahirkan tiga beradik, iaitu Pati (jantan) dan Kizim (betina).
3) Nama Gli pada mulanya ialah Gri (bermaksud kelabu, atau Grey dalam bahasa Inggeris). Nama itu diberikan oleh salah seorang pekerja yang bertugas di Hagia Sophia.
4) Nama itu kemudiannya berubah menjadi Gli, bermaksud penyatuan kasih sayang.
5) Gli hanya pernah melahirkan seekor anak. Namun, anaknya mati selepas dilanggar bas pelancong.
6) Gli mula popular di seluruh dunia selepas ia difoto bersama bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, dan Presiden Turki, Tayyip Erdogan.
7) Gli mula jatuh sakit dan dirawat di sebuah klinik haiwan di Istanbul sejak hujung September lalu.
8) Gli menghembuskan nafas terakhir jam 8 malam Sabtu, kerana sakit tua.
Selepas seminggu, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa akhirnya berkongsi wajah dan nama puteri sulung mereka kepada umum. Rata-rata netizen cukup berpuas hati dan gembira kerana pasangan suami isteri ini menunaikan janji mereka untuk berkongsi wajah dan nama puteri mereka ini.
Seperti yang diketahui umum, semalam telah berlangsungnya satu majlis Maulid Nabi, Aqiqah dan Tahnik bertempat di kediaman mereka yang terletak di Bukit Antarabangsa. Satu sambutan yang cukup meriah diiringi dengan selawat serta lagu puji-pujian kepada Allah dan Rasulullah SAW. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.
Menerusi posting yang dimuat naik satu jam yang lalu, Datuk Dr. Zulkifi turut memuji majlis yang dianjurkan oleh pasangan suami isteri ini. Pada pandangan mata Mufti Wilayah ini, ia merupakan satu majlis yang cukup sempurna kerana diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat seperti selawat, lagu-lagu pujian kepada Allah dan Rasulullah SAW oleh Ustaz Iqbal Zain, Ustaz Kyrel Al-Gayauwi dan kumpulan qasidahnya.
Malah, beliau juga berpeluang untuk menyampaikan tazkirah tentang anak sebagai anugerah daripada Allah SWT dan pesanan serta panduan kepada ibu bapa untuk mendidik anak-anak dengan acuan agama. Menurutnya, inilah pengisian yang wajar dijadikan contoh dan ikutan dalam kalangan umat Islam bagi meraikan kelahiran anak.
Selain itu, Mufti Wilayah juga turut mengulas tentang nama Aafiyah, nama yang diberi kepada puteri kesayangan Siti dan suaminya itu. Katanya, nama ‘afiah cukup luas definisinya dalam Islam. Secara umumnya, ‘afiah adalah perlindungan Allah SWT bagi hamba-Nya daripada pelbagai penyakit dan bencana yang telah berlaku, mahupun akan datang, di dunia dan akhirat.
Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Maulid Nabi, Aqiqah dan Tahnik bagi Siti Aafiyah binti Khalid, puteri Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa dan Dato Sri’ Siti Nurhaliza. Penghargaan juga kepada Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa atas kesudian bertandang ke pejabat saya tempohari untuk menjemput saya ke majlis beliau serta membincangkan sedikit perihal kesesuaian nama Siti Aafiyah.
Majlis yang diadakan semalam, sungguh sempurna pada pandangan saya. Ianya diisi dengan selawat, lagu-lagu pujian kepada Allah dan Rasulullah SAW oleh Ustaz Iqbal Zain, Ustaz Kyrel Al-Gayauwi dan kumpulan qasidahnya. Tazkirah yang saya sampaikan semalam adalah tentang anak sebagai anugerah daripada Allah SWT dan pesanan serta panduan kepada ibu bapa untuk mendidik anak-anak dengan acuan agama. Boleh tonton di Instagram story saya (http://www.instagram.com/drzulkifli.albakri) ataupun di Facebook saya (http://facebook.com/drzulmuftiwp). Pengisian sebeginilah yang sewajarnya dijadikan contoh dan ikutan dalam kalangan umat Islam bagi meraikan kelahiran anak. Tahniah sekali lagi kepada Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa dan Dato Sri’ Siti Nurhaliza.
Pengertian ‘afiah dalam Islam luas cakupannya luas baik di dunia, mahupun di akhirat. Secara umumnya, ‘afiah adalah perlindungan Allah SWT bagi hamba-Nya daripada pelbagai penyakit dan bencana yang telah berlalu, mahupun akan datang, di dunia dan akhirat. Maka, orang yang mendapatkan kurnia ‘afiah, maka dia telah mendapat kebaikan yang sempurna.
Terdapat satu doa yang disarankan oleh Nabi SAW sebagaimana yang dinukilkan oleh al-Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Azkar.
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) dalam agamaku, dunia, keluarga dan hartaku. Ya Allah, tutupilah aibku dan berilah ketenteraman di hatiku. Ya Allah, jagalah aku; dari depan, belakang, kanan, kiri, dan atasku, serta aku memohon perlindungan dengan keagungan-Mu agar tidak disambar dari bawahku.” (Riwayat Abu Daud, no. 5074)
Ibn Umar menyatakan: “Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan doa-doa ini ketika pagi dan petang.”
Justeru, bacalah doa ini pada waktu pagi dan petang, sebagaimana amalan Rasulullah SAW.
Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW menegaskan:
سَلُوْا الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فَإِنَّ أَحَدًا لَمْ يُعْطَ بَعْدَ الْيَقِيْنِ خَيْرًا مِنَ الْعَافِيَةِ Maksudnya: “Mintalah keampunan dan keselamatan (‘afiah) kepada Allah SWT. Sesungguhnya seseorang tidak diberikan pemberian setelah keyakinan yang lebih baik dari keselamatan (‘afiah)” (Riwayat al-Tirmizi, no. 3558)
Moga-moga Siti Aafiyah membesar menjadi Muslimah yang solehah. Berbakti kepada ibu bapanya, keluarga, masyarakat, negara dan agama. Wallahua’lam.
Pengacara televisyen kegemaran semua iaitu Dayah Bakar ini tidak pernah lokek dengan senyuman. Sentiasa dilihat sebagai seorang yang ceria, Dayah berkongsi tip bagaimana untuk terus kekal positif dalam hidup.
“Bukan mudah untuk Dayah tapi Dayah selalu fikir pasti ada orang yang lagi sukar jalannya. Cabaran untuk terus kekal relevan, bagaimana hendak jadi approachable. Tapi yang pasti, Dayah tak pernah berniat nak bersaing dengan orang lain, Cuma mahu menjadi versi diri yang lebih baik sahaja. It’s all about me.
“Pastinya Dayah pernah berhadapan dengan rejection, failure dan pengharapan tapi gagal. Jadi hos ini kena selalu pergi ujibakat macam kerja lain yang perlu menghadiri temuduga. Ada masa dapat, ada masa tidak. So, you must keep on going kerana ada jalan yang lebih sukar di hadapan. Bukan meminta, tapi haruslah bersedia,” jelas pelantun lagu Imamku ini.
Jika dilihat karakternya yang sangat bubbly dan ceria, ianya ternyata sama di realiti dan bukan dibuat-buat. Jelas Dayah ianya satu benda yang menarik apabila ramai orang yang berpendapat sedemikian.
“Dayah bersyukur bila orang kata begitu. Ia seumpama you will get what you see. Saya bukan buat ini untuk menghasilkan persona yang berbeza. Jadi, saya rasa seronok apabila orang dapat menghargai dan menerima diri saya yang sebenarnya,” ujarnya yang lahir pada bulan Ogos ini.
“Ini isu yang penting sebab sekarang ini ramai wanita yang mempunyai inferiority complex termasuklah Dayah. Dayah bukannya rasa cantik dan sempurna sepanjang masa. Ada juga insecurity tersendiri. Sebenarnya, sangat penting untuk seseorang itu rasa yakin dan bagus tentang dirinya sendiri.
“Kalau rasa badan itu malas, pergilah bersenam. Dayah sendiri ada anjurkan aktiviti yang diberi nama ‘Fit Sis’. Dayah lakukan ini supaya mereka di luar sana rasa seronok untuk bersenam. Jangan fikir cantik itu hanya apabila flawless dan kurus sahaja. Yang penting hati itu haruslah cantik.
“Kalau cantik seperti model sekalipun, tapi hati itu sentiasa negatif, anda tak akan bahagia. Kesihatan itu nombor satu begitu juga dengan kecantikan dalaman. Melaluinya, anda boleh sebarkan kebahagiaan. Selain itu, makanlah secara sederhana. Jangan terlalu ekstrim. Ilove food! Tapi kita kenalah berpada-pada seperti mana ajaran Islam yang mementingkan keserdehanaan.”
Puasa Nabi Daud menjadi pilihan ramai yang mahu rutin lebih stabil, seimbang dan kurang menekan berbanding intermittent fasting untuk kesihatan tubuh dan emosi.