Pendidikan merupakan medium terbaik yang mampu mengubah kehidupan seseorang, dengan adanya pendidikan bukan sahaja taraf hidup seseorang dapat
dipertingkatkan, malah ilmu yang tepat mampu membangunkan bangsa dan negara.

Namun, lebih dua dekad ‘diskriminasi pendidikan terhadap jantina’ yang menjadi perdebatan di seluruh dunia, telah memberi kesan buruk terhadap kanak-kanak perempuan, mahupun wanita apabila mereka dilarang sepenuhnya untuk ke sekolah demi menuntut ilmu.

Sekatan Tak Halang Shabana Tuntut Ilmu Dari Mengejar Impian!

Bagaimanapun, sekatan pendidikan itu langsung tidak memberi kesan kepada Srikandi Pendidikan Afghanistan, Shabana Basij-Rasikh untuk memenuhi impiannya yang tak pernah usai dan begitu cintakan ilmu dan pendidikan.

Beliau yang ketika itu masih kecil, sanggup menyamar sebagai lelaki demi menghadiri ‘sekolah rahsia’ bagi pelajar perempuan.

“Saya berumur enam tahun ketika Taliban mengambil alih pemerintahan Afghanistan dan mengharamkan perempuan ke sekolah.

Artikel berkaitan: Wanita Berhijab Ini Cipta ‘Sejarah’ Wanita Palestin Pertama Menang Pilihanraya AS

“Jadi, untuk lima tahun seterusnya, saya berpakaian seperti lelaki untuk mengiringi kakak saya yang tidak dibenarkan keluar rumah tanpa ditemani lelaki. Kami menghadiri sekolah rahsia.

“Itu satu-satunya cara untuk kami mendapat pendidikan. Setiap hari kami akan menggunakan jalan yang berbeza supaya tiada sesiapa yang tahu ke mana kami pergi.

IKLAN

“Kami simpan buku dalam beg barangan runcit supaya kelihatan seperti kami keluar untuk membeli barang,” kongsi Shabana menerusi video syarahan Ted Talk yang telah ditonton lebih sejuta kali.

Jelasnya lagi, sekolah rahsia yang dihadirinya terletak di sebuah rumah yang memuatkan Lebih 100 orang pelajar perempuan, serta terpaksa berhimpit di ruang tamu kecil demi menuntut ilmu.

Srikandi pendidikan

Tambahnya lagi, dia hanya dapat merasai nikmat menuntut ilmu sebenar apabila pemerintahan Taliban di Afghanistan tamat pada 2001.

Oleh kerana mempunyai prestasi akademik yang sangat cemerlang, Shabana telah tersenarai bagi program pertukaran pelajar dan akhirnya berjaya menamatkan pendidikan menengahnya di Amerika Syarikat (AS).

IKLAN

Selepas itu, Shabana terus cemerlang mengejar kecintaan dalam pendidikan dan menuntut ilmu di peringkat yang lebih tinggi, hingga akhirnya beliau mengenggam Ijazah Sarjana Dasar Awam dari Universiti Oxford serta dianugerahkan kedoktoran kehormat dari Universiti SOAS, London.

Sehubungan itu, ketika masih dalam pengajian di Middlebury pada 2008, Shabana telah mengasaskan sebuah Sekolah Kepimpinan di Afghanistan (SOLA) bertujuan membela nasib para wanita untuk mendapatkan hak sama rata untuk menuntut ilmu.

“Ketika ini, SOLA mempunyai hampir 100 pelajar dari 28 wilayah di seluruh Afghanistan.

“Sekolah kami menyediakan tiga program pendidikan kepada pelajar, iaitu pra-Gred 6, persekolahan menengah dan persekolahan  tinggi,” ujarnya.

Untuk rekod, SOLA merupakan sekolah berasrama penuh khas yang dibangunkan Shabana demi menyediakan persekitaran selamat kepada pelajar wanita di Afghanistan.

IKLAN

Pada Ogos lalu, Taliban kembali menguasai Afghanistan apabila AS menarik tenteranya dari negara itu, hingga mengakibatkan impian pendidikan Shabana dan SOLA hampir terhenti sekali lagi.

Kembalinya pemerintahan Taliban merupakan cabaran terbaharu untuk SOLA dan seluruh komuniti pendidikan Afghanistan.

Namun, bagi Shabana, semangat perjuangan untuk membangunkan pendidikan wanita di tanah tumpah darahnya itu tidak akan pernah terpadam.

Sumber: Relevan

Artikel berkaitan: Wanita Muslim Berhijab Pertama Bergelar Senator Di Australia, Fatima Payman Cipta Sejarah

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI